281 - *AKTA MAKANAN 1983
This Act sets up food safety enforcement powers and prohibits selling unsafe, adulterated, mislabeled, or misleading food.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This Act sets up food safety enforcement powers and prohibits selling unsafe, adulterated, mislabeled, or misleading food. This provision sets rules for analyst certificates, evidence, time limits for prosecutions, import-related compliance, written warranties, offences, and ministerial/regulatory powers.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 281 - *AKTA MAKANAN 1983
Showing 2 of 2
Part document.segment-1
281 - *AKTA MAKANAN 1983 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
281 - *AKTA MAKANAN 1983 — segment 1
AI-assisted research summary: This Act sets up food safety enforcement powers and prohibits selling unsafe, adulterated, mislabeled, or misleading food.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 281 AKTA MAKANAN 1983 Sebagaimana pada 1 Oktober 2024 Teks ini HANYALAH TEKS KEMAS KINI bagi Akta Makanan 1983 oleh Jabatan Peguam Negara. Melainkan jika dan sehingga dicetak semula menurut kuasa Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang di bawah subseksyen 14(1) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1], teks ini BUKAN TEKS YANG SAH. 2 AKTA MAKANAN 1983 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 9 Mac 1983 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 10 Mac 1983 Kali terakhir dipinda melalui Akta A1702 yang mula berkuat kuasa pada … … … … 1 Oktober 2024 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Pertama … … … … … 2005 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 281 AKTA MAKANAN 1983 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran BAHAGIAN II PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN 3. Pelantikan juruanalisis dan pegawai diberi kuasa 3A. Makmal diluluskan 4. Kuasa pegawai diberi kuasa 5. Kuasa mengambil sampel 6. Tatacara mengambil sampel 7. Perakuan juruanalisis 8. Kuasa meminta maklumat 9. Kuasa Ketua Pengarah mendapatkan butir-butir mengenai ramuan makanan tertentu 10. Pengarah boleh memerintahkan supaya premis makanan atau perkakas berada dalam keadaan bersih dan suci 11. Penutupan premis tidak suci 12. Sabitan disiarkan dalam akhbar 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 BAHAGIAN III KESALAHAN DAN KETERANGAN Seksyen 12A. Pengertian “pemunya hak pengilang atau pembungkus” 13. Makanan yang mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan 13A. Makanan yang tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia 13B. Makanan yang diadukkan 13C. Mengalihkan makanan dari premis makanan 14. Larangan terhadap penjualan makanan yang bukan daripada jenis, bahan atau kualiti yang diminta 15. Pelabelan, dsb., yang tidak menepati standard makanan 16. Pelabelan yang palsu, dsb. 17. Iklan 18. Kuasa mahkamah memerintahkan lesen dibatalkan dan makanan dilupuskan 19. Pendakwaan 20. Perakuan juruanalisis hendaklah menjadi keterangan prima facie 21. Mahkamah boleh memerintahkan juruanalisis bebas membuat analisis 22. Anggapan jualan, dsb. 23. Tidak menjadi pembelaan jika kesalahan dilakukan dengan tidak sengaja 23A. Notis terlebih dahulu tentang keterangan pakar dalam mahkamah 24. Penjualan, dsb., oleh ejen atau pekhidmat 25. Anggapan menjual makanan untuk makanan manusia 26. Tidak menzahirkan maklumat 27. Proses pengilangan dan rahsia perdagangan 28. Tanggungan pengimport, pengilang, pembungkus, dsb. BAHAGIAN IV PENGIMPORTAN, WARANTI DAN PEMBELAAN 29. Pengimportan 30. Waranti Makanan 5 Seksyen 31. Waranti bertulis menjadi pembelaan yang memadai 32. Penalti kerana waranti palsu BAHAGIAN V PERUNTUKAN PELBAGAI 32A. Pendakwaan 32B. Kuasa untuk memerintahkan kehadiran di mahkamah 33. Kuasa untuk mengkompaun 33A. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 33B. Perlindungan terhadap prosiding undang-undang 33C. Tangggung rugi 34. Kuasa membuat peraturan-peraturan 35. Pemansuhan dan kecualian 36. (Dipotong) 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 281 AKTA MAKANAN 1983 Suatu Akta bagi melindung orang ramai terhadap bahayanya di segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan, dan mengenai perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya. [1 Oktober 1985, P.U. (B) 446/1985] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Makanan 1983 dan terpakai di seluruh Malaysia. (2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya Akta ini bagi Negeri yang berlainan dalam Malaysia atau bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “bahan sayuran” ertinya apa-apa pokok atau bahagian sesuatu pokok, dan meliputi batang, akar, kulit, ubi, rizom, daun, tangkai, jambak bunga, tunas, pucuk bunga, buah dan benih atau patinya; “binatang” meliputi apa-apa jua binatang berkaki empat atau burung sama ada peliharaan atau sebaliknya, ikan, haiwan reptilia atau serangga, kesemua atau sebahagiannya diguna untuk makanan manusia; “bungkusan” meliputi apa-apa benda atau apa-apa cara yang makanan dikotak, ditutup, dimasukkan, diisi, diletakkan atau selainnya dipekkan dengan apa jua cara seluruhnya atau sebahagiannya dan meliputi apa-apa jua jenis bakul, baldi, dulang atau bekas sama ada terbuka atau tertutup; “iklan” meliputi apa-apa gambaran dengan apa jua cara bagi maksud memajukan secara langsung atau secara tidak langsung penjualan atau lain-lain pelupusan akan apa jua makanan; “import” ertinya membawa masuk atau menyebabkan dibawa masuk ke dalam Malaysia melalui darat, air atau udara bagi maksud jualan dari mana-mana tempat di luar Malaysia tetapi tidak meliputi membawa masuk ke dalam Malaysia akan apa-apa makanan yang dibuktikan adalah dimaksudkan untuk dibawa ke luar Malaysia dalam kenderaan, vesel atau pesawat udara itu juga yang membawa masuk makanan itu ke dalam Malaysia tanpa memindah kapal atau mendarat di mana-mana; “juruanalisis” ertinya seorang juruanalisis yang dilantik di bawah seksyen 3; “keraian” meliputi apa-apa perhimpunan sosial atau bentuk perhimpunan lain, hiburan, pesta, pameran, pertunjukan, permainan, pertandingan, sukan atau ujian kemahiran; Makanan 9 “kesalahan boleh kompaun” ertinya kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai kesalahan boleh kompaun; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan; “label” meliputi apa-apa tek, jenama, tanda, benda bergambar atau perkara perihalan lain yang bertulis, bercetak, berstensil, bertanda, bercat, bercetak timbul atau dicap pada apa-apa makanan atau dilekatkan pada apa-apa makanan atau dimasukkan ke dalam makanan menjadi sebahagian daripada makanan atau disertakan dengan apa-apa makanan; “lak” meliputi penahanan secara pukal apa-apa makanan yang sampelnya telah diambil untuk analisis, sementara menanti keputusan analisis itu; “makanan” meliputi setiap barang yang dikilang, dijual atau diberi gambaran untuk digunakan sebagai makanan atau minuman untuk kegunaan manusia atau yang masuk pada atau digunakan dalam campuran, penyediaan, pengawetan apa-apa makanan atau minuman dan meliputi gula-gula, benda-benda kunyahan dan apa-apa ramuan bagi makanan, minuman, gula-gula atau benda kunyahan itu; “makmal diluluskan” ertinya sesuatu makmal yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 3A; “menjual atau penjualan” merujuk semata-mata kepada penjualan untuk dimakan atau digunakan oleh manusia dan meliputi tukar barang dan tukar ganti, menawarkan atau cuba untuk menjual, menyebabkan atau membenarkan untuk dijual, mendedahkan bagi penjualan, menerima, menghantar, mengirim atau menghantar serah bagi penjualan atau tukar ganti atau menurut penjualan atau tukar ganti itu, membekalkan apa-apa makanan apabila balasan akan diterima oleh pembekal bagi pembekalan itu sama ada secara khusus atau sebagai sebahagian daripada perkhidmatan yang dikontrakkan bagi penjualan, atau memiliki apa-apa makanan bagi penjualan atau tukar ganti, atau memiliki apa-apa makanan atau perkakas dengan 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 mengetahui bahawa makanan atau perkakas itu mungkin akan dijual atau ditawarkan atau dipamerkan atau didedahkan bagi penjualan atau dilupuskan bagi apa-apa balasan, dan termasuklah penjualan secara elektronik; “pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai kesihatan perubatan atau mana-mana penolong pegawai kesihatan persekitaran dari Kementerian Kesihatan atau dari mana-mana pihak berkuasa tempatan, atau mana-mana orang berkelayakan yang sesuai, yang dilantik oleh Menteri menjadi seorang pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 3; “pemeriksaan doktor” meliputi pemeriksaan jasmani, mikrobiologikal, kimia, serologikal dan radiologikal, dan pemeriksaan itu boleh meliputi pengambilan spesimen daripada apa- apa bendalir badan, tisu atau benda buangan untuk pemeriksaan atau analisis; “Pengarah” ertinya Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan; “pengimport” meliputi mana-mana orang yang, sama ada sebagai pemunya, konsainor, konsaini, ejen atau broker, ada memiliki, atau sebaliknya adalah berhak menjaga atau mengawal, makanan pengimportan itu; “penyediaan” meliputi pengilangan, pembungkusan, pemprosesan dan apa jua bentuk pengawetan; “Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa” ertinya Peraturan- Peraturan Kesihatan Antarabangsa sebagaimana yang diterima pakai oleh Perhimpunan Kesihatan Sedunia dalam tahun 1969 dan sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa; “perkakas” meliputi kesemua atau mana-mana bahagian apa-apa alat perkakas, jentera, instrumen, radas atau barang yang digunakan bagi atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan makanan; “premis” meliputi— Makanan 11 (a) apa-apa bangunan atau khemah atau apa-apa struktur lain, kekal atau sebaliknya berserta dengan tanah di mana terletaknya bangunan, khemah atau struktur lain itu dan mana-mana tanah bersempadanan yang digunakan berkaitan dengannya dan apa-apa kenderaan, pengangkutan, vesel atau pesawat udara; dan (b) bagi maksud seksyen 4, sesuatu lebuh, tanah lapang atau tempat peranginan awam atau basikal atau apa-apa kenderaan yang diguna untuk atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan; “premis makanan” ertinya premis yang digunakan bagi atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan, atau pelabelan semula, pemprosesan semula atau pembaikan semula apa-apa makanan; BAHAGIAN II PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN Pelantikan juruanalisis dan pegawai diberi kuasa 3. (1) Menteri boleh melantik seberapa ramai juruanalisis sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini dan boleh membuat peraturan-peraturan mengenai kelayakan, kelakuan dan tugas mereka, dan hendaklah menyediakan atau menyebabkan disediakan suatu senarai juruanalisis yang dilantik itu dan menyemaknya semula mengikut kehendak hal keadaan. (2) Menteri boleh melantik seberapa ramai pegawai diberi kuasa sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini dan tiap- tiap pegawai diberi kuasa itu hendaklah diberi Perakuan Kuasa dan perakuan itu boleh dalam mana-mana prosiding undang-undang di bawah Akta ini diterima sebagai keterangan dan hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang diperakui itu. 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 (3) Menteri boleh, berhubung dengan apa-apa perkara yang pada hematnya menjejaskan kepentingan am pengguna, memberi kuasa kepada mana-mana pegawai awam untuk mendapatkan bagi maksud analisis sampel apa-apa makanan, dan dengan itu pegawai tersebut hendaklah mempunyai segala kuasa yang dipunyai oleh seorang pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta ini, dan Akta ini terpakai seolah-olah pegawai itu adalah seorang pegawai diberi kuasa. (4) Juruanalisis dan pegawai diberi kuasa yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Makmal diluluskan 3A. (1) Menteri boleh, melalui perintah, meluluskan apa-apa bilangan makmal sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini. (2) Sesuatu makmal yang diluluskan di bawah subseksyen (1) hendaklah diberi suatu Perakuan Kelulusan dan perakuan itu hendaklah, dalam apa-apa prosiding undang-undang di bawah Akta ini, diterima sebagai keterangan dan hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang diperakui itu. (3) Menteri hendaklah menyediakan atau menyebabkan supaya disediakan suatu senarai makmal diluluskan dan menyemaknya mengikut kehendak hal keadaan. Kuasa pegawai diberi kuasa 4. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh pada bila-bila masa bagi melaksananakan dengan wajar dan lebih baik kewajipannya— (a) memasuki mana-mana premis yang dipercayainya menjadi premis makanan dan memeriksa apa-apa makanan yang didapati di dalamnya dan mengambil sampel makanan itu, dan memeriksa apa-apa jua yang dipercayainya digunakan atau dapat digunakan bagi penyediaan, pengawetan, Makanan 13 pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan makanan; (b) meminta berhenti, menggeledah atau menahan mana-mana pesawat udara, kapal atau kenderaan yang di dalamnya dia mempercayai ada sebab-sebab yang munasabah bahawa mana-mana makanan yang Akta ini terpakai baginya sedang dikirimkan dan memeriksa mana-mana makanan itu dan mengambil sampelnya bagi maksud Akta ini, kecuali pesawat udara, kapal atau kenderaan yang membuat pelayaran antarabangsa yang berkenaan dengannya Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa terpakai; (c) membuka dan memeriksa apa-apa bungkusan yang dia mempercayai mengandungi apa-apa makanan yang Akta ini terpakai baginya; (d) memeriksa apa-apa buku, dokumen atau rekod lain yang didapati dalam mana-mana premis makanan yang dia mempercayai mengandungi apa-apa maklumat yang berkaitan dengan penguatkuasan Akta ini berkenaan dengan apa-apa makanan yang Akta ini terpakai baginya dan membuat salinannya atau mengambil cabutan daripadanya; (e) meminta dikemukakan Kad Pengenalan Pendaftaran Negara, Sijil Pendaftaran Perniagaan atau apa-apa dokumen lain yang berkaitan yang dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa itu; (f) menyita dan menahan untuk seberapa lama yang perlu apa-apa makanan atau perkakas yang kerananya atau berhubung dengannya dia mempercayai mana-mana peruntukan Akta ini telah dilanggar; atau (g) menanda, melak atau selainnya mendapatkan, menimbang, mengira atau menyukat apa-apa makanan atau perkakas yang penyediaan, penyimpanan, pengawetan, pembungkusan, pengiriman, pengedaran atau 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 penjualannya adalah berlawanan atau didapati berlawanan dengan Akta ini. (1A) Dalam penjalanan kuasanya di bawah subseksyen (1) seseorang pegawai diberi kuasa boleh memeriksa secara lisan pemunya, penduduk atau orang yang menjaga premis makanan, atau mana-mana orang yang dijumpai dalam premis makanan, yang dipercayainya mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan apa-apa perkara di bawah Akta ini. (1B) Seseorang yang diperiksa di bawah subseksyen (1A) adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab dengan benar segala soalan yang diajukan kepadanya: Dengan syarat bahawa seseorang yang diperiksa di bawah subseksyen ini boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya akan cenderung ke arah mendedahkannya kepada suatu pertuduhan atau penalti jenayah atau pelucuthakan. (1C) Seseorang pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1A) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (1B). (1D) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah subseksyen (1A) dan (1B) hendaklah, bila mana mungkin, ditukar ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa orang itu membuat pernyataan itu dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia kehendaki. (1E) Apa-apa pernyataan yang dibuat dan direkodkan di bawah seksyen ini boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding dalam mahkamah. (2) Seseorang pegawai diberi kuasa yang bertindak di bawah seksyen ini hendaklah, jika dikehendaki sedemikian, mengemukakan Perakuan Kuasanya. Makanan 15 (3) Mana-mana pemunya, penduduk atau orang yang menjaga mana-mana premis makanan yang dimasuki oleh seseorang pegawai diberi kuasa menurut perenggan (1)(a), atau mana-mana orang yang dijumpai di dalamnya, yang tidak memberi kepada pegawai diberi kuasa itu segala bantuan munasabah yang boleh diberinya atau memberi kepadanya segala maklumat yang dikehendaki dengan munasabahnya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda atau kedua-duanya. (4) Mana-mana orang yang menghalang atau merintangi mana-mana pegawai diberi kuasa semasa dia menjalankan kewajipannya atau menahan atau cuba menahan pegawai diberi kuasa itu daripada melaksanakan kewajipannya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda atau kedua-duanya. (5) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dia ada sebab mempercayai telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya jika orang itu tidak memberi nama dan alamatnya atau ada alasan munasabah bagi mempercayai bahawa dia telah memberi nama atau alamat palsu atau bahawa mungkin dia akan melarikan diri: Dengan syarat bahawa apabila seseorang itu telah ditangkap seperti tersebut di atas tadi dia hendaklah selepas itu dibicarakan sebagaimana diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. (6) Mana-mana orang yang dengan diketahuinya membuat apa-apa pernyataan yang palsu atau mengelirukan sama ada secara lisan atau secara bertulis kepada mana-mana pegawai diberi kuasa yang ditugas menjalankan kewajipannya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda atau kedua-duanya. (7) Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah melepaskan apa-apa makanan yang disita olehnya apabila dia berpuas hati bahawa segala peruntukan Akta ini berkenaan dengannya itu telah dipatuhi. 