461 - *AKTA KEHADIRAN WAJIB PESALAH-PESALAH 1954
The Act sets up compulsory attendance centres and lets courts order eligible offenders to attend daily and do compulsory work instead of imprisonment or detention, subject to conditions.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 461 - *AKTA KEHADIRAN WAJIB PESALAH-PESALAH 1954
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
461 - *AKTA KEHADIRAN WAJIB PESALAH-PESALAH 1954
AI-assisted research summary: The Act sets up compulsory attendance centres and lets courts order eligible offenders to attend daily and do compulsory work instead of imprisonment or detention, subject to conditions.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 461 AKTA KEHADIRAN WAJIB PESALAH-PESALAH 1954 Sebagaimana pada 1 April 2013 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur, bagi Offenders Compulsory Attendance Act 1954 sebagaimana disemak dalam tahun 1991. Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7 (1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32), ia bukannya perundangan. 2 AKTA KEHADIRAN WAJIB PESALAH-PESALAH 1954 Pertama kali diperbuat … … … 1954 (Ordinan No. 37 1954) Disemak … … 1991 (Akta 461 m.b.p 23 Julai 1991) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 461 AKTA KEHADIRAN WAJIB PESALAH-PESALAH 1954 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Pusat Kehadiran Wajib 4. Pelantikan pegawai untuk menjaga Pusat 5. Perintah Kehadiran Wajib 6. Obligasi pesalah 7. Kecederaan kepada pesalah semasa menjalankan kerja wajib 8. Kesalahan 9. Kaedah-Kaedah 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 461 AKTA KEHADIRAN WAJIB PESALAH-PESALAH 1954 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pelaksanaan, dalam keadaan tertentu, kerja wajib oleh pesalah yang telah disabitkan dengan kesalahan tertentu dan boleh dikenakan hukuman pemenjaraan atau oleh seseorang yang boleh dihukum dengan cara ditahan dalam penjara kerana kegagalan membayar denda atau hutang, sebagai ganti dihukum atau dihukum dengan cara ditahan sedemikian; dan bagi maksud yang berkaitan dengannya. [1Januari 1984, L.N. 401/1956; *Wilayah Persekutuan Labuan—16 September 2012, P.U.(A)291/2012; **Sabah—16 September 2012, P.U.(A)292/2012; ***Sarawak—16 September 2012, P.U.(A)293/2012] Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— * CATATAN—Dalam pemakaiannya bagi Wilayah Persekutuan Labuan—lihat Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pemerluasan dan Ubahsuaian Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954) 2012 [P.U.(A)291/2012]. ** CATATAN—Dalam pemakaiannya bagi Negeri Sabah—lihat Perintah Negeri Sabah (Pemerluasan dan Ubahsuaian Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954) 2012 [P.U.(A)292/2012]. *** CATATAN—Dalam pemakaiannya bagi Negeri Sarawak—lihat Perintah Negeri Sarawak (Pemerluasan dan Ubahsuaian Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954) 2012 [P.U.(A)293/2012]. 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 461 “jarak yang ditetapkan” ertinya, berhubungan dengan mana-mana Pusat tertentu, jarak yang Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan di dalam Warta menetapkan berhubungan dengan Pusat tersebut; “kerja wajib” ertinya apa-apa kerja buruh, tugas, kerja atau kursus pengajaran yang diperintah oleh Pegawai Pusat Kehadiran Wajib untuk diaku janji oleh pesalah tersebut; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Penjara, Malaysia, dan termasuk Timbalan Ketua Pengarah