AI-assisted research summary: This Act validates certain fees and charges collected for entry to Planetarium Negara exhibitions during the stated period and bars legal action about those fees.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 583 AKTA FI (PLANETARIUM NEGARA) (PENGESAHAN) 1998 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 583 AKTA FI (PLANETARIUM NEGARA) (PENGESAHAN) 1998 Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … … … 25 Jun 1998 Tarikh penyiaran dalam Warta… … … … 9 Julai 1998 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama ... ... ... ... 2002 Fi (Planetarium Negara) (Pengesahan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 583 AKTA FI (PLANETARIUM NEGARA) (PENGESAHAN) 1998 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Pengesahan dan penanggungan rugi 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 583 Fi (Planetarium Negara) (Pengesahan) 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 583 AKTA FI (PLANETARIUM NEGARA) (PENGESAHAN) 1998 Suatu Akta untuk mengesahkan pemungutan fi dan bayaran berkenaan dengan apa-apa kemasukan ke mana-mana pameran yang diadakan di Planetarium Negara selama tempoh mulai 8 Februari 1994 hingga 15 November 1997. [10 Julai 1998] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Fi (Planetarium Negara) (Pengesahan) 1998. Pengesahan dan penanggungan rugi 2. (1) Walau apa pun peruntukan-peruntukan Akta Fi 1951 [Akta 209], fi dan bayaran yang telah dikenakan dan dipungut oleh Bahagian Kajian Sains Angkasa, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Malaysia berkenaan dengan apa-apa kemasukan ke mana-mana pameran yang diadakan di Planetarium Negara selama tempoh mulai 8 Februari 1994 hingga 15 November 1997, iaitu, hari sebelum tarikh Perintah Fi (Planetarium Negara) 1997 [P.U. (A) 461/1997] mula berkuat kuasa, hendaklah disifatkan telah dikenakan dan dipungut dengan sah. (2) Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan terhadap Kerajaan Malaysia atau mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawahnya atau mana-mana daripada antara mereka 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 583 berkenaan dengan apa-apa fi dan bayaran yang telah dikenakan dan dipungut dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang- undang sedemikian telah dibawa, dimulakan atau disenggarakan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah dan tiada pembayaran balik berkenaan dengan fi dan bayaran yang telah dikenakan dan dipungut seperti yang dinyatakan dalam Akta ini boleh dibuat. Fi (Planetarium Negara) (Pengesahan) 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 583 AKTA FI (PLANETARIUM NEGARA) (PENGESAHAN) 1998 SENARAI PINDAAN Undang-Undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa Meminda dari – TIADA – 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 583 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 583 AKTA FI (PLANETARIUM NEGARA) (PENGESAHAN) 1998 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari – TIADA –