A1547 - AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA (PINDAAN) 2017
This Act amends the Armed Forces Fund Act 1973, creates a veteran annuity scheme, and lets the Minister set the commencement date by Gazette notice.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1547 - AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA (PINDAAN) 2017
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1547 - AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA (PINDAAN) 2017
AI-assisted research summary: This Act amends the Armed Forces Fund Act 1973, creates a veteran annuity scheme, and lets the Minister set the commencement date by Gazette notice.
Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1547 AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA (PINDAAN) 2017 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1547 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 9 Oktober 2017 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 17 Oktober 2017 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1547 AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA (PINDAAN) 2017 Suatu Akta untuk meminda Akta Tabung Angkatan Tentera 1973. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2017. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 2 2. Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 [Akta 101], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2— (a) dengan memotong takrif “skim itu”; dan 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1547 (b) dengan memasukkan selepas takrif “personel bersara” takrif yang berikut: ‘ “skim anuiti veteran” ertinya skim yang ditubuhkan di bawah seksyen 15d bagi pembayaran anuiti;’. Pindaan seksyen 3 3. Seksyen 3 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (1)(a), dengan memasukkan selepas perkataan “(3)(a)” perkataan “, dan skim anuiti veteran bagi faedah orang yang dinyatakan di bawah perenggan (3)(aa)”; (b) dalam subseksyen (2)— (i) dengan menomborkan semula perenggan (bb) dan (bc) sedia ada masing-masing sebagai perenggan (bc) dan (bd); (ii) dengan memasukkan selepas perenggan (ba) perenggan yang berikut: “(bb) pembayaran anuiti menurut skim anuiti veteran;”; dan (iii) dalam perenggan (bd) yang dinomborkan semula, dengan menggantikan perkataan “perenggan (bb)” dengan perkataan “perenggan (bc)”; (c) dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas subperenggan (a)(iii) perenggan yang berikut: “(aa) faedah di bawah skim anuiti veteran hendaklah diberikan kepada askar-lasykar yang disebut dalam perenggan 15d(1)(a) dan pegawai yang disebut dalam perenggan 15d(1)(b); dan”; dan (d) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “(2)(bb) dan (bc)” dengan perkataan “(2)(bc) dan (bd)”. Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 5 Pindaan seksyen 9 4. Seksyen 9 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Jika seseorang askar-lasykar berkelayakan untuk pencen— (a) potongan gajinya di bawah subseksyen (1) hendaklah terus dibuat sehingga dia diberhentikan daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia; (b) pembayaran di bawah subseksyen (2) hendaklah terhenti daripada dibuat berkenaan dengan caruman yang dibuat di bawah perenggan (a); dan (c) segala pembayaran yang telah dibuat di bawah subseksyen (2) yang masih ada pada kredit akaun askar-lasykar itu hendaklah dikeluarkan dan dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.”. Pindaan seksyen 9a 5. Seksyen 9a Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (3)— (i) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “not” dengan perkataan “neither”; (ii) dengan memasukkan selepas perkataan “ganjaran tamat perkhidmatan” perkataan “dan juga tidak memilih untuk menyertai skim anuiti veteran”; (iii) dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas koma bernoktah di hujung perenggan itu perkataan “dan”; (iv) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “; dan” di hujung perenggan itu dengan noktah; dan (v) dengan memotong perenggan (c); dan 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1547 (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(3a) Seseorang pegawai yang mencarum di bawah subseksyen (1) yang telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan dan tidak memilih untuk dibayar ganjaran tamat perkhidmatan tetapi memilih untuk menyertai skim anuiti veteran hendaklah, apabila genap tempoh perkhidmatannya, dibayar nilai carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu, dan nilai caruman daripada Kumpulan Wang Disatukan yang direkodkan mengikut subseksyen (2) hendaklah dibayar ke dalam Tabung bagi kredit akaun pegawai itu.”