699 - *AKTA IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2009
This Act establishes Malaysia’s forensic DNA Data Bank, sets rules for collecting, storing, using, and deleting DNA samples and profiles, and creates offences for tampering with samples or data and for unauthorized use or disclosure.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Citation provenance: source:global:stored-legal-sources · schema StatuteEnrichmentPublicV1.
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 699 - *AKTA IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2009
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
699 - *AKTA IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2009
AI-assisted research summary: This Act establishes Malaysia’s forensic DNA Data Bank, sets rules for collecting, storing, using, and deleting DNA samples and profiles, and creates offences for tampering with samples or data and for unauthorized use or disclosure.
Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 699 AKTA IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2009 Sebagaimana pada 1 September 2019 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 2019 2 Undang-Undang Malaysia AktA 699 AKTA IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2009 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 19 Ogos 2009 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 3 September 2009 Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 699 AKTA IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2009 SUSUNAN SEKSYEN Bahagian I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran Bahagian II BANK DATA DNA FORENSIK MALAYSIA 3. Penubuhan Bank Data DNA 4. Objektif Bank Data DNA 5. Fungsi Bank Data DNA 6. Kuasa Menteri untuk menamakan agensi atau badan untuk menjalankan analisis forensik DNA Bahagian III KETUA BANK DATA DNA, TIMBALAN KETUA BANK DATA DNA DAN PEGAWAI BANK DATA DNA 7. Pelantikan Ketua Bank Data DNA, Timbalan Ketua dan pegawai lain 8. Fungsi dan kuasa Ketua Bank Data DNA 9. Pembetulan butir-butir dalam profil dan maklumat DNA 10. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 11. Akses kepada profil atau maklumat DNA 4 Undang-Undang Malaysia AktA 699 Bahagian IV PENGAMBILAN, PENYIMPANAN, PELUPUSAN SAMPEL INTIM DAN BUKAN INTIM DAN PENGHAPUSAN PROFIL DAN MAKLUMAT DNA Seksyen 12. Pengambilan sampel intim 13. Pengambilan sampel bukan intim 14. Sampel diberikan secara sukarela 15. Sampel DNA banduan 16. Penyimpanan dan pelupusan sampel intim dan sampel bukan intim 17. Penghapusan profil dan maklumat DNA daripada indeks orang yang disyaki Bahagian V KESALAHAN 18. Kesalahan mengganggu, bersubahat atau cuba mengganggu sampel 19. Penggunaan atau pemakluman tanpa kebenaran profil atau maklumat DNA 20. Obligasi kerahsiaan 21. Kesalahan mengganggu, bersubahat atau cuba mengganggu profil atau maklumat DNA Bahagian VI AM 22. Kerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang asing 23. Perlindungan terhadap apa-apa prosiding undang-undang 24. Peraturan-peraturan 25. Kecualian dan peralihan Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 699 AKTA IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2009 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Bank Data DNA Forensik Malaysia, pengambilan sampel DNA, analisis forensik DNA, penggunaan profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya, dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [1 September 2012, P.U. (B) 271/2012] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2009. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “ahli kimia” ertinya mana-mana ahli kimia yang ditempatkan di Jabatan Kimia Malaysia dan termasuklah mana-mana pegawai sains yang ditempatkan di Jabatan Kimia Malaysia; 6 Undang-Undang Malaysia AktA 699 “analisis forensik DNA” ertinya apa-apa analisis yang dijalankan bagi maksud menentukan identiti seseorang; “Bank Data DNA” ertinya Bank Data DNA Forensik Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan- peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “DNA” ertinya asid deoksiribonukleik; “keizinan yang berkenaan” ertinya— (a) berhubung dengan seseorang yang berumur di bawah lapan belas tahun, keizinan secara bertulis ibu atau bapa atau penjaganya; (b) berhubung dengan seseorang yang telah mencapai umur lapan belas tahun, keizinan secara bertulis orang itu; atau (c) berhubung dengan orang yang padanya terdapat keadaan perkembangan fikiran atau badan yang terbantut atau tidak sempurna sama ada keadaan itu wujud daripada sebab yang diwarisi atau disebabkan oleh penyakit atau kecederaan dan seseorang yang tidak berupaya untuk memahami jenis dan kesan am sesuatu analisis forensik DNA atau tidak berupaya untuk menunjukkan sama ada dia mengizinkan atau tidak mengizinkan untuk memberikan sampel intim atau sampel bukan intimnya, keizinan secara bertulis ibu atau bapa atau penjaganya; “kesalahan” ertinya apa-apa perbuatan atau peninggalan yang boleh dihukum oleh mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa; “Ketua Bank Data DNA” ertinya Ketua Bank Data DNA Forensik Malaysia yang dilantik di bawah seksyen 7; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri; Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 7 “orang tahanan” ertinya seseorang yang ditangkap dan ditahan di bawah *Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 [Ord. 5/1969] atau Akta Dadah Berbahaya (Langkah- Langkah Pencegahan Khas) 1985 [Akta 316]; “pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Timbalan Penguasa Polis; “pegawai perubatan kerajaan” ertinya pengamal perubatan berdaftar dalam perkhidmatan awam dan termasuklah seseorang pengamal perubatan berdaftar di mana-mana hospital pelatih perubatan sesuatu universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30]; “pegawai polis” ertinya mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia; “penagih dadah” ertinya seseorang yang tertakluk kepada apa-apa perintah atau keputusan yang dibuat menurut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283]; “profil DNA” ertinya maklumat genetik yang diperoleh daripada suatu analisis forensik DNA; “sampel bukan intim” ertinya— (a) suatu sampel bulu selain bulu ari-ari; (b) suatu sampel yang diambil dari kuku atau dari bawah kuku; (c) suatu bahan uji yang diambil dari mana-mana bahagian tubuh seseorang selain bahagian yang darinya bahan uji yang diambil akan menjadi sampel intim; atau (d) air liur; *CATATAN—Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 [Ord. 5/1969] terhenti berkuat kuasa pada 21 Jun 2012 menurut Fasal (7) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. 8 Undang-Undang Malaysia AktA 699 “sampel intim” ertinya— (a) suatu sampel darah, air mani atau apa-apa tisu atau bendalir lain yang diambil dari tubuh, air kencing atau bulu ari-ari seseorang; atau (b) suatu bahan uji yang diambil dari mana-mana bahagian genital seseorang (termasuk bulu ari-ari) atau dari lubang badan seseorang selain mulut. Bahagian II BANK DATA DNA FORENSIK MALAYSIA Penubuhan Bank Data DNA 3. (1) Suatu bank data DNA dengan nama “Bank Data DNA Forensik Malaysia” ditubuhkan. (2) Bank Data DNA hendaklah berada di bawah pengurusan, kawalan dan pengawasan Ketua Bank Data DNA. (3) Bank Data DNA hendaklah terdiri daripada indeks yang berikut: (a) indeks tempat kejadian jenayah yang hendaklah mengandungi profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang diperoleh daripada sampel intim atau sampel bukan intim yang dijumpai— (i) pada apa-apa benda atau di mana-mana tempat suatu kesalahan dilakukan; (ii) pada atau di dalam tubuh mangsa suatu kesalahan; (iii) pada apa-apa benda yang dipakai atau dibawa oleh mangsa suatu kesalahan pada masa kesalahan itu dilakukan; atau (iv) pada atau di dalam tubuh mana-mana orang yang semunasabahnya disyaki melakukan suatu kesalahan; Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 9 (b) indeks orang