AI-assisted research summary: This Act amends the Electricity Supply Act 1990 and starts on a date set by the Minister in the Gazette.
Bekalan Elektrik (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1739 AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2024 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1739 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 2 Julai 2024 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 26 November 2024 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Bekalan Elektrik (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1739 AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2024 Suatu Akta untuk meminda Akta Bekalan Elektrik 1990. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2024. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan tajuk panjang 2. Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam tajuk panjang dengan memotong perkataan “dan penggunaan elektrik dengan cekap”. Pindaan seksyen 4 3. Seksyen 4 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (k), dengan memotong perkataan “penggunaan elektrik dengan cekap,”; 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1739 (b) dalam teks bahasa Inggeris, dalam perenggan (ga), dengan menggantikan perkataan “efficient” dengan perkataan “effective”; dan (c) dengan memotong perenggan (la). Pindaan seksyen 11 4. Subseksyen 11(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “cekap” dengan perkataan “berkesan”. Pemotongan Bahagian Va 5. Akta ibu dipinda dengan memotong Bahagian Va. Pindaan seksyen 53 6. Subseksyen 53(1) Akta ibu dipinda dengan memotong perenggan (xa), (xj) dan (xk). Kecualian dan peralihan 7. (1) Apa-apa permohonan bagi dan pengeluaran, suatu Perakuan Kelulusan berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap di bawah Akta ibu yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah dibuat dan hendaklah diuruskan oleh Suruhanjaya di bawah peruntukan berkaitan Akta Konservasi dan Kecekapan Tenaga 2024 [Akta...]. (2) Apa-apa Perakuan Kelulusan berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap yang dikeluarkan di bawah Akta ibu dan masih berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan telah dikeluarkan di bawah Akta Konservasi dan Kecekapan Tenaga 2024 dan hendaklah terus sah sehingga Perakuan Kelulusan itu tamat tempoh atau dibatalkan oleh Suruhanjaya. Bekalan Elektrik (Pindaan) 5 (3) Apa-apa laporan ujian prestasi tenaga, yang dibuat berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap di bawah Akta ibu sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah dibuat dengan sah di bawah Akta Konservasi dan Kecekapan Tenaga 2024 dan hendaklah terus sah untuk tempoh lima tahun dari tarikh laporan itu atau sehingga laporan itu dibatalkan oleh Suruhanjaya. (4) Apa-apa notis, perintah atau larangan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dihentikan. (5) Apa-apa tindakan, penyitaan, pendakwaan atau prosiding yang diambil, dibuat, dimulakan atau belum selesai berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini. (6) Mana-mana peruntukan dalam perundangan subsidiari yang dibuat di bawah perenggan 53(xa), (xj) dan (xk) Akta ibu yang dipotong hendaklah berkuat kuasa sehingga dibatalkan atau digantikan dengan perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024.