AI-assisted research summary: This Act amends the Labuan Companies Act 1990, starts on a date set by the Minister in the Gazette, and lets the Board impose an administrative penalty for late annual fee payments.
Syarikat Labuan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1428 AKTA SYARIKAT LABUAN (PINDAAN) 2012 2 Undang-Undang Malaysia AKTA A1428 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 18 Jun 2012 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 22 Jun 2012 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Syarikat Labuan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1428 AKTA SYARIKAT LABUAN (PINDAAN) 2012 Suatu Akta untuk meminda Akta Syarikat Labuan 1990. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Syarikat Labuan (Pindaan) 2012. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 18 2. Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam perenggan 18(1)(c) dengan memotong perkataan “dan pembahagiannya kepada syer amaun tetap”. 4 Undang-Undang Malaysia AKTA A1428 Pindaan seksyen 111 3. Subseksyen 111(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “anggota” perkataan “syarikat bersama dengan resolusinya yang berkaitan”. Pindaan seksyen 121 4. Subseksyen 121(5) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dalam apa-apa amaun sebagaimana ditetapkan tidak lewat daripada tiga puluh hari dari setiap ulang tahun tarikh pendaftaran syarikat itu” dengan perkataan “mengikut seksyen 151”. Pindaan seksyen 130O 5. Perenggan 130O(4)(a) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “am”. Pindaan seksyen 130V 6. Subseksyen 130V(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seksyen 48A” dengan perkataan “seksyen 53”. Pindaan seksyen 151 7. Seksyen 151 Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1A) Lembaga boleh mengenakan penalti pentadbiran ke atas pembayaran apa-apa fi tahunan yang diterima lewat daripada tarikh ulang tahun yang dinyatakan dalam subseksyen (1).”; dan (b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “Jika” dengan perkataan “Walau apa pun subseksyen (1A), jika”.