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 (8) Jika seseorang pegawai diberi kuasa telah menyita apa-apa makanan dan pemunya atau orang yang memiliki makanan itu pada masa penyitaan itu mempersetujui secara bertulis tentang pemusnahannya maka makanan itu boleh dimusnahkan atau selainnya dilupuskan sebagaimana diarahkan oleh pegawai diberi kuasa itu dan jika pemunya atau orang itu tidak mempersetujui tentang pemusnahan makanan itu maka pegawai diberi kuasa itu boleh memohon kepada mahkamah untuk memusnahkan atau melupuskan makanan itu atau apa-apa perkakas dan mahkamah boleh membuat suatu perintah sebagaimana yang difikirkannya patut walau pun pemunya atau orang itu tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan berkaitan dengan makanan itu. (9) Jika seseorang pegawai diberi kuasa telah menyita apa-apa makanan yang tidak tahan lama dan pemunya atau orang yang memiliki makanan itu pada masa penyitaan itu tidak mempersetujui secara bertulis tentang pemusnahannya maka tanggungjawab untuk penyimpanan dengan wajar makanan itu supaya terhindar daripada kemerosotan, kerosakan atau kecurian, sementara menunggu keputusan mahkamah, terletak pada pemunya atau orang itu. (10) Jika mana-mana makanan atau perkakas telah disita dan ditahan di bawah perenggan (1)(f) dan pemunyanya telah disabitkan atas sesuatu kesalahan maka makanan atau perkakas itu boleh dimusnahkan atau selainnya dilupuskan sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah. (11) Walau apa pun peruntukan lain dalam seksyen ini seorang pegawai diberi kuasa boleh memusnahkan apa-apa makanan di mana jua terdapat yang busuk, berbau atau membahayakan kesihatan atau makanan yang pengimportannya dilarang atau makanan yang diserahkan oleh pemunya untuk dimusnahkan apabila dibayar bayaran yang berpatutan. (12) Mana-mana orang yang mengalih, mengubah atau menganggu dengan apa jua cara apa-apa makanan yang disita atau dilak di bawah Akta ini tanpa kuasa seseorang pegawai diberi kuasa melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda atau kedua-duanya. Makanan 17 (13) Apa-apa makanan yang disita boleh atas opsyen seorang pegawai diberi kuasa disimpan atau distor dalam premis di mana makanan itu disita atau boleh atas arahan seorang pegawai diberi kuasa dialihkan ke mana-mana tempat lain yang patut. (14) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menghantar mana-mana makanan yang disita olehnya atau apa-apa sampel daripadanya atau apa-apa sampel lain yang diambil olehnya ke mana-mana makmal diluluskan untuk dianalisis atau diperiksa. (15) (Dipotong oleh Akta A1117). Kuasa mengambil sampel 5. (1) Apabila dibayar atau diberi kepada mana-mana orang yang menjual makanan atau kepada ejen atau pekhidmatnya akan nilai pasaran semasa bagi makanan itu, mana-mana pegawai diberi kuasa boleh di mana-mana tempat meminta dan memilih serta mengambil atau mendapatkan sampel makanan itu bagi maksud analisis. (2) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh di mana-mana tempat meminta dan memilih serta mengambil atau mendapatkan sampel bagi maksud analisis tanpa bayaran daripada mana-mana pengilang yang membuat makanan untuk jualan atau daripada mana-mana pengimport apa-apa makanan atau daripada ejen atau pekhidmatnya. (3) Mana-mana pegawai diberi kuasa itu boleh menghendaki orang itu atau ejen atau pekhidmatnya supaya menunjukkan dan membenarkan pemeriksaan akan bungkusan dalam mana makanan itu disimpan pada masa itu dan mengambil daripadanya sampel yang diminta itu. (4) Jika apa-apa makanan disimpan untuk jualan secara runcit dalam suatu bungkusan tidak berbuka, tiada seorang pun boleh dikehendaki oleh mana-mana pegawai diberi kuasa supaya menjual kurang daripada kesemua kandungan bungkusan itu. (5) Mana-mana orang yang enggan atau cuai mematuhi apa-apa permintaan atau kehendak yang dibuat oleh seorang pegawai diberi 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 kuasa menurut seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda atau kedua-duanya. Tatacara mengambil sampel 6. (1) Jika dimaksudkan untuk menghantar apa-apa sampel daripada apa-apa makanan untuk analisis maka pegawai diberi kuasa yang membeli atau selainnya mendapatkan sampel itu hendaklah memberitahu penjual itu atau ejen atau pekhidmatnya yang menjual makanan itu yang dia bermaksud hendak meminta seorang juruanalisis menganalisis sampel itu. (2) Tatacara mengambil sampel dan menguruskannya hendaklah seperti yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan. Perakuan juruanalisis 7. (1) Perakuan juruanalisis hendaklah mengikut borang yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan. (2) Jika apa-apa kaedah analisis telah ditetapkan melalui peraturan-peraturan bagi menganalisis apa-apa makanan maka juruanalisis hendaklah mengikuti kaedah yang ditetapkan dan dalam perakuan analisisnya hendaklah menyatakan bahawa dia telah mengikut kaedah yang ditetapkan itu. (3) Satu salinan keputusan apa-apa analisis bagi apa-apa makanan yang diambil oleh seorang pegawai diberi kuasa boleh didapati daripada juruanalisis oleh orang yang daripadanya makanan yang dianalisis itu telah dibeli atau didapati apabila dibayar apa-apa fi yang ditetapkan. (4) Tiada apa-apa salinan keputusan bagi apa-apa analisis yang dibuat di bawah Akta ini atau apa-apa cetak ulangannya boleh diperagakan atau digunakan sebagai suatu iklan dan jika mana-mana orang yang memperagakan atau mengguna salinan atau cetak ulangan itu maka dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh Makanan 19 dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda atau kedua-duanya. Kuasa meminta maklumat 8. (1) Jika mana-mana pegawai diberi kuasa berpendapat bahawa ada alasan yang munasabah bagi mengesyaki bahawa mana-mana orang ada memiliki apa-apa makanan atau lain-lain bahan atau apa-apa perkakas bagi maksud atau ada kaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan makanan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya maka dia boleh menghendaki orang itu supaya mengemukakan untuk pemeriksaannya apa-apa buku, dokumen atau rekod lain atau apa-apa maklumat lain berhubungan dengan pengimportan, penyediaan, penerimaan, pemilikan, pembelian, penjualan atau penyerahan makanan itu atau lain-lain bahan atau apa-apa perkakas. (2) Mana-mana pegawai diberi kuasa yang disebutkan dalam subseksyen (1) boleh membuat atau menyebabkan dibuat salinan atau cabutan daripada mana-mana buku, dokumen atau rekod itu, atau apa-apa maklumat lain dan salinan atau cabutan itu yang diperakui sedemikian oleh pegawai diberi kuasa itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai salinan atau cabutan yang benar dan betul. (3) Mana-mana orang yang enggan atau cuai mematuhi kehendak yang dibuat menurut seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda atau kedua-duanya. (4) Mana-mana pegawai diberi kuasa yang— (a) tidak menyimpan rahsia mengenai semua perkara yang sampai kepada pengetahuannya pada melaksanakan kewajipan rasminya di bawah seksyen ini; atau 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 (b) menyampaikan mana-mana perkara itu kepada sesiapa jua kecuali bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda atau kedua-duanya. Kuasa Ketua Pengarah mendapatkan butir-butir mengenai ramuan makanan tertentu 9. (1) Ketua Pengarah boleh setelah mendapat kelulusan secara bertulis daripada Menteri mengarahkan mana-mana orang yang pada tarikh arahan itu atau pada bila-bila masa berikutnya menjalankan suatu perniagaan yang meliputi pengeluaran, pengimportan atau penggunaan apa-apa bahan yang Akta ini terpakai baginya supaya memberi kepadanya, dalam suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu, apa-apa butir sebagaimana yang dinyatakan mengenai komposisi dan penggunaan mana-mana bahan yang dijual atau untuk dijual semasa menjalankan perniagaan itu atau digunakan dalam penyediaan makanan ini. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), sesuatu arahan yang dibuat di bawahnya boleh menghendaki butir-butir berikut diberi berkenaan dengan apa jua bahan, iaitu— (a) butir-butir komposisi dan formula kimia bagi bahan itu; (b) butir-butir bagaimana bahan itu digunakan atau dicadang hendak digunakan dalam menyediakan makanan; (c) butir-butir mengenai apa-apa penyiasatan yang dijalankan oleh orang yang menjalankan perniagaan yang berkenaan atau dijalankan dengan pengetahuannya, bagi maksud menentukan sama ada dan setakat mana bahan itu, atau apa-apa keluaran yang dihasilkan apabila bahan itu digunakan sebagaimana tersebut di atas tadi, adalah membahayakan kesihatan atau dengan apa jua cara lain mengganggu kesihatan; Makanan 21 (d) butir-butir mengenai apa-apa penyiasatan atau soal siasat yang dijalankan oleh orang yang menjalankan perniagaan yang berkenaan atau dijalankan dengan pengetahuannya, bagi maksud menentukan kesan kumulatif kepada kesihatan seseorang yang makan bahan itu sebanyak yang lazim dimakan. (3) Tiada apa-apa butir-butir yang diberi mengikut arahan di bawah seksyen ini dan tiada apa-apa maklumat berhubung dengan apa-apa perniagaan secara individu yang didapati melalui butir-butir itu boleh, tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan secara bertulis daripada orang yang menjalankan perniagaan yang berkenaan, dizahirkan kecuali pada menjalankan dengan wajar akan kewajipannya di bawah Akta ini, dan mana-mana orang yang menzahirkan mana-mana butir atau maklumat itu melanggar subseksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya. Pengarah boleh memerintahkan supaya premis makanan atau perkakas berada dalam keadaan bersih dan suci 10. (1) Jika Pengarah atau seseorang pegawai diberi kuasa olehnya dalam hal tertentu ini berpuas hati, mengikut pemeriksaanya sendiri atau laporan seorang pegawai diberi kuasa, bahawa apa-apa premis makanan, atau apa-apa perkakas yang digunakan bagi atau yang berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan makanan, adalah dalam keadaan