A1743 - AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025
This amendment Act updates the Communications and Multimedia Act 1998 by changing definitions, increasing some penalties, adding audit and network security powers, and revising rules for licences, content services, and compliance orders.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This amendment Act updates the Communications and Multimedia Act 1998 by changing definitions, increasing some penalties, adding audit and network security powers, and revising rules for licences, content services, and compliance orders. This segment adds and changes rules on obscene commercial messages, network-facility damage, communication-data preservation/disclosure, compounding, seizure procedures, and related penalties.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1743 - AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025
Showing 2 of 2
Part document.segment-1
A1743 - AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
A1743 - AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025 — segment 1
AI-assisted research summary: This amendment Act updates the Communications and Multimedia Act 1998 by changing definitions, increasing some penalties, adding audit and network security powers, and revising rules for licences, content services, and compliance orders.
Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1743 AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 27 Januari 2025 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 7 Februari 2025 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1743 AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025 Suatu Akta untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2025. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini. Pindaan seksyen 6 2. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 6— (a) dalam takrif “agensi pemerakuan”, dengan memasukkan selepas perkataan “seksyen 186” perkataan “atau 230a”; 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 (b) dengan memasukkan selepas takrif “daftar pendapat” takrif yang berikut: ‘ “data komunikasi” ertinya apa-apa data yang berhubungan dengan— (a) suatu komunikasi dengan menggunakan sistem komunikasi, yang dijana oleh sistem komunikasi itu yang membentuk sebahagian daripada rantaian komunikasi, yang menunjukkan, antara lain, asal, destinasi, geolokasi, laluan, masa, tarikh, saiz, tempoh atau jenis perkhidmatan yang mendasari, komunikasi itu; (b) seorang pelanggan perkhidmatan komunikasi dan penggunaan perkhidmatan komunikasi serta produk, perkhidmatan dan aplikasi yang berkaitan, oleh pelanggan tersebut; dan (c) apa-apa data lain yang berhubungan dengan komunikasi;’; (c) dalam takrif “kemudahan awam”, dengan memasukkan selepas perkataan “perkhidmatan telekomunikasi” perkataan “, jalur lebar atau kemudahan rangkaian”; (d) dalam takrif “memintas”, dengan menggantikan perkataan “pemerolehan kandungan mana-mana komunikasi dengan cara pendengaran atau selainnya” dengan perkataan “pemerolehan atau pengeluaran semula atau kedua-duanya kandungan mana-mana komunikasi dengan cara pendengaran atau selainnya”; (e) dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut: ‘ “menyiarkan”, apabila tiada cara dinyatakan, ertinya menyiarkan dalam laman sesawang Suruhanjaya;’; Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 5 (f) dengan memasukkan selepas takrif “pemberi perkhidmatan aplikasi” takrif yang berikut: ‘ “pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan” ertinya seseorang yang memberikan perkhidmatan aplikasi kandungan;’; (g) dalam takrif “perkhidmatan rangkaian”— (i) dengan memotong perkataan “dan/”; dan (ii) dengan memasukkan selepas perkataan “tidak berpandu” perkataan “atau kedua-duanya”; (h) dengan memasukkan selepas takrif “perkiraan” takrif yang berikut: ‘ “premis” ertinya apa-apa tapak, yang tidak bergerak atau sebaliknya, sama ada tapak itu dengan atau tanpa kepungan, dan termasuklah kenderaan, kapal udara, kapal dan apa-apa vesel lain;’; (i) dengan memasukkan selepas takrif “senarai capaian” takrif yang berikut: ‘ “sistem komunikasi” ertinya apa-apa peranti atau suatu kumpulan peranti yang saling berhubung atau berkaitan, atau satu atau lebih rangkaian, yang digunakan dalam pemberian perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi;’; (j) dalam takrif “surat cara”, dengan memasukkan selepas perkataan “penentuan” perkataan “, suruhan bertulis”; (k) dalam teks bahasa Inggeris, dalam takrif “voluntary industry code”, dengan menggantikan noktah dengan koma bernoktah; dan (l) dengan memasukkan selepas takrif “surat cara” takrif yang berikut: ‘ “suruhan bertulis” ertinya suruhan bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 63, 64, 65 dan 73;’. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 Pindaan seksyen 16 3. Seksyen 16 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perenggan (h) perenggan yang berikut: “(ha) tatacara dan semua perkara yang berkaitan dengan pesanan elektronik komersial tanpa diminta;”; (b) dalam subseksyen (2)— (i) dengan menggantikan perkataan “tiga ratus ribu” dengan perkataan “satu juta”; (ii) dengan menggantikan perkataan “tiga tahun” dengan perkataan “sepuluh tahun”; dan (iii) dengan menggantikan perkataan “satu ribu” dengan perkataan “satu ratus ribu”; dan (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(3) Walau apa pun subseksyen (2) dan seksyen 53, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1), atau apa-apa perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini, boleh menetapkan bahawa Suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan tidak melebihi satu juta ringgit bagi ketakpatuhan apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 51.”. Seksyen baharu 16a 4. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 16 seksyen yang berikut: “Kuasa untuk meminda Jadual 16a. Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, meminda Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.”. Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 7 Pindaan seksyen 29 5. Seksyen 29 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Bahagian ini” perkataan “dan semua maklumat berkaitan yang diminta menurut seksyen 28”. Pindaan seksyen 34 6. Subseksyen 34(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “enam puluh hari” dengan perkataan “enam bulan”. Pindaan seksyen 41 7. Subseksyen 41(4) Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “lima ratus ribu” dengan perkataan “satu juta”; (b) dengan menggantikan perkataan “lima tahun” dengan perkataan “sepuluh tahun”; dan (c) dengan memasukkan selepas perkataan “atau kedua-duanya” perkataan “dan juga boleh didenda selanjutnya sebanyak satu ratus ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan”. Pindaan seksyen 44 8. Subseksyen 44(2) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “dan/”. Pindaan seksyen 45 9. Subseksyen 45(2) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “, yang hendaklah ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta,”. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 Seksyen baharu 46a 10. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 46 seksyen yang berikut: “Pengetepian formaliti 46a. (1) Walau apa pun seksyen 45 dan 46, Menteri boleh mengetepikan formaliti pendaftaran di bawah suatu lesen kelas dengan membuat perisytiharan di bawah seksyen 13, dan mana-mana orang yang beroperasi di bawah lesen kelas itu hendaklah disifatkan sebagai telah didaftarkan di bawah lesen kelas itu. (2) Jika subseksyen (1) terpakai, mana-mana orang boleh beroperasi di bawah lesen kelas yang berkaitan sehingga pembatalan lesen kelas itu atau sehingga Menteri membatalkan pendaftaran orang itu menurut seksyen 48. (3) Subseksyen 13(2), (4) dan (5) tidak terpakai bagi perisytiharan di bawah subseksyen (1).”. Pindaan seksyen 48 11. Seksyen 48 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(3) Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 51 12. Seksyen 51 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “dengan pematuhan atau ketakpatuhan mana-mana syarat lesen, dan termasuklah tetapi tidak terhad kepada remedi sesuatu pelanggaran syarat lesen, dan peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya” dengan perkataan Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 9 “dengan pematuhan Akta ini, perundangan subsidiarinya, surat cara yang dikeluarkan di bawah Akta ini, mana-mana syarat lesen atau mana-mana syarat-syarat lain yang dikenakan oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini”; (b) dalam teks bahasa Inggeris, dalam subseksyen (2), dengan memasukkan sebelum perkataan “required” perkataan “the”; (c) dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan “mana-mana syarat lesennya dan/atau mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya” dengan perkataan “mana-mana peruntukan Akta ini, perundangan subsidiarinya, mana-mana surat cara yang dikeluarkan di bawah Akta ini, mana-mana syarat lesen atau mana-mana syarat lain yang dikenakan oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini”; dan (d) dalam subseksyen (7), dengan memasukkan sebelum perkataan “subseksyen (6)” perkataan “subseksyen (1) sebagaimana yang diberitahu di bawah”. Pindaan seksyen 53 13. Seksyen 53 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut: “Ketakpatuhan arahan Suruhanjaya”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya” dengan perkataan “satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya sebanyak satu ratus ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan”. 