AI-assisted research summary: This amendment Act starts on a date set by the Minister in the Gazette, and it changes section 6 of the National Trust Fund Act 1988 to add vaccine procurement and related spending for an infectious disease outbreak.
Kumpulan Wang Amanah Negara (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1637 AKTA KUMPULAN WANG AMANAH NEGARA (PINDAAN) 2021 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1637 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 12 November 2021 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 18 November 2021 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Kumpulan Wang Amanah Negara (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1637 AKTA KUMPULAN WANG AMANAH NEGARA (PINDAAN) 2021 Suatu Akta untuk meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang Amanah Negara (Pindaan) 2021. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 6 2. Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 [Akta 339] dipinda dalam seksyen 6— (a) dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan “dan” selepas koma bernoktah di hujung perenggan itu; 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1637 (b) dalam perenggan (b), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan (c) dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut: “(c) pemerolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan vaksin bagi suatu wabak apa-apa penyakit berjangkit sebagaimana yang dinyatakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].”.