540 - AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965
This Act incorporates the Malaysian Red Crescent Society and sets rules for its Council, members, property, and use of income.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 540 - AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
540 - AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965
AI-assisted research summary: This Act incorporates the Malaysian Red Crescent Society and sets rules for its Council, members, property, and use of income.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA _______________ VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI ______________________ Akta 540 AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Malaysian Red Crescent Society (Incorporation) Act 1965 [Act 540]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965 Pertama kali diperbuat … … … 1965 (Akta No. 47 tahun 1965) Disemak … … … … … … 1995 (Akta 540 m.b.p. 30 November 1995) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 540 AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Pemerbadanan Perbadanan terdahulu dan Cawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak 4. Tujuan Perbadanan 5. Maksud Perbadanan 6. Majlis 7. Meterai perbadanan bagi Perbadanan 8. Daftar anggota 9. Kaedah-kaedah dan undang-undang kecil 10. (Ditinggalkan) 11. Pemindahmilikan harta dan liabiliti, dsb. 12. Penggunaan pendapatan dan harta 13. Kecualian 14. Pemansuhan 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 540 AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965 Suatu Akta untuk memperbadankan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Cawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak di bawah nama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (atau dalam bahasa Inggeris Malaysian Red Crescent Society), dan bagi maksud yang berkaitan dengannya. [Seluruh Malaysia—1 Julai 1965] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pemerbadanan) 1965. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “hari yang ditetapkan” ertinya hari yang Akta ini mula berkuat kuasa; 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 540aysia “Cawangan” ertinya mana-mana Cawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah atau Sarawak; “Majlis” ertinya Majlis yang ditubuhkan di bawah seksyen 6; “Perbadanan” ertinya badan yang diperbadankan di bawah nama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (atau dalam bahasa Inggeris Malaysian Red Crescent Society) oleh Akta ini; “Perbadanan terdahulu” ertinya badan yang diperbadankan di bawah nama Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu oleh Akta Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Pemerbadanan) 1962 [Akta No. 4 tahun 1962]; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat . Pemerbadanan Perbadanan terdahulu dan Cawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak 3. Orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan telah menjadi anggota Perbadanan terdahulu atau mana-mana Cawangan dan semua orang itu yang kemudian daripada ini menjadi anggota Perbadanan menurut Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau undang- undang kecil yang dibuat di bawah Akta ini, hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (atau dalam bahasa Inggeris Malaysian Red Crescent Society) dan dengan nama itu hendaklah kekal turun-temurun dan boleh membuat kontrak, dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa perihalan harta alih dan tak alih, dan boleh memindahhakkan, memindahmilikkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau tak alih yang terletak hak pada Persatuan Bulan Sabit Merah (Pemerbadanan) 7 Perbadanan atas apa-apa terma sebagaimana yang didapati patut oleh Perbadanan, dan dengan nama yang sama boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya dalam semua mahkamah dan mengikut segala cara tindakan dan guaman dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkenaan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan. Tujuan Perbadanan 4. Tujuan Perbadanan adalah untuk mengadakan suatu organisasi yang terbuka, tanpa apa-apa diskriminasi atas alasan agama, bangsa atau politik, kepada semua orang di Malaysia untuk membolehkan mereka melaksanakan maksud Perbadanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 5, dan untuk melakukan segala benda lain sebagaimana yang didapati oleh Perbadanan atau Majlisnya sebagai bersampingan atau berfaedah untuk mencapai tujuan sedemikian. Maksud Perbadanan 5. Maksud Perbadanan adalah— (a) pada masa keamanan atau peperangan, untuk menjalankan dan membantu kerja bagi peningkatan kesihatan, pencegahan penyakit dan pengurangan penderitaan di seluruh dunia; (b) pada masa peperangan, untuk memberikan bantuan sukarela kepada kedua-dua pihak tentera dan pihak bukan beligeren yang sakit dan cedera, kepada tawanan perang dan kepada orang awam yang menderita akibat kesan peperangan, mengikut semangat dan waad Konvesyen Geneva bagi ameliorasi keadaan orang yang cedera dan sakit dalam angkatan tentera di medan perang, yang ditandatangani di Geneva pada 12 Ogos 1949; 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 540aysia (c) untuk melaksanakan segala kewajipan yang diturunkan ke atas sesuatu persatuan kebangsaan oleh setiap negara yang telah