423 - *AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI 1990
The Act establishes the Langkawi Development Authority and gives it powers to run development activities in the Langkawi area, while requiring reporting to the Minister and keeping certain information confidential.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 423 - *AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI 1990
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
423 - *AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI 1990
AI-assisted research summary: The Act establishes the Langkawi Development Authority and gives it powers to run development activities in the Langkawi area, while requiring reporting to the Minister and keeping certain information confidential.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA _________ VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI _________ Akta 423 AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI 1990 Sebagaimana pada 1 Januari 2013 2 AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI 1990 Tarikh Persetujuan Diraja … … 8 Februari 1990 Tarikh diterbitkan dalam Warta … … … 22 Februari 1990 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 423 AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI 1990 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran BAHAGIAN II LEMBAGA 3. Lembaga 4. Fungsi Lembaga 5. Keanggotaan Lembaga 6. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 7. Pekhidmat awam 8. Kuasa Menteri untuk memberi arahan 9. Kawasan Lembaga Pembangunan Langkawi 10. Penyata, laporan, akaun dan maklumat. 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 423 BAHAGIAN III PENGERUSI, PEGAWAI, PEKHIDMAT Seksyen 11. Pengerusi 12. Pengurus Besar 13. Pelantikan pegawai dan pekhidmat 14. Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan 15. Peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib BAHAGIAN IV KEWANGAN 16. Kumpulan Wang 17. Pemeliharaan Kumpulan Wang 18. Kumpulan wang rizab 19. Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang 20. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran 21. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 BAHAGIAN V KUASA-KUASA LAIN LEMBAGA 22. Pewakilan fungsi, kuasa atau kewajipan Lembaga 23. Kuasa meminjam 24. Pelaburan 25. Kuasa untuk mengguna khidmat 26. Kuasa untuk memberikan pinjaman 27. Kuasa untuk menubuhkan perbadanan 28. Pengambilan tanah dengan paksa Lembaga Pembangunan Langkawi 5 BAHAGIAN VI AM Seksyen 29. (Dipotong) 30. Obligasi menyimpan rahsia 31. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 32. Perkara yang dilakukan dengan menjangkakan Akta ini akan diperbuat 33. Tempoh kuat kuasa 34. Pembubaran Lembaga JADUAL PERTAMA JADUAL KEDUA 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 423 AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI 1990 Suatu Akta untuk memperbadankan Lembaga Pembangunan Langkawi dan untuk mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [15 Mac 1990, P.U. (B) 165/1990] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 423 “Kawasan Lembaga Pembangunan Langkawi” ertinya kawasan atau kawasan-kawasan yang ditentukan oleh Menteri mengikut seksyen 9; “Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 16; “Lembaga” ertinya Lembaga Pembangunan Langkawi yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “Menteri” ertinya Menteri Kewangan; “Menteri Besar” ertinya Menteri Besar Kedah “Negeri” ertinya Negeri Kedah; “Pengerusi Bersama” ertinya Pengerusi Bersama Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5; “Pengurus Besar” ertinya Pengurus Besar yang dilantik di bawah subseksyen 12 (1) dan termasuklah mana-mana pegawai yang diarahkan di bawah subseksyen 12 (5) untuk melaksanakan tugas Pengurus Besar; “perbadanan” ertinya perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 27; “syarikat” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada “perbadanan” di bawah subseksyen 4 (1) Akta Syarikat 1965 [Akta 125]. (2) Sebutan mengenai “Pengerusi” dalam Akta ini hendaklah ditafsirkan, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, sebagai sebutan mengenai Pengerusi Bersama yang bertindak bersesama. Lembaga Pembangunan Langkawi 9 BAHAGIAN II LEMBAGA Lembaga 3. Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama “Lembaga Pembangunan Langkawi” yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai biasa, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga, mengikut apa-apa syarat yang difikirkannya patut. Fungsi Lembaga 4. (1) Fungsi Lembaga ialah— (a) memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Lembaga Pembangunan Langkawi; (b) memajukan dan menggalakkan Kawasan Lembaga Pembangunan Langkawi sebagai destinasi pelancongan dan kawasan bebas duti; (c) memajukan menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan pelancongan dan infrastruktur serta pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersil dalam Kawasan Lembaga Pembangunan Langkawi; dan 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 423 (d) menyelaras pelaksanaan