yang disyaki yang hendaklah mengandungi profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang diperoleh daripada sampel intim atau sampel bukan intim yang diambil daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan suatu kesalahan dan termasuklah orang yang disyaki yang belum dipertuduh di mana-mana mahkamah bagi apa-apa kesalahan; (c) indeks pesalah yang disabitkan yang hendaklah mengandungi profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang diperoleh daripada sampel intim atau sampel bukan intim yang diambil daripada orang yang disabitkan dengan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; (d) indeks orang tahanan yang hendaklah mengandungi profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang diperoleh daripada sampel intim atau sampel bukan intim yang diambil daripada orang tahanan; (e) indeks penagih dadah yang hendaklah mengandungi profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang diperoleh daripada sampel intim atau sampel bukan intim yang diambil daripada penagih dadah; (f) indeks orang yang hilang yang hendaklah mengandungi profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang diperoleh daripada sampel intim atau sampel bukan intim yang diambil daripada— (i) tubuh atau bahagian tubuh orang mati yang tidak dapat dikenal pasti; (ii) apa-apa benda yang dipakai atau dibawa oleh orang yang hilang itu; atau (iii) waris kadim orang yang hilang itu sekiranya dikehendaki; dan (g) indeks sukarela yang hendaklah mengandungi profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang diperoleh daripada sampel intim atau sampel bukan intim yang diambil daripada orang yang dengan sukarela mengemukakan sampel intim atau sampel bukan intimnya bagi maksud penyimpanan maklumat DNA di dalam Bank Data DNA dan bagi apa-apa maksud lain yang disebut dalam perenggan 15(2)(a). 10 Undang-Undang Malaysia AktA 699 Objektif Bank Data DNA 4. (1) Objektif utama Bank Data DNA adalah untuk menyimpan dan menyenggara indeks yang disebut dalam subseksyen 3(3) bagi maksud pengenalpastian manusia berhubung dengan penyiasatan forensik. (2) Sebagai tambahan kepada subseksyen (1), profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang disimpan dan disenggarakan di dalam Bank Data DNA boleh digunakan untuk membantu— (a) dalam penemuan atau pengenalpastian jasad manusia daripada suatu bencana atau bagi maksud kemanusiaan; dan (b) dalam pengenalpastian orang yang masih hidup atau yang telah mati. Fungsi Bank Data DNA 5. Fungsi Bank Data DNA adalah untuk menyimpan profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya daripada mana-mana analisis forensik DNA yang dijalankan oleh Jabatan Kimia Malaysia atau Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia, atau mana-mana agensi atau badan sebagaimana yang dinamakan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. Kuasa Menteri untuk menamakan agensi atau badan untuk menjalankan analisis forensik DNA 6. (1) Kuasa Menteri untuk menamakan mana-mana agensi atau badan untuk menjalankan analisis forensik DNA di bawah seksyen 5 hendaklah hanya dijalankan sekiranya Jabatan Kimia Malaysia atau Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia tidak dapat menjalankan apa-apa analisis forensik DNA. (2) Menteri boleh, dalam perintah yang disebut dalam seksyen 5, menyatakan bahawa analisis forensik DNA yang akan dijalankan oleh agensi atau badan yang dinamakan hendaklah hanya bagi maksud yang disebut dalam subseksyen 4(2) tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh dikenakan Menteri. Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 11 Bahagian III KETUA BANK DATA DNA, TIMBALAN KETUA BANK DATA DNA DAN PEGAWAI BANK DATA DNA Pelantikan Ketua Bank Data DNA, Timbalan Ketua dan pegawai lain 7. (1) Menteri hendaklah melantik seorang pegawai awam yang hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman dalam sains DNA sebagai Ketua Bank Data DNA bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan itu. (2) Menteri hendaklah melantik seorang pegawai awam yang hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman dalam sains DNA sebagai Timbalan Ketua Bank Data DNA sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini yang hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Ketua Bank Data DNA dan boleh menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsi Ketua Bank Data DNA di bawah Akta ini. (3) Menteri hendaklah melantik apa-apa bilangan pegawai Bank Data DNA sebagaimana yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini daripada kalangan pegawai awam yang hendaklah tertakluk kepada kawalan, arahan dan penyeliaan Ketua Bank Data DNA. (4) Ketua Bank Data DNA boleh secara bertulis, tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut dikenakan, mewakilkan segala atau mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah Akta ini kepada Timbalan Ketua Bank Data DNA atau kepada pegawai Bank Data DNA. (5) Suatu pewakilan di bawah subseksyen (4) boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Ketua Bank Data DNA dan tidak menghalang Ketua Bank Data DNA daripada menjalankan kuasa atau melaksanakan fungsi yang diwakilkan di bawah subseksyen itu. Fungsi dan kuasa Ketua Bank Data DNA 8. (1) Ketua Bank Data DNA hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (a) bertanggungjawab bagi penjalanan am, pentadbiran dan pengurusan Bank Data DNA; 12 Undang-Undang Malaysia AktA 699 (b) untuk menubuhkan mekanisme untuk memudahkan pengambilan, penyimpanan dan penyebaran data berkaitan dengan profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang disimpan di dalam Bank Data DNA; (c) untuk memastikan bahawa profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya disimpan dengan selamat dan kekal rahsia; (d) untuk menyimpan dan menghapuskan sampel intim dan sampel bukan intim yang diambil bagi maksud analisis forensik DNA mengikut peruntukan Akta ini dan sebagaimana yang ditetapkan; (e) untuk bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang- undang asing mengikut peruntukan Akta ini; dan (f) untuk menjalankan apa-apa fungsi lain yang diberikan oleh atau di bawah Akta ini dan melaksanakan apa-apa fungsi lain yang sebagai tambahan, bersampingan atau berbangkit kepada mana-mana fungsi yang dinyatakan dalam seksyen ini atau yang sejajar dengan objektif Bank Data DNA. (2) Ketua Bank Data DNA hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi, atau yang berkaitan dengan, atau yang bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini. Pembetulan butir-butir dalam profil dan maklumat DNA 9. (1) Ketua Bank Data DNA berhak untuk membetulkan butir-butir dalam profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya jika— (a) suatu kesilapan taipan telah berlaku; dan (b) keterangan yang mencukupi dikemukakan untuk memuaskan hati Ketua Bank Data DNA bahawa kemasukan itu adalah tidak betul, dan dalam membuat pembetulan itu dia hendaklah, jika perlu, mengeluarkan kepada orang yang berhak kepada maklumat yang diperoleh daripada analisis sampel yang diambil daripadanya, butir-butir yang dibetulkan itu. Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 13 (2) Kuasa di bawah seksyen ini hendaklah dijalankan oleh Ketua Bank Data DNA secara sendirian. (3) Apa-apa pembetulan yang dibuat menurut seksyen ini tidak boleh dianggap sebagai suatu perbuatan mengganggu, bersubahat atau cuba mengganggu apa-apa profil DNA atau apa-apa maklumat berhubung dengannya yang terkandung dalam Bank Data DNA yang disebut dalam seksyen 21. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 10. Menteri boleh memberikan kepada Ketua Bank Data DNA arahan yang bersifat am yang selaras dengan peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi dan penjalanan kuasa Ketua Bank Data DNA dan Ketua Bank Data DNA hendaklah melaksanakan arahan itu. Akses kepada profil atau maklumat DNA 11. (1) Akses kepada, makluman mengenai atau penggunaan profil DNA atau apa-apa maklumat berhubung dengannya yang disimpan di dalam Bank Data DNA oleh Ketua Bank Data DNA, Timbalan Ketua Bank Data DNA, pegawai Bank Data DNA dan mana-mana ahli kimia hendaklah hanya bagi maksud— (a) perbandingan forensik dengan mana-mana profil atau maklumat DNA lain dalam menjalankan penyiasatan bagi apa-apa kesalahan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan; (b) mentadbir Bank Data DNA; atau (c) menjadikan maklumat itu tersedia bagi orang yang baginya maklumat itu berkaitan. (2) Bagi mengelakkan keraguan, akses kepada, makluman mengenai atau penggunaan profil DNA atau apa-apa maklumat berhubung dengannya di bawah subseksyen (1) oleh seseorang ahli kimia hendaklah hanya bagi maksud yang disebut dalam perenggan (a) subseksyen itu. 14 Undang-Undang Malaysia AktA 699 Bahagian IV PENGAMBILAN, PENYIMPANAN, PELUPUSAN SAMPEL INTIM DAN BUKAN INTIM DAN PENGHAPUSAN PROFIL DAN MAKLUMAT DNA Pengambilan sampel intim 12. (1) Tatacara pengambilan suatu sampel intim mana-mana orang di bawah Akta ini hendaklah mengikut peruntukan seksyen ini dan sebagaimana yang ditetapkan. (2) Suatu sampel intim— (a) seorang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan sesuatu kesalahan; (b) orang tahanan; atau (c) penagih dadah, boleh diambil bagi analisis forensik DNA hanya jika— (A) seseorang pegawai diberi kuasa membenarkan sampel intim itu diambil; dan (B) suatu keizinan yang berkenaan dalam borang yang ditetapkan diberi oleh orang yang daripadanya suatu sampel intim akan diambil. (3) Tertakluk kepada suatu keizinan yang berkenaan diberikan di bawah subperenggan (2)(B), seseorang pegawai diberi kuasa hanya boleh memberikan kebenarannya di bawah subperenggan (2)(A) jika— (a) dia mempunyai alasan yang munasabah untuk— (i) mengesyaki bahawa orang yang daripadanya suatu sampel intim akan diambil telah melakukan suatu kesalahan; dan (ii) mempercayai bahawa sampel itu berkecenderungan untuk mengesahkan atau membuktikan sebaliknya perlakuan kesalahan oleh orang itu; Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 15 (b) suatu tangkapan telah dibuat pada atau suatu perintah tahanan telah dibuat terhadap orang tahanan; atau (c) suatu perintah atau keputusan telah dibuat menurut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 terhadap seorang penagih dadah. (4) Seorang pegawai diberi kuasa— (a) hendaklah memberikan kebenarannya di bawah subseksyen (3) secara bertulis; atau (b) jika tidak dapat dilaksanakan untuk mematuhi perenggan (a), boleh memberikan kebenaran itu secara lisan, dalam hal itu dia mestilah mengesahkan kebenaran itu secara bertulis secepat yang mungkin. (5) Seseorang yang daripadanya suatu sampel intim diambil adalah berhak kepada maklumat yang diperoleh daripada analisis sampel yang diambil daripadanya. (6) Suatu sampel intim hendaklah diambil hanya oleh pegawai perubatan kerajaan. Pengambilan sampel bukan intim 13. (1) Tatacara pengambilan suatu sampel bukan intim mana-mana orang di bawah Akta ini hendaklah mengikut peruntukan seksyen ini dan sebagaimana yang ditetapkan. (2) Suatu sampel bukan intim— (a) seorang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan sesuatu kesalahan; (b) orang tahanan; atau (c) penagih dadah, hanya boleh diambil jika seseorang pegawai diberi kuasa membenarkan sampel bukan intim itu diambil. 16 Undang-Undang Malaysia AktA 699 (3) Seorang pegawai diberi kuasa hanya boleh memberikan kebenarannya di bawah subseksyen (2) jika— (a) dia mempunyai alasan yang munasabah untuk— (i) mengesyaki bahawa orang yang daripadanya sesuatu sampel bukan intim akan diambil telah melakukan suatu kesalahan; dan (ii) mempercayai bahawa sampel itu berkecenderungan untuk mengesahkan atau membuktikan sebaliknya perlakuan kesalahan oleh orang itu; (b) suatu tangkapan telah dibuat atau suatu perintah tahanan telah dibuat terhadap orang tahanan; atau (c) suatu perintah atau keputusan telah dibuat menurut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 terhadap