292 - *AKTA LEMBAGA KEMAJUAN TERNAKAN NEGARA (PEMBUBARAN) 1983
This Act dissolves the Lembaga Kemajuan Ternakan Negara and transfers its powers, property, assets, funds, and related legal matters to the Government.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 292 - *AKTA LEMBAGA KEMAJUAN TERNAKAN NEGARA (PEMBUBARAN) 1983
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
292 - *AKTA LEMBAGA KEMAJUAN TERNAKAN NEGARA (PEMBUBARAN) 1983
AI-assisted research summary: This Act dissolves the Lembaga Kemajuan Ternakan Negara and transfers its powers, property, assets, funds, and related legal matters to the Government.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 292 AKTA LEMBAGA KEMAJUAN TERNAKAN NEGARA (PEMBUBARAN) 1983 Sebagaimana pada 1 Disember 2011 2 AKTA LEMBAGA KEMAJUAN TERNAKAN NEGARA (PEMBUBARAN) 1983 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 28 November 1983 Tarikh penyiaran dalam Warta … … 15 Disember 1983 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 292 AKTA LEMBAGA KEMAJUAN TERNAKAN NEGARA (PEMBUBARAN) 1983 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Pemansuhan dan pembubaran 4. Pemindahan kuasa, hak, dsb. 5. Pemindahan harta 6. Pemindahan kumpulan wang 7. Kontrak sedia ada 8. Penerusan prosiding sivil 9. Penerusan undang-undang, dsb. 10. Pencegahan kesulitan atau anomali 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 292 AKTA LEMBAGA KEMAJUAN TERNAKAN NEGARA (PEMBUBARAN) 1983 Suatu Akta bagi memansuhkan Akta Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara 1972, membubarkan Lembaga Kemajuan Ternakan Negara yang ditubuhkan di bawah Akta itu, memindahmilikkan semua hartanya kepada Kerajaan dan bagi membuat peruntukan mengenai perkara lain yang berkaitan dengannya. [1 Januari 1985, P.U. (B) 590/1984] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Pembubaran) 1983. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain “Lembaga” ertinya Lembaga Kemajuan Ternakan Negara yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara 1972 [Akta 73]; 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 292 “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian. Pemansuhan dan pembubaran 3. Akta Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara 1972 adalah dimansuhkan dan Lembaga adalah dibubarkan. Pemindahan kuasa, hak, dsb. 4. Semua kuasa, hak, keistimewaan, tugas, liabiliti dan tanggungan yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Lembaga hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diturunkan kepada Kerajaan. Pemindahan harta 5. (1) Semua tanah yang sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Lembaga hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diletakhakkan pada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi maksud Kerajaan. (2) Semua harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Lembaga atau pada mana-mana orang bagi pihaknya hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, di letakhak pada Kerajaan. Pemindahan kumpulan wang 5. Semua wang yang ada pada Lembaga atau yang kena dibayar kepadanya hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, dipindahkan, dan diletak hak pada Kerajaan. Lembaga Kemajuan Ternakan 7 (Pembubaran) 5 Kontrak sedia ada 7. Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan yang menyentuh mana-mana harta yang dipindah milik di bawah seksyen 5, hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau untuk Kerajaan dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuh dan berkesannya seolah-olah Kerajaan telah dinamakan dalamnya atau menjadi satu pihak kepadanya dan bukan Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga. Penerusan prosiding sivil 8. (1) Apa-apa prosiding sivil atau kausa tindakan yang menunggu keputusan atau sedia ada sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sama seperti yang boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau orang sedemikian itu seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan. (2) Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini terhadap keputusan yang diberi sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dalam mana-mana prosiding undang-undang yang mana Lembaga menjadi satu pihak bolehlah dibawa oleh atau terhadap Kerajaan. Penerusan undang-undang, dsb. 9. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, semua undang- undang bertulis, perintah, kaedah dan peraturan yang menyentuh atau untuk perlindungan Lembaga dan berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, sehingga dipinda atau dibatal oleh pihak berkuasa berkenaan yang mempunyai kuasa berbuat demikian, terus berkuat kuasa dan hendaklah ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan: 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 292 Dengan syarat bahawa apa-apa sebutan di dalamnya mengenai Lembaga, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kerajaan dan ungkapan yang membawa erti sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya. Pencegahan kesulitan atau anomali 10. (1) Jika timbul apa-apa kesulitan atau anomali berkaitan dengan pelaksanaan peruntukan Akta ini, Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian di dalamnya yang pada hematnya perlu untuk menghapuskan atau mencegah kesulitan atau anomali itu. (2) Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) selepas tamatnya tempoh tiga tahun dari permulaan kuat kuasa Akta ini. 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 292 AKTA LEMBAGA KEMAJUAN TERNAKAN NEGARA (PEMBUBARAN) 1983 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari - TIADA - 10 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 292 AKTA LEMBAGA KEMAJUAN TERNAKAN NEGARA (PEMBUBARAN) 1983 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari - TIADA -
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
292 - *AKTA LEMBAGA KEMAJUAN TERNAKAN NEGARA (PEMBUBARAN) 1983
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in