aktiviti yang tersebut dalam perenggan (a), (b) dan (c) dalam Kawasan Lembaga Pembangunan Langkawi. (2) Lembaga adalah berkuasa melakukan segala perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang tersebut di atas— (a) menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti yang berhubungan dengan pelancongan, aktiviti yang bersifat komersil atau perindustrian dan aktiviti penyelidikan dan latihan, yang penjalanannya didapati oleh Lembaga adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya; (b) mendayausahakan kajian permulaan mengenai kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang mungkin dan membuat rancangan permulaan yang menggariskan aktiviti pembangunan atau pembangunan semula dan tinjauan permulaan untuk menentukan sama ada pengusahaan dan penjalanan projek pembangunan atau pembangunan semula boleh dilaksanakan; (c) bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen atau ejen pengurus bagi, atau bertindak dengan apa-apa cara lain bersama dengan atau bagi pihak, Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain; (d) memajukan dan menyelaraskan penjalanan aktiviti sedemikian oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain; (e) dengan kelulusan Menteri, menubuhkan atau memperkembangkan, atau memajukan penubuhan atau pengembangan, syarikat, perbadanan atau badan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti sedemikian Lembaga Pembangunan Langkawi 11 sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa Lembaga atau secara bebas; (f) memberikan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain, yang didapati oleh Lembaga mempunyai kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti sedemikian, termasuk, dengan kelulusan Menteri, bantuan kewangan melalui pengambilan modal syer atau pinjaman atau melalui pinjaman atau selainnya; (g) dengan kelulusan Menteri, mengunderait atau dengan apa-apa cara lain memperolehi apa-apa stok dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian, dan melupuskannya mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri; (h) menghendaki jabatan kerajaan dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menjalankan atau bercadang hendak menjalankan pembangunan dalam Kawasan Lembaga Pembangunan Langkawi mengemukakan laporan yang mengandungi apa-apa butir dan maklumat yang ditentukan oleh Lembaga mengenai aktivitinya atau aktiviti cadangannya; (i) dengan kelulusan Menteri, melupuskan aset modal dan menggunakan hasil daripada pelupusan itu sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; (j) melantik ejen yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsinya; (k) mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana fungsi atau kuasanya; (l) mengawal selia, menyelaraskan dan mengusahakan pembangunan, termasuk pembangunan infrastruktur, 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 423 dalam Kawasan Lembaga Pembangunan Langkawi; dan (m) melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkannya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan. (3) Tertakluk kepada seksyen 8, adalah menjadi tanggungjawab Lembaga dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan mengikut cara yang dapat menjayakan dasar Kerajaan yang sedang berkuat kuasa dan khususnya dasar yang berhubungan dengan pembangunan pelancongan, pelaburan dan pertukaran wang asing dalam Kawasan Lembaga Pembangunan Langkawi. (4) Walau apa pun subseksyen (1), (2) dan (3), Lembaga hendaklah terlebih dahulu berunding dengan Kerajaan Negeri sebelum melaksanakan apa-apa fungsinya yang melibatkan perancangan pembangunan. Keanggotaan Lembaga 5. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) dua orang Pengerusi Bersama, seorang daripadanya ialah Menteri Besar dan yang seorang lagi hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri; dan (b) tiga orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri selepas berunding dengan Menteri Besar. (1A) Pengurus Besar hendaklah menjadi seorang anggota ex-officio Lembaga; (2) Peruntukan Jadual Pertama adalah terpakai bagi Lembaga. Lembaga Pembangunan Langkawi 13 Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 6. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] adalah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu. Pekhidmat awam 7. Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Lembaga, semasa menunaikan kewajipan mereka sebagai anggota, pegawai dan pekhidmat Lembaga, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. Lembaga adalah bertanggungjawab kepada Menteri, dan Menteri boleh dari semasa ke semasa memberikan arahan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, melaksanakan segala arahan sedemikian. Kawasan Lembaga Pembangunan Langkawi 9. (1) Bagi maksud Akta ini, Menteri boleh, dengan persetujuan Kerajaan Negeri, dari semasa ke semasa menentukan, melalui pemberitahuan dalam Warta, kawasan atau kawasan-kawasan yang di dalamnya Lembaga akan melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini dan kawasan atau kawasan-kawasan itu hendaklah dinamakan “Kawasan Lembaga Pembangunan Langkawi”. (2) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, adalah, menjadi tanggungjawab Lembaga melaksanakan, dalam Kawasan Lembaga Pembangunan Langkawi, fungsi yang diperuntukkan oleh Akta ini. 