A1585 - AKTA PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2019
This Act amends the Road Transport Act 1987 and starts on a date set by the Minister in the Gazette.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1585 - AKTA PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2019
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1585 - AKTA PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2019
AI-assisted research summary: This Act amends the Road Transport Act 1987 and starts on a date set by the Minister in the Gazette.
Pengangkutan Jalan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1585 AKTA PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2019 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1585 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 14 Januari 2019 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 18 Januari 2019 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Pengangkutan Jalan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1585 AKTA PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2019 Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2019. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 2 2. Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2— (a) dengan memasukkan selepas takrif “Dato Bandar” takrif yang berikut: ‘ “Datuk Bandar sesuatu Majlis Bandaraya” termasuklah Datuk Bandar sesuatu Bandaraya dan “Datuk Bandar” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;’; 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1585 (b) dengan memasukkan selepas takrif “Datuk Bandar sesuatu Majlis Bandaraya” takrif yang berikut: ‘ “ditetapkan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya ditetapkan melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini;’; (c) dengan memasukkan selepas takrif “lesen vokasional” takrif yang berikut: ‘ “Majlis Bandaraya” termasuklah Majlis sesuatu Bandaraya dan sesuatu Bandaraya;’; (d) dengan memasukkan selepas takrif “Majlis Bandaraya” takrif yang berikut: ‘ “Majlis Perbandaran” ertinya Majlis Perbandaran bagi suatu kawasan pihak berkuasa tempatan yang telah diisytiharkan dan ditentukan mengikut perenggan 3(d) Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], perenggan 6(1)(cc) Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 [Sabah No. 11 tahun 1991] dan perenggan 3(1)(e) Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan 1996 [Sarawak Bab 20];’; (e) dengan memotong takrif “Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat”; dan (f) dalam takrif “warden lalu lintas”, dengan memasukkan selepas perkataan “Putrajaya,” perkataan “Datuk Bandar sesuatu Majlis Bandaraya,”. Pindaan seksyen 3 3. Seksyen 3 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (4b) dengan subseksyen yang berikut: “(4b) Datuk Bandar sesuatu Majlis Bandaraya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran atau Pengerusi Majlis Perbandaran boleh melantik sekian bilangan orang dalam perkhidmatan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud Akta ini untuk menjadi warden lalu lintas dan boleh, setelah berunding dengan Ketua Polis Negara, menetapkan pakaian seragam bagi pegawai tersebut.”. Pengangkutan Jalan (Pindaan) 5 Pindaan seksyen 3a 4. Seksyen 3a Akta ibu dipinda dengan memotong subseksyen (4). Penggantian seksyen 4 5. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 4 dengan seksyen yang berikut: “Kuasa dan tugas Dato Bandar, dsb. 4. Kuasa dan tugas Dato Bandar, Perbadanan Putrajaya, Datuk Bandar sesuatu Majlis Bandaraya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran, Pengerusi Majlis Perbandaran dan warden lalu lintas di bawah Akta ini tidak boleh dijalankan di luar atau berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan di luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran, masing-masingnya.”. Pemotongan seksyen 4b 6. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 4b. Pindaan seksyen 5 7. Perenggan 5(1)(e) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi” dengan perkataan “melebihi”. Pindaan seksyen 64 8. Subseksyen 64(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Pengarah atau Dato Bandar” dengan perkataan “Pengarah, Timbalan Pengarah yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah, atau Dato Bandar”. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1585 Pindaan seksyen 65 9. Seksyen 65 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), (3), (5), (6) dan (7), dengan memasukkan selepas perkataan “Perbadanan Putrajaya” di mana-mana jua terdapat perkataan “, Datuk Bandar sesuatu Majlis Bandaraya”; dan (b) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perenggan (ca) dengan perenggan yang berikut: “(ca) Datuk Bandar sesuatu Majlis Bandaraya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran atau Pengerusi Majlis Perbandaran, jika yang menyebabkan kenderaan motor itu dialih ialah seorang warden lalu lintas atau mana-mana pegawai dalam perkhidmatan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran;”. Pindaan seksyen 66 10. Subseksyen 66(1) Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (nn), dengan memotong perkataan “yang tidak sesuai dibaiki oleh kerana kemalangan dahsyat, usia tua atau sebab lain atau jika nombor casis kenderaan motor itu telah diusik”; (b) dalam perenggan (pp), dengan memasukkan selepas perkataan “mekanisme pemanggilan kembali” perkataan “dan untuk mengadakan peruntukan bagi fi yang akan dikenakan berhubung dengannya”; (c) dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (ss) dengan perkataan “; dan”; dan (d) dengan memasukkan selepas perenggan (ss) perenggan yang berikut: “(tt) bagi mengawal selia penggunaan apa-apa kaca atau bahan lutsinar lain yang dipasangkan pada suatu kenderaan motor dan untuk mengadakan peruntukan bagi fi yang akan dikenakan berhubung dengannya.”. Pengangkutan Jalan (Pindaan) 7 Pindaan seksyen 88 11. Perenggan 88(1)(r) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “pegawai polis” perkataan “, pegawai pengangkutan jalan”. Pindaan seksyen 120 12. Subseksyen 120(1) Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perenggan (cb) dengan perenggan yang berikut: “(cb) Datuk Bandar sesuatu Majlis Bandaraya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran atau Pengerusi Majlis Perbandaran atau pegawai Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran yang khusus diberi kuasa secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh Datuk Bandar sesuatu Majlis Bandaraya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran atau Pengerusi Majlis Perbandaran, masing-masingnya;”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “boleh mengikut budi bicaranya” dengan perkataan “boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya,”. Pindaan seksyen 123 13. Seksyen 123 Akta ibu dipinda dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “Putrajaya,” perkataan “Datuk Bandar sesuatu Majlis Bandaraya,”.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1585 - AKTA PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2019
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in