Penjara; “Pegawai Pusat Kehadiran Wajib” ertinya mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 4; “Perintah Kehadiran Wajib” ertinya suatu perintah Mahkamah yang dibuat di bawah seksyen 5; “pesalah” ertinya seseorang yang mana berkenaan dengannya suatu Perintah Kehadiran Wajib pada masa itu sedang berkuat kuasa; “Pusat” ertinya sesuatu Pusat Kehadiran Wajib yang ditubuhkan di bawah seksyen 3. Pusat Kehadiran Wajib 3. Maka hendaklah ditubuhkan di dalam dan bagi Negeri-Negeri di Semenanjung Malaysia, di bawah arahan dan kawalan Ketua Pengarah, di tempat sebagaimana yang Menteri boleh dari semasa ke semasa mengarahkan, Pusat Kehadiran Wajib untuk pelaksanaan di dalamnya kerja wajib oleh pesalah menurut Perintah-Perintah Kehadiran Wajib. Pelantikan pegawai untuk menjaga Pusat 4. Ketua Pengarah hendaklah melantik seorang Penguasa Penjara atau seorang Pegawai Penjaga penjara sama ada mengikut nama atau jawatan untuk menjaga setiap Pusat dan Penguasa atau Pegawai tersebut hendaklah digelar sebagai Pegawai Pusat Kehadiran Wajib. Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 7 Perintah Kehadiran Wajib 5. (1) Jika seseorang, yang tinggal tidak lebih daripada jarak yang ditetapkan dari sesuatu Pusat— (a) telah disabitkan dengan sesuatu kesalahan yang baginya dia boleh dikenakan hukuman pemenjaraan; atau (b) boleh dihukum dengan cara ditahan dalam penjara kerana kegagalan membayar denda atau hutang, dan Mahkamah berpendapat bahawa— (i) jika Akta ini tidak diluluskan, orang tersebut akan dihukum dengan secukupnya oleh suatu hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan; dan (ii) dengan memberi pertimbangan kepada watak seseorang itu, jenis dan beratnya kesalahan atau hal keadaan dalam mana seseorang itu gagal membayar (mengikut mana yang berkenaan) dan semua hal keadaan lain kes tersebut, adalah tidak suai manfaat untuk menghukumnya ditahan, Mahkamah boleh, sebagai ganti hukuman atau hukuman dengan cara menahan, membuat suatu Perintah Kehadiran Wajib menghendaki seseorang itu hadir setiap hari di Pusat yang dinyatakan di dalam Perintah tersebut dan mengaku janji untuk menjalankan kerja wajib selama tempoh tidak melebihi tiga bulan dan selama bilangan jam tertentu setiap hari tidak melebihi empat sebagaimana yang boleh dinyatakan di dalam Perintah, dan boleh, untuk selanjutnya menjamin pematuhan yang sewajarnya dengan Perintah tersebut, menghendaki pesalah memasuki bon dengan atau tanpa penjamin. (2) Jika Mahkamah mempunyai sebab untuk meragui sama ada mana-mana orang sedemikian berkeupayaan secara fizikal untuk melakukan kerja wajib maka Mahkamah— 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 461 (a) boleh menyebabkan dia menjalani pemeriksaan perubatan; (b) tidak boleh membuat suatu Perintah Kehadiran Wajib melainkan ditunjukkan kepada kepuasan hati Mahkamah bahawa dia memang berkeupayaan; dan (c) hendaklah menyatakan di dalam Perintah Kehadiran Wajib, jika suatu perintah dibuat, apa-apa kerja wajib yang Mahkamah berpuas hati dia tidak berkeupayaan secara fizikal. (3) Bilangan jam setiap hari pada masa yang pesalah dikehendaki menjalankan kerja di bawah subseksyen (2) tidak boleh melebihi empat tidak termasuk apa-apa lat tempoh yang ditetapkan untuk masa makan, minum atau rehat dan hendaklah, jika pesalah itu terlibat dalam pekerjaan yang berkeuntungan, memenuhi hanya bahagian masa pesalah yang mewakili masa lapangnya. (4) Mahkamah hendaklah, sebelum membuat Perintah Kehadiran Wajib, menjelaskan