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 423 Penyata, laporan, akaun dan maklumat 10. (1) Lembaga hendaklah memberi Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan harta dan aktiviti Lembaga sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa. (2) Tanpa menjejaskan keluasan peruntukansubseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas akhir setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam lain suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Lembaga sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah dalam bentuk serta hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Lembaga sebagaimana yang dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Menteri. BAHAGIAN III PENGERUSI, PEGAWAI, PEKHIDMAT Pengerusi 11. (1) Apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipan yang di bawah Akta ini hendaklah dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh Pengerusi hendaklah dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh Pengerusi Bersama yang bertindak bersesama. (2) Tanpa menjejaskan peruntukan lain Akta ini, Pengerusi hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa. Lembaga Pembangunan Langkawi 15 Pengurus Besar 12. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melantik seorang ketua pegawai eksekutif, yang bergelar “Pengurus Besar”, daripada kalangan pegawaiyang dilantik di bawah seksyen 13 dan meletakhakkan padanya apa-apa kuasa dan mempertanggungkan atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Lembaga. (2) Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab bagi— (a) penyediaan program, skim dan projek untuk pertimbangan Lembaga; (b) pelaksanaan segala program, skim dan projek Lembaga; dan (c) pelaksanaan keputusan Lembaga dan arahan Pengerusi. (3) Pengurus Besar hendaklah mempunyai kuasa pengawalan am atas pegawai dan pekhidmat lain Lembaga. (4) Pengurus Besar hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa. (5) Jika Pengurus Besar tidak ada buat sementara di dalam Malaysia atau tidak berupaya buat sementara, oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup, untuk melaksanakan kewajipannya, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain melaksanakan kewajipan Pengurus Besar dalam masa Pengurus Besar tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu. Pelantikan pegawai dan pekhidmat Lembaga 13. (1) Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 14, Lembaga boleh melantik, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya wajar, pegawai dan pekhidmat yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini. 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 423 (2) Tiada seorang pun layak diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga, jika dia, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya apa-apa syer atau kepentingan dalam sesuatu kontrak, atau kontrak yang dicadangkan, dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga. Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan 14. Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Lembaga. Peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib 15. (1) Lembaga boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat Lembaga. (2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan bagi— (a) penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain; atau (b) penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga sementara menunggu keputusan prosiding tatatertib. (3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat. (4) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib, memberikan peluang kepada orang yang terhadapnya prosiding Lembaga Pembangunan Langkawi 17 tatatertib itu diambil membuat representasi sebelum keputusan diambil oleh Lembaga atas pertuduhan tatatertib terhadap orang itu. BAHAGIAN IV KEWANGAN Kumpulan Wang 16. (1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan, bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga. (2) Kumpulan Wang yang hendaklah terdiri daripada— (a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri; (b) apa-apa jumlah wang yang dibayar dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada pinjaman yang diberikan oleh Lembaga; (c) wang yang didapati daripada penjalanan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang; (d) wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga; (e) apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga; (f) jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 423 (g) segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada, atau terletak hak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa dan kewajipannya. Pemeliharaan Kumpulan Wang 17. Maka adalah menjadi kewajipan Lembaga memelihara Kumpulan Wang dengan melaksanakan, menjalankan dan menunaikan fungsi, kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini supaya jumlah hasil Lembaga, tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri, cukup untuk membayar semua wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun. Kumpulan wang rizab 18. Lembaga hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang rizab dalam Kumpulan wang. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang 19. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud— (a) memberikan pinjaman di bawah seksyen 26; (b) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk kos dan fi ukur dan guaman dan kos dan fi yang lain, dan saraan bagi pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil kerja oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran; (c) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnya oleh Lembaga Pembangunan Langkawi 19 Lembaga dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah seksyen 4; (d) membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera, barang-barang simpanan dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah seksyen 4; (e) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan (f) pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran 20. (1) Perbelanjaan Lembaga hingga sebanyak yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang. (2) Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya Menteri hendaklah memberitahu Lembaga amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan. (3) Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu. (4) Menteri boleh mengarahkan Lembaga mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 423 yang berkenaan, kepada Kerajaan Negeri atau kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 21. Peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] adalah terpakai bagi Lembaga dan mana-mana perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini. BAHAGIAN V KUASA-KUASA LAIN LEMBAGA Pewakilan fungsi, kuasa atau kewajipan Lembaga 22. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut dikenakan, Lembaga boleh mewakilkan, kepada salah seorang Pengerusi Bersama atau kepada Pengurus Besar, apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipan, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, yang diletakhakkan atau dipertanggungkan oleh Akta ini pada atau atas Lembaga, kecuali kuasa untuk meminjam wang, memperdapatkan pinjaman atau membuat peraturan-peraturan; dan apa-apa fungsi, kuasa, atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh Pengerusi Bersama atau Pengurus Besar itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga. (2) Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan peruntukan lain Akta ini, Lembaga boleh mewakilkan kuasa kepada salah seorang Pengerusi Bersama atau kepada Pengurus Besar untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain yang terletak hak pada atau yang di bawah kawalan Lembaga sehingga had yang hendaklah dinyatakan oleh Lembaga. Lembaga Pembangunan Langkawi 21 Kuasa meminjam 23. (1) Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, meminjam, atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi menjelaskan mana-mana obligasinya atau bagi menunaikan mana-mana kewajipannya. (2) Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, meminjam wang melalui pengeluaran bon, debentur atau stok daripada apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma yang difikirkannya suai manfaat, dengan kelulusan Menteri, bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut: (a) peruntukan modal kerja; (b) pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah Akta ini; (c) pelaksanaan apa-apa fungsi tambahan yang diusahakan oleh Lembaga di bawah Akta ini; (d) penebusan apa-apa syer atau stok yang ia dikehendaki atau berhak menebusnya; dan (e) apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sewajarnya pada akaun modal. Pelaburan 24. Aset Lembaga, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkan mengikut cara yang diluluskan oleh Menteri. 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 423 Kuasa untuk mengguna khidmat 25. Lembaga boleh mengguna khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknik, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur, penilai dan orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik. Kuasa untuk memberikan pinjaman 26. Pada melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya dan menunaikan kewajipannya Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, memberikan pinjaman, dan pinjaman itu boleh diberikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Lembaga, dengan kelulusan Menteri, patut dikenakan dalam hal tertentu. Kuasa untuk menubuhkan perbadanan 27. (1) Lembaga boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan sesuatu perbadanan, dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Lembaga, untuk melaksanakan dan untuk menjaga, mengelolakan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga pada melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya dan menunaikan kewajipannya. (2) Peruntukan Jadual Kedua adalah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1). Pengambilan tanah dengan paksa 28. (1) Apabila apa-apa harta tak alih yang bukan tanah Kerajaan perlu diperoleh oleh Lembaga bagi maksud Akta ini, harta itu boleh diperoleh mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis Lembaga Pembangunan Langkawi 23 yang sedang berkuat kuasa di Negeri itu yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatu maksud awam, dan apa-apa akuan yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis itu bahawa tanah itu diperlukan sedemikian boleh dibuat walaupun pampasan akan dibayar oleh Lembaga, dan akuan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah ia adalah suatu akuan bahawa tanah itu adalah diperlukan bagi suatu maksud awam mengikut undang-undang bertulis itu. (2) Segala belanja dan pampasan yang kena dibayar bagi pemerolehan mana-mana harta tak alih di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Lembaga. (3) Jika apa-apa harta tak alih telah diperoleh di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan harta itu dan hendaklah membayar apa-apa sewa yang dikenakan atas harta itu. BAHAGIAN VI AM 29. (Dipotong oleh Akta 478). Obligasi menyimpan rahsia 30. (1) Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota, pegawai atau pekhidmat Lembaga boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah diperolehnya semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya. 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 423 Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 31. (1) Lembaga boleh dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi— (a) menetapkan cara bagaimana apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara akan ditandatangan atau disempurnakan bagi pihak Lembaga; (b) menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Lembaga; (c) mengenakan fi dalam hal yang ditentukan oleh Lembaga; (d) mengadakan peruntukan mengenai apa-apa perkara berkaitan dengan syer, stok, bon, debentur atau stok debentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang didapati oleh Lembaga adalah perlu atau suai manfaat, dan, khususnya, bagi mengawal selia kaedah pengeluaran, pemindahmilikan, penebusan atau urusan lain mengenai syer, stok, bon, debentur atau stok debentur itu; (e) menetapkan cara bagaimana dan terma dan syarat yang atasnya pinjaman boleh diberikan oleh Lembaga di bawah seksyen 26; dan (f) mengadakan peruntukan pada amnya mengenai pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah peruntukan Akta ini. (3) Peraturan-peraturan di bawah seksyen ini— Lembaga Pembangunan Langkawi 25 (a) boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukannya adalah menjadi suatu kesalahan; dan (b) boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti bagi kesalahan itu, dan penalti itu tidak boleh melebihi satu ribu ringgit. Perkara yang dilakukan dengan menjangkakan Akta ini akan diperbuat 32. Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Lembaga pada menyediakan dan ke arah pelaksanaan sepatutnya mana-mana peruntukan Akta ini, dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya, dengan menjangkakan bahawa Akta ini akan diperbuat hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak yang diperoleh atau obligasi yang ditanggung bagi pihak Lembaga daripada apa-apa jua yang dilakukan sedemikian hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga. Tempoh kuat kuasa 33. (1) Akta ini hendaklah berkuat kuasa selama tempoh dua puluh tahun dari tarikh ia mula berkuat kuasa, tetapi tempoh itu boleh dilanjutkan, melalui perintah yang dibuat oleh Menteri, selama tempoh atau tempoh-tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang ditentukan melalui persetujuan di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. (2) Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta dan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen. 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 423 Pembubaran Lembaga 34. (1) Apabila Akta ini terhenti berkuat kuasa, Lembaga hendaklah terbubar. (2) Menteri hendaklah, enam bulan sebelum Akta ini terhenti berkuat kuasa, memberikan arahan tentang penggulungan dan pembubaran Lembaga, termasuk arahan berkenaan dengan perbadanan dan syarikat, jika ada, yang ditubuhkan di bawah Akta ini. (3) Apabila Lembaga terbubar— (a) segala kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi Lembaga hendaklah turun kepada Kerajaan; (b) segala tanah yang terletak hak pada Lembaga hendaklah terletak hak— (i) berkenaan dengan tanah yang diambil menurut seksyen 28, dan tanah yang telah dibeli oleh Lembaga, pada *Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi maksud Kerajaan; dan (ii) berkenaan dengan tanah Kerajaan yang telah diberi milik kepada Lembaga oleh Pihak Berkuasa Negeri, pada Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, bagi maksud Negeri, dengan syarat bahawa suatu amaun pampasan sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan Persetujuan dengan Pihak Berkuasa Negeri hendaklah dibayar kepada Kerajaan Persekutuan oleh Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan apa-apa