551 - *AKTA LEMBAGA GETAH MALAYSIA (PERBADANAN) 1996
This Act establishes the Malaysian Rubber Board and gives it powers to regulate and develop the rubber industry, while requiring reporting to the Minister and restricting reproduction of research findings without permission.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This Act establishes the Malaysian Rubber Board and gives it powers to regulate and develop the rubber industry, while requiring reporting to the Minister and restricting reproduction of research findings without permission. Magistrates and authorized officers get search, seizure, sealing, and detention powers for suspected Act breaches; certain interference with seals or officers is an offence; the Director General can compound offences; the Minister can make regulations and grant exemptions.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 551 - *AKTA LEMBAGA GETAH MALAYSIA (PERBADANAN) 1996
Showing 2 of 2
Part document.segment-1
551 - *AKTA LEMBAGA GETAH MALAYSIA (PERBADANAN) 1996 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
551 - *AKTA LEMBAGA GETAH MALAYSIA (PERBADANAN) 1996 — segment 1
AI-assisted research summary: This Act establishes the Malaysian Rubber Board and gives it powers to regulate and develop the rubber industry, while requiring reporting to the Minister and restricting reproduction of research findings without permission.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 551 AKTA LEMBAGA GETAH MALAYSIA (PERBADANAN) 1996 Sebagaimana pada 1 Disember 2011 2 AKTA LEMBAGA GETAH MALAYSIA (PERBADANAN) 1996 Tarikh Perkenan Diraja … … … … … 2 September 1996 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 12 September 1996 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 551 AKTA LEMBAGA GETAH MALAYSIA (PERBADANAN) 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran BAHAGIAN II PENUBUHAN LEMBAGA 3. Lembaga dan objektifnya 4. Fungsi dan kuasa Lembaga 5. Keanggotaan Lembaga 6. Tempoh jawatan 7. Anggota silih ganti 8. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi 9. Pembatalan dan peletakan jawatan 10. Pengosongan jawatan 11. Ketidakbertanggungan anggota Lembaga 12. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 13. Pekhidmat awam 4 Undang-undang Malaysia AKTA 551 Seksyen 14. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 15. Penyata, laporan, akaun dan maklumat 16. Pewakilan fungsi, kuasa atau kewajipan Lembaga 17. Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa BAHAGIAN III KETUA PENGARAH, PEGAWAI DAN PEKHIDMAT LEMBAGA 18. Pelantikan Ketua Pengarah 19. Pelantikan pegawai dan pekhidmat 20. Kuasa memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat 21. Pewakilan kewajipan Ketua Pengarah 22. Jawatankuasa tatatertib 23. Rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib 24. Kuasa membuat peraturan-peraturan tatatertib 25. Pengenaan surcaj 26. Pemberitahuan surcaj 27. Penarikan balik surcaj 28. Mendapatkan surcaj 29. Keanggotaan Lembaga dalam kes khas BAHAGIAN IV PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN 30. Penubuhan pusat penyelidikan 31. Fungsi dan kuasa pusat penyelidikan Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 5 Seksyen 32. Akses kepada pusat penyelidikan, dsb. 33. Larangan terhadap pengeluaran semula atau penerbitan BAHAGIAN V KEWANGAN 34. Kumpulan Wang 35. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang 36. Pemeliharaan Kumpulan Wang 37. Ses ke atas getah dan keluaran getah 38. Fi bagi perkhidmatan nasihat teknikal 39. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran 40. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 BAHAGIAN VI KUASA DAN FUNGSI LAIN LEMBAGA 41. Kuasa untuk meminjam 42. Pelaburan 43. Kuasa untuk mengambil kerja ejen, dsb. 44. Kuasa untuk memberikan pinjaman 45. Kuasa untuk menubuhkan perbadanan BAHAGIAN VII PENGUATKUASAAN 46. Pemberikuasaan kepada pegawai 47. Kuasa penyiasatan 6 Undang-undang Malaysia AKTA 551 Seksyen 48. Penggeledahan dengan waran 49. Senarai benda disita 50. Pelucuthakan getah, dsb. yang disita 51. Harta dalam getah, dsb. yang dilucuthak 52. Kos memegang getah, dsb. yang disita 53. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan 54. Halangan terhadap pegawai diberi kuasa BAHAGIAN VIII AM 55. Pengawalseliaan industri getah 56. Penalti am 57. Pengkompaunan kesalahan 58. Permulaan dan penjalanan pendakwaan 59. Bidang kuasa membicarakan kesalahan 60. Perlindungan pegawai 61. Kuasa untuk mengecualikan 62. Peraturan-peraturan 63. Pengesahan perbuatan yang dilakukan dengan menjangkakan Akta BAHAGIAN IX PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN 64. Pemansuhan dan pembubaran 65. Pemindahan kuasa, dsb. 66. Pemindahan harta 67. Kontrak yang sedia ada 68. Pemindahan wang dalam kumpulan wang-kumpulan wang Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 7 Seksyen 69. Keanggotaan Lembaga dibubarkan 70. Penerusan pegawai dan pekhidmat 71. Kecualian bagi perakuan, lesen dan daftar 72. Penerusan permohonan dsb. yang belum selesai 73. Penerusan prosiding sivil dan jenayah 74. Sebutan dalam undang-undang atau dokumen mengenai Lembaga dibubarkan dan Institut dibubarkan 75. Pencegahan anomali JADUAL PERTAMA JADUAL KEDUA 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 551 AKTA LEMBAGA GETAH MALAYSIA (PERBADANAN) 1996 Suatu Akta untuk memansuhkan Akta Kumpulan Wang Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia 1958, Akta Institut Penyelidikan Getah Malaysia 1966, Akta Lembaga Pasaran dan Pelesen Getah Malaysia 1972, Akta Pengawalan Perkapalan dan Pembungkusan Getah 1949 dan Akta Pendaftaran Eksport Getah 1966; untuk membubarkan Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia dan Institut Penyelidikan Getah Malaysia dan Lembaga Pasaran dan Pelesenan Getah Malaysia; untuk menubuhkan Lembaga Getah Malaysia dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya dan untuk membuat peruntukan yang lebih baik berkenaan dengan industri getah Malaysia. [1 Januari 1998, P.U.(B)2/1998] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Getah Malaysia 10 Undang-undang Malaysia AKTA 551 (Perbadanan) 1996. (2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini, atau peruntukan berlainan Akta ini, masing-masingnya di *Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteknya menghendaki makna yang lain— “Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini; “anggota” ertinya seseorang anggota Lembaga dan termasuklah seorang anggota silih ganti; “dapatan penyelidikan” ertinya apa-apa hasil daripada aktiviti penyelidikan dan kemajuan dan termasuklah ciptaan dan pemajuan dalam apa-apa proses, radas, mesin atau teknik; “getah” ertinya segala getah asli dalam bentuk cecair, pepejal atau adunan yang diterbitkan daripada apa-apa tumbuhan yang menghasilkan lateks dan getah tiruan dalam bentuk cecair, pepejal atau adunan yang diterbitkan daripada keluaran petrokimia dan termasuklah segala elastomer yang diterbitkan daripada getah asli atau getah tiruan atau kedua-duanya; “industri getah” termasuklah pengeluaran getah dan kayu hevea, pemprosesan dan penggunaan getah, pengilangan keluaran getah, dan perkhidmatan yang berhubungan dengannya; __________________________________________________________________ *CATATAN— Semua sebutan kepada “Malaysia Barat” boleh ditafsirkan sebagai sebutan kepada “Semenanjung Malaysia”— lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2). Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 11 “keluaran getah” ertinya segala hasil pervulkanan dalam bentuk siap atau separa siap yang diterbitkan keseluruhannya atau sebahagiannya daripada getah; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 18 “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Getah Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 34; “Lembaga” ertinya Lembaga Getah Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “Pasaran Getah Malaysia” ertinya Pasaran Getah Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Pasaran Getah Malaysia (Perbadanan) 1962 [Akta 402]; “pegawai diberi kuasa’ ertinya— (a) seseorang pegawai Lembaga yang diberi kuasa di bawah seksyen 46; (b) seseorang pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor; atau (c) seseorang pegawai kastam; “Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5; “pusat penyelidikan” ertinya sesuatu pusat penyelidikan yang ditubuhkan di bawah seksyen 30; “ses” ertinya ses yang dikenakan di bawah seksyen 37; “tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang padanya Akta ini, atau jika tarikh yang berlainan ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan berlainan Akta ini, tarikh yang padanya Bahagian IX mula berkuat kuasa. 