178 - AKTA YAYASAN TUN RAZAK 1976
This Act establishes Yayasan Tun Razak and assigns its management to a Board, which has powers over gifts, investments, rules, staffing, audits, and liquidation.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 178 - AKTA YAYASAN TUN RAZAK 1976
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
178 - AKTA YAYASAN TUN RAZAK 1976
AI-assisted research summary: This Act establishes Yayasan Tun Razak and assigns its management to a Board, which has powers over gifts, investments, rules, staffing, audits, and liquidation.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 178 AKTA YAYASAN TUN RAZAK 1976 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 178 AKTA YAYASAN TUN RAZAK 1976 Tarikh Perkenan Diraja … … … 28 Oktober 1976 Tarikh penyiaran dalam Warta … … 28 Oktober 1976 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 2001 Yayasan Tun Razak 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 178 AKTA YAYASAN TUN RAZAK 1976 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran BAHAGIAN II YAYASAN 3. Penubuhan dan pengurusan Yayasan BAHAGIAN III LEMBAGA 4. Kuasa Lembaga untuk menerima pemberian, derma, dsb. 5. Anggota Lembaga 6. Kehilangan kelayakan anggota 7. Pemecatan daripada jawatan BAHAGIAN IV TUJUAN YAYASAN 8. Tujuan Yayasan 9. Kuasa Lembaga 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 178 BAHAGIAN V PENTADBIRAN, PELABURAN DAN KEWANGAN Seksyen 10. Kos mengurus Yayasan 11. Kuasa pelaburan Lembaga 12. Audit dan akaun 13. Meterai Lembaga 14. Pelantikan pegawai dan pekhidmat 15. Tanggungan terhadap kerugian dalam pelaburan 16. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 17. Pelikuidasian 18. Kanun Keseksaan 19. Perpindahan hak milik kepada Yayasan wang dalam tangan penganjur Yayasan Tun Razak 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 178 AKTA YAYASAN TUN RAZAK 1976 Suatu Akta untuk menubuhkan Yayasan Tun Razak dan untuk membuat peruntukan bagi pengurusan Yayasan itu dan bagi perkara lain yang bersampingan dengannya. [29 Oktober 1976] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Yayasan Tun Razak 1976. Tafsiran 2. Dalam Akta ini— “Menteri” ertinya Menteri Kewangan. BAHAGIAN II YAYASAN Penubuhan dan pengurusan Yayasan 3. (1) Suatu Yayasan bernama Yayasan Tun Razak, adalah dengan ini ditubuhkan, yang dalam Akta ini disebut Yayasan. 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 178 (2) Yayasan terletak hak pada dan hendaklah diuruskan oleh suatu Lembaga Pemegang Amanah, yang dalam Akta ini disebut Lembaga, yang merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dengan kuasa untuk mendakwa dan didakwa, untuk memegang harta alih dan harta tak alih, untuk membuat kontrak, dan tertakluk sebagaimana yang diperuntukkan, untuk memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, menggadaijanjikan, memajakkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada Lembaga atas apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut. BAHAGIAN III LEMBAGA Kuasa Lembaga untuk menerima pemberian, derma, dsb. 4. Lembaga mempunyai kuasa, menurut budi bicaranya untuk menerima apa-apa pemberian, derma, endowmen, hadiah atau bekues yang diberikan kepada atau untuk Yayasan. Anggota Lembaga 5. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut— (a) seorang Pengerusi yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; (b) seorang wakil Perbendaharaan; dan (c) tidak lebih daripada lapan belas ahli lain yang dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Pengerusi. (2) Pengerusi dan anggota Lembaga yang tersebut dalam perenggan (1)(c) hendaklah dilantik bagi tempoh empat tahun dan adalah layak dilantik semula. (3) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga dan jika dia tidak hadir dalam sesuatu mesyuarat, mana- mana anggota lain sebagaimana yang dipilih oleh anggota yang hadir hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu. Yayasan Tun Razak 7 (4) Lembaga hendaklah bermesyuarat di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengerusi dan di sesuatu mesyuarat Lembaga lapan orang ahli hendaklah menjadi kuorum. (5) Pengerusi adalah berhak memberi undi pemutus. (6) Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga adalah mempunyai kuasa untuk menentukan tatacaranya sendiri. Kehilangan kelayakan anggota 6. Seseorang anggota Lembaga hilang kelayakan untuk memegang jawatan sebagai anggota jika dia— (a) menjadi bankrap; (b) dijatuhi hukuman pemenjaraan selama sesuatu tempoh; atau (c) melakukan apa-apa pecah amanah atau meninggalkan kewajipannya sebagai anggota, yang pada pendapat pihak berkuasa melantik mewajarkan dia dipecat. Pemecatan daripada jawatan 7. (1) Menteri boleh pada bila-bila masa memecat daripada jawatan mana-mana anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(c) dan melantik seorang lain bagi menggantikannya selepas berunding dengan Pengerusi. (2) Tanpa menyentuh kuasa pemecatan di bawah subseksyen (1), Menteri, selepas berunding dengan Pengerusi, boleh memecat daripada jawatan mana-mana ahli Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(c), yang, oleh sebab tidak sihat atau telah lama tidak ada dalam Malaysia, adalah, pada pendapat Menteri menjadi tidak berupaya untuk melaksanakan dengan wajar kewajipannya sebagai seorang ahli Lembaga. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 178 BAHAGIAN IV TUJUAN YAYASAN Tujuan Yayasan 8. Tujuan Yayasan adalah— (a) mengekalkan nama baik Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak; (b) mencapai hasrat dan mengekalkan jasa baik Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak; (c) menanam dan menggalakkan perasaan saling memahami antara kumpulan kaum dan manusia; (d) menggalakkan keamanan dan persefahaman antara bangsa; dan (e) memperbaiki standard pelajaran dalam semua lapangan dan meninggikan taraf kehidupan rakyat. Kuasa Lembaga 9. Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu atau bersampingan bagi melaksanakan tujuan Yayasan. BAHAGIAN V PENTADBIRAN, PELABURAN DAN KEWANGAN Kos mengurus Yayasan 10. (1) Semua perbelanjaan yang bersampingan dengan pengurusan Yayasan hendaklah dibayar daripada wang Yayasan terlebih dahulu daripada apa-apa bayaran lain. (2) Baki wang Yayasan selepas dibayar perbelanjaan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah digunakan bagi maksud mencapai tujuan Yayasan. (3) Semua wang yang dibayar kepada Yayasan hendaklah disimpan dengan mana-mana institusi kewangan yang diluluskan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa. Yayasan Tun Razak 9 Kuasa pelaburan Lembaga 11. Aset Yayasan boleh dilaburkan oleh Lembaga dalam pelaburan yang pada masa ini dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan kumpulan wang amanah atau mana-mana pelaburan lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Menteri. Audit dan akaun 12. (1) Akaun Yayasan hendaklah diaudit oleh suatu firma Akauntan Raya Bertauliah yang diluluskan yang dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan bertulis Menteri. (2) Tidak lewat daripada 31 hari bulan Mei setiap tahun Lembaga hendaklah menyampaikan kepada Menteri suatu akaun hasil dan perbelanjaan Yayasan bagi tahun yang lalu yang telah diaudit bersama dengan suatu penyata aset dan tanggungannya. Meterai Lembaga 13. (1) Meterai Lembaga hendaklah berada dalam jagaan Pengerusi dan tidak boleh dicapkan pada mana-mana surat cara kecuali di hadapan Pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga yang lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengerusi. (2) Sesuatu surat cara yang padanya ada meterai Lembaga dicapkan dan diakusaksikan sedemikian hendaklah disifatkan telah dibuat oleh Lembaga. Pelantikan pegawai dan pekhidmat 14. Lembaga mempunyai kuasa untuk melantik seorang Setiausaha kepada Lembaga dan beberapa orang pegawai dan pekhidmat lain sebagaimana yang perlu untuk menjalankan kewajipan dan fungsi Lembaga. Tanggungan terhadap kerugian dalam pelaburan 15. Tiada seorang pun ahli Lembaga boleh dikenakan tanggungan terhadap apa-apa kerugian yang timbul daripada atau bersampingan dengan sesuatu pelaburan yang dibuat melainkan jika kerugian itu telah disebabkan oleh kecuaiannya yang sengaja, fraud atau kecurangannya; dan tiada seorang pun anggota Lembaga, seseorang 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 178 ejen atau sesiapa jua yang bertindak di bawah kuasa Lembaga boleh bertanggungan sendiri bagi apa-apa tindakan atau prosiding terhadap atau mengenai apa-apa perbuatan, perkara atau hal yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan dengan suci hati dan dalam menjalankan mana-mana hak atau kuasa Lembaga atau hak atau kuasa anggotanya dengan wajar. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 16. (1) Lembaga boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan untuk menjalankan mana- mana daripada peruntukan Akta ini dengan wajar. (2) Secara khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang disebut terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh— (a) menetapkan kategori hadiah bantuan dan amaun pemberian wang berhubung dengannya; (b) memperuntukkan pembayaran gaji dan elaun dan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmatnya; (c) memperuntukkan penubuhan dan pengurusan suatu skim kumpulan wang persaraan atau simpanan bagi pegawai dan pekhidmatnya. Pelikuidasian 17. (1) Jika pada bila-bila masa wang atau aset lain Yayasan adalah, pada pendapat Lembaga, tidak mencukupi untuk membayar perbelanjaan Yayasan dan bayaran lain, Pengerusi hendaklah melaporkan hal itu dengan serta-merta kepada Menteri. (2) Jika apabila menerima laporan itu Menteri berpendapat bahawa suatu rayuan untuk mendapatkan pemberian, derma, endowmen atau hadiah patut dibuat, dia hendaklah dengan serta-merta mengarahkan Lembaga supaya membuat rayuan itu dan Lembaga hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya. (3) Jika selepas habis tempoh satu tahun dari tarikh sesuatu rayuan dibuat di bawah subseksyen (2) tiada apa-apa pemberian, derma, endowmen atau hadiah yang mencukupi diterima oleh Lembaga, Menteri hendaklah mengarahkan supaya Yayasan dilikuidasikan; dan prosiding bagi pelikuidasian hendaklah bermula mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. Yayasan Tun Razak 11 Kanun Keseksaan 18. Semua ahli, pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574] yang berkenaan. Perpindahan hak milik kepada Yayasan wang dalam tangan penganjur 19. Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, semua wang dan aset lain dalam simpanan, kawalan atau pengurusan seseorang menurut apa-apa jua kuasa dan yang didermakan kepada Yayasan atau yang diterima oleh orang itu dalam menjangkakan pemasyhuran Akta ini berserta apa-apa bunga atau dividen yang terakru atasnya hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada Yayasan dan hendaklah dipindahkan hak milik dan diletakhakkan pada Lembaga. 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 178 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 178 AKTA YAYASAN TUN RAZAK 1976 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari – TIADA – Yayasan Tun Razak 13 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 178 AKTA YAYASAN TUN RAZAK 1976 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari – TIADA –
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
178 - AKTA YAYASAN TUN RAZAK 1976
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in