270 - *AKTA ISTANA NEGARA (ELAUN-ELAUN DIRAJA) 1982
This Act sets monthly royal allowances for former Yang di-Pertuan Agong and former Raja Permaisuri Agong officeholders, makes the payments a charge on the Consolidated Fund, and limits transfer or seizure of the allowances.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 270 - *AKTA ISTANA NEGARA (ELAUN-ELAUN DIRAJA) 1982
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
270 - *AKTA ISTANA NEGARA (ELAUN-ELAUN DIRAJA) 1982
AI-assisted research summary: This Act sets monthly royal allowances for former Yang di-Pertuan Agong and former Raja Permaisuri Agong officeholders, makes the payments a charge on the Consolidated Fund, and limits transfer or seizure of the allowances.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 270 AKTA ISTANA NEGARA (ELAUN-ELAUN DIRAJA) 1982 Sebagaimana pada 1 September 2012 2 AKTA ISTANA NEGARA (ELAUN-ELAUN DIRAJA) 1982 Tarikh Perkenan Diraja … … … … … 30 April 1982 Tarikh penyiaran dalam Warta … … ... 13 Mei 1982 Kali terakhir dipinda melalui P.U.(A) 359/2011yang mula berkuat kuasa pada … … … … 1 November 2011 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 270 AKTA ISTANA NEGARA (ELAUN-ELAUN DIRAJA) 1982 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Elaun bagi bekas Yang di-Pertuan Agong 3. Elaun bagi bekas Raja Permaisuri Agong 4. Pembayaran 5. Tanggungan ke atas Kumpulan Wang Disatukan 6. Elaun tidak boleh diserahhakkan dsb, dan ketidakpakaian Akta Cukai Pendapatan 1967 7. Pindaan Jadual 8. Pemansuhan JADUAL PERTAMA JADUAL KEDUA 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 270 AKTA ISTANA NEGARA (ELAUN-ELAUN DIRAJA) 1982 Suatu Akta untuk membuat peruntukan mengenai pemberian elaun khas dan keistimewaan lain kepada seseorang Raja dan Permaisurinya yang masing-masingnya pernah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. [1 Julai 1981] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Istana Negara (Elaun-elaun Diraja) 1982 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1981. Elaun bagi bekas Yang di-Pertuan Agong 2. Maka hendaklah dibayar kepada seseorang Raja yang pernah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong, bagi seumur hidup, elaun bulanan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Pertama. 6 Undang-undang Malaysia AKTA 270 Elaun bagi bekas Raja Permaisuri Agong 3. (1) Maka hendaklah dibayar kepada Permaisuri seseorang Raja, yang pernah memegang jawatan Raja Permaisuri Agong, bagi seumur hidup, elaun bulanan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Pertama. (2) Jika Yang di-Pertuan Agong mangkat semasa memegang jawatan, maka hendaklah diberikan kepada Permaisurinya yang memegang jawatan Raja Permaisuri Agong pada masa kemangkatan Yang di-Pertuan Agong itu elaun dan keistimewaan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua bagi seumur hidupnya sebagai tambahan kepada elaun bulanan yang kena dibayar di bawah subseksyen (1). Pembayaran 4. Elaun bulanan yang kena dibayar di bawah seksyen 2 dan subseksyen 3(1) hendaklah — (a) terakru dari hari ke hari; dan (b) dibayar secara bulanan pada hari terakhir tiap-tiap bulan atau pada mana-mana hari lain dalam bulan itu sebagaimana ditentukan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa. Tanggungan ke atas Kumpulan Wang Disatukan 5. Jumlah wang yang dikehendaki bagi pembayaran di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan ke atas Kumpulan Wang Disatukan. Elaun tidak boleh diserahhakkan, dsb. dan ketidakpakaian Akta Cukai Pendapatan 1967 6. (1) Elaun dan keistimewaan yang diberi di bawah Akta ini tidak Istana Negara (Elaun –elaun Diraja) 7 boleh diserahhakkan atau dipindah milik, atau ditahan, disita atau dilevi mengenai sesuatu tuntutan. (2) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] tidak terpakai bagi elaun dan keistimewaan yang diberi di bawah Akta ini. Pindaan Jadual 7. Jemaah Menteri boleh melalui perintah meminda Jadual dari semasa ke semasa. Pemansuhan 8. Akta Pencen Khas (Raja Permaisuri Agong) 1979 [Akta 223] dimansuhkan. 8 Undang-undang Malaysia AKTA 270 JADUAL PERTAMA BAHAGIAN I Bekas Yang di-Pertuan Agong: Elaun Diraja Istana Negara ... ... ... RM20,250.00 BAHAGIAN II Bekas Raja Permaisuri Agong: Elaun Diraja Istana Negara ... ... … RM6,750.00 sebulan ______________ JADUAL KEDUA (a) suatu jumlah wang pukal sebanyak RM2,590.87 sebulan bagi penyenggaraan kereta dan penggajian drebar dan kakitangan istana; (b) sebuah kereta (tidak dikenakan fi pendaftaran dan fi lesen kenderaan motor), atau suatu elaun kereta dalam bentuk jumlah wang pukal sebanyak RM250,000 dan pengecualian daripada fi lesen kenderaan motor bagi sebuah kereta yang didaftarkan di atas namanya sebagai ganti; dan (c) tempat kediaman tanpa sewa di rumah Kerajaan yang disenggara oleh Kerajaan atau jumlah wang pukal elaun rumah sebanyak RM750,000.00 sebagai ganti. 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 270 AKTA ISTANA NEGARA (ELAUN-ELAUN DIRAJA) 1982 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari P.U. (A) 267/1995 Perintah Elaun Diraja (Pindaan 01-01-1994 Jadual Pertama) 1995 P.U. (A) 266/2002 Perintah Istana Negara (Elaun- 01-11-2001 elaun Diraja) (Pindaan Jadual Pertama dan Kedua) 2002 P.U. (A) 282/2003 Perintah Istana Negara (Elaun- 01-11-2001 elaun Diraja) (Pindaan Jadual Kedua) 2003 Act A1200 Akta Istana Negara (Elaun-elaun 01-11-2001 Diraja) (Pindaan) 2003 P.U. (A) 306/2003 Perintah Istana Negara (Elaun- 01-11-2001 elaun Diraja) (Pindaan Jadual Pertama) (No. 2) 2003 P.U. (A) 359/2011 Perintah Istana Negara (Elaun- 01-11-2011 elaun Diraja) (Pindaan Jadual Pertama) 2011 10 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 270 AKTA ISTANA NEGARA (ELAUN-ELAUN DIRAJA) 1982 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa Dari 3 Akta A1200 01-11-2001 Jadual Pertama P.U. (A) 267/1995 01-01-1994 P.U. (A) 266/2002 01-11-2001 P.U. (A) 306/2003 01-11-2001 P.U. (A) 359/2011 01-11-2011 Jadual Kedua P.U. (A) 266/2002 01-11-2001 P.U. (A) 282/2003 01-11-2001
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
270 - *AKTA ISTANA NEGARA (ELAUN-ELAUN DIRAJA) 1982
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in