12 Undang-undang Malaysia AKTA 551 BAHAGIAN II PENUBUHAN LEMBAGA Lembaga dan objektifnya 3. (1) Maka adalah ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama “Lembaga Getah Malaysia” yang ditubuhkan, yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya dan, tertakluk kepada dan bagi maksudAkta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau menjalankan apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut. (2) Objektif Lembaga adalah— (a) untuk memajukan dan membangunkan industri getah Malaysia; dan (b) untuk memajukan objektif, dasar dan keutamaan Negara bagi pembangunan dan pentadbiran industri getah Malaysia yang teratur. (3) Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Lembaga. Fungsi dan kuasa Lembaga 4. (1) Fungsi Lembaga adalah— Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 13 (a) untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan pembangunan industri getah Malaysia; (b) untuk memajukan dan melaksanakan aktiviti penyelidikan dan kemajuan dalam pengeluaran, pemakaian dan penggunaan getah; (c) untuk merancang, menyelaras dan mengawasi segala aktiviti penyelidikan dan kemajuan getah; (d) untuk mengawal selia industri getah, khususnya berhubungan dengan urusan mengenai getah, pembungkusan, penggredan, perkapalan dan pengeksportan getah; (e) untuk mengawal dan mengawasi kualiti getah, bahan penanaman getah dan keluaran getah; (f) untuk membangunkan, memindahkan, mengeksploitasikan dan memajukan dapatan penyelidikan; (g) untuk mengadakan perkhidmatan teknikal, penasihat dan perunding bagi industri getah; (h) untuk mentadbir dan menguruskan Kumpulan Wang; (i) untuk mengawal selia pasaran getah Malaysia dan menguruskan Pasaran Getah Malaysia; (j) untuk merumuskan dan melaksanakan strategi pemasaran antarabangsa bagi industri getah Malaysia; (k) untuk berhubung dan bekerjasama dengan agensi getah di dalam atau di luar Malaysia untuk selanjutnya memperkukuhkan industri getah Malaysia; (l) untuk merancang dan melaksanakan latihan sumber manusia selaras dengan keperluan industri getah; 14 Undang-undang Malaysia AKTA 551 (m) untuk menjadi pusat sumber dan maklumat bagi industri getah; dan (n) untuk menerbitkan atau menaja penerbitan berkala, buku kecil dan bahan maklumat lain. (2) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa— (a) untuk mengaku janji dan menyelaraskan aktiviti berhubungan yang dengan penyelidikan dan kemajuan dalam pengeluaran, pemakaian, penggunaan dan pemasaran getah dan keluargan getah, dan perkhidmatan yang berkaitan dengannya; (b) untuk menugaskan mana-mana orang atau pertubuhan untuk menjalankan penyelidikan; (c) untuk menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti yang bersifat komersial yang penjalanannya didapati oleh Lembaga adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya; (d) untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi penggunaan apa-apa kemudahan yang berhubungan dengan penyelidikan, penyiasatan, pengujian, nasihat teknikal atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Lembaga; (e) untuk memperoleh melalui pembelian, bailmen, permohonan atau selainnya, apa-apa hak, keistimewaan atau lesen yang difikirkannya perlu bagi pelaksanaan fungsinya. (f) untuk melupuskan melalui penjualan, bailmen atau selainnya, atau mendapatkan pulangan daripada atau selainnya menguruskan apa-apa hak, keistimewaan atau lesen Lembaga; Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 15 (g) untuk membuat apa-apa rundingan dan perjanjian atau perkiraan yang difikirkannya patut bagi penunaian fungsinya; (h) untuk menganugerahkan perakuan kemahiran berkenaan dengan latihan dan yang diakreditasi; (i) untuk merancang, menyelaras dan mengaku janji apa-apa aktiviti yang difikirkannya perlu bagi maksud melindungi dan melanjutkan kepentingan industri getah Malaysia; (j) untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut untuk memberi kesan kepada mana- mana fungsi atau kuasanya; dan (k) untuk melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsi dan kuasanya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya. Keanggotaan Lembaga 5. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri; (a) seorang Pengerusi; (b) seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi industri getah; (c) seorang wakil Perbendaharaan; (d) seorang wakil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah; (e) seorang wakil sektor pekebun kecil industri getah; 16 Undang-undang Malaysia AKTA 551 (f) seorang wakil sektor estet industri getah; (g) seorang wakil sektor pemprosesan getah; (h) seorang wakil sektor perniagaan getah; (i) dua orang wakil sektor pengilangan keluaran getah; (j) dua orang wakil daripada mana-mana Negeri yang ditentukan oleh Menteri; (k) dua orang yang, pada pendapat Menteri, dapat menyumbang kepada pembangunan industri getah; dan (l) Ketua Pengarah. (2) Lembaga hendaklah disifatkan sebagai ditubuhkan dengan sewajarnya walaupun mana-mana anggota yang sepatutnya dilantik di bawah perenggan (1)(j) atau (k) tidak dilantik. Tempoh jawatan 6. Tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Lembaga hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau perlantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan adalah layak untuk dilantik semula. Anggota silih ganti 7. (1) Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(b) hingga (k), melantik seorang anggota silih ganti sebagai ganti anggota itu mesyuarat Lembaga yang anggota itu atas apa-apa sebab tidak dapat hadir. (2) Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, seseorang anggota Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 17 silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota Lembaga. (3) Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan sebagai anggota atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang berkenaan dengannya dia seorang anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi 8. (1) Jika Pengerusi atas apa-apa sebab tidak dapat melaksanakan fungsi Pengerusi atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi, Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga selain daripada Ketua Pengarah untuk melaksanakan fungsi Pengerusi. (2) Sehingga suatu pelantikan di bawah subseksyen (1) dibuat atau jika tiada pelantikan sedemikian atau jika Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat Lembaga, anggota yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(b) hendaklah melaksanakan fungsi Pengerusi. (3) Seseorang anggota yang dilantik di bawah subseksyen (1) atau (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, semasa tempoh dia melaksanakan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini disifatkan sebagai Pengerusi. Pembatalan dan peletakan jawatan 9. (1) Pelantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab baginya. (2) Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui suatu notis bertulis yang ditujukan kepada Menteri. 18 Undang-undang Malaysia AKTA 551 Pengosongan jawatan 10. (1) Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong— (a) jika dia mati; (b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan- (i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah: atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama tempoh yang melebihi dua tahun; (c) jika dia menjadi bankrap; (d) jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya; (e) jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri; (f) sekiranya perletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau (g) jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri. (2) Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota oleh sebab Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 19 mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan yang terpakai. Ketidakbertanggungan anggota Lembaga 11. Tiada anggota Lembaga boleh menanggung liabiliti persendirian bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh perbuatan dalam mentadbirkan hal ehwal Lembaga, melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan oleh perbuatan yang salah yang disengajakan olehnya. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 12. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] adalah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu. Pekhidmat awam 13. Semua anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga, semasa menunaikan kewajipannya sebagai anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 14. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri. (2) Menteri boleh memberikan arahan yang tidak selaras dengan Akta ini dan Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin, melaksanakan arahan sedemikian. 20 Undang-undang Malaysia AKTA 551 Penyata, laporan, akaun dan maklumat 15. (1) Lembaga hendaklah memberi Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat mengenai harta dan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada mana- mana pihak berkuasa awam yang lain, suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Lembaga sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat berhubungan dengan prosiding dan dasar Lembaga sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri. Pewakilan fungsi, kuasa atau kewajipan Lembaga 16. (1) Lembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut dikenakan, mewakilkan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipannya, kecuali kuasa untuk meminjam wang, memberikan pinjaman, menubuhkan perbadanan atau membuat peraturan-peraturan kepada— (a) mana-mana anggota Lembaga; (b) mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga; atau (c) mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh anggota, pegawai atau pekhidmat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga. Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 21 (2) Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan mana- mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian pada bila-bila masa. (3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) dan peruntukan lain dalam Akta ini, Lembaga boleh mewakilkan kepada Ketua Pengarah— (a) kuasa memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga di bawah seksyen 20; dan (b) kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain yang terletak hak pada atau yang di bawah kawalan Lembaga sehingga apa-apa had yang ditentukan oleh Lembaga. Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa 17.(1) Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini, termasuk suatu Jawatankuasa Pengurusan bagi maksud menguruskan Pasaran Getah Malaysia. (2) Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) dengan syarat bahawa mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan sedemikian hendaklah termasuk sekurang-kurangnya seorang anggota Lembaga. (3) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, dalam menjalankan kuasanya di bawah 22 Undang-undang Malaysia AKTA 551 subseksyen ini, jawatankuasa itu adalah tertakluk kepada dan hendaklah bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa oleh Lembaga. (4) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu, tertakluk kepada subseksyen (3). (5) Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana- mana orang, bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan, untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu tetapi orang yang diundang sedemikian tidakberhak untuk mengundi pada mana-mana mesyuarat itu. (6) Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Lembaga. (7) Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula. (8) Pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Lembaga tanpa memberikan apa-apa sebab baginya. (9) Anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui suatu notis bertulis yang ditujukan kepada Pengerusi Lembaga. Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 23 BAHAGIAN III KETUA PENGARAH, PEGAWAI DAN PEKHIDMAT LEMBAGA Pelantikan Ketua Pengarah 18. (1) Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pengarah Lembaga atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri. (2) Lembaga hendaklah meletak hak pada Ketua Pengarah apa- apa kuasa dan hendaklah mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Lembaga. (3) Ketua Pengarah adalah bertanggungjawab bagi— (a) pentadbiran dan pengurusan sewajarnya hal ehwal Lembaga; (b) penyediaan— (i) semua program, skim, projek dan aktiviti; (ii) anggaran perbelanjaan bagi pelaksanaan program tahunan; dan (iii) anggaran pendapatan, untuk kelulusan Lembaga; (c) pelaksanaan program tahunan Lembaga; dan (d) pelaksanaan keputusan dan arahan Lembaga. (4) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga. 24 Undang-undang Malaysia AKTA 551 (5) Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Lembaga. (6) Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga. (7) Jika Ketua Pengarah tidak ada buat sementara waktu di Malaysia atau tidak berupaya buat sementara waktu, oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang mencukupi, untuk melaksanakan kewajipannya, Lembaga boleh mengarahkan Timbalan Ketua Pengarah melaksanakan kewajipan Ketua Pengarah semasa Ketua Pengarah tidak ada atau tidak berupaya buat sementara waktu itu. (8) Bagi maksud subseksyen (7) — (a) jika terdapat lebih daripada seorang Timbalan Ketua Pengarah, Lembaga hendaklah menamakan seorang Timbalan Ketua Pengarah untuk melaksanakan kewajipan itu; dan (b) jika jawatan Timbalan Ketua Pengarah kosong, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain Lembaga untuk melaksanakan kewajipan itu. Pelantikan pegawai dan pekhidmat 19. (1) Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (3), Lembaga boleh— (a) dengan kelulusan Menteri, melantik sekian bilangan Timbalan Ketua Pengarah; (b) melantik sekian bilangan pegawai dan pekhidmat lain yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya wajar. Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 25 (2) Tiada seorang pun layak diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga jika dia mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau menerusi pekongsinya, apa- apa syer atau kepentingan dalam apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, bagi atau bagi pihak Lembaga. (3) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya. (4) Pelantikan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklah disiarkan dalam Warta. Kuasa memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat 20. Lembaga boleh memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmatnya atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga. Pewakilan kewajipan Ketua Pengarah 21. (1) Ketua Pengarah boleh secara bertulis mewakilkan mana- mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini kepada mana-mana pegawai Lembaga, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut. (2) Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Ketua Pengarah sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan mana- mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian pada bila-bila masa. Jawatankuasa tatatertib 22. (1) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pegawai dan pekhidmatnya dan hendaklah menjalankan 26 Undang-undang Malaysia AKTA 551 kawalan tatatertib berkenaan dengan semua orang sedemikian mengikut Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24. (2) Bagi maksud seksyen ini— (a) maka hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa tatatertib Lembaga berkenaan dengan Ketua Pengarah yang terdiri daripada— (i) Pengerusi, yang hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa itu; dan (ii) sekurang-kurangnya dua anggota Lembaga, tidak termasuk Ketua Pengarah, yang ditentukan daripada kalangan anggota itu sendiri; dan (b) Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategori berlainan pegawai dan pekhidmat Lembaga. (3) Yang berikut hendaklah terpakai bagi mana-mana jawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan di bawah perenggan (2)(b): (a) jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada sekian bilangan anggota Lembaga, selain Pengerusi Lembaga, atau pegawai Lembaga, atau apa-apa kombinasi anggota dan pegawai itu; dan (b) seseorang pegawai yang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa tatatertib tidak boleh lebih rendah pangkatnya daripada mana-mana pegawai atau pekhidmat yang ke atasnya jawatankuasa yang dia menjadi anggota mempunyai kuasa tatatertib. (4) Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah perenggan (2)(b) hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara berhubungan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat yang diletakkan di bawah bidang kuasanya. Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 27 (5) Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatu jawatankuasa tatatertib yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa kombinasi dua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24. Rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib 23. (1) Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan di bawah perenggan 22(2)(a) boleh dirayu kepada Menteri. (2) Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan di bawah perenggan 22(2)(b) bolehlah dirayu kepada Lembaga Rayuan Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) Pengerusi Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib dan mempunyai undi pemutus; dan (b) tiga anggota Lembaga, yang bukannya anggota jawatankuasa tatatertib yang keputusannya ialah hal perkara rayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib dengan kelulusan Lembaga bagi maksud rayuan itu. (3) Menteri atau Lembaga Rayuan Tatatertib, mengikut mana- mana yang berkenaan, boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertib. (4) Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (2), seorang anggota jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang juga anggota Lembaga tidak boleh hadir pada atau dengan apa- apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding berhubungan dengan rayuan itu. 28 Undang-undang Malaysia AKTA 551 (5) Keputusan Menteri atau Lembaga Rayuan Tatatertib di bawah subseksyen (3) adalah muktamad dan konklusif. Kuasa membuat peraturan-peraturan tatatertib 24. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa- apa peraturan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk mengadakan peruntukan bagi tatatertib pegawai dan pekhidmat Lembaga. (2) Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini— (a) boleh mewujudkan kesalahan tatatertib; (b) boleh mengadakan peruntukan bagi hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman itu boleh meliputi amaran, denda, pelucuthakan, emolument, penangguhan pergerakan gaji, pengurangan gaji, penurunan pangkat dan buang kerja; (c) hendaklah memberikan kepada orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil peluang membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh jawatankuasa tatatertib kecuali dalam hal yang berikut: (i) jika seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya; (ii) jika Lembaga, atas syor Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri, berpuashati bahawa demi kepentingan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya adalah tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak perenggan ini; atau Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 29 (iii) jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi, atau jika telah dikenakan terhadap pegawai atau pekhidmat Lembaga apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan wanita dan gadis; (d) boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan emolumen pegawai atau pekhidmat Lembaga sementara menanti selesainya prosiding jenayah terhadapnya atau prosiding tatatertib terhadapnya dengan tujuan membuang kerja atau menurunkan pangkatnya; dan (e) boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan tanpa emolumen seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga jika pegawai atau pekhidmat itu telah disabitkan oleh mana-mana mahkamah jenayah atau jika suatu perintah tahanan atau sekatan telah dibuat berkenaan dengan atau dikenakan terhadap pegawai atau pekhidmat itu. Pengenaan surcaj 25. (1) Seseorang yang sedang atau pernah bekerja dengan Lembaga boleh disurcaj jika ternyata kepada Lembaga bahawa orang itu— (a) tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepada Lembaga yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya; (b) adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Lembaga yang tidak 30 Undang-undang Malaysia AKTA 551 sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya; (c) adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau secara tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, barang simpanan atau harta lain Lembaga; (d) sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau (e) tidak membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran wang daripada Lembaga kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Lembaga. (2) Lembaga hendaklah, sebelum seseorang itu disurcaj, menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut disurcaj. (3) Jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis seperti yang disebut terdahulu, Lembaga boleh− (a) dalam hal perenggan (1)(a), (b) dan (c), mensurcajkan terhadap orang itu sejumlah wang yang tidak melebihi amaun yang tidak dipungut, atau apa-apa bayaran yang tidak sepatutnya dibuat, atau kekurangan dalam atau pemusnahan harta yang dilakukan; dan (b) dalam hal perenggan (1)(d) dan (e), mensurcajkan apa-apa jumlah wang terhadap orang itu sebagaimana yamg difikirkannya patut. Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 31 Pemberitahuan surcaj 26. Lembaga hendaklah memberitahu orang yang disurcajkan berkenaan dengan apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen 25(3). Penarikan balik surcaj 27. Walau apa pun subseksyen 25(3) dan seksyen 26, Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya suatu penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Lembaga hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yang disurcaj itu akan penarikan balik itu. Mendapatkan surcaj 28. Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen 25(3) dan tidak ditarik balik di bawah seksyen 27 hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang disurcaj itu dan boleh dibawa guaman baginya dan didapatkan dalam mana-mana mahkamah atas guaman Lembaga dan boleh juga, jika diarahkan sedemikian oleh Lembaga, didapatkan melalui potongan— (a) daripada gaji orang yang disurcaj; atau (b) daripada pencen orang yang disurcaj, dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu per empat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana- mana yang berkenaan, orang itu. 32 Undang-undang Malaysia AKTA 551 Keanggotaan Lembaga dalam kes khas 29. Dalam apa-apa tindakan surcaj terhadap Ketua Pengarah, keanggotaan Lembaga bagi maksud seksyen 25 hingga 28 tidak termasuk Ketua Pengarah. BAHAGIAN IV PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN Penubuhan pusat penyelidikan 30. (1) Lembaga boleh menubuhkan dan menguruskan pusat penyelidikan bagi maksud penyelidikan dalam dan penyiasatan segala masalah dan perkara yang berhubungan dengan getah, keluaran getah dan industri getah. (2) Institut Penyelidikan Getah Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan Getah Malaysia 1966 [Akta 407] hendaklah ditubuhkan semula, dikawal dan diuruskan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan hendaklah disifatkan sebagai suatu pusat penyelidikan yang ditubuhkan di bawah Akta ini. Fungsi dan kuasa pusat penyelidikan 31. (1) Fungsi pusat penyelidikan adalah— (a) untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan kemajuan getah; dan (b) untuk mengadakan dan menjalankan latihan selaras dengan keperluan industri getah. (2) Pusat penyelidikan hendaklah mempunyai kuasa— Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 33 (a) untuk mengaku janji aktiviti penyelidikan dan kemajuan getah; (b) untuk mentauliahkan mana-mana orang atau pertubuhan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan kemajuan getah; dan (c) untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi penggunaan mana-mana kemudahan berhubungan dengan penyelidikan, penyiasatan, pengujian, nasihat teknikal, latihan atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh pusat penyelidikan. Akses kepada pusat penyelidikan dsb. 32. (1) Lembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, sekatan atau had yang ditentukan olehnya membenarkan akses kepada pusat penyelidikan dan kemudahannya, dan kepada dapatan penyelidikannya. (2) Tiada seorang pun boleh membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana dapatan penyelidikan kecuali mengikut Akta ini. Larangan terhadap pengeluaran semula atau penerbitan 33. Tiada seorang pun boleh mengeluarkan semula atau menerbitkan keseluruhan atau sebahagian daripada kandungan mana-mana dapatan penyelidikan kecuali― (a) dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu Ketua Pengarah; dan (b) mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. 