AI-assisted research summary: This Act amends the Business Registration Act 1956, updates the definition of “Registrar,” and starts on a date set by the Minister in the Gazette.
1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1476 AKTA peNDAfTArAN perNIAGAAN (pINDAAN) 2015 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1476 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 30 Disember 2014 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 5 Januari 2015 Hakcipta pencetak H perceTAKAN NASIoNAL MALAYSIA berHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada percetakan Nasional Malaysia berhad (pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1476 AKTA peNDAfTArAN perNIAGAAN (pINDAAN) 2015 Suatu Akta untuk meminda Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. [ ] DIperbUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2015. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. pindaan seksyen 2 2. Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan menggantikan takrif “Registrar” dengan takrif yang berikut: ‘ “Registrar” means the Registrar designated under subsection 20a(1) of the Companies Commission of Malaysia Act 2001;’. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1476 pemotongan seksyen 3, 9, 10 dan 14 3. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 3, 9, 10 dan 14. Kecualian 4. Apa-apa perbuatan, perkara atau prosiding, sama ada sivil atau jenayah, rayuan, penyiasatan, pemeriksaan, arahan atau keputusan yang belum selesai atau sedia ada, di bawah seksyen yang dipotong sebaik sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, hendaklah diteruskan di bawah Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda.