33 - AKTA BUKU JURUBANK (KETERANGAN) 1949
This Act sets rules for using bank records as evidence, including when copies can be used, when bank officers cannot be forced to produce books or testify, and when the court may allow inspection, copying, and costs orders.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 33 - AKTA BUKU JURUBANK (KETERANGAN) 1949
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
33 - AKTA BUKU JURUBANK (KETERANGAN) 1949
AI-assisted research summary: This Act sets rules for using bank records as evidence, including when copies can be used, when bank officers cannot be forced to produce books or testify, and when the court may allow inspection, copying, and costs orders.
033b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 5:46 PM UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 33 AKTA BUKU JURUBANK (KETERANGAN) 1949 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Bankers’ Books (Evidence) Act 1949. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 033b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 5:46 PM 2 AKTA BUKU JURUBANK (KETERANGAN) 1949 Pertama kali diperbuat… … … 1949 (Ordinan No. 52 tahun 1949) Disemak … … … … … 1971 (Akta 33 m.b.d. 1 Julai 1971) CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … 1993 Cetakan Semula Yang Kedua … … 1999 DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006 033b.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 5:46 PM 33 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 33 AKTA BUKU JURUBANK (KETERANGAN) 1949 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Cara pembuktian catatan dalam buku jurubank 4. Bukti bahawa buku ialah buku jurubank 5. Penentusahan salinan 6. Kes yang dalamnya pegawai bank tidak boleh dipaksa mengemukakan buku, dsb. 7. Mahkamah atau Hakim boleh memerintahkan pemeriksaan 8. Kos 033b.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 5:46 PM 033b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 5:46 PM 55 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 33 AKTA BUKU JURUBANK (KETERANGAN) 1949 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai undang- undang keterangan yang berhubungan dengan buku jurubank. [Semenanjung Malaysia—1 Disember 1949, Ord. No. 52 tahun 1949; Sabah, Sarawak—1 Mei 1971, P.U.(A)95/1971] Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Buku Jurubank (Keterangan) 1949. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “bank” dan “jurubank” ertinya mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan perbankan di Malaysia dan yang diperbadankan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia dan mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan sedemikian di Malaysia di bawah suatu lesen yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia berhubung dengan perbankan, dan juga mana-mana Bank Simpanan Nasional yang ditubuhkan di Malaysia; “buku jurubank” termasuklah mana-mana lejar, buku harian, buku wang tunai, buku akaun dan apa-apa buku yang lain yang digunakan dalam urusan biasa sesuatu bank; “Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi dan berkaitan dengan apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Sesyen termasuklah Mahkamah itu; 033b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 5:46 PM 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 33 “prosiding undang-undang” ertinya apa-apa prosiding atau siasatan sivil atau jenayah yang dalamnya keterangan diberikan atau boleh diberikan dan termasuklah sesuatu timbang tara. Cara pembuktian catatan dalam buku jurubank 3. Tertakluk kepada Akta ini, salinan apa-apa catatan dalam buku jurubank hendaklah diterima dalam semua prosiding undang- undang sebagai keterangan prima facie mengenai catatan itu dan mengenai perkara, urusan dan akaun yang direkodkan dalamnya. Bukti bahawa buku ialah buku jurubank 4. (1) Salinan sesuatu catatan dalam buku jurubank tidak boleh diterima sebagai keterangan di bawah Akta ini melainkan jika dibuktikan terlebih dahulu bahawa pada masa catatan itu dibuat buku itu ialah satu daripada buku biasa bank itu, dan bahawa catatan itu telah dibuat dalam perjalanan lazim dan biasa perniagaan, dan bahawa buku itu dalam jagaan atau kawalan bank itu. (2) Bukti sedemikian boleh diberikan oleh seseorang pegawai bank itu, dan boleh diberikan secara lisan atau dengan afidavit yang dibuat dengan bersumpah di hadapan mana-mana majistret atau orang yang diberi kuasa untuk mengambil afidavit. Penentusahan salinan 5. (1) Salinan sesuatu catatan dalam buku jurubank tidak boleh diterima sebagai keterangan di bawah Akta ini melainkan jika dibuktikan selanjutnya bahawa salinan itu telah diteliti bersama dengan catatan asal dan adalah betul. (2) Bukti sedemikian hendaklah diberikan oleh seseorang yang telah meneliti salinan itu bersama dengan catatan asal, dan boleh diberikan sama ada secara lisan atau dengan afidavit yang dibuat dengan bersumpah di hadapan mana-mana majistret atau orang yang diberi kuasa untuk mengambil afidavit. Kes yang dalamnya pegawai bank tidak boleh dipaksa mengemukakan buku, dsb. 6. Seseorang pegawai sesuatu bank tidak boleh, dalam mana- mana prosiding undang-undang yang dalamnya bank itu tidak menjadi satu pihak, dipaksa supaya mengemukakan mana-mana 033b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 5:46 PM Buku Jurubank (Keterangan) 77 buku jurubank yang kandungannya boleh dibuktikan di bawah Akta ini atau supaya hadir sebagai saksi untuk membuktikan perkara, urusan dan akaun yang direkodkan dalam buku itu, melainkan dengan perintah Hakim yang dibuat atas sebab khas. Mahkamah atau Hakim boleh memerintahkan pemeriksaan 7. (1) Atas permohonan mana-mana pihak dalam sesuatu prosiding undang-undang Mahkamah atau Hakim boleh memerintahkan bahawa pihak itu bebas memeriksa dan membuat salinan mana-mana catatan dalam sesuatu buku jurubank bagi apa-apa maksud prosiding itu. (2) Sesuatu perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat sama ada dengan atau tanpa memanggil bank itu atau mana-mana pihak lain, dan hendaklah disampaikan kepada bank itu tiga hari genap sebelum perintah itu dikehendaki supaya dipatuhi melainkan jika Mahkamah atau Hakim mengarahkan selainnya. Kos 8. (1) Kos apa-apa permohonan kepada Mahkamah atau Hakim di bawah Akta ini, dan kos apa-apa jua yang dilakukan atau dikehendaki supaya dilakukan di bawah sesuatu perintah Mahkamah atau Hakim yang dibuat di bawah Akta ini, hendaklah mengikut budi bicara Mahkamah atau Hakim itu, yang boleh memerintahkan supaya kos itu atau mana-mana bahagiannya dibayar oleh bank itu kepada mana-mana pihak jika kos itu telah disebabkan oleh apa- apa kesilapan atau kelewatan pada pihak bank itu. (2) Apa-apa perintah sedemikian terhadap sesuatu bank boleh dikuatkuasakan seolah-olah bank itu ialah suatu pihak dalam prosiding itu. 033b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 5:46 PM 8 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 33 AKTA BUKU JURUBANK (KETERANGAN) 1949 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari P.U.(A)95/1971 Perintah Ordinan (Keterangan) Buku 01-05-1971 Banker (Perluasan) 1971 033b.fm Page 9 Monday, March 27, 2006 5:46 PM 99 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 33 AKTA BUKU JURUBANK (KETERANGAN) 1949 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari – TIADA –
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
33 - AKTA BUKU JURUBANK (KETERANGAN) 1949
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in