34 Undang-undang Malaysia AKTA 551 BAHAGIAN V KEWANGAN Kumpulan Wang 34. (1) Maka ditubuhkan, bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang hendaklah dikenali sebagai “Kumpulan Wang Lembaga Getah Malaysia”, yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga. (2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada― (a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan bagi maksud Akta ini oleh Parlimen; (b) wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang; (c) wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga; (d) apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga; (e) jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana- mana kewajipannya; (f) wang yang didapati daripada perkhidmatan perunding, nasihat atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Lembaga dan pusat penyelidikan; (g) wang yang dipungut atau dibayar di bawah seksyen 37; (h) wang yang dipungut atau dibayar di bawah seksyen 57; Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 35 (i) wang yang dipungut oleh Lembaga di bawah peraturan- peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang dinyatakan didalamnya sebagai jumlah wang yang kena dibayar ke dalam Kumpulan Wang; (j) wang yang diagihkan sebagai dividen daripada perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini; (k) derma dan sumbangan yang diterima daripada dalam atau luar Malaysia dan termasuklah wang yang diterima daripada mana-mana kerajaan atau organisasi di luar Malaysia; dan (l) segala jumlah wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang 35. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud ― (a) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk fi dan kos guaman dan apa-apa fi dan kos yang lain, dan saraan pegawai dan pekhidmat Lembaga, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen atau ganjaran; (b) membiayai aktiviti penyelidikan dan kemajuan; (c) menyumbang kepada pusat penyelidikan yang ditubuhkan di bawah Akta ini; (d) menyumbang kepada Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak; 36 Undang-undang Malaysia AKTA 551 (e) menyumbang kepada pertubuhan atau organisasi getah antarabangsa yang Lembaga ialah anggotanya; (f) menyumbang kepada organisasi yang berhubungan dengan industri getah yang ditentukan oleh Menteri; (g) membiayai biasiswa untuk pendidikan tinggi yang diluluskan oleh Lembaga; (h) memberikan pinjaman kepada institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar Malaysia yang terlibat dalam pendidikan dan latihan ahli teknologi getah; (i) memberikan pinjaman kepada atau mengadakan modal bagi perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini; (j) membiayai pengendalian dan aktiviti Pasaran Getah Malaysia; (k) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnya oleh Lembaga dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini; (l) membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperolehi tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini. (m) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan (n) secara amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini. Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 37 Pemeliharaan Kumpulan Wang 36. Maka adalah menjadi kewajipan Lembaga untuk memelihara Kumpulan Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat memastikan bahawa jumlah hasil Lembaga mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang dipertanggungkan sepatutnya pada akaun hasilnya termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun. Ses ke atas getah dan keluaran getah 37. (1) Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri Kewangan, membuat perintah bagi pengenaan, pengubahan atau pembatalan ses ke atas getah dan keluaran getah yang dikeluarkan di dalam atau dieksport dari Malaysia dan perintah itu boleh menentukan jenis, amaun dan kadar ses itu dan cara pungutan ses itu. (2) Kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya dalam mana- mana perintah sedemikian, ses itu hendaklah disifatkan bagi maksud pungutan dan penguatkuasaan pungutannya sebagai suatu duti kastam yang dikenakan di bawah Akta Kastam 1967 [Akta 235]. (3) Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan amaun, kadar dan cara pungutan yang berlainan bagi jenis atau gred getah dan keluaran getah yang berlainan. (4) Seseorang yang tidak atau enggan membayar apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh kali amaun ses yang kena dibayar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (5) Amaun apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang ke atasnya ses itu dikenakan dan boleh dibawa guaman bagi dan didapatkan dalam mana-mana mahkamah atas guaman Lembaga. 38 Undang-undang Malaysia AKTA 551 (6) Pemulaan prosiding di bawah seksyen ini tidak melepaskan mana-mana orang daripada liabiliti untuk membayar apa-apa ses yang baginya dia bertanggungan atau mungkin bertanggungan atau daripada liabiliti untuk membuat apa-apa penyata yang dikehendaki dibuat olehnya oleh Akta ini. Fi bagi perkhidmatan nasihat teknikal 38. Lembaga boleh menetapkan dan memungut fi dan caj lain berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan nasihat teknikal atau perkhidmatan lain yang diberikan oleh Lembaga di bawah Akta ini. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran 39. (1) Perbelanjaan Lembaga sehingga apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang. (2) Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi aktiviti penyelidikan dan kemajuan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun yang berikutnya, memberitahu Lembaga mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan. (3) Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalamnya. Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 39 Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 40. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] adalah terpakai bagi Lembaga dan mana-mana perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini. BAHAGIAN VI KUASA DAN FUNGSI LAIN LEMBAGA Kuasa untuk meminjam 41. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan, meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma mengenai masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi memenuhi mana- mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya. Pelaburan 42. (1) Wang Lembaga hendaklah, setakat yang ia tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, memperolehi dan membangunkan tanah dan harta bagi atau berkaitan dengan penjalanan kuasanya dan bagi maksud ini boleh membuat apa-apa rundingan, perkiraan atau perjanjian yang perlu untuk menghasilkan pendapatan yang dikehendaki bagi pengendalian Lembaga. (3) Lembaga boleh mengadakan apa-apa dapatan penyelidikan yang terletak hak pada Lembaga bagi mana-mana orang atau pertubuhan tertakluk kepada apa-apa syarat dan pembayaran apa-apa 40 Undang-undang Malaysia AKTA 551 fi atau royalti, jika ada, yang ditetapkan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri, bagi maksud pengkomersialan. Kuasa untuk mengambil kerja ejen, dsb. 43. Lembaga boleh mengambil kerja dan membayar ejen dan penasihat teknikal, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur, penilai dan orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa tindakan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam pelaksanaan fungsinya, penjalanan kuasanya atau penunaian kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik. Kuasa untuk memberikan pinjaman 44. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan, memberikan pinjaman pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan. Kuasa untuk menubuhkan perbadanan 45. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan suatu perbadanan, dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Lembaga, untuk menjalankan dan untuk menjaga, mengelolakan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga dalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya. (2) Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi tiap- tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1). Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 41 BAHAGIAN VII PENGUATKUASAAN Pemberikuasaan kepada pegawai 46.(1) Ketua Pengarah boleh secara bertulis memberi kuasa kepada mana-mana pegawai Lembaga yang pangkatnya tidak rendah daripada Penolong Pegawai Penguatkuasa untuk menjalankan kuasa di bawah Bahagian ini. (2) Seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) apabila bertindak di bawah Akta ini hendaklah, apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya, dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak atau yang daripadanya dia menghendaki apa-apa maklumat kad kuasa yang diarahkan oleh Ketua Pengarah supaya dibawa oleh pegawai itu. Kuasa penyiasatan 47. Seseorang pegawai yang diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini. Penggeledahan dengan waran 48.
Part document.segment-2
551 - *AKTA LEMBAGA GETAH MALAYSIA (PERBADANAN) 1996 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
551 - *AKTA LEMBAGA GETAH MALAYSIA (PERBADANAN) 1996 — segment 2
AI-assisted research summary: Magistrates and authorized officers get search, seizure, sealing, and detention powers for suspected Act breaches; certain interference with seals or officers is an offence; the Director General can compound offences; the Minister can make regulations and grant exemptions.
