AI-assisted research summary: This Act amends the Employees Provident Fund Act 1991 and lets the Minister set its commencement date by Gazette notice.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1760 AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2025 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1760 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 24 April 2025 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 14 Mei 2025 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1760 AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2025 Suatu Akta untuk meminda Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2025. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini. Pindaan Bahagian VIIa 2. Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [Akta 452], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam kepala Bahagian VIIa dengan menggantikan perkataan “AHLI KUMPULAN WANG” dengan perkataan “PEKERJA”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1760 Penggantian seksyen 70a 3. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 70a dengan seksyen yang berikut: “Pemakaian 70a. Bahagian ini hendaklah terpakai bagi pekerja yang bukan warganegara Malaysia: (a) yang negara domisilnya adalah di luar Malaysia; dan (b) yang masuk dan berada secara sementara di bawah kuasa mana-mana pas yang dikeluarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen.”. Pindaan seksyen 70c 4. Seksyen 70c Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1)— (i) dengan menggantikan perkataan “seseorang ahli Kumpulan Wang” sebelum perkataan “yang bukan warganegara Malaysia” dengan perkataan “seseorang pekerja”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “ahli Kumpulan Wang” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pekerja”; (b) dengan memotong subseksyen (2); dan (c) dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan “ahli Kumpulan Wang” dengan perkataan “pekerja”. Pindaan seksyen 70d 5. Seksyen 70d Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Ahli Kumpulan Wang” dengan perkataan “Pekerja”. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 5 Pindaan seksyen 70e 6. Seksyen 70e Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas perkataan “seksyen 29a,” perkataan “43(8),”; (b) dengan memotong perkataan “55a (selain subseksyen (2)),”; dan (c) dengan menggantikan perkataan “ahli Kumpulan Wang” dengan perkataan “pekerja”. Pindaan seksyen 70f 7. Seksyen 70f Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “seseorang ahli Kumpulan Wang” dengan perkataan “seseorang pekerja”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “ahli itu” dengan perkataan “pekerja itu”. Pindaan seksyen 70h 8. Seksyen 70h Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seseorang ahli Kumpulan Wang” dengan perkataan “seseorang pekerja”. Pindaan Jadual Pertama 9. Jadual Pertama kepada Akta ibu dipinda dengan memotong perenggan (6) dan (7). Pindaan Jadual Ketiga 10. Jadual Ketiga kepada Akta ibu dipinda— (a) dengan memotong Bahagian B dan D; dan 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1760 (b) dengan memasukkan selepas Bahagian E bahagian yang berikut: “Bahagian F 1. Kadar caruman yang dinyatakan dalam Bahagian ini hendaklah terpakai bagi pekerja yang bukan warganegara Malaysia— KADAR CARUMAN BERDASARKAN AMAUN UPAH BAGI BULAN ITU Oleh Majikan Oleh Pekerja 2% daripada amaun upah 2% daripada amaun upah bagi bulan itu bagi bulan itu 2. Jumlah caruman yang termasuklah wang sen hendaklah digenapkan kepada ringgit yang berikutnya. 3. Lembaga boleh menetapkan apa-apa had amaun upah dan caruman bagi maksud menentukan apa-apa amaun caruman yang kena dibayar ke atas upah bagi bulan itu oleh setiap majikan bagi setiap pekerja. 4. Bagi maksud subseksyen 43(3), amaun caruman bagi bulan itu adalah terhad kepada apa-apa had jumlah caruman yang ditetapkan oleh Lembaga.”. Peralihan 11. Kadar caruman bulanan bagi pekerja yang bukan warganegara Malaysia dan memilih untuk mencarum pada atau selepas 1 Ogos 1998 sehingga tarikh Akta ini mula berkuat kuasa adalah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, pada kadar sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian F Jadual Ketiga.