A1605 - AKTA SYARIKAT (PINDAAN) 2019
This amendment Act changes several provisions of the Companies Act 2016 and lets the Minister set the commencement date by Gazette notice.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1605 - AKTA SYARIKAT (PINDAAN) 2019
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1605 - AKTA SYARIKAT (PINDAAN) 2019
AI-assisted research summary: This amendment Act changes several provisions of the Companies Act 2016 and lets the Minister set the commencement date by Gazette notice.
Syarikat (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1605 AKTA SYARIKAT (PINDAAN) 2019 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1605 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 28 September 2019 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 9 Oktober 2019 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Syarikat (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1605 AKTA SYARIKAT (PINDAAN) 2019 Suatu Akta untuk meminda Akta Syarikat 2016. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Syarikat (Pindaan) 2019. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 4 2. Akta Syarikat 2016 [Akta 777], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subperenggan 4(1)(a)(iii) dengan menggantikan perkataan “modal syer dikeluarkan” dengan perkataan “keseluruhan jumlah syer dikeluarkan”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1605 Pindaan seksyen 66 3. Seksyen 66 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut: “(6) Bagi maksud seksyen ini, “dokumen” ertinya suatu dokumen yang dikehendaki untuk disempurnakan oleh mana-mana undang-undang bertulis, ketetapan, perjanjian atau perlembagaan mengikut subseksyen (1).”. Pindaan seksyen 72 4. Seksyen 72 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “Syer hendaklah” dengan perkataan “Tertakluk kepada subseksyen (5) dan (6), syer hendaklah”; dan (b) dengan menggantikan subseksyen (5) dengan subsekyen yang berikut: “(5) Jika mana-mana syer itu ditebus daripada keuntungan menurut perenggan (4)(a) yang selainnya telah tersedia untuk dividen, maka hendaklah dipindahkan ke dalam akaun modal syer syarikat, suatu jumlah wang yang bersamaan dengan amaun syer yang ditebus itu.”. Pindaan seksyen 84 5. Subseksyen 84(1) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “khas”. Pindaan seksyen 93 6. Perenggan 93(2)(b) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “bagi pihak pemegang syer” dengan perkataan “yang mewakili sekurang-kurangnya sepuluh peratus jumlah hak mengundi dalam kelas itu”. Syarikat (Pindaan) 5 Pindaan seksyen 247 7. Subseksyen 247(3) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “secara bertulis kepada Pendaftar” perkataan “tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum pengedaran penyata kewangan syarikat pemegangan”. Pindaan seksyen 253 8. Subseksyen 253(2) Akta ibu dipinda— (a) dengan memotong perkataan “atau (2)”; dan (b) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “were” dengan perkataan “is”. Pindaan seksyen 304 9. Seksyen 304 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “pernyataan” dengan perkataan “ketetapan”; dan (b) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “mesyuarat” dengan perkataan “syarikat menjadi tertakluk kepada kehendak di bawah seksyen 302 untuk mengedarkan ketetapan”. Pindaan seksyen 340 10. Perenggan 340(1)(c) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “fi pengarah” dengan perkataan “saraan juruaudit”. Pindaan seksyen 386 11. Subseksyen 386(1) Akta ibu dipinda— (a) dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (a); 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1605 (b) dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut: “(b) seorang penerima dan pengurus boleh terus bertindak sebagai penerima sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a); dan”; dan (c) dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut: “(c) seorang penerima dan pengurus boleh terus menjalankan segala kuasa seorang penerima dan pengurus bagi maksud menjalankan urusan syarikat dengan syarat bahawa penerima dan pengurus itu memperoleh persetujuan daripada penyelesai atau jika penyelesai enggan memberikan persetujuannya, persetujuan Mahkamah.”. Pindaan seksyen 409 12. Perenggan 409(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dan” di hujung perenggan itu dengan perkataan “atau”. Pindaan seksyen 433 13. Seksyen 433 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (2)— (i) dengan menggantikan perkataan “dan (c)” dengan perkataan “, (c), (d) dan (e)”; dan (ii) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “dan (c)” dengan perkataan “, (c), (d) dan (e)”; dan Syarikat (Pindaan) 7 (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut: “(4a) Apa-apa kelulusan yang diberikan oleh Menteri di bawah subseksyen (4) boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa had atau syarat yang difikirkannya patut dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Menteri melalui penyampaian suatu notis pembatalan kepada orang yang diluluskan itu. (4b) Tiap-tiap kelulusan di bawah seksyen ini termasuk pembaharuan kelulusan penyelesai hendaklah berkuat kuasa bagi tempoh dua tahun selepas tarikh pengeluaran melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan. (4c) Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan boleh mewakilkan semua atau mana-mana kuasanya di bawah seksyen ini kepada mana-mana orang atau kumpulan orang.”. Seksyen baharu 580a 14. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 580 seksyen yang berikut: “Jaminan untuk kos 580a. (1) Jika suatu syarikat ialah plaintif dalam apa-apa tindakan atau prosiding lain dan jika didapati melalui suatu keterangan yang boleh dipercayai bahawa ada sebab untuk mempercayai bahawa syarikat itu tidak dapat membayar kos bagi defendan jika defendan berjaya dalam pembelaannya, Mahkamah boleh memerintahkan plantif itu untuk memberi jaminan yang secukupnya bagi semua kos dan menggantung semua tindakan atau prosiding sehingga jaminan itu diberikan. (2) Mahkamah boleh mengarahkan supaya kos bagi apa-apa tindakan atau prosiding ditanggung oleh pihak kepada tindakan atau prosiding itu.”. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1605 Kecualian 15. (1) Apa-apa permohonan yang belum selesai bagi— (a) suatu perintah untuk membenarkan mana-mana subsidiari kepada syarikat pemegangan untuk mempunyai tahun kewangan yang tidak sama dengan dengan syarikat pemegangan itu; dan (b) suatu kelulusan atau kebenaran untuk dilantik sebagai penyelesai, yang dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini dan yang belum selesai di hadapan Pendaftar atau Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terus menjadi sah dan hendaklah diuruskan di bawah Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini. (2) Apa-apa perintah, kelulusan atau kebenaran yang dibuat atau diberikan di bawah Akta ibu sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang baginya perintah, kelulusan atau kebenaran terpakai sehingga dipinda, dimansuhkan, dibatalkan, ditamatkan atau digantikan di bawah peruntukan Akta ini.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1605 - AKTA SYARIKAT (PINDAAN) 2019
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in