seseorang penagih dadah. (4) Seorang pegawai diberi kuasa— (a) hendaklah memberikan kebenarannya di bawah subseksyen (2) secara bertulis; atau (b) jika tidak dapat dilaksanakan bagi mematuhi perenggan (a), boleh memberikan kebenaran itu secara lisan, dalam hal itu dia mestilah mengesahkan kebenaran itu secara bertulis secepat yang mungkin. (5) Seseorang yang daripadanya suatu sampel bukan intim diambil adalah berhak kepada maklumat yang diperoleh daripada analisis sampel yang diambil daripadanya. (6) Suatu sampel bukan intim hendaklah hanya diambil oleh— (a) seorang pegawai perubatan kerajaan; atau (b) seorang pegawai polis atau seseorang ahli kimia. Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 17 (7) Jika seseorang yang daripadanya suatu sampel bukan intim hendaklah diambil di bawah Akta ini enggan untuk memberikan sampel itu atau enggan untuk membenarkan sampel itu diambil daripadanya tanpa sebab yang baik atau sampel itu tidak dapat diperoleh walaupun segala usaha yang munasabah diambil, orang itu boleh dibawa di hadapan seorang majistret dan majistret itu boleh, jika berpuas hati bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa sampel itu berkecenderungan untuk mengesahkan atau membuktikan sebaliknya perlakuan kesalahan orang itu, memerintahkan orang itu untuk memberikan sampel bukan intimnya. Sampel diberikan secara sukarela 14. (1) Mana-mana orang, selain orang yang sampel intim atau sampel bukan intimnya boleh diambil di bawah seksyen 12 dan 13, boleh secara sukarela memberikan suatu keizinan yang berkenaan dalam borang yang ditetapkan kepada seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Timbalan Penguasa Polis bagi pengambilan suatu sampel intim atau sampel bukan intim daripadanya. (2) Jika suatu keizinan yang berkenaan diberikan di bawah subseksyen (1), seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Timbalan Penguasa Polis hendaklah, sebelum pengambilan suatu sampel intim atau sampel bukan intim, memberitahu orang yang daripadanya sesuatu sampel itu akan diambil— (a) bahawa profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang diperoleh daripada sampel intim atau sampel bukan intim boleh disimpan di dalam Bank Data DNA dan boleh digunakan bagi maksud analisis forensik DNA, siasatan polis dan bagi apa-apa maksud yang disebut dalam seksyen 11; (b) bahawa dia boleh membuat suatu permintaan kepada seorang pegawai polis bagi suatu akses kepada maklumat itu; dan (c) bahawa dia boleh pada bila-bila masa menarik balik kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (1). 18 Undang-Undang Malaysia AktA 699 Sampel DNA banduan 15. Suatu sampel intim atau sampel bukan intim boleh diambil bagi analisis forensik DNA daripada mana-mana orang yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan berkaitan dengan suatu kesalahan yang dia telah disabitkan. Penyimpanan dan pelupusan sampel intim dan sampel bukan intim 16. (1) Ketua Bank Data DNA hendaklah menyimpan dengan selamat dan terjamin semua sampel intim dan sampel bukan intim yang diambil bagi maksud analisis forensik DNA, bahagian sampel yang difikirkan wajar oleh Ketua Bank Data DNA dan tanpa kelengahan memusnahkan mana-mana bahagian yang tinggal. (2) Tatacara bagi penyimpanan dan pelupusan suatu sampel intim dan sampel bukan intim hendaklah sebagaimana yang ditetapkan. Penghapusan profil dan maklumat DNA daripada indeks orang yang disyaki 17. Jika suatu sampel intim atau sampel bukan intim telah diambil mengikut Akta ini daripada seseorang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan suatu kesalahan dan— (a) penyiasatan mendedahkan bahawa dia tidak terlibat dalam perlakuan apa-apa kesalahan; (b) pertuduhan terhadapnya berkenaan dengan apa-apa kesalahan telah ditarik balik; (c) dia dilepaskan oleh mahkamah daripada suatu kesalahan yang dia telah dipertuduhkan, semasa perbicaraan atau atas rayuan; (d) dia dibebaskan daripada suatu kesalahan yang dia telah dipertuduhkan, semasa