A1704 - AKTA PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2024
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act reallocates up to RM648,537,400 from the Consolidated Fund for the listed government purposes in 2024.
Perbekalan (Penguntukan Semula 1 Peruntukan Perbelanjaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1704 AKTA PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2024 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1704 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 30 April 2024 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 9 Mei 2024 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perbekalan (Penguntukan Semula 3 Peruntukan Perbelanjaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1704 AKTA PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2024 Suatu Akta bagi menguntukkan semula sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan sebagaimana yang diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2024 [Akta A1697] untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk sebahagian daripada tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian tahun itu. [ ] BAHAWASANYA, berikutan penyusunan semula Kabinet pada 12 Disember 2023, beberapa kementerian telah disusun semula dan dinamakan semula dan beberapa kementerian baharu telah ditubuhkan dengan fungsi-fungsinya dipindahkan daripada kementerian-kementerian lain: DAN BAHAWASANYA perbelanjaan bagi maksud-maksud yang melibatkan kementerian-kementerian yang disusun semula dan dinamakan semula itu telah diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2024: DAN BAHAWASANYA terdapat keperluan untuk menyelaraskan peruntukan perbelanjaan berkenaan dengan beberapa kementerian yang disusun semula dan dinamakan semula itu berikutan dengan penyusunan semula fungsi-fungsi kementerian: 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1704 DAN BAHAWASANYA amaun yang belum dibelanjakan berhubung dengan kementerian-kementerian yang peruntukan perbelanjaannya perlu dikurangkan akan disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan di bawah perenggan 13(3)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]: DAN BAHAWASANYA menurut Perkara 100 Perlembagaan Persekutuan, penguntukan semula peruntukan perbelanjaan bagi maksud-maksud yang melibatkan kementerian-kementerian yang disusun semula dan dinamakan semula, dan kementerian-kementerian baharu itu hanya boleh dilakukan melalui suatu Akta Perbekalan: MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024. (2) Akta ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 3 Januari 2024. Penguntukan semula peruntukan perbelanjaan bagi tahun 2024 2. Maka dengan ini diuntukkan semula sejumlah wang yang tidak melebihi enam ratus empat puluh lapan juta lima ratus tiga puluh tujuh ribu empat ratus ringgit (RM648,537,400) daripada Kumpulan Wang Disatukan seperti yang diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2024 bagi perbelanjaan untuk perkhidmatan dan maksud yang dinyatakan dalam Jadual bagi tahun 2024. Jadual Maksud Tajuk Amaun (RM) B. 6 Jabatan Perdana Menteri 64,912,200 B. 7 Jabatan Perkhidmatan Awam 21,673,000 B. 14 Kementerian Perpaduan Negara 1,433,200 Perbekalan (Penguntukan Semula 5 Peruntukan Perbelanjaan) Maksud Tajuk Amaun (RM) B. 26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan 783,700 Koperasi B. 33 Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi 340,087,300 Air B 47 Kementerian Komunikasi 37,382,400 B. 50 Kementerian Digital 182,265,600 Jumlah 648,537,400