(1) Jika Majistret mendapati atas maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa dalam mana-mana premis terdapat atau telah berlaku apa-apa pelanggaran Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran memberi kuasa kepada mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan di dalamnya, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada waktu siang atau malam hari dan dengan atau tanpa bantuan, memasuki premis itu, jika perlu 42 Undang-undang Malaysia AKTA 551 dengan kekerasan, dan di sana― (a) menggeledah dan menyita apa-apa getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelanggaran Akta ini; (b) mengambil sampel apa-apa getah, keluaran getah atau benda yang dijumpai dalam premis itu bagi maksud menentukan, dengan menguji atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan (c) membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana- mana buku, dokumen atau artikel lain yang dijumpai di dalam premis itu. (2) Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan apa-apa getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain yang disita di bawah subseksyen (1), pegawai diberi kuasa hendaklah, dengan apa-apa cara, menglak getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain di premis itu atau dalam bekas yang didalamnya ia dijumpai. (3) Adalah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang tanpa kuasa yang sah memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (2) atau untuk memindahkan apa-apa getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain yang dilak atau untuk mencuba berbuat demikian. (4) Seseorang pegawai diberi kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersama-samanya mana-mana orang dan apa-apa kelengkapan lain sebagaimana yang ternyata padanya perlu. (5) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu berbuat demikian− (a) memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis itu dan masuk ke dalamnya; Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 43 (b) masuk secara paksa ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagiannya; (c) mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; dan (d) menahan tiap-tiap orang yang ditemui dalam premis itu sehingga tempat itu selesai digeledah. Senarai benda disita 49. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain disita di bawah Bahagian ini, pegawai yang menyita itu hendaklah menyediakan senarai benda yang disita dan dengan serta- merta menyerahkan sesalinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang digeledah di bawah seksyen 48, atau kepada ejen atau, pekhidmatnya, di premis itu. (2) Jika premis itu tidak didiami, pegawai yang menyita itu hendaklah bilamana boleh melekatkan senarai benda yang disita di tempat yang mudah dilihat di premis itu. Pelucuthakan getah, dsb. yang disita 50. (1) Apa-apa getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain yang disita dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh. dilucuthakkan. (2) Perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan apa-apa getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain yang disita pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya dijalankan dan suatu perintah bagi 44 Undang-undang Malaysia AKTA 551 pelucuthakan getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati sehingga mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu. (3) Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain yang disita pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis ke alamat terakhir yang diketahui orang yang daripadanya getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain itu telah disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain itu, melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan telah dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6). (4) Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa ia tidak boleh dilucuthak boleh dengan sendirinya atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang memegang getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain itu bahawa dia menuntutnya. (5) Apabila menerima notis yang disebut dalam subseksyen (4), pegawai diberi kuasa hendaklah merujuk perkara ini kepada Majistret bagi suatu keputusan. (6) Majistret yang kepadanya perkara dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain itu dan orang yang daripadanya ia disita, untuk hadir di hadapan Majistret itu dan apabila mereka hadir atau apabila mereka, ingkar untuk hadir, setelah Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 45 dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret itu hendaklah meneruskan pemeriksaan mengenai perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah mengarahkan supaya ia dilucuthakkan dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian mengarahkan pelepasannya. (7) Apa-apa getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain yang dilucuthakkan atau yang disifatkan sebagai dilucuthakkan hendaklah dihantar serahkan kepada pegawai diberi kuasa dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Majistret itu. (8) Jika apa-apa getah atau keluaran getah yang disita pada menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Akta ini adalah daripada jenis yang mudah musnah atau mudah reput dengan cepat dan semulajadi atau jika penjagaan getah atau keluaran getah itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah, atau dipercayai menyebabkan halangan atau bahaya kepada orang awam, Ketua Pengarah boleh mengarahkan supaya getah atau keluaran getah itu dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu hendaklah dipegang untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini. (9) Lembaga tidak bertanggungan kepada mana-mana orang bagi apa-apa kemerosotan, walau apa pun sebabnya, dalam kualiti apa-apa getah atau keluaran getah yang disita di bawah Akta ini. Harta dalam getah, dsb. yang dilucut hak 51. Apa-apa getah, keluaran getah atau hasil jualannya, benda, buku, dokumen atau artikel lain yang dilucuthakkan, atau yang diambil dan disifatkan sebagai dilucuthakkan, di bawah Bahagian ini hendaklah menjadi harta Lembaga. 46 Undang-undang Malaysia AKTA 551 Kos memegang getah, dsb. yang disita. 52. Jika apa-apa getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegang benda itu dalam jagaan hendaklah, dalam hal mana-mana orang yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan hendaklah boleh didapatkan dengan sewajarnya. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan 53. Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain yang disita pada menjalankan atau yang dikatakan pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relif lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah. Halangan terhadap pegawai diberi kuasa 54. Mana-mana orang yang menghalang, merintangi, menyerang atau mengganggu mana-mana pegawai diberi kuasa dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan. BAHAGIAN VIII AM Pengawalseliaan industri getah 55. Industri getah Malaysia hendaklah dikawal selia mengikut Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 47 peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. Penalti am 56. Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Pengkompaunan kesalahan 57. (1) Ketua Pengarah boleh mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini, dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu. (2) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa- apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (3) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan selepas itu boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran mengkompaun kesalahan itu dibuat. 48 Undang-undang Malaysia AKTA 551 Permulaan dan penjalanan pendakwaan 58. (1) Tiada pendakwaan bagi atau berhubung dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan tanpa kebenaran secara bertulis Pendakwa Raya. (2) Mana-mana pegawai Lembaga yang pangkatnya tidak rendah daripada Penolong Pegawai Penguatkuasa yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pendakwa Raya boleh menjalankan pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini. Bidang kuasa membicarakan kesalahan 59. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang bertentangan, suatu Mahkamah Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan mengenakan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan sedemikian itu. Perlindungan pegawai 60. Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan dalam mana-mana mahkamah terhadap― (a) Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, atau mana- mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta ini bagi atau atas atau berkenaan dengan apa- apa perbuatan yang diarahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan (b) mana-mana orang lain bagi atau atas atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau dikatakan dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau petunjuk Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta ini jika perbuatan itu dilakukan secara suci hati dengan kepercayaan yang Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 49 munasabah bahawa ia tindakan itu perlu bagi maksud yang diniatkan. Kuasa untuk mengecualikan 61. (1) Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang atau apa-apa getah, keluaran getah, bahan penanaman getah atau benda lain atau kelas getah, keluaran getah, bahan penanaman getah atau benda lain, daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini. (2) Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut atas apa-apa pengecualian di bawah subseksyen (1). Peraturan-peraturan 62. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut: (a) menetapkan cara memohon lesen, perakuan, permit dan kelulusan di bawah Akta ini, butir-butir yang hendaklah dikemukakan oleh pemohon, cara melesenkan dan memperakukan, fi yang kena dibayar mengenainya, syarat atau sekatan yang hendak dikenakan dan borang atau borang-borang bagi lesen, perakuan, permit dan kelulusan; (b) menetapkan piawaian memproses dan kaedah memelihara, menggredkan atau membungkus getah dan keluaran getah, termasuk menetapkan tanda yang hendaklah dicapkan atau selainnya ditulis pada getah yang dibungkus untuk eksport; (c) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti oleh pengeksport dalam mengeksport getah dan keluaran getah; 50 Undang-undang Malaysia AKTA 551 (d) mengadakan peruntukan bagi penyelenggaraan piawaian perlakuan yang sewajarnya yang sesuai dalam menjalankan dagangan getah dan industri getah dan bagi menguruskan pelanggaran piawaian itu; (e) menetapkan tatacara yang hendak diikuti untuk mentadbir Kumpulan Wang; (f) menetapkan borang bagi maksud Akta ini; (g) menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara memungut kutipan dan membayar ganti fi itu; (h) mengadakan peruntukan bagi mengawal selia semua atau mana-mana aktiviti Lembaga dan secara amnya bagi pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah Akta ini; dan (i) mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dicadangkan oleh, atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya. (2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan apa-apa tindakan yang melanggar peraturan- peraturan itu sebagai i suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua- duanya. Pengesahan perbuatan yang dilakukan dengan menjangkakan pembuatan Akta 63. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), segala perbuatan dan perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang sebagai persediaan bagi atau dengan menjangkakan pembuatan Akta ini dan apa-apa Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 51 perbelanjaan yang ditanggung berhubungan dengannya hendaklah disifatkan telah diberi kuasa di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan dan perkara yang dilakukan selaras dengan niat dan maksud am Akta ini; dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung sebagai akibat perlakuan perbuatan atau perkara itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang ditanggung berhubungan dengannya hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga. (2) Subseksyen (1) tidak memberi kuasa perlantikan anggota, pegawai atau pekhidmat Lembaga kecuali setakat untuk memberi kuasa pelantikan sementara orang sedemikian sehingga pelantikan sewajarnya dibuat di bawah Akta ini. BAHAGIAN IX PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN Pemansuhan dan pembubaran 64. Akta Kumpulan Wang Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia 1958 [Akta 401], Akta Institut Penyelidikan Getah Malaysia 1966 [Akta 407], Akta Lembaga Pasaran dan Pelesen Getah Malaysia 1972 [Akta 84], Akta Pengawalan Perkapalan dan Pembungkusan Getah 1949 [Akta 526] dan Akta Pendaftaran Eksport Getah 1966 [Akta 475](“Akta dimansuhkan”) adalah dimansuhkan dan Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia, Lembaga Institut Penyelidikan Getah Malaysia dan Lembaga Pasaran dan Pelesen Getah Malaysia (“Lembaga dibubarkan”) dan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (“Institut dibubarkan”) adalah dibubarkan. Pemindahan kuasa, dsb. 65. Kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan kewajipan yang sebelum tarikh yang ditetapkan merupakan kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan kewajipan Lembaga dibubarkan dan Institut dibubarkan hendaklah dari tarikh itu turun kepada Lembaga. 52 Undang-undang Malaysia AKTA 551 Pemindahan harta 66. (1) Semua tanah yang sebelum tarikh yang ditetapkan terletak hak pada, atau dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud, Lembaga dibubarkan dan Institut dibubarkan hendaklah pada tarikh itu terletak hak pada atau disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Lembaga. (2) Semua harta dan aset selain tanah yang sebelum tarikh yang ditetapkan terletak hak pada Lembaga dibubarkan dan Institut dibubarkan atau pada mana-mana orang bagi pihak Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah pada tarikh itu terletak hak pada Lembaga. Kontrak sedia ada 67. Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan bekerja yang wujud sebelum tarikh yang ditetapkan dan yang menyentuh apa-apa harta yang dipindah milikan di bawah seksyen 66 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada Lembaga dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan dengan seberkesannya, sebagai ganti Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan, Lembagalah yang dinamakan di dalamnya atau menjadi pihak kepadanya. Pemindahan wang dalam kumpulan wang 68. Semua wang dalam atau yang kena dibayar ke dalam kumpulan wang Lembaga dibubarkan yang ditubuhkan di bawah Akta dimansuhkan hendaklah pada tarikh yang ditetapkan dipindahkan kepada dan disifatkan sebagai sebahagian daripada Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 34 Akta ini. Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 53 Keanggotaan Lembaga dibubarkan 69. (1) Walau apa pun apa-apa yang berlawanan, pada tarikh yang ditetapkan, anggota Lembaga dibubarkan dan anggota mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah Akta dimansuhkan yang memegang jawatan sebelum tarikh itu hendaklah terhenti memegang jawatan. (2) Tiada apa-apa dalam subseksyen (1) boleh menjejaskan kebertanggungjawaban anggota Lembaga dibubarkan yang keluar dan dengan seberapa segera yang praktik selepas tarikh yang ditetapkan, Lembaga dibubarkan hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada Menteri suatu laporan termasuk penyata kewangan yang dikehendaki di bawah Akta dimansuhkan masing- masing, tetapi laporan itu hendaklah terhad kepada tempoh dari 1 Januari tahun yang berkenaan hingga tarikh sebelum tarikh yang ditetapkan. (3) Walau apa pun seksyen 64, Lembaga dibubarkan hendaklah terus wujud bagi maksud subseksyen (2). Penerusan pegawai dan pekhidmat 70. Orang yang pada tarikh yang ditetapkan diambil kerja sebagai pegawai dan pekhidmat Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta dimansuhkan hendaklah terus menjadi pegawai dan pekhidmat Lembaga di bawah Akta ini seolah-olah orang itu telah dilantik di bawah subseksyen 19(1) Akta ini atas terma dan syarat yang sama bagi tempoh yang akan tamat tempoh pada tarikh yang padanya pelantikannya di bawah Akta dimansuhkan sepatutnya tamat tempoh. Kecualian bagi perakuan, lesen dan daftar 71. (1) Walau apa pun pemansuhan di bawah seksyen 64 atau apa- apa peruntukan Akta ini yang berlawanan― 54 Undang-undang Malaysia AKTA 551 (a) tiap-tiap orang yang, sebelum tarikh yang ditetapkan, memegang perakuan pendaftaran eksport yang sah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini sebagai pengeksport sehingga tarikh tamat tempoh perakuan itu dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan di bawahnya; (b) tiap-tiap orang yang, sebelum tarikh yang ditetapkan, memegang perakuan yang sah untuk pembungkusan atau pengapalan getah untuk dieksport yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini sebagai pembungkus atau pengeksport, mengikut mana-mana yang berkenaan, sehingga tarikh habis tempoh perakuan itu dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan di bawahnya; (c) tiap-tiap orang yang, sebelum tarikh yang ditetapkan, memegang lesen yang sah untuk berniaga dalam, membungkus, menggredkan atau mengkapalkan getah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai dilesenkan di bawah Akta ini sebagai peniaga, pembungkus, penggred atau pengapal, mengikut mana-mana yang berkenaan, sehingga tarikh tamat tempoh lesen itu dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan di bawahnya; dan (d) tiap-tiap orang yang, sebelum tarikh yang ditetapkan didaftarkan di bawah Akta dimansuhkan sebagai pembungkus atau pengapal getah hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini sebagai pembungkus atau pengapal, mengikut mana-mana yang berkenaan, sehingga pendaftaran itu dibatalkan di bawah Akta ini. (2) Tiap-tiap perakuan atau lesen yang menurut kuasanya seseorang disifatkan di bawah subseksyen (1) sebagai didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 55 dikeluarkan di bawah Akta ini; dan Lembaga boleh mengubah terma dan syarat yang dikenakan di bawah perakuan atau lesen itu bagi maksud menyelaraskannya dengan dasar Lembaga mengenai pengenaan syarat dan sekatan atas pendaftaran dan pelesenan di bawah Akta ini. (3) Peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pembatalan pendaftaran dan lesen hendaklah terpakai kepada semua orang yang disifatkan di bawah subseksyen (1) sebagai didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta ini. (4) Jika seseorang yang disifatkan sebagai didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta ini di bawah subseksyen (1) berhasrat didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta ini sebagai pengeksport, pembungkus, pengapal, penggred atau peniaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas habis tempoh yang baginya dia disifatkan didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta ini, dia boleh memohon kepada Lembaga untuk didaftarkan atau untuk diberikan lesen atau permit mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, walau apa pun apa-apa yang berlawanan, dan permohonannya hendaklah dibuat dan dianggap sebagai suatu permohonan baru dan bukan sebagai suatu permohonan bagi pembaharuan pendaftaran, lesen atau permit. (5) Semua daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah Akta ini dan hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripadanya. Penerusan permohonan dsb. yang belum selesai 72. (1) Semua permohonan, kelulusan atau keputusan, atas rayuan atau selainnya, yang belum diselesaikan oleh Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan di bawah Akta dimansuhkan hendaklah pada tarikh yang ditetapkan diuruskan oleh Lembaga di bawah Akta ini. (2) Semua permohonan, kelulusan atau keputusan, atas rayuan atau sebaliknya, yang belum diselesaikan oleh Menteri di bawah Akta 56 Undang-undang Malaysia AKTA 551 dimansuhkan hendaklah pada tarikh yang ditetapkan diuruskan oleh Menteri di bawah Akta ini. (3) Semua surat cara, perakuan atau dokumen yang diserah simpan dengan Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan di bawah Akta dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah pada tarikh yang ditetapkan diserah simpan dengan Lembaga. Penerusan prosiding sivil dan jenayah 73. (1) Tiada apa-apa pemansuhan di bawah seksyen 64 mahupun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan sedemikian. (2) Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kuasa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebelum tarikh yang ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga sebagaimana yang ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga dibubarkan, Institut dibubarkan atau orang sedemikian jika Akta ini tidak diperbuat. (3) Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh yang ditetapkan terhadap suatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh itu dalam apa-apa prosiding undang-undang yang kepadanya Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan menjadi pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga. Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 57 Sebutan dalam undang-undang atau dokumen mengenai Lembaga dibubarkan dan Institut dibubarkan 74. Sebutan dalam mana-mana undang-undang atau dokumen yang berkuat kuasa sebelum tarikh yang ditetapkan mengenai Lembaga dibubarkan dan Institut dibubarkan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Lembaga. Pencegahan anomali 75. (1) Menteri boleh, setelah berunding dengan Lembaga, pada bila-bila masa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian, sama ada bagi maksud menghapuskan kesulitan, mencegah anomali atau berbangkit daripada pembuatan Akta ini, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana peruntukan dalam mana- mana undang-undang sedia ada yang difikirkannya patut. (2) Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) selepas tamat tempoh dua tahun dari tarikh yang ditetapkan. _________________________ JADUAL PERTAMA [Subseksyen 3(3)] Mesyuarat 1. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan pada masa dan di tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi. (2) Sekurang-kurangnya empat belas hari notis bertulis hendaklah diberikan kepada anggota. (3) Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Lembaga. 58 Undang-undang Malaysia AKTA 551 (4) Kuorum Lembaga ialah tujuh orang. (5) Tiap-tiap anggota Lembaga yang hadir berhak mendapat satu undi. (6) Jika atas suatu persoalan untuk ditentukan oleh Lembaga terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus. Elaun 2. Anggota Lembaga hendaklah dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Menteri. Lembaga boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat 3. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang menghadiri mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu. (2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa fi yang ditentukan oleh Lembaga. Meterai perbadanan 4. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa lambang yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga. (2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “Malaysian Rubber Board” atau “Lembaga Getah Malaysia” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga. (3) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah disahkan oleh Ketua Pengarah atau orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka secara bertulis; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, yang disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya. Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 59 disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Lembaga mengikut cara yang serupa; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu. (4) Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman. Penzahiran kepentingan 5. Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau perusahaan yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan fakta dan jenis kepentingannya itu kepada Lembaga, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu. Minit 6. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan semua minit mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. (2) Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga, jika ditandatangan dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undana tanpa bukti selanjutnya. (3) Tiap-tiap mesyuarat Lembaga berkenaan dengan prosiding yang berkenaan dengan penjalanannya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. Kesahan perbuatan dan prosiding 7. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa― (a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga; 60 Undang-undang Malaysia AKTA 551 (b) ada pelanggaran peruntukan perenggan 5 oleh mana-mana anggota Lembaga; dan (c) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu. Tatacara 8. Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya sendiri. Anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga 9. Tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga dengan seberapa yang perlu untuk menunaikan kewajipannya dengan berkesan. Pelantikan hendaklah disiarkan 10. Pelantikan tiap-tiap anggota dan anggota silih ganti Lembaga hendaklah disiarkan dalam Warta. ______________ JADUAL KEDUA [Subseksyen 45(2)] Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan 1. Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh apa-apa perbadanan ditubuhkan di bawah seksyen 45, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu yang menentukan― (a) maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan; Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 61 (b) hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu; (c) sistem pengurusan perbadanan itu; dan (d) hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak pengawalan Lembaga ke atas perbadanan itu. Batasan kuasa menubuhkan perbadanan 2. Tiada apa-apa dalam perenggan 1 boleh disifatkan memberi kuasa Lembaga membuat peraturan-peraturan bagi apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas skopnya daripada maksud atau tujuan yang baginya Lembaga ditubuhkan atau memberi mana-mana perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsi yang tidak termasuk dalam hak, kewajipan, kuasa atau fungsi Lembaga di bawah Akta ini. Kuat kuasa peraturan-peraturan 3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 62, apa-apa peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini. Pindaan peraturan-peraturan 4. Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau menambah kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 berkenaan dengan mana-mana perbadanan. Daftar perbadanan 5. Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkan mengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 45 dan daftar itu, berserta dengan salinan segala peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 dan 4, adalah terbuka untuk pemeriksaan awam di tempat atau tempat-tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan olehnya. Penggulungan 6. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang 62 Undang-undang Malaysia AKTA 551 disiarkan dalam Warta, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan. (2) Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu hendaklah berpindah kepada dan terletak hak pada Lembaga setelah segala liabilitinya ditunaikan. (3) Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga. Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan 7. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 45 adalah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh Lembaga dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama itu dan, bagi maksud melaksanakan projek, skim atau perusahaan yang baginya ia telah ditubuhkan, boleh membuat kontrak, dan boleh memegang dan membuat apa-apa urusan berkenaan dengan apa-apa harta tak alih atau harta alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan dengan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan yang ditetapkan oleh Lembaga dalam setiap hal. Meterai perbadanan bagi perbadanan 8. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa lambang yang diluluskan oleh perbadanan dengan kelulusan Lembaga dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan dengan kelulusan Lembaga. (2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan, suatu cap yang mengandungi nama perbadanan melingkungi huruf “PP” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan perbadanan itu. (3) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan orang yang diberi kuasa oleh perbadanan, dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya; Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh perbadanan mengikut cara yang Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 63 serupa; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu. (4) Meterai perbadanan tiap-tiap perbadanan hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman. _________________________ 64 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 551 AKTA LEMBAGA GETAH MALAYSIA (PERBADANAN) 1996 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari ─ TIADA ─ _____________ 65 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 551 AKTA LEMBAGA GETAH MALAYSIA (PERBADANAN) 1996 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari ─ TIADA ─ _____________
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
551 - *AKTA LEMBAGA GETAH MALAYSIA (PERBADANAN) 1996
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in