A1785 - AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026
This amendment expands the skills development fund rules to cover training financial assistance, adds approval, recordkeeping, inspection, and enforcement powers, and creates offences and penalties for false statements and obstruction.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Citation provenance: source:global:stored-legal-sources · schema StatuteEnrichmentPublicV1.
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1785 - AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1785 - AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026
AI-assisted research summary: This amendment expands the skills development fund rules to cover training financial assistance, adds approval, recordkeeping, inspection, and enforcement powers, and creates offences and penalties for false statements and obstruction.
Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1785 AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1785 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 10 Februari 2026 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 23 Februari 2026 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1785 AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026 Suatu Akta untuk meminda Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2026. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini. Pindaan seksyen 2 2. Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 [Akta 640], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2— (a) dengan memotong takrif “inspektor”; 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1785 (b) dengan memasukkan sebelum takrif “jawatankuasa” takrif yang berikut: ‘ “bantuan kewangan latihan kemahiran” ertinya apa-apa wang atau pemberian atau apa-apa bentuk bantuan kewangan lain yang diluluskan dan dibayar oleh Perbadanan kepada pelatih di bawah Akta ini bagi maksud latihan kemahiran atau latihan lain selain pinjaman latihan kemahiran;’; (c) dengan memasukkan selepas takrif “Ketua Eksekutif” takrif yang berikut: ‘ “Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran” ertinya Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran yang dilantik di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652];’; (d) dengan memotong takrif “Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan”; (e) dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut: ‘ “pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai awam atau pegawai Perbadanan yang diberi kuasa di bawah seksyen 71b;’: (f) dalam takrif “pelatih”, dengan memasukkan selepas perkataan “latihan kemahiran” perkataan “atau latihan lain”; (g) dengan memasukkan selepas takrif “pelatih” takrif yang berikut: ‘ “penerima bantuan kewangan” ertinya seseorang pelatih yang kepadanya telah diluluskan, dan yang menerima, suatu bantuan kewangan latihan kemahiran di bawah Akta ini;’; Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 5 (h) dengan menggantikan takrif “penyedia latihan kemahiran” dengan takrif yang berikut: ‘ “penyedia latihan kemahiran” ertinya suatu pertubuhan, badan atau organisasi, sama ada yang ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia, yang menyediakan latihan kemahiran atau latihan lain sama ada secara persendirian atau dengan pembiayaan Kerajaan;’; (i) dalam takrif “pinjaman latihan kemahiran”, dengan memasukkan selepas perkataan “suatu pinjaman” perkataan “, dalam apa-apa jua bentuk atau dengan apa-apa jua namanya dipanggil,”; dan (j) dengan menggantikan takrif “program latihan yang diluluskan” dengan takrif yang berikut: ‘ “program latihan kemahiran yang diluluskan” ertinya suatu program latihan kemahiran atau program latihan lain yang dijalankan di Malaysia dan diluluskan oleh Perbadanan di bawah seksyen 44;’. Pindaan seksyen 3 3. Subseksyen 3(2) Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (e), dengan memasukkan selepas perkataan “pembayaran balik” perkataan “atau pemulangan balik”; dan (b) dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut: “(ea) apa-apa wang yang dibayar kepada Perbadanan berkenaan dengan pemulangan balik apa-apa bantuan kewangan latihan kemahiran, yang diberikan daripada Kumpulan Wang;”. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1785 Pindaan seksyen 4 4. Perenggan 4(b) Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “bantuan kewangan” dengan perkataan “bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan (b) dengan memotong perkataan “selain dengan cara pinjaman latihan kemahiran”. Pindaan seksyen 5 5. Subseksyen 5(4) Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “dan bantuan kewangan latihan kemahiran,”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “bon dan sekuriti kerajaan” dengan perkataan “bon dan sekuriti Kerajaan”. Pindaan seksyen 8 6. Seksyen 8 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut: “(a) mengenal pasti dan meluluskan program latihan kemahiran atau program latihan lain yang layak bagi pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran;”; dan (b) dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut: “(b) mengadakan dan memberikan pinjaman latihan kemahiran dan bantuan kewangan latihan kemahiran kepada pelatih, dan memberikan perkhidmatan dalam mentadbir, mengawas dan memungut pembayaran balik dan pemulangan balik pinjaman latihan kemahiran dan bantuan kewangan latihan kemahiran;”. Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 7 Pindaan seksyen 9 7. Perenggan 9(2)(c) Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “dan bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “program latihan yang diluluskan” dengan perkataan “program latihan kemahiran yang diluluskan”. Pindaan seksyen 10 8. Perenggan 10(2)(a) Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subperenggan (ii) dengan subperenggan yang berikut: “(ii) mana-mana bank berlesen atau bank pelaburan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];”; (b) dengan memotong perkataan “atau” di hujung subperenggan (ii); dan (c) dengan memasukkan selepas subperenggan (ii) subperenggan yang berikut: “(iia) mana-mana bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; (iib) mana-mana institusi yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618]; atau”. Pindaan seksyen 11 9. Perenggan 11(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Akta Syarikat 1965 [Akta 125]” dengan perkataan “Akta Syarikat 2016 [Akta 777]”. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1785 Pindaan seksyen 14 10. Seksyen 14 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “Peruntukan pinjaman latihan kemahiran” perkataan “dan bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan (b) dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “bagi maksud pinjaman latihan kemahiran” perkataan “dan bantuan kewangan latihan kemahiran”. Pindaan seksyen 16 11. Seksyen 16 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “Lembaga Perbadanan” dengan perkataan “Lembaga Pengarah”; dan (b) dalam subseksyen (2)— (i) dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “Ketua Pengarah Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan” dengan perkataan “Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran”; dan (ii) dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut: “(ea) seorang wakil daripada Kementerian Sumber Manusia; (eb) seorang wakil daripada Kementerian Ekonomi;”. Pindaan seksyen 24 12. Perenggan 24(4)(b) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “Perbadanan”. Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 9 Seksyen baharu 25a 13. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 25 seksyen yang berikut: “Pewakilan kuasa dan kewajipan Ketua Eksekutif 25a. (1) Ketua Eksekutif boleh mewakilkan secara bertulis mana-mana kuasa atau kewajipannya di bawah Akta, kecuali kuasa pewakilan, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, kepada mana-mana pegawai Perbadanan. (2) Mana-mana kuasa atau kewajipan yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan atau dijalankan oleh pegawai Perbadanan atas nama dan bagi pihak Ketua Eksekutif. (3) Pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Ketua Eksekutif itu sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan mana-mana kuasa atau kewajipan yang diwakilkan itu.”. Pindaan seksyen 33 14. Seksyen 33 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Tiada penyedia latihan kemahiran boleh memohon bagi kemudahan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran melainkan jika— (a) ia telah berdaftar di bawah Bahagian ini; dan (b) ia menjalankan program latihan kemahiran yang diluluskan.”; dan 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1785 (b) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Penyedia latihan kemahiran tidak boleh didaftarkan di bawah Bahagian ini melainkan jika penyedia latihan kemahiran itu menjalankan suatu program latihan kemahiran yang diluluskan.”. Pindaan seksyen 35 15. Perenggan 35(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “program latihan” dengan perkataan “program latihan kemahiran atau program latihan lain”. Pindaan seksyen 36 16. Seksyen 36 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Perakuan pendaftaran hendaklah menyatakan premis utama di mana latihan kemahiran atau latihan lain yang disediakan oleh penyedia latihan kemahiran dijalankan.”; dan (b) dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan “menyediakan latihan kemahiran” dengan perkataan “menyediakan latihan kemahiran atau latihan lain”. Pindaan seksyen 37 17. Subseksyen 37(1) Akta ibu dipinda— (a) dengan memotong perenggan (a); (b) dengan menggantikan perenggan (b) dengan perengan yang berikut: “(b) penyedia latihan kemahiran tidak lagi menjalankan apa-apa program latihan kemahiran yang diluluskan;”; dan Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 11 (c) dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “seksyen 34” dengan perkataan “seksyen 39”. Pindaan seksyen 38 18. Seksyen 38 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “diberitahu mengenai” perkataan “penggantungan atau”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “fakta pembatalan” dengan perkataan “fakta penggantungan atau pembatalan”. Pindaan Bahagian VII 19. Akta ibu dipinda dengan menggantikan tajuk Bahagian VII dengan tajuk yang berikut: “PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN YANG DILULUSKAN”. Penggantian seksyen 44 20. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 44 dengan seksyen yang berikut: “Program latihan kemahiran yang diluluskan 44. Perbadanan boleh mengenal pasti dan meluluskan mana-mana program latihan kemahiran atau program latihan lain yang ditauliahkan atau diiktiraf di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 sebagai suatu program latihan kemahiran yang diluluskan bagi maksud suatu kemudahan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran di bawah Akta ini.” 12 Undang-Undang Malaysia AktA A1785 Pindaan seksyen 45 21. Seksyen 45 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “untuk kelulusan program latihan” dengan perkataan “berhubung dengan program latihan kemahiran yang diluluskan”; dan (b) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “program latihannya” dengan perkataan “program latihan kemahiran atau program latihan lainnya”. Pindaan seksyen 46 22. Seksyen 46 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “program latihan yang diluluskan” dengan perkataan “program latihan kemahiran yang diluluskan”; (b) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, membatalkan kelulusan sesuatu program latihan kemahiran atau program latihan lain di bawah seksyen 44 jika Perbadanan menentukan bahawa program latihan kemahiran atau program latihan lain itu bukan lagi merupakan suatu program yang sesuai bagi maksud kemudahan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran.”; (c) dalam subseksyen (2)— (i) dengan memasukkan selepas perkataan “program latihan kemahiran” dengan perkataan “atau program latihan lain”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “menjalankan program latihan berkenaan” dengan perkataan “menjalankan program latihan kemahiran atau program latihan lain itu”; Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 13 (d) dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “program latihan kemahiran” dengan perkataan “atau program latihan lain”; dan (e) dalam subseksyen (5), dengan memasukkan selepas perkataan “program latihan kemahiran” dengan perkataan “atau program latihan lain, mengikut mana-mana yang berkenaan,”. Pindaan Bahagian VIII 23. Akta ibu dipinda dalam tajuk Bahagian VIII dengan memasukkan selepas perkataan “PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN” perkataan “DAN BANTUAN KEWANGAN LATIHAN KEMAHIRAN”. Pindaan seksyen 47 24. Seksyen 47 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut: “Permohonan bagi pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; (b) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Penyedia latihan kemahiran yang berdaftar di bawah seksyen 34 boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran kepada Perbadanan untuk pelatih-pelatih yang menjalani latihan kemahiran atau latihan lain yang dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran dalam suatu program latihan kemahiran yang diluluskan.”; (c) dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; (d) dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan “permohonan pinjaman latihan kemahiran” dengan perkataan “permohonan bagi pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan 14 Undang-Undang Malaysia AktA A1785 (e) dalam subseksyen (8), dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”. Pindaan seksyen 48 25. Seksyen 48 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan (b) dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut: “(a) meluluskan permohonan bagi pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran yang dibuat di bawah seksyen 47;”. Pindaan seksyen 49 26. Seksyen 49 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; (b) dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; (c) dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; (d) dalam perenggan (b)— (i) dengan menggantikan perkataan “program latihan” dengan perkataan “program latihan kemahiran atau program latihan lain”; dan Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 15 (ii) dengan menggantikan perkataan “program latihan yang diluluskan” dengan perkataan “program latihan kemahiran yang diluluskan”; (e) dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut: “(e) bahawa kelulusan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran berkenaan dengan program latihan kemahiran atau program latihan lain itu telah dibatalkan di bawah seksyen 53;”; dan (f) dalam