A1475 - AKTA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (PINDAAN) 2015
Verify source ↗ AI-assisted research summary: The Board’s chief executive officer must present the next year’s expenditure estimate to the Board before the financial year starts, and a copy must go to each Board member at least 14 days before the estimate is presented. The Board may, with the Minister’s approval, establish a company under the Companies Act 1965 for planned or ongoing projects, schemes, or undertakings.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1475 AKTA LeMbAGA hASIL DALAM NeGerI MALAYSIA (pINDAAN) 2015 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1475 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 30 Disember 2014 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 5 Januari 2015 hakcipta pencetak h perceTAKAN NASIoNAL MALAYSIA berhAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada percetakan Nasional Malaysia berhad (pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1475 AKTA LeMbAGA hASIL DALAM NeGerI MALAYSIA (pINDAAN) 2015 Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995. [ ] DIperbUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2015. pindaan seksyen 6 2. Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 [Akta 533], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 6(1)— (a) dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut: “ (ca) ketua pegawai eksekutif;”; dan (b) dalam perenggan (e), dengan menggantikan perkataan “dua” dengan perkataan “tiga”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1475 penggantian seksyen 24 3. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 24 dengan seksyen yang berikut: “Anggaran tahunan 24. (1) Ketua pegawai eksekutif hendaklah, tidak lewat daripada satu bulan sebelum bermulanya setiap tahun kewangan, dalam mesyuarat Lembaga, membentangkan di hadapan Lembaga suatu anggaran perbelanjaan Lembaga (termasuk perbelanjaan modal) bagi tahun yang berikutnya dengan apa-apa butir dan mengikut bentuk yang ditentukan oleh Lembaga. (2) Suatu salinan anggaran yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dihantar kepada setiap anggota Lembaga tidak kurang daripada empat belas hari sebelum anggaran itu dibentangkan.”. Seksyen baru 28A 4. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 28 seksyen yang berikut: “Kuasa untuk menubuhkan syarikat 28A. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan dan bertanggungjawab bagi atau terlibat dalam apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancangkan atau dijalankan oleh Lembaga dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.”.