kepada orang yang berkenaan dalam bahasa biasa kesan Perintah tersebut dan akibat kegagalan mematuhinya dan tidaklah boleh membuat perintah tersebut melainkan seseorang itu menyatakan kesanggupannya untuk mematuhi kehendaknya. Obligasi pesalah 6. (1) Tertakluk kepada peruntukan mana-mana Kaedah yang dibuat di bawah Akta ini dan kepada terma Perintah Kehadiran Wajib, seseorang pesalah hendaklah, semasa berjalannya kuat kuasa Perintah tersebut melapor setiap hari pada masa dan tempat sebagaimana yang Pegawai Pusat Kehadiran Wajib, dengan memberi pertimbangan kepada hal keadaan pesalah, boleh menyatakan. (2) Seorang pesalah hendaklah pada setiap hari mengaku janji kerja wajib sebagaimana yang boleh diperintahkan oleh Pegawai Pusat Kehadiran Wajib, yang kerja itu hendaklah boleh, pada pendapat Pegawai itu, disempurnakan oleh pesalah tersebut dengan memberi pertimbangan kepada keupayaan fizikalnya mengikut bilangan jam yang dinyatakan di dalam Perintah Kehadiran Wajib. Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 9 (3) Jika pesalah itu terlibat dalam pekerjaan yang berkeuntungan, masa yang dia diperintahkan untuk melapor pada setiap hari di bawah peruntukan subseksyen (1) hendaklah tidak mengganggu pekerjaan tersebut. Kecederaan kepada pesalah semasa menjalankan kerja wajib 7. Jika seorang pesalah cedera kerana kemalangan yang timbul dalam penjalanan kerja wajibnya, semasa dia bekerja menurut suatu Perintah Kehadiran Wajib, dia berhak menerima perubatan dan perawatan hospital secara percuma sebagaimana yang boleh ditetapkan. Kesalahan 8. (1) Jika seorang pesalah tanpa sebab yang munasabah— (a) gagal pada mana-mana hari untuk melapor mengikut subseksyen 6 (1); atau (b) gagal pada mana-mana hari untuk mengaku janji atau untuk menyempurnakan kerja wajib yang diperintahkan di bawah subseksyen 6 (2); atau (c) dengan apa-apa cara membuat salah laku semasa sedang atau semasa sepatutnya mengaku janji kerja wajib; atau (d) tanpa kebenaran diberi oleh Pegawai Pusat Kehadiran Wajib dalam keadaan tertentu dan tertakluk kepada syarat-syarat yang boleh ditetapkan, tidak menghadirkan diri di mana-mana tempat di mana dia sepatutnya mengaku janji kerja wajib itu; atau (e) gagal dalam apa-apa cara lain untuk mematuhi mana-mana kehendak Perintah Kehadiran Wajib atau peruntukan mana-mana Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawah Akta ini, Pegawai Pusat Kehadiran Wajib, selepas siasatan yang sewajarnya, boleh— 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 461 (i) memerintahkan bahawa pesalah dilucut hak apa-apa remitan dari tempoh Perintah yang telah beliau peroleh, tidak melebihi jumlah sebagaimana yang boleh ditetapkan; (ii) melaporkan hal keadaan kepada Ketua Pengarah yang boleh memerintahkan bahawa apa-apa remitan lanjut dilucut hak atau bahawa satu laporan bertulis dibuat kepada Mahkamah, pada masa yang sama memberi satu salinan kepada pesalah. (2) Apabila menerima laporan tersebut Mahkamah hendaklah menyebabkan pesalah tersebut dibawa ke hadapannya, dan jika berpuas hati atas kebenaran dakwaan, boleh menjatuhkan apa-apa hukuman atau membuat apa-apa Perintah (termasuk Perintah Kehadiran Wajib) yang Mahkamah boleh menjatuhkan atau membuat jika pesalah pada masa itu telah disabitkan dengan kesalahan yang berkenaan dengannya Perintah Kehadiran Wajib yang asal telah dibuat, elaun yang sewajarnya dibuat untuk bilangan hari pada mana dia telah menyempurnakan tugas hariannya, atau boleh menegur pesalah tanpa menjatuhkan