perenggan (f), dengan menggantikan perkataan “program latihan” dengan perkataan “program latihan kemahiran atau program latihan lain”. Pindaan seksyen 50 27. Seksyen 50 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut: “Pertukaran penyedia latihan kemahiran atau program latihan kemahiran yang diluluskan”; (b) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Ketua Eksekutif boleh meluluskan mana-mana permohonan bagi pertukaran penyedia latihan kemahiran atau program latihan kemahiran yang diluluskan kepada penyedia latihan kemahiran yang berdaftar di bawah seksyen 34 atau program latihan kemahiran yang diluluskan yang lain oleh seorang pelatih.”; dan (c) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “penyedia latihan atau program latihan” dengan perkataan “penyedia latihan kemahiran atau program latihan kemahiran yang diluluskan di bawah subseksyen (1)”. 16 Undang-Undang Malaysia AktA A1785 Pindaan seksyen 51 28. Seksyen 51 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; (b) dalam subseksyen (1)— (i) dengan memasukkan selepas perkataan “Pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “program latihan yang diluluskan” dengan perkataan “program latihan kemahiran yang diluluskan”; dan (c) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Bagi maksud subseksyen (1), Perbadanan boleh— (a) menetapkan apa-apa ujian kemampuan sebagaimana yang disifatkan perlu dan suai manfaat oleh Perbadanan untuk menentukan dan memilih pelatih yang layak bagi pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran; dan (b) menghendaki melalui suatu notis bertulis, pelatih atau penyedia latihan kemahiran, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menyediakan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditentukan dalam notis itu pada bila-bila masa selepas permohonan untuk pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran diluluskan tetapi sebelum pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran dibayar.”. Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 17 Pindaan seksyen 52 29. Seksyen 52 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “dan bantuan kewangan latihan kemahiran”; (b) dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan (c) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “perjanjian latihan kemahiran” dengan perkataan “perjanjian pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”. Pindaan seksyen 53 30. Seksyen 53 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; (b) dalam subseksyen (1)— (i) dengan menggantikan perkataan “Mana-mana pinjaman” dengan perkataan “Mana-mana pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; (ii) dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan (iii) dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut: “(e) penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan enggan atau gagal untuk mengikuti program latihan kemahiran atau program latihan lain itu; atau”; 18 Undang-Undang Malaysia AktA A1785 (c) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “pinjaman” dengan perkataan “pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan (d) dalam subseksyen (3)— (i) dengan menggantikan perkataan “pembatalan pinjaman” dengan perkataan “pembatalan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “terma perjanjian pinjaman” dengan perkataan “terma perjanjian pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran itu”. Pindaan seksyen 54 31. Seksyen 54 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “dan bantuan kewangan latihan kemahiran”; (b) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Perbadanan hendaklah menyebabkan supaya disenggarakan suatu rekod mengenai semua pinjaman latihan kemahiran dan bantuan kewangan latihan kemahiran yang dibayar daripada Kumpulan Wang, dan bayaran balik dan pemulangan baliknya.”; dan (c) dalam subseksyen (2)— (i) dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “penerima pinjaman” perkataan “dan penerima bantuan kewangan”; Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 19 (ii) dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut: “(ba) amaun pinjaman latihan kemahiran dan bantuan kewangan latihan kemahiran yang perlu dipulangkan dan rekod pemulangan itu;”; dan (iii) dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut: “(c) nama penyedia latihan kemahiran di mana penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan sedang menerima latihan kemahiran atau latihan lainnya, program latihan kemahiran yang diluluskan yang di bawahnya penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan sedang menerima latihan kemahiran atau latihan lainnya, tempoh latihan kemahiran atau latihan lain itu, dan tarikh tamat tentatif bagi latihan kemahiran atau latihan lain itu; dan”. Pindaan seksyen 56 32. Seksyen 56 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; (b) dengan memasukkan selepas perkataan “Mana-mana penerima pinjaman” perkataan “atau penerima bantuan kewangan”; (c) dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; 20 Undang-Undang Malaysia AktA A1785 (d) dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut: “(d) jika latihan kemahiran atau latihan lain tidak ditamatkan oleh penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan mengikut program latihan kemahiran yang diluluskan; atau”; dan (e) dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut: “(e) jika latihan kemahiran atau latihan lain tidak dihadiri oleh penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan.”