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 Pindaan seksyen 55 14. Seksyen 55 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “penentuan Suruhanjaya” perkataan yang berikut: “atau apa-apa perkara lain untuk menggalakkan urusan industri yang selaras dengan— (a) matlamat Akta ini; (b) mana-mana surat cara yang berkaitan di bawah Akta ini; atau (c) mana-mana peruntukan yang berkaitan dalam Akta ini atau perundangan subsidiarinya.”; dan (b) dalam subseksyen (5)— (i) dengan menggantikan perkataan “empat puluh lima hari” dengan perkataan “tiga puluh hari”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “tamatnya siasatan itu” dengan perkataan “penyiaran laporan berkenaan siasatan di bawah seksyen 65”. Pindaan seksyen 63 15. Seksyen 63 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “Suruhanjaya boleh mengarahkan supaya” dengan perkataan “Suruhanjaya boleh, secara bertulis, menyuruh supaya”; dan (b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “arahan” dengan perkataan “suruhan bertulis”. Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 11 Pindaan seksyen 64 16. Seksyen 64 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Arahan” dengan perkataan “Suruhan bertulis”; (b) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “arahan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “suruhan bertulis”; dan (c) dalam subseksyen (2)— (i) dengan menggantikan perkataan “Walau apa pun seksyen 53, seseorang” dengan perkataan “Seseorang”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “arahan yang diberikan di bawah subseksyen (1)” dengan perkataan “suruhan bertulis di bawah subseksyen 63(1) dan subseksyen (1) seksyen ini”. Pindaan seksyen 65 17. Seksyen 65 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “siasatan itu” perkataan “dan Suruhanjaya boleh melanjutkan tempoh masa itu tidak melebihi tiga puluh hari”; dan (b) dalam perenggan (3)(d), dengan menggantikan perkataan “arahan” dengan perkataan “suruhan bertulis”. Pindaan seksyen 68 18. Seksyen 68 Akta ibu dipinda— (a) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “kesalahan sivil atau jenayah” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pelanggaran sivil atau kesalahan jenayah”; dan 12 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 (b) dalam teks bahasa Inggeris, dengan memasukkan selepas perkataan “civil” di mana-mana jua terdapat perkataan “infringement”. Pindaan seksyen 73 19. Seksyen 73 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (2)— (i) dengan menggantikan perkataan “notis bertulis, mengarahkan” dengan perkataan “suruhan bertulis, menyuruh”; dan (ii) dalam perenggan 2(a), (b), (c), (d), (e) dan (f), dengan menggantikan perkataan “notis” dengan perkataan “suruhan bertulis”; dan (b) dalam subseksyen (3)— (i) dengan menggantikan perkataan “diarahkan” dengan perkataan “disuruh”; (ii) dengan menggantikan perkataan “dan/atau dokumen” dengan perkataan “atau dokumen atau kedua-duanya”; dan (iii) dengan menggantikan perkataan “notis” dengan perkataan “suruhan bertulis”. Seksyen baharu 73a dan 73b 20. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 73 seksyen yang berikut: “Pengauditan oleh Suruhanjaya 73a. (1) Suruhanjaya boleh menjalankan suatu audit ke atas mana-mana pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang memberi perkhidmatan berkaitan dengan sistem komunikasi Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 13 mengenai apa-apa perkara di bawah Akta ini, perundangan subsidiarinya, apa-apa surat cara yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat yang diberikan oleh pemegang lesen atau orang lain kepada Suruhanjaya. (2) Bagi maksud subseksyen (1), Suruhanjaya boleh memberi kuasa kepada mana-mana pegawai, ejen atau penasihat teknikalnya untuk menjalankan audit itu. (3) Dalam menjalankan audit, Suruhanjaya atau mana-mana pegawai diberi kuasa, ejen atau penasihat teknikalnya boleh— (a) memasuki premis mana-mana pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang memberi perkhidmatan berkaitan dengan sistem komunikasi; dan (b) mendapatkan apa-apa maklumat berkenaan dengan pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang memberikan perkhidmatan berkaitan dengan sistem komunikasi dan hendaklah diberikan akses kepada maklumat itu sama ada disimpan di dalam komputer atau selainnya. (4) Suruhanjaya boleh meminta pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang memberikan perkhidmatan berkaitan dengan sistem komunikasi untuk menanggung kos untuk menjalankan suatu audit, sebagaimana yang dianggap perlu. (5) Suruhanjaya boleh menentukan pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan sistem komunikasi yang akan tertakluk kepada suatu audit. (6) Seseorang pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan sistem komunikasi yang enggan untuk membantu atau memudahkan, atau menghalang Suruhanjaya, pegawai diberi kuasa, ejen atau penasihat teknikalnya dalam menjalankan sesuatu pengauditan di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan. (7) Bagi maksud seksyen ini, “akses” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 249(2). 14 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 Pengauditan bebas 73b. (1) Suruhanjaya boleh pada apa-apa lat tempoh sebagaimana yang ditentukan olehnya, menghendaki mana-mana pemegang lesen untuk melantik dengan kos ditanggung sendiri seorang pakar bebas untuk mengaudit apa-apa perkara di bawah Akta ini, perundangan subsidiarinya, apa-apa surat cara yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat yang dikemukakan oleh pemegang lesen kepada Suruhanjaya. (2) Pengauditan di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan mengikut mana-mana garis panduan atau arahan di bawah seksyen 51 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini. (3) Suruhanjaya boleh menentukan pemegang lesen yang akan tertakluk kepada suatu audit. (4) Pemegang lesen hendaklah membuktikan sehingga Suruhanjaya berpuas hati bahawa pakar bebas yang disebut dalam subseksyen (1) mempunyai kelayakan dan kekompetenan yang perlu. (5) Pemegang lesen hendaklah mengemukakan suatu salinan laporan audit itu kepada Suruhanjaya dalam masa yang dinyatakan oleh Suruhanjaya. (6) Seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan.”. Penggantian seksyen 74 21. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 74 dengan seksyen yang berikut: “Ketakpatuhan suruhan bertulis 74. Seseorang yang tidak mematuhi sesuatu suruhan bertulis Suruhanjaya di bawah Bab ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 15 sepuluh tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya sebanyak satu ratus ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.”. Penggantian seksyen 75 22. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 75 dengan seksyen yang berikut: “Memberikan maklumat, keterangan atau dokumen palsu atau mengelirukan, dll. 75. Seseorang yang— (a) tidak mendedahkan atau tidak memberikan apa-apa maklumat, keterangan atau dokumen yang berkaitan; (b) memberikan maklumat, keterangan atau dokumen yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya adalah palsu atau mengelirukan; atau (c) dengan sengaja mengubah, menyembunyikan atau memusnahkan apa-apa dokumen atau maklumat yang dia dikehendaki untuk mengemukakan, sebagai gerak balas kepada suatu suruhan bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 78 23. Seksyen 78 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “seksyen 268” perkataan “atau 268a”. Pindaan seksyen 79 24. Subseksyen 79(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “arahan” dengan perkataan “suruhan bertulis”. 