yang tidak mematuhi apa-apa kehendak kebersihan dan kesucian yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dia boleh, melalui surat cara bertulis yang disampaikan kepada tuan punya, pemunya atau penduduk premis itu, atau tuan punya atau pemunya perkakas itu, memerintahkan supaya premis atau perkakas itu dibersihkan dan disucikan sehingga memuaskan hati pegawai diberi kuasa dalam tempoh yang dinyatakan dalam surat cara itu. (2) Jika selepas tamat tempoh tersebut, Pengarah atau seseorang pegawai diberi kuasa olehnya dalam hal tertentu ini tidak puas hati 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 bahawa premis makanan atau perkakas yang dimaksudkan oleh perintah itu telah dibersihkan dan disucikan keadaannya maka Pengarah atau pegawai itu boleh, melalui surat cara bertulis, menyampaikan kepada tuan punya, pemunya atau penduduk premis makanan itu atau tuan punya atau pemunya perkakas itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengarahkan bahawa— (a) premis makanan itu tidak boleh disenggarakan bagi penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan atau penjualan apa-apa makanan atau, berkenaan dengan kenderaan, bagi pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan; dan (b) perkakas itu tidak boleh digunakan dalam atau bagi menyediakan, mengawet, membungkus, mengendali, membekalkan makanan atau menghidangkan apa-apa makanan, sehingga pegawai diberi kuasa telah memberi atau selainnya disifatkan telah memberi kepada tuan punya, pemunya atau penduduk premis makanan itu atau tuan punya atau pemunya perkakas itu, mengikut mana yang berkenaan, suatu perakuan secara bertulis menyatakan bahawa premis makanan atau perkakas itu telah dibersihkan dan disucikan keadaannya dan berada dalam keadaan bersih dan suci. (3) Tuan punya, pemunya atau penduduk mana-mana premis makanan atau tuan punya atau pemunya mana-mana perkakas yang perintah di bawah subseksyen (2) disampaikan kepadanya boleh pada bila-bila masa selepas perintah itu disampaikan meminta, secara bertulis, Pengarah atau seseorang pegawai diberi kuasa olehnya dalam hal tertentu ini supaya menyebabkan premis makanan atau perkakas itu diperiksa oleh seorang pengawai diberi kuasa di suatu tempat yang dinyatakan dalam surat permintaan itu. (4) Jika permintaan dibuat sedemikian, premis makanan atau perkakas yang dimaksudkan oleh permintaan itu hendaklah diperiksa oleh seorang pegawai diberi kuasa dalam tempoh tujuh hari selepas permintaan itu diterima oleh Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa olehnya dalam hal tertentu ini dan pegawai diberi kuasa yang Makanan 23 menjalankan pemeriksaan itu hendaklah, jika dia berpuas hati bahawa premis makanan atau perkakas itu telah dibersihkan dan disucikan keadaannya dan berada dalam keadaan bersih dan suci, memberi kepada tuan punya, pemunya atau penduduk premis makanan atau tuan punya atau pemunya perkakas itu, suatu perakuan yang bermaksud demikian. (5) Jika permintaan dibuat sedemikian dan premis makanan atau perkakas itu tidak diperiksa oleh seorang pegawai diberi kuasa dalam tempoh tujuh hari selepas permintaan itu diterima oleh Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa olehnya dalam hal tertentu ini, suatu perakuan mengenai premis makanan atau perkakas itu hendaklah disifatkan sebagai telah diberi kepada tuan punya, pemunya atau penduduk premis makanan itu atau tuan punya atau pemunya perkakas itu. (6) Jika perintah di bawah subseksyen (2) telah disampaikan kepada tuan punya, pemunya atau penduduk mana-mana premis makanan atau kepada tuan punya atau pemunya mana-mana perkakas dan perakuan baginya belum lagi kemudiannya diberi atau selainnya tidak disifatkan telah diberi, maka mana-mana orang yang― (a) menyimpan atau mengguna premis makanan itu atau mana-mana bahagian daripada premis makanan itu bagi penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan atau penjualan atau berkenaan dengan kenderaan, bagi pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan; atau (b) menggunakan perkakas itu dalam atau bagi menyediakan, mengawet, membungkus, mengendali atau membekalkan apa-apa makanan atau menghidangkan apa-apa makanan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya. 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 Penutupan premis tidak suci 11. Pengarah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa olehnya dalam hal tertentu ini boleh secara bertulis memerintahkan penutupan serta-merta tidak lebih daripada empat belas hari mana-mana premis yang menyediakan atau menjual makanan di mana Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa olehnya dalam hal tertentu ini adalah berpendapat bahawa premis itu tidak dibersihkan dan disucikan keadaannya hingga mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan, dan tuan punya, pemunya atau penduduk premis yang tidak mematuhi perintah itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya. Sabitan disiarkan dalam akhbar 12. Suatu pemberitahuan yang mengandungi nama dan pekerjaan mana-mana orang yang telah disabitkan atas sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya berserta dengan tempat atau tempat-tempat perniagannya, jenis kesalahan dan denda, lucut hak dan penalti lain yang dikenakan hendaklah, jika mahkamah memerintahkan sedemikian, disiarkan dalam mana-mana akhbar yang beredar di Malaysia atau di mana-mana bahagiannya, dan mahkamah itu selanjutnya hendaklah mengarahkan orang yang disabitkan itu supaya membayar kos penyiarannya dan kos sedemikian itu hendaklah disifatkan seolah-olah ia suatu denda yang dijatuhkan oleh mahkamah itu. BAHAGIAN III KESALAHAN DAN KETERANGAN Pengertian “pemunya hak pengilang atau pembungkus” 12A. (1) Bagi maksud Bahagian ini, istilah “pemunya hak pengilang atau pembungkus” ertinya— Makanan 25 (a) dalam hal makanan yang dikilang atau dibungkus di luar negeri, mana-mana orang yang mempunyai hak eksklusif untuk mengedarkan atau menjual makanan itu di Malaysia mengikut lesen, perjanjian atau francais daripada pengilang luar negeri itu; atau (b) dalam hal makanan yang dikilang atau dibungkus di dalam negeri, mana-mana orang yang bukan pengilang atau pembungkus tetapi mempunyai hak keempunyaan ke atas pengedaran dan penjualan makanan itu, atau yang menjadi pengilang atau pembungkus, mengedarkan atau menjual makanan itu melalui dan atas nama ejen pemasaran. (2) Istilah “pemunya hak pengilang atau pembungkus” dalam subseksyen (1) juga meliputi mana-mana orang yang, berhubung dengan makanan, mendakwa atau mengemukakan dirinya sebagai pemunya hak pengilang atau pembungkus, sama ada makanan itu diimport atau dikilang atau dibungkus dalam negeri. Makanan yang mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan 13. (1) Mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. (2) Dalam menentukan sama ada apa-apa makanan adalah memudaratkan kesihatan bagi maksud subseksyen (1), perhatian hendaklah diberikan bukan sahaja tentang kesan kemungkinan makanan itu kepada kesihatan seseorang yang memakannya tetapi juga tentang kesan kumulatif kemungkinan makanan itu yang pada keseluruhannya mengandungi kandungan yang sama kepada kesihatan seseorang yang memakan makanan itu sebanyak yang lazim dimakan. 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 Makanan yang tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia 13A. (1) Mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang mengandungi keseluruhannya atau sebahagiannya— (a) apa-apa bahan binatang atau sayuran yang berpenyakit, kotor, reput atau bangar; (b) apa-apa bahagian binatang yang tidak sesuai untuk dijadikan makanan; atau (c) hasil binatang yang sudah mati selain kerana disembelih atau sebagai binatang buruan, sama ada dikilangkan atau tidak, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau kedua-duanya. (2) Mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang mengandungi atau padanya terdapat apa-apa jirim yang asing kepada sifat makanan itu, atau adalah selainnya tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia, sama ada dikilangkan atau tidak, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (3) Mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan sama ada dikilangkan atau tidak yang dimasukkan dalam bungkusan terkedap dan bungkusan itu rosak dan tidak lagi dapat melindungi kandungannya daripada tercemar atau merosot, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Makanan yang diadukkan 13B. (1) Tiada seorang pun boleh menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang diadukkan. Makanan 27 (2) Bagi maksud dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), apa-apa makanan hendaklah disifatkan sebagai diadukkan jika— (a) makanan itu mengandungi atau dicampurkan atau dicairkan dengan apa-apa bahan yang dengan apa-apa jua cara menyusutkan sifat pemakanannya atau sifatnya yang lain yang berfaedah berbanding dengan makanan itu dalam keadaan tulen, biasa atau tertentu dan dalam keadaan tidak merosot dan baik, atau yang dengan apa-apa jua cara lain mendatangkan atau mungkin mendatangkan mudarat atau kerugian kepada pembeli atau pengguna; (b) apa-apa bahan atau ramuan telah dikeluarkan, kesemuanya atau sebahagiannya, atau ditinggalkan, daripada makanan itu dan oleh sebab pengeluaran