AI-assisted research summary: This Act confirms that certain windfall profit levies collected nationwide from 1 January 1999 to 31 January 2023 are treated as lawfully imposed and blocks related legal actions against the Government, its officers, and people acting under them.
Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1683 AKTA LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA (PENGESAHAN) 2023 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1683 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 27 April 2023 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 5 Mei 2023 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1683 AKTA LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA (PENGESAHAN) 2023 Suatu Akta bagi mengesahkan pengenaan, levi dan pemungutan levi keuntungan luar biasa dan untuk menanggung rugi Kerajaan Malaysia dan pegawai-pegawainya yang tertentu berkenaan dengan levi keuntungan luar biasa yang telah dikenakan, dilevi dan dipungut di seluruh Malaysia semasa tempoh dari 1 Januari 1999 hingga 31 Januari 2023. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023. Pengesahan dan tanggung rugi 2. (1) Walau apa pun peruntukan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 [Akta 592], levi keuntungan luar biasa yang telah dikenakan, dilevi dan dipungut di seluruh Malaysia semasa tempoh dari 1 Januari 1999 hingga 31 Januari 2023 dan yang dikatakan telah dikenakan, dilevi dan dipungut di bawah kuasa Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Minyak Kelapa Sawit Mentah dan Minyak Isirong Sawit Mentah) 1998 [P.U. (A) 494/1998], 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1683 Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Minyak Kelapa Sawit Mentah dan Minyak Isirung Sawit Mentah) 2008 [P.U. (A) 217/2008], Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Buah Kelapa Sawit) 2008 [P.U. (A) 250/2008] dan Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Elektrik) 2008 [P.U. (A) 234/2008], sebagaimana dipinda dari semasa ke semasa, hendaklah disifatkan telah dikenakan, dilevi dan dipungut dengan sah. (2) Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan terhadap Kerajaan Malaysia atau mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawah mereka berkenaan dengan apa-apa levi keuntungan luar biasa yang telah dikenakan, dilevi dan dipungut yang levi keuntungan luar biasa itu dikatakan telah dikenakan, dilevi dan dipungut menurut kuasa Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Minyak Kelapa Sawit Mentah dan Minyak Isirong Sawit Mentah) 1998 [P.U. (A) 494/1998], Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Minyak Kelapa Sawit Mentah dan Minyak Isirung Sawit Mentah) 2008 [P.U. (A) 217/2008], Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Buah Kelapa Sawit) 2008 [P.U. (A) 250/2008] dan Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Elektrik) 2008 [P.U. (A) 234/2008], sebagaimana dipinda dari semasa ke semasa, dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang sedemikian telah dibawa, dimulakan atau dikekalkan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah dan tiada pembayaran balik berkenaan dengan levi keuntungan luar biasa yang telah dikenakan, dilevi dan dipungut seperti yang dinyatakan dalam Akta ini boleh dibuat.