16 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 Pindaan seksyen 80 25. Seksyen 80 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1)— (i) dengan memasukkan selepas perkataan “menyiarkan” perkataan “apa-apa”; (ii) dengan memasukkan selepas perkataan “maklumat” perkataan “yang berada di dalam milikan asalnya atau”; dan (iii) dengan menggantikan perkataan “Bab” dengan perkataan “Akta”; dan (b) dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “hendaklah” perkataan “, bagi maklumat yang diterimanya,”. Pindaan seksyen 81 26. Subseksyen 81(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “caj (jika ada) yang ditentukan” dengan perkataan “fi, jika ada, yang boleh dikenakan”. Pindaan seksyen 82 27. Subseksyen 82(1) Akta ibu dipinda— (a) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “dua orang atau lebih (“pihak-pihak”)” dengan perkataan “dua pihak atau lebih”; dan (b) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “persons (“the parties”)” dengan perkataan “parties”. Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 17 Pindaan seksyen 89 28. Subseksyen 89(2) Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “pengadu” dengan perkataan “pihak yang hendak menguatkuasakan keputusan”; dan (b) dengan memotong perkataan “kecuali dalam hal suatu injunksi”. Pemotongan seksyen 90, 91, 92 dan 93 29. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 90, 91, 92 dan 93. Pindaan seksyen 94 30. Seksyen 94 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “suatu badan industri menjadi suatu forum industri” dengan perkataan “satu atau lebih badan industri menjadi satu atau lebih forum industri”; dan (b) dalam subseksyen (3), dengan memasukkan sebelum perkataan “kehendak” perkataan “mana-mana”. Pindaan seksyen 96 31. Subseksyen 96(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dirumuskan” dengan perkataan “ditentukan”. Pindaan seksyen 97 32. Subseksyen 97(5) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tiga tahun” dengan perkataan “satu tahun”. 18 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 Pindaan seksyen 99 33. Seksyen 99 Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Walau apa pun seksyen 53, Suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atas mana-mana orang yang tidak mematuhi suatu arahan Suruhanjaya di bawah subseksyen (1).”. Pemotongan seksyen 100 34. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 100. Pindaan seksyen 104 35. Seksyen 104 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Suruhanjaya boleh menentukan suatu standard mandatori bagi apa-apa perkara termasuk— (a) apa-apa perkara yang mungkin menjadi hal perkara suatu kod industri sukarela jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa forum industri yang ditentukan tidak membangunkan suatu kod industri sukarela yang memuaskan atau kod industri sukarela itu berkemungkinan akan gagal atau telah gagal, dan akan terus gagal; atau (b) apa-apa perkara untuk menggalakkan urusan industri yang selaras dengan— (i) matlamat Akta ini; Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 19 (ii) mana-mana surat cara yang berkaitan di bawah Akta ini; atau (iii) mana-mana peruntukan yang berkaitan dalam Akta ini atau perundangan subsidiarinya.”; dan (b) dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “arahan Menteri” perkataan “kepada Suruhanjaya”. Pindaan seksyen 105 36. Seksyen 105 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “pemegang lesen” dengan perkataan “orang”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(4) Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan kepada mana-mana orang di bawah seksyen 51 untuk mematuhi mana-mana standard mandatori. (5) Walau apa pun seksyen 53, Suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atas mana-mana orang yang tidak mematuhi suatu arahan Suruhanjaya di bawah subseksyen (4).”. Pemotongan seksyen 109 37. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 109. Pindaan seksyen 110 38. Subseksyen 110(2) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “/atau”. 20 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 Pindaan seksyen 111 39. Seksyen 111 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (3)(d), dengan memasukkan selepas perkataan “mendaftarkan aku janji itu” perkataan “atau tempoh lain yang dipersetujui oleh Suruhanjaya”; (b) dalam perenggan (4)(b), dengan memasukkan selepas perkataan “mendaftarkan aku janji itu” perkataan “atau tempoh lain yang dipersetujui oleh Suruhanjaya”; dan (c) dalam subseksyen (5), dengan memasukkan selepas perkataan “penerimaan aku janji itu” perkataan “dan Suruhanjaya boleh melalui notis bertulis kepada orang yang membuat permohonan bertulis itu melanjutkan tempoh tidak melebihi tiga puluh hari”. Pindaan seksyen 113 40. Seksyen 113 Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas perkataan “boleh” perkataan “, dengan kebenaran Suruhanjaya,”; dan (b) dengan memotong perkataan “pada bila-bila masa dengan memberitahu Suruhanjaya secara bertulis”. Pindaan seksyen 115 41. Seksyen 115 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Bab 6” perkataan “Bahagian ini”. Pindaan seksyen 116 42. Seksyen 116 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “mahkamah” dengan perkataan “Mahkamah Tinggi”; dan Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 21 (b) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Sesuatu arahan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 112(2) boleh dikuatkuasakan oleh Mahkamah Tinggi seolah-olah arahan itu merupakan suatu penghakiman Mahkamah Tinggi, dengan syarat suatu perakuan telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya kepada pihak yang hendak menguatkuasakan aku janji berdaftar yang memberikan kebenaran untuk meneruskan tindakan di Mahkamah Tinggi bagi penguatkuasaan aku janji berdaftar itu.”. Pindaan seksyen 119 43. Seksyen 119 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “permintaan itu oleh Suruhanjaya” perkataan “dan Suruhanjaya boleh melalui notis bertulis kepada orang yang membuat permintaan bertulis itu melanjutkan tempoh tidak melebihi tiga puluh hari”; dan (b) dalam subseksyen (4), dengan memasukkan selepas perkataan “laporan” perkataan “, suruhan bertulis”. Pindaan seksyen 121 44. Subseksyen 121(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Seseorang yang terjejas dengan” dengan perkataan “Seseorang yang terkilan dengan atau yang kepentingannya dimudaratkan oleh”. Pindaan seksyen 126 45. Seksyen 126 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1)— (i) dengan menggantikan perkataan “ditentukan” dengan perkataan “ditetapkan”; dan 22 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 (ii) dalam perenggan (1)(bb), dengan memasukkan selepas perkataan “lesen kelas” perkataan “yang sah”; dan (b) dalam subseksyen (2)— (i) dengan menggantikan perkataan “lima ratus ribu” dengan perkataan “satu juta”; (ii) dengan menggantikan perkataan “lima tahun” dengan perkataan “sepuluh tahun”; dan (iii) dengan menggantikan perkataan “satu ribu” dengan perkataan “satu ratus ribu”. Pindaan seksyen 127 46. Seksyen 127 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Seorang pemegang lesen di bawah Bahagian ini tidak boleh memberikan apa-apa kemudahan atau perkhidmatan kecuali mengikut semua syarat lesen individu yang diberikan kepada pemegang lesen itu di bawah Bahagian ini atau semua syarat lesen kelas yang dengannya pemegang lesen itu tertakluk.”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(4) Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan di bawah seksyen 51 kepada mana-mana pemegang lesen untuk mematuhi— (a) mana–mana syarat yang terpakai bagi lesen individu yang diberikan kepada pemegang lesen itu di bawah Bahagian ini; atau (b) mana-mana syarat yang terpakai bagi lesen kelas yang dengannya pemegang lesen itu tertakluk. Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 23 (5) Walau apa pun seksyen 53, Suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atas seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi suatu arahan di bawah subseksyen (4).”. Pindaan seksyen 145 47. Perenggan 145(1)(c) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “dan/”. Pindaan seksyen 146 48. Perenggan 146(c) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “dan/”. Pindaan seksyen 147 49. Seksyen 147 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (1)(c), dengan memotong perkataan “dan/”; dan (b) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Suruhanjaya boleh menentukan bahawa— (a) kemudahan rangkaian atau kelas kemudahan rangkaian yang disyorkan; (b) perkhidmatan rangkaian atau kelas perkhidmatan rangkaian yang disyorkan; atau (c) mana-mana kemudahan atau perkhidmatan lain yang disyorkan yang memudahkan pemberian perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi, termasuk perkhidmatan aplikasi kandungan, 24 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 dimasukkan atau dikeluarkan daripada senarai capaian, jika ia berpuas hati bahawa forum capaian itu telah memberi peluang yang mencukupi bagi perundingan awam dengan orang yang mempunyai kepentingan dalam syor itu, dan tidak kurang daripada sembilan persepuluh daripada anggota forum capaian menyokong syor itu.”