atau peninggalan itu, sifat pemakanan atau sifat berfaedahnya yang lain dalam makanan itu adalah kurang daripada sifat-sifat makanan itu dalam keadaannya yang tertentu, atau makanan itu mendatangkan atau mungkin mendatangkan mudarat atau kerugian kepada pembeli atau pengguna; (c) makanan itu mengandungi atau dicampurkan atau dicairkan dengan apa-apa bahan yang nilai perdagangannya lebih rendah daripada nilai makanan itu dalam keadaan yang tulen, biasa atau tertentu dan dalam keadaan tidak merosot dan baik; (d) makanan itu mengandungi apa-apa bahan yang penambahannya tidak dibenarkan oleh Akta ini atau mana- mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; (e) makanan itu tidak mematuhi standard atau spesifikasi yang ditetapkan oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; (f) makanan itu mengandungi apa-apa bahan yang bahagiannya adalah lebih besar daripada bahagian yang dibenarkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 (g) makanan itu dicampurkan, diwarnakan, diserbukkan, disalutkan, digandamkan, disediakan atau selainnya diperlakukan dengan suatu cara yang membolehkan kerosakan atau kerendahan mutunya disembunyikan; atau (h) makanan itu terkandung dalam suatu bungkusan, dan kandungan bungkusan itu sebagaimana yang dibungkus pada asalnya telah dikeluarkan kesemuanya atau sebahagiannya dan kandungan lain telah diletakkan dalam bungkusan itu. (3) Bagi maksud dan tanpa menjejaskan keluasan perenggan (2)(d), penambahan apa-apa bahan dalam makanan hendaklah disifatkan tidak dibenarkan atau hendaklah disifatkan dilarang oleh atau di bawah Akta ini jika standard atau spesifikasi yang ditetapkan bagi makanan itu melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini tidak mengadakan peruntukan secara nyata bagi penambahan bahan itu (4) Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Mengalihkan makanan dari premis makanan 13C. (1) Jika apa-apa makanan didapati melanggar atau disyaki dengan munasabah telah melanggar apa-apa peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa oleh Pengarah boleh, melalui notis secara bertulis, memerintahkan mana-mana orang dalam seksyen 24 supaya memanggil balik, memindahkan atau menarik balik daripada penjualan makanan itu dari mana-mana premis makanan dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu. (2) Walau apa pun subseksyen (1), adalah menjadi kewajipan mana-mana orang dalam seksyen 24, jika orang itu mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai atau telah sampai ke pengetahuan orang itu bahawa apa-apa makanan yang diimport, dikilang, Makanan 29 dibungkus, ditanam atau diternak, disediakan atau dijual oleh orang itu telah melanggar seksyen 13, 13A, atau 13B, untuk memanggil balik, memindahkan atau menarik balik daripada penjualan makanan itu dari mana-mana premis makanan dengan serta-merta. (3) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. Larangan terhadap penjualan makanan yang bukan daripada jenis, bahan atau kualiti yang diminta 14. (1) Mana-mana orang yang menjual apa-apa makanan yang bukannya daripada jenis, atau bukannya daripada bahan atau bukannya daripada kualiti (sebagaimana dinyatakan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya) bagi makanan yang diminta oleh pembeli melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya. (2) Jika peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini mengandungi peruntukan yang menetapkan standard apa-apa makanan atau komposisi atau melarang atau menyekat penambahan apa-apa bahan kepada apa-apa makanan maka pembeli makanan itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan bagi maksud seksyen ini sebagai telah meminta makanan yang mematuhi peruntukan peraturan-peraturan yang sedemikian itu. Pelabelan, dsb., yang tidak menepati standard makanan 15. Jika suatu standard telah ditetapkan bagi apa-apa makanan maka mana-mana orang yang membungkus, melabel atau mengiklankan, menyedia, apa-apa makanan yang tidak menepati standard itu, dengan sedemikian cara hingga mungkin makanan itu dikelirukan sebagai makanan daripada standard yang ditetapkan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda atau kedua-duanya. 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 Pelabelan yang palsu, dsb. 16. Mana-mana orang yang menyedia, membungkus, melabel atau menjual apa-apa makanan dengan suatu cara yang palsu, mengelirukan atau memperdayakan berkenaan dengan sifat, jenis, nilai, bahan, kualiti, komposisi, merit atau keselamatan, kekuatan, ketulenan, berat, asal usul, lama atau bahagian kandungannya atau bersalahan dengan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda atau kedua-duanya. Iklan 17. (1) Seseorang yang bagi maksud menyempurnakan atau menggalakkan penjualan apa-apa makanan, menyiarkan atau menyebabkan disiarkan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau sebagai ejen atau pekhidmat kepada orang yang meminta disempurnakan atau digalakkan penjualan itu, apa-apa iklan yang berhubungan dengan atau mungkin menyebabkan mana-mana orang mempercayai bahawa iklan itu adalah berhubungan dengan makanan itu atau dengan apa-apa ramuan atau juzuknya, yang— (a) secara langsung atau secara tidak langsung layak atau tidak selaras dengan atau berlawanan dengan apa-apa butir yang dikehendaki oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini supaya ditandakan pada atau dikepilkan kepada makanan itu atau ditandakan pada atau dikepilkan kepada mana-mana bungkusan yang mengandungi makanan yang sedemikian itu; (b) dilarang oleh mana-mana peraturan yang sedemikian itu daripada ditandakan pada atau dikepilkan kepada makanan yang sedemikian itu atau ditandakan pada atau dikepilkan kepada mana-mana bungkusan yang mengandungi makanan yang sedemikian itu; (c) meninggalkan daripada nama atau perihal apa-apa makanan apa jua perkataan atau perkataan-perkataan yang Makanan 31 dikehendaki oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini supaya dimasukkan ke dalam nama atau perihal yang ditandakan pada atau dikepilkan kepada makanan yang sedemikian itu atau ditandakan pada atau dikepilkan kepada mana-mana bungkusan yang mengandungi makanan yang sedemikian itu; atau (d) mungkin memperdaya pembeli berhubung dengan sifat, jenis, nilai, bahan, kualiti, kekuatan, ketulenan, komposisi, merit atau keselamatan, berat, bahagian kandungan, asal usul, lama atau kesan apa-apa makanan atau apa-apa ramuan atau juzuknya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda atau kedua-duanya. (2) Seseorang yang menyiarkan atau menyebab disiarkan apa-apa iklan yang tidak mengandungi suatu pernyataan menerangkan nama sebenarnya orang yang olehnya atau bagi pihaknya iklan itu disiarkan dan alamat tempat perniagaan atau tempat kediamannya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda atau kedua-duanya: Dengan syarat bahawa jika orang itu suatu syarikat maka adalah mencukupi jika pernyataan itu menerangkan nama tempat di mana syarikat itu mempunyai pejabat berdaftarnya dan bukannya alamat tempat perniagaan syarikat itu. (3) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (2)— (a) boleh dipakai berkenaan dengan apa-apa iklan yang disiarkan secara lisan atau dengan apa-apa cara mengeluarkan atau menghantar cahaya atau bunyi; atau (b) boleh menyentuh kuat kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang berhubungan dengan pelabelan makanan. 32 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 (4) Apa-apa pernyataan yang terkandung dalam iklan bagi apa-apa makanan yang berupa sebagai menerangkan nama orang yang olehnya atau bagi pihaknya iklan sedemikian itu disiarkan hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, menjadi keterangan yang mencukupi tentang nama orang yang sedemikian itu. (5) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dipakai bagi apa-apa iklan yang mematuhi mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini berhubung dengan penzahiran atau selainnya tentang nama dan alamat tempat perniagaan atau tempat kediaman pengilang atau penjual makanan yang diiklankan atau ejen pengilang atau penjual itu. Kuasa mahkamah memerintahkan lesen dibatalkan dan makanan dilupuskan 18. (1) Apabila seseorang disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, maka mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan dengan sahnya, membatalkan apa-apa lesen yang dikeluarkan kepada orang itu di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya. (2) Jika seseorang telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah boleh memerintahkan supaya apa-apa makanan daripada jenis yang serupa yang dipunyai atau dimiliki oleh orang sabitan itu atau apa-apa jua yang dijumpai bersama-sama dengan makanan yang sedemikian itu dilucuthak dan apabila perintah sedemikian itu dibuat makanan atau benda yang sedemikian itu boleh dilupuskan sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah. Pendakwaan 19.
Part document.segment-2
281 - *AKTA MAKANAN 1983 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
281 - *AKTA MAKANAN 1983 — segment 2
AI-assisted research summary: This provision sets rules for analyst certificates, evidence, time limits for prosecutions, import-related compliance, written warranties, offences, and ministerial/regulatory powers.