. Seksyen baharu 65a dan 65b 33. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 65 seksyen yang berikut: “Had masa bagi tindakan berkenaan dengan perjanjian pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran 65a. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, apa-apa tindakan berkenaan dengan perjanjian pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran tidak boleh dibawa selepas tamat tempoh dua belas tahun dari tarikh kausa tindakan itu terakru. Kuasa Ketua Eksekutif untuk mengeluarkan perakuan kepada Ketua Pengarah Imigresen 65b. (1) Ketua Eksekutif boleh, jika dia berpendapat bahawa mana-mana penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan adalah dijangka atau berkemungkinan meninggalkan Malaysia tanpa membayar apa-apa wang yang kena dibayar kepada Perbadanan, sama ada dalam bentuk pembayaran balik atau pemulangan balik atau selainnya, mengeluarkan kepada Ketua Pengarah Imigresen suatu perakuan yang mengandungi amaun yang kena dibayar kepada Perbadanan bersama dengan permintaan supaya penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan itu dilarang daripada meninggalkan Malaysia melainkan jika dan sehingga dia membayar semua amaun yang kena dibayar kepada Perbadanan atau mengemukakan jaminan yang memuaskan hati Ketua Eksekutif bagi pembayarannya. Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 21 (2) Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen, Ketua Pengarah Imigresen apabila menerima permintaan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan hendaklah mengambil atau menyebabkan diambil segala langkah sebagaimana yang perlu untuk melaksanakannya dan langkah yang boleh termasuk penggunaan kekerasan yang munasabah dan penyitaan, pembatalan atau penahanan mana-mana perakuan pengenalan dan apa-apa pasport, atau dokumen perjalanan lain yang berhubungan dengan penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan itu. (3) Jika seseorang penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan yang berkenaan dengannya suatu perakuan telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1) mengemukakan suatu penyataan bertulis yang ditandatangani pada atau selepas tarikh pengeluaran perakuan itu oleh Ketua Eksekutif yang bermaksud bahawa wang yang kena dibayar kepada Perbadanan yang dinyatakan dalam perakuan itu telah dibayar atau bahawa jaminan telah dikemukakan bagi pembayarannya, penyataan atau pembayaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menjadi kuasa yang mencukupi bagi membenarkan penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan itu meninggalkan Malaysia.”. Pemotongan Bahagian X 34. Akta ibu dipinda dengan memotong Bahagian X. Bahagian baharu Xa dan Xb 35. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 71 sebagaimana yang dipotong bahagian yang berikut: 22 Undang-Undang Malaysia AktA A1785 “bahagian Xa PEMERIKSAAN PENYEDIA LATIHAN KEMAHIRAN Kuasa untuk memeriksa penyedia latihan kemahiran 71a. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, dari semasa ke semasa, memeriksa mana-mana penyedia latihan kemahiran yang berdaftar di bawah Akta ini bagi maksud memastikan bahawa Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dan sedang dipatuhi. (2) Bagi maksud pemeriksaan di bawah Bahagian ini, pegawai diberi kuasa boleh— (a) memasuki, pada bila-bila masa, mana-mana premis atau mana-mana bahagian premis yang dipunyai atau digunakan, sama ada secara tetap atau selainnya, oleh penyedia latihan kemahiran bagi maksud menyediakan latihan kemahiran atau latihan lain; (b) memeriksa apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain sebagaimana yang difikirkannya perlu; (c) menghendaki mana-mana orang, yang merupakan seorang anggota lembaga pengarah, seorang pekerja, atau seorang pelatih penyedia latihan kemahiran itu, supaya mengemukakan bagi pemeriksaannya apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain yang berada dalam milikan atau jagaan atau di bawah kawalan orang itu atau yang berada dalam kuasanya untuk diberi— (i) yang berhubungan dengan pengurusan penyedia latihan kemahiran itu; atau (ii) yang berhubungan dengan program latihan kemahiran atau program latihan lain yang dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran itu; dan (d) membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain yang diperiksa di bawah perenggan (c). Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 23 bahagian Xb PENGUATKUASAAN DAN PENYIASATAN Pegawai diberi kuasa 71b. Bagi maksud Akta ini, Perbadanan boleh, secara bertulis, memberi kuasa kepada mana-mana pegawai awam atau pegawai Perbadanan untuk menjalankan kuasa pemeriksaan dan kuasa penguatkuasaan dan penyiasatan di bawah Akta ini. Kuasa pegawai diberi kuasa 71c. Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai semua kuasa yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan di bawah Bahagian Xa dan menjalankan penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini. Kuasa pemeriksaan 71d. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang tahu tentang fakta dan hal keadaan sesuatu kes untuk hadir di hadapannya dan untuk diperiksa secara lisan dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian. (2) Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di mahkamah di bawah Akta ini terhadap orang itu atau terhadap mana-mana orang lain. Pengemukaan dokumen, dsb. 71e. Semasa menjalankan suatu penyiasatan atau pemeriksaan di bawah Bahagian ini, pegawai diberi kuasa boleh— (a) menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain; dan 24 Undang-Undang Malaysia AktA A1785 (b) memeriksa, membuat salinan, mengambil cabutan daripada, mengalihkan dan menahan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain. Penyitaan dokumen, dsb. 71f. Jika seseorang pegawai diberi kuasa kuasa yang menjalankan suatu pemeriksaan atau penyiasatan di bawah Akta ini mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan terhadap Akta ini, dia boleh menyita apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain yang dikemukakan di bawah seksyen 71e dan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain yang disita itu, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di mahkamah di bawah Akta ini terhadap orang itu atau terhadap mana-mana orang lain. Permohonan waran geledah 71g. Jika seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis telah digunakan, sedang digunakan atau hendak digunakan bagi, atau terdapat di dalam mana-mana premis, keterangan yang diperlukan untuk membuktikan perlakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh memohon bagi suatu waran geledah daripada seorang Majistret dengan cara mengemukakan maklumat bertulis secara bersumpah. Kuasa Majistret untuk mengeluarkan waran geledah 71h. Jika Majistret berpuas hati bahawa adanya perlakuan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, dia boleh mengeluarkan suatu waran geledah yang membenarkan pegawai diberi kuasa, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan— (a) untuk memasuki premis itu, dengan kekerasan jika perlu; Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 25 (b) untuk menggeledah dan menyita, dan mengambil apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan, atau barang lain— (i) yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan; (ii) yang berkenaan dengannya suatu kesalahan disyaki telah dilakukan; atau (iii) yang semunasabahnya dipercayai dapat dijadikan keterangan tentang perlakuan kesalahan itu; (c) memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke premis itu, supaya boleh memasuki ke dalamnya; (d) mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan yang kuasa untuk melakukannya diberikan kepadanya; atau (e) menahan tiap-tiap orang yang berada di dalam premis itu sehingga premis itu selesai diperiksa. Pengemukaan kad kuasa 71i. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa apabila menjalankan mana-mana kuasanya di bawah Akta ini hendaklah mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak atau daripadanya dia menghendaki apa-apa maklumat itu, kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Perbadanan untuk dibawa oleh pegawai itu. (2) Kad kuasa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah dikeluarkan oleh Ketua Eksekutif. 26 Undang-Undang Malaysia AktA A1785 Tiada hak terhadap kos prosiding, ganti rugi atau relief lain, dsb. 71j. Tiada seorang pun hendaklah, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disita atau ditahan dalam penjalanan atau berupa menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain, selain suatu perintah untuk pemulangan benda yang disita atau ditahan itu, atau bayaran berdasarkan nilainya melainkan penyitaan atau penahanan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah atau berpatutan.”