396 - *AKTA PENYERAHHAKAN DUTI EKSPORT (BIJIH MINERAL) 1964
Verify source ↗ AI-assisted research summary: The Act requires part of certain export duty on specified mineral ores to be paid to the listed State Government, and restricts State royalties or similar charges unless the Minister of Finance gives written consent.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 396 AKTA PENYERAHHAKAN DUTI EKSPORT (BIJIH MINERAL) 1964 Sebagaimana pada 1 Disember 2011 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi Assignmnet of Export Duty (Mineral Ores) Act 1964 sebagaimana disemak dalam tahun 1989. Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1967/67 [Akta 32], teks ini bukannya perundangan. 2 AKTA PENYERAHHAKAN DUTI EKSPORT (BIJIH MINERAL) 1964 Pertama kali dibuat … … … … … … 1964 (No. Akta 27 tahun 1964) Semakan … … … … … … 1989 (Akta 396 m.b.p 16 November 1989) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 396 AKTA PENYERAHHAKAN DUTI EKSPORT (BIJIH MINERAL) 1964 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Penyerahhakan duti eksport atas bijih mineral 3. Pembayaran hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan 4. Larangan pengenaan royalti JADUAL 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 396 AKTA PENYERAHHAKAN DUTI EKSPORT (BIJIH MINERAL) 1964 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai penyerahhakan oleh Kerajaan Malaysia kepada Kerajaan Negeri sebahagian daripada duti eksport yang dipungut oleh Kerajaan Malaysia berkenaan dengan bijih mineral tertentu, dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1 Oktober 1964] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penyerahhakan Duti Eksport (Bijih Mineral) 1964. (2) Seksyen 2 dan 3 tidak terpakai bagi Negeri Sabah dan Sarawak. Penyerahhakan duti eksport atas bijih mineral 2. (1) Maka hendaklah dibayar kepada Kerajaan Negeri yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual sebahagian daripada duti eksport atas bijih mineral (selain bijih besi dan timah) yang dinyatakan dalam ruang kedua Jadual itu, yang dikeluarkan di Negeri itu; dan bahagian duti eksport yang kena dibayar sedemikian hendaklah seperti yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual tersebut. 6 Undang-Undang Malaysia Akta 396 (2) Tiada royalti atau caj yang seumpamanya (sama ada di bawah suatu pajakan atau surat cara lain atau di bawah mana-mana enakmen Negeri, atau sama ada pajakan atau surat cara itu telah dibuat atau enakmen itu diluluskan sebelum atau selepas pembayaran dibuat di bawah subseksyen (1) boleh, dari tarikh pembayaran dibuat di bawah subseksyen itu, dilevi oleh Kerajaan Negeri berkenaan dengan bijih mineral itu (selain bijih besi dan timah), kecuali dengan persetujuan bertulis daripada Menteri Kewangan. (3) Parlimen boleh melalui ketetapan menambah kepada, mengubah, memotong daripada, atau selainnya meminda Jadual itu. Pembayaran hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan 3. Pembayaran di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan. Larangan pengenaan royalti 4. Berhubungan dengan levi oleh Negeri Sabah dan Sarawak bagi royalti yang berjumlah lebih daripada sepuluh peratus ad valorem (yang dikira sebagai untuk duti eksport) atas bijih mineral yang dinyatakan dalam ruang kedua Jadual dan atas bijih besi dan timah, persetujuan Menteri Kewangan secara bertulis hendaklah didapatkan terlebih dahulu. Penyerahhakan Duti Eksport (Bijih Mineral) 7 JADUAL (1) (2) (3) Kerajaan Negeri Bijih mineral Bahagian duti eksport yang kena dibayar Johor Kedah Bauksit .. .. Kelantan Wolframit .. .. Melaka Scheelit .. .. Negeri Sembilan Kolumbit-Tantalit .. .. Pahang Tembaga .. .. Separuh Perak Ilmenit .. .. Perlis Zirkon .. .. Pulau Pinang Monazit .. .. Selangor Mangan .. .. Terengganu 8 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 396 AKTA PENYERAHHAKAN DUTI EKSPORT (BIJIH MINERAL) 1964 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari ─ TIADA ─ 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 396 AKTA PENYERAHHAKAN DUTI EKSPORT (BIJIH MINERAL) 1964 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari ─ TIADA ─