(1) Jika seseorang juruanalisis, setelah menganalisis atau memeriksa apa-apa makanan yang Akta ini terpakai baginya, telah memberi suatu perakuan dan daripada perakuan itu didapati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan maka pegawai diberi kuasa boleh, tertakluk pada seksyen 377 Kanun Tatacara Makanan 33 Jenayah dan seksyen 32A, menjalankan prosiding di bawah Akta ini di hadapan mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana makanan yang dijual itu telah sebenarnya disampaikan kepada pembeli atau sampelnya diambil. (1A) Perakuan juruanalisis yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diberikan kepada Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh makanan itu dihantar untuk analisis. (2) Jika apa-apa makanan telah dibeli atau didapati daripada mana-mana orang untuk analisis atau pemeriksaan, tiada apa-apa prosiding berkenaan dengan penjualan itu atau apa-apa kesalahan terhadap Akta ini boleh dimulakan selepas tamat tempoh satu ratus lima puluh hari dari masa makanan itu dibeli atau didapati. (3) Dalam apa jua prosiding di bawah Akta ini, kandungan apa-apa bungkusan yang nampaknya kemas dan dalam keadaan asal bungkusannya oleh pengilang hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai makanan daripada perihal yang dinyatakan pada label itu. Perakuan juruanalisis hendaklah menjadi keterangan prima facie 20. Dalam apa jua prosiding di bawah Akta ini sesuatu perakuan analisis yang berupa sebagai ditandatangani oleh juruanalisis boleh diterima sebagai keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan dalamnya dengan syarat bahawa— (i) pihak yang terhadapnya perakuan itu dikemukakan mungkin menghendaki kehadiran juruanalisis itu bagi maksud pemeriksaan balas jika suatu notis yang menghendaki kehadiran juruanalisis itu telah diberikan kepada pendakwa tiga hari genap sebelum perbicaraan; dan (ii) tiada satu pun perakuan daripada juruanalisis boleh diterima sebagai keterangan melainkan jika pihak yang bermaksud hendak mengemukakannya telah pun sebelum 34 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 perbicaraan itu memberi notis sepuluh hari genap tentang cadangan itu berserta dengan satu salinan perakuan itu, kepada pihak yang terhadapnya perakuan itu dimaksud hendak dikemukakan. Mahkamah boleh memerintahkan juruanalisis bebas membuat analisis 21. (1) Jika sesuatu sampel telah diambil dan didapati mengikut seksyen 5 atau diuruskan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen itu, mahkamah yang di hadapannya apa-apa prosiding atas sesuatu kesalahan terhadap Akta ini dibicarakan boleh dilaksanakan secara munasabah dan teknikal berbuat demikian dan atas permintaan mana-mana satu pihak dalam prosiding itu memerintahkan supaya bahagian sampel yang disimpan oleh pegawai diberi kuasa itu dihantar kepada juruanalisis lain untuk analisis: Dengan syarat bahawa pegawai diberi kuasa itu adalah dikehendaki menyimpan sebahagian daripada sampel itu bagi maksud yang sedemikian itu. (2) Mahkamah boleh memerintahkan pihak yang membuat permintaan itu supaya membayar kos bagi analisis itu. Anggapan jualan, dsb. 22. Dalam apa jua prosiding di bawah Akta ini— (a) keterangan bahawa bungkusan yang mengandungi apa-apa makanan yang baginya Akta ini terpakai menunjukkan nama, alamat atau tanda berdaftar seseorang pengimport, pengilang atau pembungkus, atau pemunya hak pengilang atau pembungkus, atau seseorang ejen mana-mana daripada mereka, hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa makanan itu adalah diimport, dikilangkan atau dibungkus, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh setiap seorang daripada orang yang Makanan 35 namanya, alamatnya atau tanda berdaftarnya ditunjukkan pada bungkusan itu; (b) apa-apa bahan yang biasanya digunakan untuk makanan manusia, yang dijual atau ditawarkan, didedahkan atau disimpan untuk dijual hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, dianggap sebagai telah dijual atau, mengikut mana yang berkenaan, dimaksudkan untuk dijual sebagai makanan manusia; (c) apa-apa bahan yang biasanya digunakan untuk makanan manusia yang terdapat di premis yang digunakan untuk menyedia, menyimpan atau menjual bahan itu dan apa-apa bahan yang biasanya diguna dalam mengilang keluaran untuk makanan manusia yang didapati di premis yang digunakan untuk menyedia, menyimpan atau menjual keluaran itu hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, dianggap sebagai dimaksudkan untuk dijual atau untuk mengilang keluaran untuk dijual sebagai makanan manusia; dan (d) apa-apa bahan yang boleh digunakan dalam komposisi atau penyediaan apa-apa bahan yang biasanya diguna untuk makanan manusia yang terdapat di premis di mana bahan itu disediakan hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, dianggap sebagai dimaksudkan untuk penggunaan yang sedemikian itu. Tidak menjadi pembelaan jika kesalahan tidak dilakukan dengan sengaja 23. Dalam sesuatu pendakwaan kerana menjual apa-apa makanan yang berlawanan dengan peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya tidaklah menjadi pembelaan dengan menyatakan bahawa defendan tidak bertindak dengan sengaja melainkan jika dia juga membuktikan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk menentukan yang penjualan makanan itu tidak akan menjadi suatu kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya. 36 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 Notis terlebih dahulu tentang keterangan pakar dalam mahkamah 23A. Dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, tiada keterangan pakar boleh diterima sebagai keterangan melainkan jika, dalam tempoh yang berakhir sepuluh hari genap sebelum perbicaraan, orang yang dipertuduh dengan kesalahan itu telah menyampaikan kepada pendakwa suatu notis bertulis bahawa dia bermaksud untuk mengemukakan keterangan pakar, dan hendaklah menzahirkan dalam notis itu nama pakar dan sifat keterangan pakar itu; dan hendaklah juga melampirkan sesalinan apa-apa dokumen yang hendak dikemukakan oleh pakar itu dalam perbicaraan itu. Penjualan, dsb., oleh ejen atau pekhidmat 24. (1) Bagi maksud Akta ini, tiap-tiap orang yang menyedia, membungkus, melabel, mengiklan atau menjual apa-apa makanan hendaklah disifatkan berbuat demikian sama ada atas kehendaknya sendiri atau sebagai ejen atau pekhidmat mana-mana orang lain. (2) Dalam sesuatu penyediaan, pembungkusan, pelabelan, pengiklanan atau penjualan oleh ejen atau pekhidmat, prinsipal atau majikannya hendaklah menanggung liabiliti yang sama seolah-olah dia sendiri telah melakukan penyediaan, pembungkusan, pelabelan, pengiklanan atau penjualan itu. (3) Dalam hal penjualan apa-apa makanan dengan melanggar Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini oleh seseorang peruncit atau penjual, atau pekhidmatnya atau ejennya, peruncit, penjual, pekhidmat atau ejen yang melakukan penjualan itu hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan sebagai ejen bagi pengimport, pengilang, pembungkus, peladang atau penternak, orang yang menyediakan makanan itu atau pemunya hak pengilang atau pembungkus, atau ejen kepada ejen mana-mana daripada mereka, dan setiap seorang daripada orang itu hendaklah mempunyai tanggungan yang sama seperti tanggungan peruncit atau penjual atau pekhidmat atau ejen itu seolah-olah dia sendiri telah melakukan penjualan itu melainkan jika orang itu membuktikan bahawa dia tidak mungkin Makanan 37 bertanggungjawab bagi pelanggaran itu. Anggapan menjual makanan untuk makanan manusia 25. (1) Apabila apa-apa makanan dijual atau didedahkan atau ditawar untuk dijual maka makanan itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai dijual atau didedahkan atau ditawar untuk dijual sebagai makanan manusia. (2) Pembelian dan penjualan sampel makanan di bawah peruntukan Akta ini bagi maksud analisis hendaklah disifatkan sebagai pembelian dan penjualan makanan itu sebagai makanan manusia melainkan penjual membuktikan bahawa sebahagian besar daripada sampel yang telah diambil itu bukannya ditawar, didedahkan atau dimaksud untuk dijual sebagai makanan manusia. (3) Bagi maksud Akta ini, tiap-tiap orang hendaklah disifatkan menjual atau bermaksud hendak menjual apa-apa makanan jika dia menjual atau bermaksud hendak menjual sebagai makanan manusia apa-apa makanan yang menjadi suatu juzuk dalam makanan yang sedemikian itu. Tidak menzahirkan maklumat 26. (1) Tiada seorang pun pendakwa atau saksi dalam apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini boleh dipaksa menzahirkan fakta yang dia menerima apa-apa maklumat atau jenis maklumat yang sedemikian itu atau nama mana-mana orang yang memberi maklumat sedemikian itu. (2) Tiada seorang pun pegawai yang hadir sebagai pendakwa atau saksi boleh dipaksa mengemukakan apa-apa laporan atau dokumen sulit yang dibuat atau diterima olehnya atas sifat rasminya atau membuat apa-apa pernyataan berhubung dengannya. 