perbicaraan atau atas rayuan; atau Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 19 (e) dia tidak dipertuduhkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa kesalahan dalam tempoh satu tahun dari tarikh pengambilan sampel daripadanya, Ketua Bank Data DNA hendaklah, dalam tempoh enam bulan selepas diberitahu oleh Ketua Polis Daerah fakta yang dirujuk dalam perenggan (a), (b), (c), (d) atau (e), menghapuskan profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya mengenai orang itu daripada Bank Data DNA. Bahagian V KESALAHAN Kesalahan mengganggu, bersubahat atau cuba mengganggu sampel 18. (1) Seseorang melakukan suatu kesalahan jika dia mengganggu atau menyebabkan diganggu apa-apa sampel intim atau sampel bukan intim yang diambil bagi maksud Akta ini. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya. (3) Mana-mana orang yang bersubahat dalam pelakuan atau yang cuba melakukan kesalahan di bawah seksyen ini adalah bersalah atas kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu: Dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak boleh melebihi setengah daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. Penggunaan atau pemakluman tanpa kebenaran profil atau maklumat DNA 19. (1) Tiada seorang pun yang menerima suatu profil DNA untuk dimasukkan ke dalam Bank Data DNA atau yang mempunyai akses kepada maklumat yang terkandung di dalam Bank Data DNA boleh, kecuali mengikut seksyen 11 dan 22, menggunakan atau memaklumkan profil DNA atau apa-apa maklumat berhubung dengannya untuk digunakan atau dimaklumkan selain bagi maksud Akta ini. 20 Undang-Undang Malaysia AktA 699 (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya. Obligasi kerahsiaan 20. (1) Ketua Bank Data DNA, Timbalan Ketua Bank DNA dan pegawai Bank Data DNA atau mana-mana orang yang dengan apa-apa sebab, mempunyai dengan apa-apa cara akses kepada apa-apa data, rekod, buku, daftar, surat-menyurat, apa-apa jua dokumen, atau bahan atau maklumat, yang berhubungan dengan profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya di dalam Bank Data DNA yang dia telah peroleh dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya, tidak boleh memberi, membuka, mendedah, menyiar atau selainnya menzahirkan kepada mana-mana orang, dokumen, bahan atau maklumat itu melainkan sekiranya penzahiran itu dikehendaki atau dibenarkan— (a) di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; (b) di bawah mana-mana undang-undang bertulis; (c) oleh mana-mana mahkamah; atau (d) bagi pelaksanaan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya. Kesalahan mengganggu, bersubahat atau cuba mengganggu profil atau maklumat DNA 21. (1) Seseorang melakukan suatu kesalahan jika dia mengganggu atau menyebabkan diganggu apa-apa profil DNA atau apa-apa maklumat berhubung dengannya yang di dalam milikan, jagaan atau kawalan Bank Data DNA. Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 21 (2) Bagi maksud seksyen ini, mengganggu apa-apa profil DNA atau apa-apa maklumat berhubung dengannya termasuklah yang berikut: (a) profil DNA atau apa-apa maklumat berhubung dengannya itu diubah atau dipadamkan; (b) apa-apa profil DNA yang baharu atau apa-apa maklumat berhubung dengannya dimasukkan atau ditambahkan kepada profil DNA atau apa-apa maklumat berhubung dengannya itu; atau (c) apa-apa kejadian berlaku yang mengurangkan keupayaan Ketua Bank Data DNA, Timbalan Ketua Bank Data DNA atau pegawai Bank Data DNA untuk mendapat akses kepada profil DNA atau apa-apa maklumat berhubung dengannya. (3) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya. (4) Mana-mana orang yang bersubahat dalam pelakuan atau yang cuba melakukan kesalahan di bawah seksyen ini adalah bersalah atas kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu: Dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak boleh melebihi setengah daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. Bahagian VI AM Kerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang asing 22. (1) Ketua Bank Data DNA boleh, atas permintaan oleh suatu agensi penguatkuasaan undang-undang asing, membandingkan profil DNA yang diterima daripada agensi penguatkuasaan undang-undang asing itu dengan profil DNA di dalam Bank Data DNA bagi menentukan sama ada profil DNA itu sedia ada terkandung di dalam Bank Data DNA dan memaklumkan apa-apa maklumat yang berkaitan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang asing itu. 22 Undang-Undang Malaysia AktA 699 (2) Ketua Bank Data DNA boleh, atas permintaan suatu agensi penguatkuasaan undang-undang asing semasa penyiasatan bagi sesuatu kesalahan atau sesuatu pendakwaan bagi suatu kesalahan jenayah di negara asing itu, memaklumkan profil DNA yang terkandung di dalam Bank Data DNA kepada agensi penguatkuasaan undang-undang asing itu. (3) Bagi maksud seksyen ini, “agensi penguatkuasaan undang- undang asing” ertinya suatu agensi penguatkuasaan undang-undang negara asing dan termasuklah suatu pertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan oleh kerajaan negara itu atau suatu pertubuhan antarabangsa. Perlindungan terhadap apa-apa prosiding undang-undang 23. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap— (a) Menteri; (b) Ketua Bank Data DNA; (c) Timbalan Ketua Bank Data DNA; (d) pegawai Bank Data DNA; (e) pegawai perubatan kerajaan; atau (f) ahli kimia, berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan olehnya dengan suci hati dalam menjalankan kuasa, fungsi dan tanggungjawabnya di bawah Akta ini atas sifat yang sedemikian. Peraturan-peraturan 24. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk memberikan kuat kuasa sepenuhnya kepada, atau untuk menjalankan, peruntukan Akta ini. Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 23 (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan- peraturan boleh dibuat— (a) untuk menetapkan tatacara pengambilan dan pelupusan sampel intim dan sampel bukan intim; (b) untuk menetapkan apa-apa borang bagi maksud Akta ini; (c) untuk mengawal selia pengurusan, pentadbiran dan kawalan Bank Data DNA; dan (d) untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara yang dikehendaki atau dibenarkan untuk ditetapkan di bawah Akta ini atau yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan. (3) Apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah dibentangkan di dalam Dewan Rakyat dengan seberapa segera yang mungkin selepas ia dibuat dan jika Dewan Rakyat tidak bersidang, pada persidangan dalam mesyuarat Dewan Rakyat yang berikutnya. Kecualian dan peralihan 25. Apa-apa profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang sedia ada disimpan dan disenggarakan oleh Jabatan Kimia Malaysia atau Polis Diraja Malaysia, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan telah disimpan dan disenggarakan di dalam dan menjadi sebahagian daripada Bank Data DNA yang ditubuhkan di bawah Akta ini mengikut indeks yang terpakai. 24 Undang-Undang Malaysia AktA 699 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 699 AKTA IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2009 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari — TIADA — Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 25 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 699 AKTA IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2009 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari — TIADA —Referenced legislation
- Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (unresolved)
- Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 [Ord. 5/1969] (unresolved)
- Akta Dadah Berbahaya (Langkah- Langkah Pencegahan Khas) 1985 [Akta 316]; (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2009 (unresolved)
- Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283]; (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
699 - *AKTA IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2009
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in