A1655 - AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN (PINDAAN) 2022
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This amendment Act names itself and is treated as having started on 1 January 2019; it also changes the Labuan Islamic finance law, including a definition and the scope of what a licensed Labuan takaful broker may do.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam 1 Labuan (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1655 AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN (PINDAAN) 2022 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1655 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 31 Mei 2022 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 9 Jun 2022 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam 3 Labuan (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1655 AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN (PINDAAN) 2022 Suatu Akta untuk meminda Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan (Pindaan) 2022. (2) Akta ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2019. Pindaan seksyen 13 2. Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 13— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “(2)” dengan perkataan “(3)”; 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1655 (b) dengan memotong subseksyen (2); dan (c) dalam subseksyen (10), dengan memotong perkataan “atau (2)”. Pindaan seksyen 76 3. Subseksyen 76(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan takrif “perniagaan takaful Labuan” dengan takrif yang berikut: ‘ “perniagaan takaful Labuan” ertinya perniagaan takaful termasuklah perniagaan takaful kaptif Labuan, perniagaan takaful semula Labuan dan perniagaan takaful lain yang diluluskan oleh Lembaga tetapi tidak termasuk apa-apa perniagaan takaful yang dikawal atau dilarang di bawah undang-undang bertulis lain di Malaysia;’. Pindaan seksyen 90 4. Seksyen 90 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Seseorang broker takaful Labuan berlesen boleh mengendalikan takaful atau takaful semula perniagaan takaful domestik, yang diurusniagakan dalam mata wang Malaysia dengan syarat bahawa aktiviti itu tidak termasuk apa-apa aktiviti yang dikawal atau dilarang di bawah undang-undang bertulis lain di Malaysia.”.