A1472 - AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) (PINDAAN) 2014
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act amends the earlier security offences Act.
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 1 (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1472 AKTA KeSALAhAN KeSeLAMATAN (LANGKAh- LANGKAh KhAS) (PINDAAN) 2014 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1472 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 24 Disember 2014 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 30 Disember 2014 hakcipta Pencetak h PerceTAKAN NASIoNAL MALAYSIA berhAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1472 AKTA KeSALAhAN KeSeLAMATAN (LANGKAh- LANGKAh KhAS) (PINDAAN) 2014 Suatu Akta untuk meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012. [ ] DIPerbUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2014. Pindaan seksyen 6 2. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 6 teks bahasa kebangsaan— (a) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut: “(a) menghendaki pemberi perkhidmatan komunikasi untuk memintas dan menyimpan komunikasi tertentu atau komunikasi daripada perihalan tertentu yang diterima atau dihantar, atau yang akan diterima atau dihantar oleh pemberi perkhidmatan komunikasi itu; atau”; dan 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1472 (b) dalam subseksyen (7), dengan memotong perkataan “komunikasi” yang terdapat selepas perkataan “telegraf,”. Pindaan seksyen 30 3. Seksyen 30 Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Apabila Pendakwa Raya memfailkan suatu notis rayuan terhadap pembebasan itu, Pendakwa Raya boleh memohon kepada mahkamah perbicaraan bagi mendapatkan suatu perintah untuk memenjarakan tertuduh yang direman dalam jagaan polis itu sementara menunggu beresnya rayuan itu.”. Penggantian Jadual Pertama 4. Akta ibu dipinda dengan menggantikan Jadual Pertama dengan Jadual yang berikut: “Jadual Pertama (Seksyen 3) KESALAHAN KESELAMATAN Kanun Keseksaan [Akta 574]: (i) Kesalahan di bawah Bab VI (ii) Kesalahan di bawah Bab VIa (iii) Kesalahan di bawah Bab VIb Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670]: Kesalahan di bawah Bahagian IIIa”.