menyertai Konvensyen tersebut. Majlis 6. (1) Hal ehwal Perbadanan hendaklah ditadbirkan oleh suatu Majlis yang ditubuhkan mengikut kaedah-kaedah dan undang-undang kecil Perbadanan. (2) Anggota pertama Majlis hendaklah orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan merupakan anggota Majlis yang ditubuhkan di bawah subseksyen 6(1) Akta Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Pemerbadanan) 1962. Meterai perbadanan bagi Perbadanan 7. (1) Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang didapati patut oleh Perbadanan. (2) Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai Perbadanan dimeteraikan dengan meterai Perbadanan menurut suatu ketetapan Majlis bagi maksud itu, di hadapan Pengerusi atau Naib Pengerusi Majlis, dan Setiausaha Majlis, atau seseorang yang lain yang diberi kuasa oleh Majlis untuk bertindak bagi maksud itu, yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen, atau surat cara lain itu yang padanya meterai itu dicapkan, dan penandatanganan itu hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicap dengan sewajarnya dan sepatutnya dan meterai itu ialah meterai Perbadanan yang sah. Persatuan Bulan Sabit Merah (Pemerbadanan) 9 Daftar anggota 8. (1) Majlis hendaklah menyebabkan suatu daftar disimpan yang dalamnya nama tiap-tiap orang yang, sebaik sebelum hari yang ditetapkan, merupakan seorang anggota Perbadanan terdahulu atau anggota mana-mana Cawangan, atau yang selepas itu menjadi anggota Perbadanan yang diterima masuk dengan sewajarnya dan yang dalamnya hendaklah direkodkan apa-apa perkara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis dari semasa ke semasa. (2) Daftar itu boleh disimpan dalam apa-apa bilangan bahagian sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis dari semasa ke semasa dan kewajipan menyimpan bahagian daftar itu boleh diwakilkan kepada mana-mana anggota atau pegawai Perbadanan itu. Kaedah-kaedah dan undang-undang kecil 9. Menjadi sah bagi Majlis, dari semasa ke semasa, untuk membuat, mengubah atau membatalkan apa-apa kaedah-kaedah dan undang- undang kecil sebagaimana yang didapatinya suai manfaat bagi pengurusan hal ehwal Perbadanan dan bagi mencapai tujuannya, dan semua kaedah-kaedah dan undang-undang kecil itu hendaklah mengikat anggota Perbadanan. 10. (Ditinggalkan). Pemindahmilikan harta dan liabiliti, dsb. 11. (1) Pada hari yang ditetapkan, semua harta yang dipunyai oleh Perbadanan terdahulu atau mana-mana Cawangan, sama ada dipegang atas nama Perbadanan terdahulu atau Cawangan itu, atau atas nama mana-mana orang yang dipegang sebagai amanah bagi Perbadanan terdahulu atau Cawangan itu, hendaklah terletak hak 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 540aysia pada dan harta itu dengan ini terletak hak pada Perbadanan, dan harta itu bersama-sama semua harta yang diperoleh kemudiannya, alih atau tak alih, dan semua yuran, caruman, derma, denda, amaun pinjaman dan pendahuluan yang diterima atau akan diterima hendaklah dipegang oleh Perbadanan bagi maksud Akta ini dan tertakluk pada kaedah-kaedah Perbadanan. (2) Semua hutang dan liabiliti Perbadanan terdahulu atau mana-mana Cawangan yang sedia ada sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah dibayar oleh Perbadanan, dan semua hutang yang kena dibayar kepada dan yuran dan caruman yang kena dibayar kepada Perbadanan terdahulu atau mana-mana Cawangan hendaklah dibayar kepada Perbadanan bagi maksud Akta ini. Penggunaan pendapatan dan harta 12. (1) Pendapatan dan harta Perbadanan, tidak kira daripada mana jua pun diperoleh, hendaklah digunakan semata-mata untuk memajukan tujuan Perbadanan sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta ini, dan tiada bahagian pendapatan dan harta itu boleh dibayar atau dipindahmilikkan secara langsung atau tidak langsung sebagai dividen, bonus atau selainnya tidak kira bagaimana jua pun sebagai keuntungan kepada anggota Perbadanan: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh menghalang pembayaran saraan yang dibuat dengan suci hati kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan atau kepada mana-mana anggota Perbadanan sebagai balasan bagi apa-apa perkhidmatan yang sebenarnya diberikan kepada Perbadanan. (2) Liabiliti setiap anggota Perbadanan berkenaan dengan transaksi Perbadanan tidak boleh dalam apa-apa hal melebihi amaun Persatuan Bulan Sabit Merah (Pemerbadanan) 11 apa-apa yuran tahunan sebagaimana yang kena dibayar oleh anggota itu kepada Perbadanan. Kecualian 13. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri atau hak mana-mana badan keperlembagaan atau pertubuhan perbadanan atau hak mana-mana orang lain kecuali sebagaimana yang disebut dalam Akta ini dan orang yang menuntut melalui, daripada atau di bawah mereka. Pemansuhan 14. Akta Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Pemerbadanan) 1962 dengan ini dimansuhkan. 12 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 540 AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta 162 Akta Persatuan Palang Merah 05-09-1975 Malaysia (Pertukaran Nama) 1975 13 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 540 AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Keseluruhan Akta Akta 162 05-09-1975
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
540 - AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in