. Pindaan seksyen 11 6. Seksyen 11 Akta ibu dipinda dalam perenggan (2)(ba) dengan menggantikan perkataan “itu” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “yang ditubuhkan di bawah seksyen 15a”. Pindaan seksyen 12 7. Seksyen 12 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “subseksyen” dengan perkataan “subseksyen (1a) dan”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Jika pengeluaran di bawah perenggan (1)(b) atau (c) dibuat oleh seorang askar-lasykar yang disebut dalam perenggan 15d(1)(a) atau seorang pegawai yang disebut dalam perenggan 15d(1)(b)— (a) pengeluaran itu hanya terpakai bagi— (i) berkenaan dengan seorang askar-lasykar— (A) carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu; dan Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 7 (B) dividen bagi pembayaran yang dibuat di bawah subseksyen 9(2) tetapi tidak termasuk dividen bagi tahun sebaik sebelum pemberhentian askar-lasykar itu daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia; atau (ii) berkenaan dengan seorang pegawai, carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu; dan (b) baki amaun yang ada pada kredit akaun askar-lasykar atau pegawai itu di bawah Akta ini hanya boleh dikeluarkan apabila askar-lasykar atau pegawai itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mati atau dalam hal keadaan yang diluluskan oleh Lembaga.”. Seksyen baharu 15d 8. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 15c seksyen yang berikut: “Penubuhan skim anuiti veteran 15d. (1) Suatu skim yang bernama skim anuiti veteran hendaklah ditubuhkan bagi pembayaran anuiti kepada— (a) seorang askar-lasykar yang memenuhi syarat yang berikut: (i) dia telah diberhentikan daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia kecuali atas alasan salah laku; dan (ii) dia tidak berkelayakan untuk pencen; dan (b) seorang pegawai yang memenuhi syarat yang berikut: (i) dia telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan dan tidak ditamatkan atas alasan salah laku; 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1547 (ii) dia tidak memilih untuk dibayar ganjaran tamat perkhidmatan; dan (iii) dia telah memilih untuk menyertai skim anuiti veteran. (2) Anuiti hendaklah dibayar secara bulanan mengikut apa-apa kuantum sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga daripada keuntungan tahunan yang diisytiharkan ke atas— (a) bayaran yang dikreditkan di bawah subseksyen 9(2) kepada akaun seorang askar-lasykar yang disebut dalam perenggan (1)(a); atau (b) nilai caruman daripada Kumpulan Wang Disatukan yang direkodkan mengikut subseksyen 9a(2) dan dibayar ke dalam Tabung bagi kredit akaun pegawai yang disebut dalam perenggan (1)(b). (3) Pembayaran anuiti di bawah subseksyen (2) hendaklah terhenti daripada kena dibayar jika amaun yang disebut dalam perenggan (2)(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, dikeluarkan di bawah perenggan 12(1a)(b). (4) Caruman bagi kredit seorang askar-lasykar yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan seorang pegawai yang disebut dalam perenggan (1)(b) tidak boleh dikira bagi maksud seksyen 15c.”. Pindaan seksyen 22 9. Seksyen 22 Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula perenggan (aa) sedia ada sebagai perenggan (ab); dan (b) dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut: “(aa) perkara yang berhubungan dengan pelaksanaan skim anuiti veteran termasuk cara pembayaran anuiti dan peruntukan bagi penamaan orang untuk menerima apa-apa amaun yang ada pada kredit akaun seseorang askar-lasykar atau seseorang pegawai dalam hal kematiannya;”. Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 9 Peruntukan kecualian 10. Akta ini tidak terpakai bagi askar-lasykar yang, pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, masih berkhidmat dalam angkatan tetap Malaysia dan tidak memilih untuk menyertai skim anuiti veteran, dan peruntukan Akta ibu yang berkuat kuasa sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah terpakai bagi askar-lasykar itu seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1547 - AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA (PINDAAN) 2017
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in