A1744 - AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PINDAAN) 2025
This amendment changes water-services offences, increases some penalties, and lets the Minister set the commencement date by Gazette notice.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1744 - AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PINDAAN) 2025
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1744 - AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PINDAAN) 2025
AI-assisted research summary: This amendment changes water-services offences, increases some penalties, and lets the Minister set the commencement date by Gazette notice.
Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1744 AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PINDAAN) 2025 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1744 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 27 Januari 2025 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 7 Februari 2025 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1744 AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PINDAAN) 2025 Suatu Akta untuk meminda Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. [ ] BAHAWASANYA adalah suai manfaat untuk meminda undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengawalan dan pengawalseliaan perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan: DAN BAHAWASANYA adalah juga suai manfaat bahawa peruntukan dibuat untuk memberikan kuasa eksekutif kepada Persekutuan bagi perkara yang berhubungan dengan sistem bekalan air dan perkhidmatan bekalan air dan untuk menjelaskan bahawa kuasa eksekutif yang telah diberikan kepada Persekutuan bagi perkara yang berhubungan dengan sistem pembetungan dan perkhidmatan pembetungan diteruskan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan: 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1744 MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, mengikut Fasal (1) Perkara 74 dan Fasal (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan, DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2025. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 2 2. Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2, dalam teks bahasa kebangsaan, dalam takrif “lengkapan air”, dengan memasukkan selepas perkataan “(selain sesalur utama awam)” koma. Pindaan seksyen 61 3. Seksyen 61 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan memotong perkataan “awam”; (b) dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan “awam” di mana-mana jua terdapat; (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Tiada seorang pun boleh melepaskan ke dalam atau membenarkan dilepaskan ke dalam mana-mana tangki septik apa-apa efluen terlarang atau apa-apa benda lain yang mungkin merosakkan atau mengurangkan fungsi tangki septik itu atau menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan pembetungan.”; dan Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 5 (d) dalam subseksyen (2)— (i) dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen (1)” perkataan “atau (1a)”; (ii) dengan menggantikan perkataan “satu ratus ribu” dengan perkataan “satu juta”; dan (iii) dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “sepuluh tahun”. Pindaan seksyen 86 4. Subseksyen 86(1) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan dengan memasukkan selepas perkataan “pemegang lesen” perkataan “perkhidmatan”. Pindaan seksyen 110 5. Seksyen 110 Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan— (a) dalam perenggan (7)(b), dengan memasukkan selepas perkataan “sebagaimana yang diperuntukkan di bawah” perkataan “Ordinan Tanah Sabah sebagaimana yang diubah suai oleh”; dan (b) dalam subseksyen (8), dengan menggantikan perkataan “subseksyen (1)” dengan perkataan “subseksyen (3)”. Pindaan seksyen 121 6. Seksyen 121 Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Seseorang yang mencemarkan atau menyebabkan supaya dicemarkan mana-mana alur air atau sistem bekalan air atau mana-mana bahagian alur air itu atau sistem bekalan air itu dengan apa-apa bahan yang menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1744 pemberhentian sementara atau penutupan sistem bekalan air atau gangguan bekalan air, melakukan suatu kesalahan.”; (b) dalam subseksyen (2)— (i) dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen (1)” perkataan “atau (1a)”; (ii) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit” dengan perkataan “lima belas tahun atau didenda tidak kurang daripada lima ratus ribu ringgit dan tidak melebihi lima belas juta ringgit”; dan (iii) dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya” dengan perkataan “tidak kurang daripada dua ratus ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya”; dan (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(2a) Seseorang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) atau (1a), boleh dikehendaki membayar kos yang ditanggung oleh pemegang lesen untuk memulihkan sistem bekalan air yang telah terjejas disebabkan oleh pencemaran itu. (2b) Mahkamah hendaklah, dalam membuat suatu perintah di bawah subseksyen (2a), mengambil kira faktor yang berikut: (a) kesan pencemaran itu; (b) kos yang ditanggung oleh pemegang lesen itu; Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 7 (c) kerosakan pada, atau kerugian, harta yang dialami oleh pemegang lesen itu; dan (d) apa-apa faktor lain yang difikirkan relevan oleh mahkamah. (2c) Bagi maksud membuat suatu perintah di bawah subseksyen (2a), mahkamah boleh mengadakan suatu siasatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah. (2d) Seksyen 432 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] hendaklah terpakai bagi apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini.”. Pindaan seksyen 122 7. Subseksyen 122(1) Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (c), dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu; (b) dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut: “(ca) melepaskan atau membuang apa-apa sisa, kumbahan, efluen, makhluk, yang mati atau hidup, benda atau bahan, ke dalam mana-mana lurang; atau”; dan (c) dengan menggantikan— (i) perkataan “lima puluh ribu” dengan perkataan “satu juta”; dan (ii) perkataan “enam bulan” dengan perkataan “sepuluh tahun”. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1744 Pindaan seksyen 123 8. Subseksyen 123(3) Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “satu ratus ribu” dengan perkataan “satu juta”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “sepuluh tahun”. Pindaan seksyen 148 9. Subseksyen 148(2) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “[Akta 593]”. Pindaan seksyen 165 10. Subseksyen 165(1) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan dengan memasukkan selepas perkataan “ialah” perkataan “pengarah,”. Pindaan seksyen 173 11. Subseksyen 173(1) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan dengan menggantikan perkataan “and” dengan perkataan “dan”. Pindaan seksyen 174 12. Perenggan 174(1)(a) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa Inggeris dengan memasukkan selepas perkataan “septic tank” koma. Pindaan seksyen 180 13. Subperenggan 180(a)(iv) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan dengan menggantikan perkataan “sistem” dengan perkataan “perkhidmatan” di mana-mana jua terdapat.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1744 - AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PINDAAN) 2025
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in