. Pindaan seksyen 148 50. Perenggan 148(c) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “dan/”. Pindaan seksyen 149 51. Subseksyen 149(3) Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “lima ratus ribu” dengan perkataan “satu juta”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “lima tahun” dengan perkataan “sepuluh tahun”. Penggantian seksyen 150 52. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 150 dengan seksyen yang berikut: “Penyerahsimpanan perjanjian capaian 150. Suatu perjanjian capaian bertulis bagi pemberian kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang tersenarai dan semua pindaan kepadanya hendaklah diserah simpan dengan Suruhanjaya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh tandatangan atau pindaan perjanjian capaian, mengikut mana-mana yang berkenaan.”. Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 25 Pindaan seksyen 152 53. Seksyen 152 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “suatu badan industri tunggal” dengan perkataan “suatu badan industri”. Pindaan seksyen 153 54. Subseksyen 153(3) Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perenggan (b), (c), (d), (e) dan (f) dengan perenggan yang berikut: “(b) prinsip penentuan harga termasuk perkaedahan kadar; (c) operasi dan penyelenggaraan; (d) pengebilan dan penyelesaian; (e) perlindungan harta intelek; (f) perlindungan maklumat perdagangan;”; dan (b) dengan memasukkan selepas perenggan (f) perenggan yang berikut: “(g) pemberian kemudahan atau perkhidmatan; (h) perkongsian maklumat teknikal; (i) penyelesaian pertikaian; dan (j) penggantungan dan penamatan.”. Pindaan seksyen 155 55. Subseksyen 155(2) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “yang tersenarai dalam senarai capaian”. 26 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 Pindaan tajuk Bab 1 Bahagian VII 56. Akta ibu dipinda dalam tajuk Bab 1 Bahagian VII dengan memotong perkataan “Penguntukan”. Pindaan seksyen 157 57. Seksyen 157 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “ditentukan” dengan perkataan “ditetapkan”; dan (b) dalam subseksyen (2)— (i) dengan menggantikan perkataan “lima ratus ribu” dengan perkataan “satu juta”; (ii) dengan menggantikan perkataan “lima tahun” dengan perkataan “sepuluh tahun”; dan (iii) dengan memasukkan selepas perkataan “atau kedua-duanya” perkataan “dan juga boleh didenda selanjutnya sebanyak satu ratus ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas pensabitan”. Pindaan seksyen 172 58. Seksyen 172 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “semua spektrum” perkataan “dan rancangan spektrum sedemikian hendaklah disiarkan”; (b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “(termasuk dalam media elektronik)” dengan perkataan “melalui apa-apa cara,”; dan Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 27 (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(3) Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, mengubah suai, mengubah atau membatalkan rancangan spektrum dan menyiarkan pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan itu.”. Pindaan seksyen 174 59. Seksyen 174 Akta ibu dipinda— (a) dengan memotong perkataan “dan/”; dan (b) dengan memasukkan selepas perkataan “penguntukan radas” perkataan “atau kedua-duanya”. Pindaan seksyen 177 60. Perenggan 177(d) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “/atau” di hujung perenggan itu. Pindaan seksyen 180 61. Seksyen 180 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (2)(g), dengan memasukkan sebelum perkataan “kadar” perkataan “fi atau”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(4) Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, mengubah suai, mengubah atau membatalkan rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik dan menyiarkan pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan itu. 28 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 (5) Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan di bawah seksyen 51 kepada mana-mana orang untuk mematuhi apa-apa rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik. (6) Walau apa pun seksyen 53, Suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atas mana-mana orang yang tidak mematuhi suatu arahan Suruhanjaya di bawah subseksyen (5).”. Pindaan seksyen 182 62. Seksyen 182 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “lima ratus ribu” dengan perkataan “satu juta”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “lima tahun” dengan perkataan “sepuluh tahun”. Pindaan seksyen 183 63. Seksyen 183 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “lima ratus ribu” dengan perkataan “satu juta”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “lima tahun” dengan perkataan “sepuluh tahun”. Pindaan seksyen 184 64. Seksyen 184 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “suatu badan industri menjadi forum bagi standard teknik (“forum standard teknik”)” dengan perkataan “satu atau lebih badan industri sebagai satu atau lebih forum standard teknik”. Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 29 Pindaan seksyen 185 65. Seksyen 185 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1)— (i) dengan menggantikan perkataan “forum standard teknik” dengan perkataan “setiap forum standard teknik”; (ii) dengan menggantikan perkataan “hendaklah” dengan perkataan “boleh”; dan (iii) dalam perenggan (1)(a), dengan memotong perkataan “, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penyediaan keupayaan rangkaian tertentu seperti keupayaan mengenal pasti talian panggilan dan keupayaan prapilihan”; (b) dalam perenggan (2)(f), dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan itu; (c) dalam perenggan (2)(g) dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan (d) dengan memasukkan selepas perenggan (2)(g) perenggan yang berikut: “(h) pancaran selamat medan elektromagnet.”. Pemotongan seksyen 187 66. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 187. Pindaan seksyen 188 67. Seksyen 188 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan di bawah seksyen 51 kepada mana-mana pemberi kemudahan rangkaian, pemberi perkhidmatan rangkaian, 30 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 pemberi perkhidmatan aplikasi atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan untuk mematuhi subseksyen (1).”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(3) Walau apa pun seksyen 53, Suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan tidak melebihi satu juta ringgit atas seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi suatu arahan di bawah subseksyen (2).”. Pindaan seksyen 189 68. Seksyen 189 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “suatu badan industri menjadi forum pengguna” dengan perkataan “satu atau lebih badan industri sebagai satu atau lebih forum pengguna”. Pindaan seksyen 190 69. Seksyen 190 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1)— (i) dengan menggantikan perkataan “suatu forum pengguna” dengan perkataan “setiap forum pengguna”; dan (ii) dalam perenggan (1)(b), dengan memotong perkataan “/atau” di hujung perenggan itu; dan (b) dalam subseksyen (2)— (i) dengan memasukkan selepas perenggan (2)(a) perenggan yang berikut: “(aa) kualiti standard perkhidmatan dan perjanjian tahap perkhidmatan;”; dan Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 31 (ii) dengan memasukkan selepas perenggan (2)(c) perenggan yang berikut: “(ca) larangan terma kontrak yang tidak adil dari segi tatacara atau substantif atau kedua-duanya;”. Pindaan seksyen 193 70. Seksyen 193 Akta ibu dipinda dalam nota bahu dengan menggantikan perkataan “Arahan Menteri” dengan perkataan “Penentuan Menteri”. Pindaan seksyen 199 71. Seksyen 199 Akta ibu dipinda— (a) dengan memotong perkataan “secara bebas atau dengan kerap”; (b) dengan memotong perkataan “menentukan dan”; dan (c) dengan memotong perkataan “bersaing”. Pindaan seksyen 200 72. Seksyen 200 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “menentukan orang atau kawasan bagi” dengan perkataan “menetapkan”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “menentukan” dengan perkataan “menetapkan”. Pindaan seksyen 202 73. Seksyen 202(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dan/atau perkhidmatan aplikasi” di mana-mana jua terdapat perkataan “atau perkhidmatan aplikasi atau kedua-duanya”. 