38 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 Proses pengilangan dan rahsia perdagangan 27. Mana-mana orang yang menzahirkan apa-apa maklumat yang didapati olehnya berkaitan dengan pentadbiran atau pelaksanaan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya berhubung dengan apa-apa proses pengilangan atau rahsia perdagangan yang digunakan pada menjalankan apa-apa perdagangan, perindustrian atau proses tertentu adalah, melainkan jika penzahiran itu dibuat bagi maksud Akta ini atau mana-mana prosiding jenayah di bawah Akta ini atau dengan persetujuan orang yang menjalani perdagangan, perindustrian atau proses itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya. Tanggungan pengimport, pengilang, pembungkus, dsb. 28. Jika makanan yang berkaitan dengannya terdapat pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini adalah dijual dalam bungkusan tidak berbuka, mana-mana orang yang kelihatan daripada apa-apa pernyataan yang terdapat pada bungkusan itu atau yang terlampir pada bungkusan itu telah mengimport atau mengilang atau menyediakan makanan itu atau telah membungkusnya dalam bungkusan itu, atau menjadi pemunya hak pengilang atau pembungkus, atau menjadi ejen mana-mana daripada mereka, hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah mengimport, mengilang, menyediakan atau membungkus makanan itu dalam bungkusan tidak berbuka itu dan boleh dikenakan penalti yang sama seolah-olah dia telah sebenarnya menjual makanan itu dalam bungkusan itu. Makanan 39 BAHAGIAN IV PENGIMPORTAN, WARANTI DAN PEMBELAAN Pengimportan 29. (1) Tertakluk pada peruntukan subseksyen (2) dan (3), pengimportan apa-apa makanan yang tidak mematuhi peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya adalah dilarang. (2) Jika sesuatu makanan yang hendak diimport ke dalam Malaysia adalah makanan diproses dalam bentuk sempurna dan jika dijual dalam Malaysia akan menjadi suatu kesalahan berhubung dengan pelabelan maka makanan itu boleh diimport ke dalam Malaysia bagi maksud melabelkannya semula supaya peruntukan Akta ini berhubung dengan pelabelan dipatuhi. (3) Jika sesuatu makanan yang hendak diimport ke dalam Malaysia adalah makanan mentah atau separa proses dan jika dijual dalam Malaysia akan menjadi suatu kesalahan maka makanan itu boleh diimport ke dalam Malaysia bagi maksud memproses semula atau memperbaiki mutu makanan itu supaya peruntukan Akta ini dipatuhi. (4) Jika makanan yang sedemikian itu diimport ke dalam Malaysia bagi maksud pelabelan semula, pemprosesan semula atau perbaikan mutu dan makanan itu tidak dilabel semula, diproses semula atau diperbaiki mutunya dalam masa tiga bulan dari tarikh pengimportan, maka makanan itu hendaklah dieksport oleh pengeksport dalam tempoh dua bulan atau sesuatu tempoh lain yang akan ditentukan oleh Menteri dan jika makanan itu tidak dieksport sedemikian ia hendaklah dilucuthakkan dan dilupuskan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri. (5) Pengarah boleh menghendaki pengimport supaya melabel semula atau memproses semula atau memperbaiki mutu makanan itu di suatu kawasan ditetapkan di bawah penyeliaan seorang pegawai diberi kuasa untuk memastikan bahawa pelabelan semula, 40 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 pemprosesan semula atau perbaikan mutu makanan itu mematuhi peruntukan Akta ini. (6) Menteri boleh mengecualikan mana-mana makanan atau kelas makanan daripada peruntukan seksyen ini. Waranti 30. (1) Tiada seorang pun pengilang atau pengedar atau peniaga apa-apa makanan yang ditetapkan oleh Menteri boleh menjual makanan sedemikian itu kepada mana-mana penjual melainkan waranti bertulis atau pernyataan bertulis lain diberi yang menyatakan bahawa makanan itu mematuhi peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya. (2) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda atau kedua-duanya. Waranti bertulis menjadi pembelaan yang memadai 31. (1) Tertakluk pada peruntukan seksyen ini, adalah menjadi suatu pembelaan yang memadai dalam apa jua pendakwaan kerana sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya jika defendan membuktikan bahawa— (a) dia membeli barang yang dijual olehnya berdasarkan waranti bertulis atau pernyataan bertulis lain tentang jenis makanan yang dibeli dan ditandatangani oleh atau bagi pihak orang yang daripadanya defendan itu membelinya; (b) dia tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa makanan yang dijual itu tidak menepati waranti atau pernyataan bertulis itu; dan (c) jika makanan itu telah sebenarnya menepati waranti atau pernyataan bertulis itu, maka penjualan makanan itu oleh Makanan 41 defendan tidak akan menjadi kesalahan yang dia dipertuduhkan itu. (2) Tiada apa-apa waranti bertulis atau pernyataan bertulis lain yang diberi atau dibuat oleh orang yang bermastautin di luar Malaysia boleh menjadi apa-apa pembelaan di bawah seksyen ini melainkan defendan membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah yang munasabah bagi menentukan, dan telah sebenarnya mempercayai kebenaran perkara yang dinyatakan dalam waranti atau pernyataan bertulis itu. (3) Tiada apa-apa waranti bertulis atau pernyataan bertulis lain boleh menjadi apa-apa pembelaan dalam apa-apa pendakwaan melainkan defendan— (a) telah dalam tempoh empat belas hari selepas penerimaan waranti atau pernyataan itu memberi satu salinannya kepada Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya dalam hal tertentu ini; dan (b) telah dalam tempoh tujuh hari selepas penyampaian saman itu menyerahkan kepada pendakwa satu salinan waranti atau pernyataan itu berserta dengan notis bertulis yang menyatakan bahawa dia bermaksud hendak bergantung kepadanya dan menyebutkan nama dan alamat orang yang daripadanya dia menerimanya dan dalam tempoh yang sama juga menghantar melalui pos berdaftar suatu notis yang serupa itu tentang cadangannya kepada orang itu. (4) Apabila defendan adalah seorang ejen atau pekhidmat bagi seseorang yang membeli makanan di bawah suatu waranti atau pernyataan bertulis yang sedemikian itu maka dia adalah berhak mendapat faedah seksyen ini mengikut cara yang sama dan setakat yang sama seperti keadaan prinsipal atau majikannya, sekiranya dia menjadi defendan: Dengan syarat bahwa ejen atau pekhidmat itu membuktikan selanjutnya bahawa dia tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa makanan itu tidak menepati waranti atau pernyataan itu. 42 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 Penalti kerana waranti palsu 32. (1) Mana-mana orang yang berkenaan dengan sesuatu makanan yang dijual olehnya sebagai prinsipal atau ejen memberikan kepada pembeli suatu waranti palsu secara bertulis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya: Dengan syarat bahawa adalah menjadi pembelaan jika dia membuktikan hingga memuaskan hati mahkamah bahawa semasa dia memberi waranti itu dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pernyataan atau perihal yang terkandung dalamnya adalah benar. (2) Peruntukan subseksyen 19(2) yang bermaksud bahawa tiada apa-apa prosiding boleh dibawa selepas tamatnya tempoh satu ratus lima puluh hari dari masa membeli atau mendapatkan apa-apa makanan tidak terpakai berhubung dengan waranti palsu. BAHAGIAN V PERUNTUKAN PELBAGAI Pendakwaan 32A. Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini tanpa keizinan bertulis Pendakwa Raya. Kuasa untuk memerintahkan kehadiran di mahkamah 32B. (1) Jika Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh, sebagai ganti membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan saman, dengan serta-merta menyampaikan kepada orang itu suatu notis yang memerintahkan orang itu supaya hadir di hadapan mahkamah Majistret yang paling hampir yang Makanan 43 mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan itu, pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis itu. (2) Jika mana-mana orang yang disampaikan suatu notis sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1) tidak hadir dengan sendiri atau melalui peguam, mahkamah boleh jika berpuas hati bahawa notis itu telah disampaikan, mengeluarkan suatu waran bagi menangkap orang itu melainkan jika didapati adalah tidak semunasabahnya mungkin bagi orang itu untuk hadir sedemikian atau dalam hal suatu kesalahan boleh kompaun, orang itu telah dibenarkan mengkompaunkan kesalahan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu menurut seksyen 33. (3) Notis di bawah subseksyen (1) hendaklah sebagaimana yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan. Kuasa untuk mengkompaun 33. (1) Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa yang diberi kuasa oleh Pengarah boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan boleh kompaun yang dilakukan oleh mana-mana orang dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu dan dengan mengutip daripada orang itu suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun maksimum denda bagi kesalahan yang dilakukan itu. (2) Apa-apa pembayaran kompaun di bawah seksyen ini hendaklah dibuat di tempat yang dinyatakan dalam notis di bawah seksyen 32B dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau, dalam hal jika pelanjutan tempoh diberikan, dalam tempoh itu. (3) Jika suatu kesalahan dikompaunkan di bawah subseksyen (1)— (a) tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan itu dibuat; dan (b) apa-apa makanan atau perkakas yang disita hendaklah dilucuthakkan, dimusnahkan atau dipulangkan kepada 44 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 orang itu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pengarah atau pegawai diberi kuasa selepas mengambil kira sifat kesalahan itu dan keadaan makanan atau perkakas itu, dan tiada prosiding selanjutnya boleh diambil berkenaan dengan makanan itu. (4) Semua jumlah wang yang diterima oleh Pengarah atau pegawai diberi kuasa di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. (5) (Dipotong oleh Akta A1266). Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 33A. Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, maka mana-mana orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan, merupakan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain bagi pertubuhan perbadanan itu atau seseorang yang berupa sebagai bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, atau mengikut apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau membantu dalam pengurusan sedemikian— (a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu; dan (b) jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan semua hal keadaan, dia membuktikan— (i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, keizinannya atau pembiarannya; dan Makanan 45 (ii) bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga- jaga yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang sewajarnya untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu. Perlindungan terhadap prosiding undang-undang 33B. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan di dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana pegawai diberi kuasa atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan olehnya bagi tujuan menguatkuasakan Akta ini melainkan jika dibuktikan bahawa perbuatan itu dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan dengan niat jahat dan tanpa kepercayaan yang munasabah bahawa perbuatan itu adalah perlu bagi melaksanakan tujuan yang dimaksudkan olehnya. Tanggung rugi 33C. (1) Kerajaan tidak boleh dikehendaki menggantikan apa-apa kerugian yang ditanggung oleh seseorang pemunya atau penduduk atau orang yang bertanggungjawab bagi mana-mana premis makanan akibat daripada kemasukan, penggeledahan atau penyitaan di bawah Akta ini, melainkan jika kerosakan itu telah disebabkan oleh pengabaian atau kesalahan yang disengajakan oleh seorang pegawai awam. (2) Jika berlaku apa-apa pertikaian tentang amaun pampasan berkenaan dengan apa-apa kerosakan yang disebabkan sedemikian, maka amaun pampasan itu hendaklah ditentukan dan diputuskan secara terus oleh suatu mahkamah Majistret. Kuasa membuat peraturan-peraturan 34. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan dengan lebih baik maksud dan peruntukan Akta ini, dan khususnya 46 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 dan tanpa menyentuh keluasan yang tersebut di atas bagi segala atau mana-mana perkara yang berikut: (a) untuk menetapkan standard, komposisi, kekuatan, potensi, ketulenan, kualiti, berat, kuantiti, tempoh penggunaan atau lain-lain sifat bagi apa-apa makanan atau apa-apa ramuan atau komponennya; (b) untuk melarang penambahan apa-apa bahan tertentu; (c) untuk melarang penambahan apa-apa bahan tertentu lebih daripada kuantiti tertentu akan bahan yang dibenarkan kepada apa-apa makanan; (d) untuk mengisytiharkan bahawa apa-apa makanan atau kelas makanan adalah teraduk disebabkan ada dalamnya atau ditambah kepadanya atau dikeluarkan atau ditinggalkan daripadanya apa-apa bahan atau kelas bahan ditetapkan; (e) untuk melarang apa-apa jua cara penyediaan atau pengawetan apa-apa makanan; (f) berkenaan dengan penggunaan apa-apa bahan sebagai suatu ramuan bagi apa-apa makanan supaya dapat menahan pengguna atau pembeli daripada terpedaya atau terkeliru tentang kualiti, kuantiti, sifat, nilai, komposisi, kesan, merit atau keselamatannya atau untuk mengelakkan kemudaratan kepada kesihatan pengguna atau pembeli; (g) untuk menjamin kebersihan dan bebas daripada pencemaran atau pengadukan apa-apa makanan semasa menyediakan, mengawet, membungkus, menyimpan, mengangkut, mengedar atau menjualkannya dan kebersihan tempat, bekas, perkakas dan kenderaan yang diguna dalam menyediakan, mengawet, membungkus, menyimpan, mengangkut, mengedar atau menjualkannya dan untuk menjamin pengelolaan yang wajar tempat di mana makanan itu disediakan atau dijualkan dan bagi maksud ini menghendaki seseorang itu supaya menjalani Makanan 47 pemeriksaan doktor oleh seorang doktor yang diberi kuasa dalam hubungan ini; (h) untuk mengawal selia premis makanan dan orang yang bekerja atau memberikan perhatian dalam apa-apa aktiviti berhubung dengan premis makanan atau yang diambil kerja di premis itu; (i) (Dipotong oleh Akta A1117); (j) berkenaan dengan pengangkutan barang makanan yang tertakluk pada peruntukan Akta ini termasuk pelesenan kenderaan yang digunakan untuk mengangkut makanan; (k) untuk menetapkan cara melabelkan makanan yang dijual dalam bungkusan atau sebaliknya perkara yang hendak dimasukkan atau tidak hendak dimasukkan pada label-label itu; (l) untuk menetapkan saiz, dimensi dan spesifikasi lain bungkusan makanan; (m) untuk menetapkan kaedah menganalisis apa-apa makanan dan bentuk perakuan analisis; (n) untuk menetapkan standard dan syarat-syarat yang hendak dipatuhi oleh makmal yang diluluskan berkenaan dengan analisis makanan bagi maksud Akta ini; (o) untuk mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran dan pelesenan makmal dan juruanalisis dan untk menetapkan fi baginya; (p) untuk menetapkan fi yang kena dibayar bagi menganalisis apa-apa makanan oleh seorang juruanalisis dan bagi apa-apa salinan keputusan apa-apa analisis dan bagi apa-apa lesen yang dikeluarkan atau pendaftaran yang dilakukan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, termasuk apa-apa 48 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 lesen atau pendaftaran berhubung dengan pengimportan dan pengeksportan makanan; (q) untuk menetapkan fi yang kena dibayar bagi sesuatu lesen atau perakuan yang dikeluarkan atau pendaftaran yang dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya berhubung bagaimanapun dengan pengimportan, pengeksportan, penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan; (r) untuk melarang atau mengawal selia penjualan, pengiklanan atau pengimportan atau pengeksportan apa-apa makanan; (ra) untuk mengadakan peruntukan tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemanggilan balik, pemindahan atau penarikan balik daripada penjualan makanan dari premis makanan; (s) untuk menetapkan makanan yang perlu diberi waranti dan bentuk waranti itu; (t) untuk melarang penjualan makanan tertentu dengan apa jua cara lain daripada mengikut berat; (u) untuk menghendaki orang yang menjual makanan supaya menyenggara apa-apa buku dan rekod yang perlu bagi penguatkuasaan dan pentadbiran yang wajar akan Akta ini; (v) untuk menetapkan kehendak mengenai pembungkusan apa-apa makanan dan untuk melarang meletakkan apa-apa patung, duit atau benda lain dalam makanan untuk dijual atau dalam bungkusan makanan itu; (w) untuk menetapkan penalti denda yang tidak melebihi *sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun bagi pelanggaran mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; *CATATAN—Sebelum ini “lima”–lihat Akta Makanan (Pindaan) 2001 [Akta A1117]. Makanan 49 (x) untuk menetapkan apa-apa jua yang hendak ditetapkan atau boleh ditetapkan melalui peraturan. Pemansuhan dan kecualian 35. (1) Ordinan yang berikut adalah dimansuhkan setakat yang berhubung dengan makanan: (a) Ordinan Jualan Makanan dan Dadah 1952 [No. 28 tahun 1952]; (b) Ordinan Kesihatan Awam Sabah [Sabah No. 7 tahun 1960]; dan (c) Ordinan Kesihatan Awam Sarawak [Sarawak No. 24 of 1962]. (2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh penguatkuasaan yang lalu akan, atau apa-apa perkara yang dilakukan di bawah, peruntukan mana-mana undang-undang berhubung dengan makanan yang diluluskan sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini dengan syarat bahawa apa-apa hak, kebebasan, keistimewaan, tanggungan atau liabiliti yang sedia ada pada masa mula berkuatkuasanya Akta ini menurut kuasa mana-mana undang-undang yang sedemikian itu hendaklah, kecuali sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini, tertakluk pada peruntukan Akta ini. 36. (Dipotong oleh Akta A1702). *CATATAN—lihat seksyen 4 Akta Makanan (Pindaan) 2024 [Akta A1702] m.b.p 1 Oktober 2024 yang memperuntukkan seperti yang berikut: “Kecualian 4. (1) Mana-mana perundangan subsidiari yang berhubungan dengan hasil tembakau yang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan, terus berkuat kuasa dan ditafsirkan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini. 50 Undang-Undang Malaysia AKTA 281 (2) Apa-apa pendaftaran atau tindakan yang dibuat, atau notis, arahan atau kelulusan yang diberikan atau dikeluarkan yang berhubungan dengan hasil tembakau di bawah seksyen 36 Akta ibu hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852].”. 51 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 281 AKTA MAKANAN 1983 SENARAI PINDAAN Undang-Undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A1117 Akta Makanan (Pindaan) 2001 28-09-2001 Akta A1266 Akta Makanan (Pindaan) 2006 30-06-2006 Akta A1702 Akta Makanan (Pindaan) 2024 01-10-2024 52 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 281 AKTA MAKANAN 1983 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 2 Akta A1117 28-09-2001 Akta A1266 30-06-2006 Akta A1702 01-10-2024 3A Akta A1117 28-09-2001 4 Akta A1117 28-09-2001 8 Akta A1117 28-09-2001 10 Akta A1117 28-09-2001 12A Akta A1117 28-09-2001 13 Akta A1117 28-09-2001 13A Akta A1117 28-09-2001 13B Akta A1117 28-09-2001 13C Akta A1117 28-09-2001 19 Akta A1117 28-09-2001 20 Akta A1117 28-09-2001 22 Akta A1117 28-09-2001 23A Akta A1117 28-09-2001 24 Akta A1117 28-09-2001 28 Akta A1117 28-09-2001 Makanan 53 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 32 Akta A1117 28-09-2001 32A Akta A1117 28-09-2001 32B Akta A1266 30-06-2006 33 Akta A1117 28-09-2001 Akta A1266 30-06-2006 33A Akta A1117 28-09-2001 33B Akta A1117 28-09-2001 33C Akta A1117 28-09-2001 34 Akta A1117 28-09-2001 36 Akta A1117 28-09-2001 Akta A1702 01-10-2024
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
281 - *AKTA MAKANAN 1983
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in