A1532 - AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) 2017
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act amends section 21 so regulations made under that section may set a penalty of up to RM1,000,000, up to 2 years’ imprisonment, or both, for breaches of those regulations.
Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1532 AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) 2017 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1532 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 2 Mei 2017 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 18 Mei 2017 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1532 AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) 2017 Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2017. Pindaan seksyen 21 2. Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445] dipinda dalam seksyen 21— (a) dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1); (b) dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula, dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan “dan menetapkan penalti bagi apa-apa pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan dalam mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan ini”; dan 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1532 (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu juta ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi apa-apa pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan peraturan-peraturan itu.”.