32 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 Pindaan seksyen 203 74. Seksyen 203 Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “/atau” di mana-mana jua terdapat. Pindaan seksyen 204 75. Seksyen 204 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan “(“Kumpulan Wang PPS”)”; (b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “PPS” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Pemberian Perkhidmatan Sejagat”; dan (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(3) Suruhanjaya hendaklah mengurus Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat dengan berhemat dan cermat.”. Pindaan seksyen 205 76. Seksyen 205 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, tiada seorang pun boleh memberikan suatu perkhidmatan aplikasi kandungan kecuali di bawah dan mengikut terma dan syarat— (a) suatu lesen individu yang sah yang diberikan di bawah Akta ini; atau (b) suatu lesen kelas yang sah yang diberikan di bawah Akta ini, yang secara nyata memberi kuasa bagi pemberian perkhidmatan aplikasi kandungan.”; dan Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 33 (b) dalam subseksyen (3)— (i) dengan menggantikan perkataan “lima ratus ribu” dengan perkataan “satu juta”; (ii) dengan menggantikan perkataan “lima tahun” dengan perkataan “sepuluh tahun”; dan (iii) dengan menggantikan perkataan “satu ribu” dengan perkataan “satu ratus ribu”. Pindaan seksyen 206 77. Seksyen 206 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Seseorang pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan tidaklah boleh memberikan apa-apa perkhidmatan kecuali mengikut semua syarat lesen individu yang diberikan kepada pemegang lesen itu di bawah Bab ini atau semua syarat lesen kelas yang kepadanya pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan sedemikian tertakluk.”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(4) Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan di bawah seksyen 51 kepada mana-mana pemegang lesen yang memberi perkhidmatan aplikasi kandungan untuk mematuhi— (a) mana-mana syarat lesen yang terpakai dalam lesen individu yang diberikan kepada pemegang lesen itu di bawah Bab ini; atau (b) mana-mana syarat lesen yang terpakai dalam lesen kelas yang dengannya pemegang lesen itu adalah tertakluk. 34 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 (5) Walau apa pun seksyen 53, Suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atas seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi suatu arahan di bawah subseksyen (4).”. Pindaan seksyen 208 78. Seksyen 208 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Bagi maksud seksyen ini, “kandungan yang bersampingan kepada perkhidmatan yang diberikan” ertinya kandungan yang bersampingan kepada bekalan suatu perkhidmatan aplikasi kerana ia berkait semata-mata dengan antara muka antara suatu perkhidmatan aplikasi dengan seorang pengguna akhir atau apa-apa kriteria lain yang dinyatakan dalam garis panduan yang ditentukan oleh Menteri untuk menjelaskan erti “kandungan yang bersampingan kepada perkhidmatan yang diberikan” dan semua perkara yang berkaitan dengannya.”. Pindaan seksyen 210 79. Seksyen 210 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1)— (i) dengan menggantikan perkataan “supaya diputuskan” dengan perkataan “bagi suatu pendapat”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “sama ada kandungan itu ialah kandungan sampingan” dengan perkataan “kandungan yang bersampingan kepada perkhidmatan yang diberikan”; (b) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “tiga tahun dari tarikh pendapat itu diberikan di bawah subseksyen (2)” dengan perkataan “satu tahun dari tarikh pendapat itu”; dan (c) dalam subseksyen (6), dengan memasukkan selepas perkataan “pendapat” perkataan “yang dibuat di bawah seksyen ini”. Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 35 Pindaan seksyen 211 80. Seksyen 211 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “kandungan jelik” dengan perkataan “kandungan yang sumbang, dll.”; (b) dalam subseksyen (1)— (i) dengan memotong perkataan “, atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan,”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “jelik” dengan perkataan “jelik melampau”; dan (c) dalam subseksyen (2)— (i) dengan menggantikan perkataan “Seseorang” dengan perkataan “Pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan”; (ii) dengan menggantikan perkataan “lima puluh ribu” dengan perkataan “satu juta”; (iii) dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “sepuluh tahun”; dan (iv) dengan menggantikan perkataan “satu ribu” dengan perkataan “satu ratus ribu”. Seksyen baharu 211a 81. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 211 seksyen yang berikut: “Penggantungan perkhidmatan aplikasi kandungan 211a. Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan di bawah seksyen 51 untuk mengarahkan suatu pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan untuk menggantung perkhidmatannya bagi 36 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 tempoh yang dinyatakan dalam arahan itu, dalam mana-mana satu hal keadaan yang berikut: (a) pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan itu telah melanggar mana-mana peruntukan Bab 2 Bahagian IX; (b) pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan itu telah melanggar mana-mana syarat lesen individu atau lesen kelas yang berhubungan dengan kandungan; atau (c) pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan itu tidak mematuhi mana-mana surat cara yang dikeluarkan, dibuat atau diberikan oleh Menteri atau Suruhanjaya yang berhubungan dengan kandungan.”. Pindaan seksyen 212 82. Seksyen 212 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “suatu badan industri menjadi suatu forum kandungan” dengan perkataan “satu atau lebih badan industri sebagai satu atau lebih forum kandungan”. Pindaan seksyen 213 83. Seksyen 213 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “oleh forum kandungan” dengan perkataan “oleh setiap forum kandungan”; dan (b) dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut: “(ba) jenis alat yang membenarkan pengguna akhir untuk menyaring atau mengawal kandungan yang mereka capai;”. Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 37 Pindaan seksyen 219 84. Perenggan 219(1)(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “kemudahan” dengan perkataan “kemudahan awam”. Pindaan seksyen 222 85. Perenggan 222(4)(a) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “dan/”. Pindaan seksyen 228 86. Seksyen 228 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan memotong perkataan “, kemudahan rangkaian”; dan (b) dengan memotong perkataan “, kemudahan rangkaian” di mana-mana jua terdapat. Pindaan seksyen 229 87. Seksyen 229 Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “, kemudahan rangkaian” di mana-mana jua terdapat. Bab baharu 1a Bahagian X 88. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bab I dalam Bahagian X bab yang berikut: “Bab 1a Keselamatan Rangkaian Agensi pemerakuan 230a. Suruhanjaya boleh mendaftarkan agensi pemerakuan atau kelas agensi pemerakuan, termasuk agensi di luar Malaysia, bagi maksud memperakui pematuhan peraturan-peraturan atau standard berhubung dengan keselamatan rangkaian di bawah Akta ini. 38 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 Langkah dan kehendak keselamatan rangkaian 230b. (1) Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa ada keperluan untuk mencegah, mengesan, atau bertindak balas terhadap mana-mana risiko keselamatan rangkaian, Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis, menyuruh mana-mana orang untuk mengambil langkah atau mematuhi kehendak sebagaimana yang perlu untuk mencegah, mengesan, atau bertindak balas terhadap, risiko itu. (2) Mana-mana orang yang disuruh oleh Suruhanjaya, di bawah subseksyen (1), yang tanpa alasan yang munasabah tidak mengambil apa-apa langkah atau mematuhi notis bertulis yang diberikan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. (3) Bagi maksud seksyen ini, “risiko keselamatan rangkaian” ertinya apa-apa risiko atau ancaman, jika dieksploitasikan atau tidak dikurangkan, boleh menimbulkan risiko kerosakan atau gangguan yang ketara kepada operasi apa-apa kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi.”. Pindaan seksyen 231 89. Seksyen 231 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Kesalahan jika menggunakan” dengan perkataan “Penggunaan”; (b) dengan menggantikan perkataan “lima puluh ribu” dengan perkataan “satu ratus ribu”; (c) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tiga tahun”; dan (d) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “two years” dengan perkataan “three years”. Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 39 Pindaan seksyen 232 90. Subseksyen 232(3) Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “tiga ratus ribu” dengan perkataan “satu juta”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “tiga tahun” dengan perkataan “sepuluh tahun”. Pindaan seksyen 233 91. Seksyen 233 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan 1(a)— (i) dengan menggantikan perkataan “jelik” dengan perkataan “jelik melampau”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “atau mengganggu orang lain” dengan perkataan “, mengganggu atau melakukan suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan kepada, mana-mana orang”; (b) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.”; (c) dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Walau apa pun subseksyen (2), jika kesalahan di bawah perenggan (1)(a) dilakukan terhadap kanak-kanak yang berumur di bawah lapan belas tahun, orang yang melakukan kesalahan itu boleh, apabila disabitkan, 40 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan. Huraian 1 — Kandungan lucah boleh melibatkan kandungan yang menimbulkan rasa jijik kerana gambarannya yang memberahikan yang boleh menyinggung tanggapan adab seseorang berhubung dengan kesopanan dan kehormatan, mempunyai kemungkinan akan mendatangkan pengaruh negatif dan merosakkan pemikiran mereka yang mudah dipengaruhi. Berhubung dengan kanak-kanak, kandungan lucah termasuk tetapi tidak terhad kepada pengantunan seksual kanak-kanak, penghinaan seksual dengan memaparkan gambaran mana-mana individu untuk hanya dilihat sebagai objek seks atau untuk merendahkan maruah, mengeksploitasi atau mendiskriminasi mereka, pemaparan seks atau pornografi termasuklah rogol, percubaan merogol terhadap kanak-kanak, seks bersifat kebinatangan, sama ada ia dipersetujui ataupun sebaliknya. Huraian 2 — Kandungan sumbang boleh melibatkan kandungan yang bersifat tidak senonoh, tingkah laku yang tidak sopan dan bertentangan dengan kelakuan yang diterima umum, adat dan budaya. Kandungan yang memaparkan bahagian sulit tubuh badan yang berasaskan seni, maklumat atau sains yang tidak melampau, adalah tidak sumbang. Berhubung dengan kanak-kanak, kandungan sumbang termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan berkenaan kanak-kanak yang bersifat tidak senonoh, tingkah laku yang tidak sopan dan tidak sesuai untuk kanak-kanak menurut pertimbangan orang dewasa yang munasabah. Huraian 3 — Kandungan yang memaparkan bahagian sulit yang berasaskan seni, maklumat atau sains yang tidak melampau seperti pendidikan seksual atau bidang anatomi, adalah tidak lucah atau sumbang. Huraian 4 — Kandungan palsu boleh melibatkan kandungan atau maklumat yang tidak benar, mengelirukan, tidak lengkap atau mengada-adakan perkara yang tidak wujud. Kandungan berbentuk satira dan parodi atau dalam keadaan yang jelas bahawa ia ialah fiksyen, adalah tidak palsu. Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 41 Huraian 5 — Kandungan mengancam boleh melibatkan kandungan yang menyebabkan gangguan, ancaman kecederaan dan kejahatan, menggalakkan dan mendorong kepada perbuatan jenayah atau menjurus kepada ketidaktenteraman awam. Berhubung dengan kanak-kanak, kandungan mengancam termasuk tetapi tidak terhad kepada— (a) kandungan yang boleh menimbulkan gangguan emosi, seperti paparan kematian yang mengerikan dan keganasan rumah tangga; atau (b) kandungan yang boleh menyebabkan kanak-kanak meniru perbuatan yang dipaparkan tersebut, seperti kandungan yang mempunyai kecenderungan bunuh diri, aksi fizikal yang berbahaya, aksi jenayah di jalanan, ataupun penggunaan dadah.
Part document.segment-2
A1743 - AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
A1743 - AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025 — segment 2
AI-assisted research summary: This segment adds and changes rules on obscene commercial messages, network-facility damage, communication-data preservation/disclosure, compounding, seizure procedures, and related penalties.
Huraian 6 — Kandungan jelik melampau boleh termasuk kandungan yang memaki dan tidak senonoh yang menyinggung perasaan ramai pihak termasuk rujukan yang kasar, ucapan bernada kebencian dan keganasan seperti yang berikut: (a) rujukan yang kasar ialah perkataan yang lucah, menyinggung perasaan, kasar atau tidak senonoh. Namun, penggunaan perkataan sedemikian dalam konteks yang membawa maksud maknanya yang biasa dan bukan bertujuan untuk digunakan sebagai bahasa yang kasar adalah tidak jelik melampau; (b) ucapan bernada kebencian yang merujuk mana-mana perkataan, visual, audio dan isyarat yang menghina atau menjatuhkan maruah seseorang adalah jelik melampau; (c) pemaparan keganasan dalam laporan berita berdasarkan etika kewartawanan adalah tidak jelik melampau. Berhubung dengan kanak-kanak, kandungan yang memaparkan adegan keganasan yang digambarkan dalam konteks kemanusiaan atau bagi tujuan perkembangan watak dan plot, adalah tidak jelik melampau; atau (d) apa-apa komunikasi yang dibuat dengan suci hati adalah tidak jelik melampau setakat mana komunikasi tersebut terdiri daripada pernyataan fakta, adalah benar pada isi dan fakta, dan terdiri daripada pernyataan pendapat.”; dan 42 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 (d) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(4) Seseorang yang secara sedar— (a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau (b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalannya untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a), melakukan suatu kesalahan. (5) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (4) boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya sepuluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.”. Seksyen baharu 233a 92. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 233 seksyen yang berikut: “Penghantaran pesanan elektronik komersial tanpa diminta 233a. Seseorang tidak boleh menghantar atau menyebabkan untuk dihantar atau membenarkan penghantaran pesanan elektronik komersial tanpa diminta yang berlanggaran dengan mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan di bawah Akta ini.”. Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 43 Pindaan seksyen 234 93. Subseksyen 234(3) Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “lima puluh ribu” dengan perkataan “lima ratus ribu”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “lima tahun”. Penggantian seksyen 235 94. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 235 dengan seksyen yang berikut: “Kerosakan kepada kemudahan rangkaian, dll. 235. (1) Seseorang yang dengan apa-apa tindakan atau peninggalan secara sengaja, tidak jujur atau cuai, memanjangkan, mengusik, melaraskan, mengubah, mengeluarkan, memusnahkan atau merosakkan apa-apa kemudahan rangkaian atau mana-mana bahagian daripadanya adalah melakukan suatu kesalahan. (2) Seseorang yang ada dalam milikannya apa-apa kemudahan rangkaian atau mana-mana bahagian daripadanya, sama ada dalam keadaan asal atau diubah, mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai yang ia telah dikeluarkan dalam hal keadaan yang diperihalkan dalam subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan. (3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (4) Dalam apa-apa pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (2), mana-mana orang yang ada dalam milikannya apa-apa kemudahan rangkaian atau mana-mana bahagian daripadanya, sama ada dalam keadaan asal atau diubah adalah dianggap mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai yang ia telah dikeluarkan dalam hal keadaan yang diperihalkan dalam subseksyen (1), melainkan jika dibuktikan sebaliknya.”. 44 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 Pindaan seksyen 236 95. Seksyen 236 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (1)(a)— (i) dengan memasukkan selepas perkataan “mengimport,” perkataan “mengeksport,”; (ii) dengan memasukkan selepas perkataan “membekalkan” perkataan “, mengubah suai”; dan (iii) dengan memasukkan selepas perkataan “menyewakan” perkataan “atau mengedarkan”; (b) dalam perenggan (1)(c)— (i) dengan memasukkan selepas perkataan “mengimport,” perkataan “mengeksport,”; (ii) dengan memasukkan selepas perkataan “membekalkan” perkataan “, mengubah suai”; dan (iii) dengan memasukkan selepas perkataan “menyewakan,” perkataan “mengedarkan”; (c) dalam subseksyen (3)— (i) dengan menggantikan perkataan “lima ratus ribu” dengan perkataan “satu juta”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “lima tahun” dengan perkataan “sepuluh tahun”; dan (d) dalam subseksyen (4), dalam takrif “peranti capaian lancung”, dengan memasukkan selepas perkataan “peranti capaian lancung” perkataan “, yang termasuklah mana-mana peranti capaian yang secara utamanya untuk membantu dalam penyahkodan suatu program pembawa isyarat yang disulitkan yang dihantar melalui apa-apa cara tanpa kebenaran pengedar sah isyarat itu”. Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 45 Seksyen baharu 236a 96. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 236 seksyen yang berikut: “Hak tindakan persendirian bagi pelanggaran seksyen 235 atau 236 236a. (1) Mana-mana orang yang mengalami kerugian atau kerosakan secara langsung akibat suatu pelanggaran seksyen 235 atau 236 oleh orang lain hendaklah mempunyai hak tindakan bagi relief dalam prosiding sivil dalam mahkamah di bawah seksyen ini terhadap mana-mana orang yang atau pada masa material itu menjadi suatu pihak kepada pelanggaran itu, sama ada atau tidak orang lain itu telah didakwa untuk suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu atau, sama ada atau tidak suatu pelanggaran telah dibuktikan dalam pendakwaan. (2) Seksyen ini tidak akan menyentuh apa-apa tanggungan di bawah mana- mana undang-undang bertulis lain berkenaan dengan pelakuan yang menjadi pelanggaran itu.”. Pindaan seksyen 237 97. Seksyen 237 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “mengendalikan, atau memberikan, atau menggunakan,” dengan perkataan “mengendalikan, memberikan atau menggunakan”; dan (b) dalam subseksyen (3), dengan memotong perkataan “dan/”. Pindaan seksyen 238 98. Subseksyen 238(1) Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “lima puluh ribu” dengan perkataan “satu ratus ribu”; dan 46 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 (b) dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “dua tahun”. Pindaan seksyen 239 99. Subseksyen 239(1) Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “satu ratus ribu” dengan perkataan “satu juta”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “sepuluh tahun”. Pindaan seksyen 240 100. Seksyen 240 Akta ibu dipinda — (a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Kesalahan mengagihkan” dengan perkataan “Mengagihkan”; (b) dengan menggantikan perkataan “satu ratus ribu” dengan perkataan “dua ratus ribu”; dan (c) dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “tiga tahun”. Pindaan seksyen 241 101. Seksyen 241 Akta ibu dipinda — (a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Kesalahan kerana memberikan” dengan perkataan “Memberikan”; (b) dengan menggantikan perkataan “dua puluh ribu” dengan perkataan “lima ratus ribu”; dan (c) dengan menggantikan perkataan “enam bulan” dengan perkataan “lima tahun”. Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 47 Pindaan seksyen 242 102. Seksyen 242 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “satu ratus ribu” dengan perkataan “satu juta”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “lima tahun”. Penggantian seksyen 243 103. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 243 dengan seksyen yang berikut: “Pengkompaunan kesalahan 243. (1) Menteri boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan— (a) mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan (b) kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu. (2) Pengerusi Suruhanjaya boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Pengerusi Suruhanjaya suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya. (3) Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan telah dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan. 48 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 (4) Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa pelanjutan masa yang boleh diberikan oleh Pengerusi Suruhanjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (5) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini— (a) tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan (b) mana-mana dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Pengerusi Suruhanjaya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut. (6) Semua jumlah wang yang diterima oleh Pengerusi Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.”. Seksyen baharu 244a 104. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 244 seksyen yang berikut: “Tuntutan fi, dll. 244a. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, apa-apa fi, caj, kadar, penalti kewangan atau jumlah lain yang kena dibayar di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya boleh, tanpa menjejaskan apa-apa remedi atau sanksi yang lain, dituntut sebagai suatu hutang sivil.”. Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 49 Pindaan seksyen 247 105. Seksyen 247 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (2)(a), dengan memasukkan selepas perkataan “data berkomputer” perkataan “dan rekod”; (b) dalam subseksyen (4), dengan memasukkan sebelum perkataan “benda-benda itu boleh ditahan” perkataan “setakat mana penggeledahan itu adalah untuk penyiasatan suatu kesalahan,”; (c) dalam subseksyen (6), dengan memasukkan selepas perkataan “data berkomputer,” di mana-mana jua terdapat perkataan “rekod,”; dan (d) dalam subseksyen (7), dengan memasukkan selepas perkataan “data berkomputer,” perkataan “rekod,”. Pindaan seksyen 248 106. Seksyen 248 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Inspektor” perkataan “atau seorang pegawai diberi kuasa”. Seksyen baharu 248a 107. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 248 seksyen yang berikut: “Waran boleh diterima walaupun cacat 248a. Suatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun apa-apa kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalam waran geledah itu atau dalam permohonan bagi waran itu dan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, rekod atau benda lain yang disita di bawah waran itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.”. 50 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 Pindaan seksyen 249 108. Seksyen 249 Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas perkataan “data berkomputer” di mana-mana jua terdapat perkataan “dan rekod”; dan (b) dalam subseksyen (1)— (i) dengan memasukkan selepas perkataan “Seseorang pegawai polis” perkataan “atau seseorang pegawai diberi kuasa”; dan (ii) dengan memotong perkataan “atau seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah seksyen 247”. Penggantian seksyen 250 109. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 250 dengan seksyen yang berikut: “Senarai benda yang disita 250. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, akaun, dokumen, barang, rekod atau benda lain disita menurut Akta ini, pegawai diberi kuasa untuk menyita— (a) hendaklah menyediakan— (i) suatu senarai kelengkapan, peralatan, bahan, buku, akaun, dokumen, barang, rekod atau benda lain yang disita itu dan hendaklah menandatangani senarai itu; dan (ii) suatu notis bertulis mengenai penyitaan itu yang mengandungi alasan bagi penyitaan dan hendaklah menandatangani notis itu; dan Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 51 (b) hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menyampaikan suatu salinan senarai kelengkapan, peralatan, bahan, buku, akaun, dokumen, barang, rekod atau benda lain yang disita dan notis bertulis mengenai penyitaan itu kepada penghuni premis yang telah digeledah itu, atau kepada ejen atau pekhidmatnya di dalam premis itu. (2) Notis bertulis mengenai penyitaan itu tidak perlu disampaikan menurut perenggan (1)(b) jika penyitaan itu dibuat dengan kehadiran orang yang terhadapnya prosiding di bawah Akta ini dicadangkan untuk diambil, atau dengan kehadiran pemunya harta itu atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan. (3) Jika premis itu tidak dihuni, pegawai diberi kuasa hendaklah menampalkan suatu salinan senarai kelengkapan, peralatan, bahan, buku, akaun, dokumen, barang, rekod atau benda lain yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.”. Pindaan seksyen 251 110. Seksyen 251 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1)— (i) dengan menggantikan perkataan “seorang pegawai polis yang ditentukan, selain pegawai polis” dengan perkataan “pegawai diberi kuasa”; (ii) dengan menggantikan perkataan “penyitaan itu, boleh pada bila-bila masa selepas itu sebelum benda itu dilucuthakkan di bawah Akta ini” dengan perkataan “penyitaan itu, boleh selepas merujuk kepada Pendakwa Raya,”; dan (b) dalam subseksyen (2), dengan memotong perkataan “dan kepada Ketua Polis Negara”. 