pembangunan yang dibuat oleh Lembaga di atas tanah tersebut; *CATATAN—Jawatan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan adalah sekarang dikenali sebagai Pengarah Am Tanah Dan Galian (Persekutuan)- lihat P.U. (B) 324/1970 Lembaga Pembangunan Langkawi 27 (c) segala harta dan aset Lembaga, selain tanah, yang terletak hak pada Lembaga atau mana-mana orang lain bagi pihak Lembaga, hendaklah terletak hak pada Kerajaan; (d) apa-apa surat ikatan, bon, perjanjian, atau surat cara yang Lembaga menjadi satu pihak kepadanya hendaklah berkuat kuasa seolah-olah Kerajaan telah menggantikan Lembaga sebagai satu pihak kepadanya dan seolah-olah apa-apa sebutan di dalamnya mengenai Lembaga adalah sebutan mengenai Kerajaan; (e) segala prosiding sivil atau kausa tindakan oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan. (4) Tertakluk kepada subseksyen (3), penggulungan Lembaga hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditentukan oleh Menteri. (5) Jika timbul apa-apa kesulitan atau anomali berkaitan dengan pelaksanaan peruntukan subseksyen (3) Menteri boleh, melalui perintah, membuat apa-apa ubah suaian di dalamnya yang didapatinya perlu untuk menghapuskan kesulitan atau anomali itu. 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 423 JADUAL PERTAMA [Subseksyen 5(2)] Pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan 1. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Lembaga, selain Menteri Besar dan Pengurus Besar, hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak dilantik semula. (2) Pelantikan mana-mana anggota, selain Menteri Besar dan Pengurus Besar, boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Perdana Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab. (3) Seseorang anggota, selain Menteri Besar, boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus surat kepada Perdana Menteri. (4) Tiap-tiap anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga sebanyak yang perlu bagi menunaikan kewajipannya dengan berkesan. 2. (1) Jawatan seseorang anggota Lembaga, selain Menteri Besar, hendaklah menjadi kosong— (a) jika dia mati; (b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah atau di bawah seksyen 30; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; (c) jika dia menjadi bankrap; (d) jika dia tidak sempurna akal atau, kerana apa-apa sebab lain, tidak berupaya menunaikan kewajipannya; (e) jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Lembaga; (f) sekiranya peletakan jawatannya diterima oleh Perdana Menteri; atau Lembaga Pembangunan Langkawi 29 (g) jika pelantikannya dibatalkan oleh Perdana Menteri. (2) Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan yang berkenaan. Saraan atau elaun 3. Maka hendaklah dibayar kepada anggota Lembaga atau mana-mana orang lain (yang bukan pegawai atau pekhidmat Lembaga yang termasuk dalam peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan terrna dan syarat perkhidmatan yang terpakai baginya) apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. Mesyuarat 4. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua bulan sekali. (2) Kuorum Lembaga ialah empat orang. (3) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Lembaga hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri. Lembaga boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat 5. Lembaga boleh meminta mana-mana orang (yang bukan anggota Lembaga) menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak mengundi dalam mesyuarat atau perbincangan itu. Meterai perbadanan 6. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga. (2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “Lembaga Pembangunan Langkawi” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga. (3) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan salah seorang Pengerusi Bersama atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah disahkan oleh Pengerusi Bersama atau oleh orang yang diberi kuasa 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 423 itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka secara bertulis; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, disahkan sebagaimana yang disebutkan terdahulu, hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya; Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Lembaga mengikut cara yang serupa; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu. (4) Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman. Penzahiran kepentingan 7. Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau usaha yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang ada mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan hakikat dan jenis kepentingannya itu kepada Lembaga, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu. Minit 8. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit segala mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. (2) Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga, jika ditandatangan dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang minit berkenaan dengan prosidingnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. Kesahan perbuatan dan prosiding 9. Tiada apa-apa perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa— Lembaga Pembangunan Langkawi 31 (a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga; (b) ada pelanggaran peruntukan perenggan 7 oleh mana-mana anggota Lembaga; atau (c) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu. JADUAL KEDUA [Subseksyen 27 (2)] Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan 1. Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh apa-apa perbadanan ditubuhkan di bawah seksyen 27, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu yang menentukan— (a) maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan; (b) hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu; (c) sistem pengurusan perbadanan itu; dan (d) hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak pengawalan Lembaga ke atas perbadanan itu. Batasan kuasa menubuhkan perbadanan 2. Tiada apa-apa jua dalam perenggan 1 boleh disifatkan sebagai memberi kuasa Lembaga membuat peraturan-peraturan untuk menubuhkan apa-apa perbadanan bagi apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas bidangnya daripada maksud atau tujuan Lembaga itu ditubuhkan atau memberi mana-mana perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsi yang tidak termasuk antara hak, kewajipan, kuasa atau fungsi Lembaga di bawah Akta ini. Kuat kuasa peraturan-peraturan 3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 31, sesuatu perbadanan hendaklah terikat dengan apa-apa peraturan yang dibuat berkenaan dengannya di bawah perenggan 1 dan peraturan-peraturan 32 Undang-Undang Malaysia AKTA 423 itu hendaklah berkuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini. Pindaan peraturan-peraturan 4. Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan, atau menambah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 berkenaan dengan mana-mana perbadanan. Daftar perbadanan 5. Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkan mengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 27 dan daftar itu, bersama dengan salinan segala peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 dan 4, hendaklah terbuka untuk pemeriksaan awam di tempat atau tempat-tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan olehnya. Penggulungan 6. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan. (2) Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu hendaklah berpindah dan terletak hak pada Lembaga setelah segala liabilitinya ditunaikan. (3) Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga. Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan 7. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 27 adalah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh Lembaga dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama itu dan, bagi maksud melaksanakan projek, skim atau perusahaan yang kerananya ia telah ditubuhkan, boleh membuat kontrak dan boleh memegang dan membuat apa-apa urusan berkenaan dengan apa-apa harta tak alih atau harta alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan dengan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dalam setiap hal. Lembaga Pembangunan Langkawi 33 Meterai perbadanan perbadanan 8. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh perbadanan dengan kelulusan Lembaga dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan dengan kelulusan Lembaga. (2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan, suatu cap yang mengandungi nama perbadanan melingkungi huruf “LPL” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan perbadanan itu. (3) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan orang yang diberi kuasa oleh perbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, disahkan sebagaimana yang disebutkan terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya: Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang serupa oleh perbadanan; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa, secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu. (4) Meterai perbadanan tiap-tiap perbadanan hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman. 34 UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 423 AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI 1990 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk Ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta 478 Akta Pembatalan Pengecualian 21-02-1992 Daripada Bayaran Duti-Duti Setem 1992 Akta A882 Akta Lembaga Pembangunan 04-03-1994 Langkawi (Pindaan) 1994 35 UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 423 AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI 1990 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 2 Akta A882 04-03-1994 5 Akta A882 04-03-1994 12 Akta A882 04-03-1994 22 Akta A882 04-03-1994 29 Akta A478 21-02-1992 34 Akta A882 04-03-1994 Jadual Pertama Akta A882 04-03-1994
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
423 - *AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI 1990
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in