apa-apa hukuman atau membuat apa-apa Perintah lanjutan. (3) Dalam seksyen ini “Mahkamah” ertinya Mahkamah yang melaluinya Perintah Kehadiran Wajib yang asal telah dibuat. Kaedah-Kaedah 9. (1) Menteri boleh membuat Kaedah-Kaedah, yang tidak tak konsisten dengan Akta untuk pengurusan baik dan pentadbiran Pusat Kehadiran Wajib dan untuk pelaksanaan Akta ini. (2) Khususnya, dan tanpa menjejaskan keluasan makna terdahulu, Kaedah-Kaedah itu boleh menetapkan bagi semua atau mana-mana maksud atau perkara yang berikut: (a) penempatan pegawai Pusat Kehadiran Wajib dengan Pegawai Penjara atau pengajar dan pengawasan, layanan dan latihan pesalah; Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 11 (b) pemeriksaan perubatan, ukuran, pengambilan gambar dan pengambilan statistik, cap jari atau rekod lain pesalah, termasuk sejarah peribadi secara terperinci, dan untuk menghendaki jawapan yang penuh dan benar kepada semua soalan yang dikemukakan kepada seseorang tersebut dengan tujuan untuk mendapatkan statistik dan sejarah tersebut; (c) jenis kerja wajib yang akan diaku janji oleh pesalah; (d) remitan tempoh Perintah Kehadiran Wajib yang dibenarkan kepada pesalah yang mematuhi dengan sewajarnya Kaedah-Kaedah yang mengenainya remitan itu akan dibuat; (e) pelupusan barang keluaran kerja wajib pesalah; (f) amaun remitan yang telah diperolehi yang patut dilucut hak kerana melanggar Akta ini atau Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawahnya; (g) apa-apa perkara lain yang di bawah Akta ini adalah dikehendaki atau dibenarkan untuk ditetapkan. (3) Segala Kaedah yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah dibentangkan dengan seberapa segera yang sesuai mungkin di hadapan Dewan Rakyat, dan jika suatu ketetapan Dewan Rakyat diluluskan dalam tempoh tiga bulan selepas apa-apa Kaedah dibentangkan di hadapannya bahawa Kaedah itu hendak dibatalkan, maka Kaedah itu hendaklah mulai dari itu menjadi tidak sah, tetapi tanpa menjejaskan keesahan apa-apa yang dibuat sebelum itu di bawahnya, atau kepada pembuatan Kaedah yang baru. 12 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 461 AKTA KEHADIRAN WAJIB PESALAH-PESALAH 1954 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari yang meminda L.N.211/1956 Perintah Menteri Dalam Negeri 05-07-1956 (Pindaan Fungsi) 1956 L.N.332/1958 Perintah Perlembagaan Persekutuan 13-11-1958 (Pengubahsuaian Undang-Undang) (Ordinan dan Pengisytiharan) 1958 P.U.(B) 324/1970 Ordinan Nama Jawatan, 1949 – 01-01-1971 Pemberitahuan Di bawah Seksyen 3 P.U.(A) 291/2012 Perintah Wilayah Persekutuan Labuan 16-09-2012 (Pemerluasan Dan Ubahsuaian Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954) 2012 P.U.(A) 292/2012 Perintah Negeri Sabah (Pemerluasan 16-09-2012 Dan Ubahsuaian Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954) 2012 P.U.(A) 293/2012 Perintah Negeri Sarawak (Pemerluasan 16-09-2012 Dan Ubahsuaian Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954) 2012 ___________ 13 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 461 AKTA KEHADIRAN WAJIB PESALAH-PESALAH 1954 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 2 L.N.211/1956 05-07-1956 L.N.332/1958 13-11-1958 3 L.N.211/1956 05-07-1956 L.N.332/1958 13-11-1958 9 L.N.211/1956 05-07-1956 L.N.332/1958 13-11-1958 15 P.U.(B) 324/1970 01-01-1971 ___________
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
461 - *AKTA KEHADIRAN WAJIB PESALAH-PESALAH 1954
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in