52 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 Pindaan seksyen 252 111. Seksyen 252 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “memintas atau untuk mendengar” dengan perkataan “memintas, mendengar, merekod atau mengekalkan”; (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Pendakwa Raya, jika dia berpendapat bahawa apa-apa komunikasi yang berkemungkinan untuk mengandungi apa-apa maklumat yang berkaitan bagi maksud apa-apa penyiasatan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, boleh— (a) menghendaki mana-mana pemegang lesen untuk memintas atau mengekalkan suatu komunikasi yang dinyatakan atau komunikasi bagi perihalan yang dinyatakan diterima atau dihantar, atau yang akan diterima atau dihantar oleh pemegang lesen itu; atau (b) memberi kuasa kepada seseorang pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis berpangkat Penguasa atau lebih tinggi untuk memasuki apa-apa premis dan untuk memasang dalam premis itu, apa-apa peranti bagi pemintasan dan pengekalan suatu komunikasi yang dinyatakan atau komunikasi bagi perihalan yang dinyatakan dan untuk membuang dan mengekalkan peranti itu.”; (c) dalam subseksyen (2), (3) dan (5) dengan menggantikan perkataan “subseksyen (1)” dengan perkataan “seksyen ini”; dan (d) dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut: “(4) Mahkamah hendaklah mengambil tahu apa-apa kebenaran oleh Pendakwa Raya di bawah seksyen ini.”. Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 53 Seksyen baharu 252a dan 252b 112. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 252 seksyen yang berikut: “Pemeliharaan data komunikasi 252a. (1) Jika seorang pegawai polis atau seorang pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa— (a) data komunikasi adalah semunasabahnya dikehendaki bagi maksud suatu penyiasatan; dan (b) terdapat suatu risiko bahawa data komunikasi itu mungkin dimusnahkan atau menjadi tidak boleh diakses, pegawai polis atau pegawai diberi kuasa boleh, dengan notis bertulis diberikan kepada seseorang yang mempunyai kawalan kepada sistem komunikasi, menghendaki orang itu memastikan data komunikasi yang dinyatakan dalam notis dipelihara bagi tempoh dan dalam cara yang dinyatakan dalam notis bertulis itu. (2) Orang yang diberi notis bertulis di bawah subseksyen (1)— (a) hendaklah memelihara data komunikasi yang dinyatakan dalam notis itu bagi tempoh dan dalam cara yang dinyatakan dalam notis bertulis itu; dan (b) tidak boleh menzahirkan kewujudan dan kandungan notis bertulis itu, tatacara, kaedah, cara atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan pemeliharaan data komunikasi di bawah subseksyen (1) tanpa kebenaran yang sah. (3) Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan. 54 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 Penzahiran data komunikasi yang disimpan 252b. (1) Jika pegawai polis atau pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa mana-mana data komunikasi adalah semunasabahnya dikehendaki bagi tujuan suatu penyiasatan terhadap suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, pegawai polis atau pegawai diberi kuasa itu boleh, dengan notis bertulis yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai kawalan kepada sistem komunikasi, menghendaki orang itu menzahirkan data komunikasi itu dalam cara yang dinyatakan dalam notis bertulis. (2) Orang yang diberi notis bertulis di bawah subseksyen (1)— (a) hendaklah menzahirkan data komunikasi itu dalam cara yang dinyatakan dalam notis bertulis itu; dan (b) tidak boleh menzahirkan kewujudan dan kandungan notis bertulis itu, tatacara, kaedah, cara atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan penzahiran data komunikasi di bawah subseksyen (1) tanpa kebenaran yang sah. (3) Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.”. Penggantian seksyen 253 113. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 253 dengan seksyen yang berikut: “Halangan 253. Mana-mana orang yang— (a) enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa akses kepada mana-mana premis yang pegawai diberi kuasa itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 55 (b) mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana pegawai diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai diberi kuasa itu berhak melaksanakan di bawah Akta ini, atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; (c) enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat berhubung dengan suatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang orang itu ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk diberikan; (d) mengambil balik atau berusaha untuk mengambil balik atau menyebabkan untuk diambil balik apa-apa jua yang telah disita dengan sewajarnya; atau (e) memusnahkan apa-apa benda untuk mengelakkannya daripada disita atau didapatkannya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 254 114. Seksyen 254 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut: “(a) menghendaki pengemukaan komputer, peranti, buku, rekod, akaun, data, data berkomputer dan dokumen yang disimpan oleh seseorang pemegang lesen atau mana-mana orang lain dan untuk memeriksa, meneliti dan untuk memuat turun, membuat salinan atau untuk mengambil cabutan daripadanya;”. Pindaan seksyen 263 115. Seksyen 263 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan “dengan sedaya upayanya”; 56 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 (b) dalam subseksyen (2)— (i) dengan menggantikan perkataan “diminta secara bertulis oleh” dengan perkataan “menerima notis bertulis daripada”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “membantu Suruhanjaya atau pihak berkuasa lain itu setakat yang semunasabahnya perlu” dengan perkataan “mematuhi notis bertulis itu,”; dan (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(3) Pemegang lesen yang tidak mematuhi notis bertulis di bawah subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 264 116. Seksyen 264 Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas perkataan “jenayah” perkataan “atau sivil”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “seksyen 263” dengan perkataan “seksyen 230b dan 263”. Pindaan seksyen 266 117. Seksyen 266 Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “dan/” di mana-mana jua terdapat. Pindaan seksyen 268 118. Seksyen 268 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “seorang pemegang lesen atau lebih atau sesiapa jua” dengan perkataan “mana-mana pemegang lesen atau sesiapa”; dan Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 57 (b) dengan memasukkan selepas perkataan “menyenggarakan rekod” perkataan “dan untuk menghantar rekod itu kepada Suruhanjaya”. Seksyen baharu 268a dan 268b 119. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 268 seksyen yang berikut: “Menteri boleh membuat kaedah-kaedah mengenai penyimpanan, dll., data komunikasi bagi maksud penyiasatan 268a. Menteri boleh membuat kaedah-kaedah, yang hendaklah disiarkan dalam Warta, untuk menghendaki mana-mana pemegang lesen atau sesiapa untuk menyimpan dan mengekalkan data komunikasi untuk memudahkan penyiasatan kesalahan. Kuasa untuk menyatakan bentuk dan cara pengemukaan 268b. Jika di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, perundangan subsidiarinya atau mana-mana surat cara yang dikeluarkan, dibuat atau diberikan di bawah Akta ini mana-mana orang dikehendaki untuk mengemukakan kepada Suruhanjaya apa-apa maklumat, rekod, penyata atau dokumen, Suruhanjaya boleh menyatakan yang maklumat, rekod, penyata atau dokumen itu dikemukakan dalam apa-apa bentuk atau cara dan dalam apa-apa tempoh atau pada apa-apa lat tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.”. Pindaan seksyen 269 120. Seksyen 269 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (2), dengan memotong perkataan “/atau”; dan 58 Undang-Undang Malaysia AktA A1743 (b) dalam subseksyen (3)— (i) dengan menggantikan perkataan “yang dibuat dan/atau” dengan perkataan “dan”; dan (ii) dengan memotong perkataan “yang ditentukan”. Kecualian dan peralihan 121. (1) Seksyen 34 Akta ibu yang dipinda oleh Akta ini hendaklah terpakai bagi semua lesen yang dikeluarkan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini yang tarikh habis tempoh dua belas bulan selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini. (2) Apa-apa siasatan di bawah seksyen 55, permohonan bagi pendaftaran aku janji di bawah seksyen 111 dan permintaan bagi suatu salinan pernyataan alasan di bawah seksyen 119 Akta ibu, yang masih belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah diuruskan mengikut Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini. (3) Apa-apa arahan, penentuan, keputusan, notis bertulis, garis panduan dan tindakan yang dibuat, dikeluarkan, diberikan atau dilakukan oleh Menteri atau Suruhanjaya di bawah Akta ibu pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini. (4) Apa-apa perjanjian capaian yang didaftarkan di bawah seksyen 150 Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini. (5) Apa-apa penyiasatan atau prosiding yang dimulakan atau yang masih belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1743 - AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in