. Pindaan seksyen 72 36. Subseksyen 72(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “kemudahan pinjaman” dengan perkataan “kemudahan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”. Pindaan seksyen 74 37. Seksyen 74 Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); (b) dalam subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula, dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen berikut: “(2) Mana-mana orang yang, berkenaan dengannya suatu pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran telah diluluskan tetapi sebelum pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran tersebut dibayar, membuat apa-apa pernyataan yang diketahuinya palsu, atau yang dia percaya adalah tidak benar, atau dengan sengaja Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 27 menyembunyikan apa-apa fakta yang material, atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan dalam apa-apa butir material, dengan niat supaya pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran itu dibayar kepadanya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 75 38. Perenggan 75(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “menyediakan latihan kemahiran” dengan perkataan “menyediakan program latihan kemahiran yang diluluskan”. Pindaan seksyen 76 39. Seksyen 76 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (a)— (i) dengan memasukkan selepas perkataan “penyata kewangan,” perkataan “data berkomputer,”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “oleh inspektor di bawah seksyen 68” dengan perkataan “oleh pegawai diberi kuasa di bawah Bahagian Xa atau Bahagian Xb”; dan (b) dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut: “(b) yang menggalang atau menghalang seseorang pegawai diberi kuasa daripada melaksanakan fungsi pemeriksaan, penguatkuasaan atau penyiasatan di bawah Akta ini,”. 28 Undang-Undang Malaysia AktA A1785 Seksyen baharu 88a 40. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 88 seksyen yang berikut: “Penjalanan prosiding sivil 88a. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap Perbadanan— (a) mana-mana pegawai Perbadanan yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh Pengerusi; atau (b) mana-mana peguam bela dan peguam cara yang dilantik oleh Perbadanan, boleh bagi pihak Perbadanan, memulakan, menghadiri dan mengendalikan prosiding itu dan boleh membuat dan melakukan kesemua kehadiran, tindakan dan permohonan berkenaan dengan prosiding itu.”. Seksyen baharu 91a 41. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 91 seksyen yang berikut: “Penyerahan dokumen secara elektronik 91a. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Perbadanan boleh membenarkan apa-apa penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki untuk diserahkan atau dikemukakan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini diserahkan atau dikemukakan melalui perantara elektronik atau secara penyampaian elektronik. (2) Syarat dan spesifikasi yang di bawahnya sesuatu penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diserahkan atau dikemukakan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan. Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 29 (3) Penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah diserahkan atau dikemukakan oleh seseorang kepada Perbadanan pada tarikh pengakuterimaan dokumen itu disampaikan secara elektronik oleh Perbadanan kepada orang itu. (4) Pengakuterimaan oleh Perbadanan, penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang diserah atau dikemukakan menurut subseksyen (3) hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding.”. Pindaan seksyen 92 42. Perenggan 92(2)(a) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”. Pindaan Jadual 43. Subperenggan 3(2) Jadual kepada Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “lima” dengan perkataan “tujuh”. Kecualian 44. (1) Mana-mana pegawai awam atau pegawai Perbadanan, yang, sebaik sebelum tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, telah dilantik sebagai seseorang inspektor di bawah Akta ibu hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan sebagai telah diberikan kuasa sebagai pegawai diberi kuasa dan hendaklah terus menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsi yang telah diberikan kepada seseorang pegawai diberi kuasa di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini sehingga pelantikannya dibatalkan atau terhenti berkuat kuasa. (2) Apa-apa tindakan, arahan atau keputusan yang dilakukan, diberikan atau dibuat, atau apa-apa kuasa atau fungsi yang dijalankan atau dilaksanakan, oleh seseorang inspektor di bawah Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, setakat yang ia selaras dengan peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini, disifatkan telah dilakukan, diberikan, dibuat, atau dijalankan atau dilaksanakan, oleh seseorang pegawai diberi kuasa secara sah.Referenced legislation
- Akta ibu (unresolved)
- Akta ibu (unresolved)
- Akta ibu (unresolved)
- Akta ibu (unresolved)
- Akta ibu (unresolved)
- Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 [Akta 640], (unresolved)
- Akta ibu (unresolved)
- Akta ibu (unresolved)
- Akta ibu (unresolved)
- Akta ibu (unresolved)
- Akta ibu (unresolved)
- Akta Syarikat 2016 [Akta 777] (unresolved)
- Akta ibu (unresolved)
- Akta ibu (unresolved)
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1785 - AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in