A1698 - AKTA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (PINDAAN) 2023
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act amends the Inland Revenue Board of Malaysia Act 1995 and starts on a date set by the Minister in the Gazette.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1698 AKTA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (PINDAAN) 2023 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1698 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 27 Disember 2023 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 29 Disember 2023 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1698 AKTA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (PINDAAN) 2023 Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 6 2. Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 [Akta 533], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 6— (a) dalam subseksyen (1)— (i) dalam perenggan (d), dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan itu; dan 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1698 (ii) dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut: “(da) seseorang yang mewakili Negeri Sabah yang hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Ketua Menteri Sabah; (db) seseorang yang mewakili Negeri Sarawak yang hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Premier Sarawak; dan”; dan (b) dalam subseksyen (2)— (i) dengan menggantikan perkataan “perenggan (1)(e)” dengan perkataan “perenggan (1)(da), (db) dan (e)”; dan (ii) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “berkedudukan atau berpengalaman” dengan perkataan “berkedudukan dan berpengalaman”. Pindaan seksyen 7 3. Seksyen 7 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “perenggan 6(1)(d)” dengan perkataan “perenggan 6(1)(d), (da), (db)”. Pindaan seksyen 9 4. Seksyen 9 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Menteri boleh, pada bila-bila masa, tanpa memberikan apa-apa sebab baginya, membatalkan pelantikan— (a) mana-mana anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(d) atau (e); Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 5 (b) seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(da) selepas berunding dengan Ketua Menteri Sabah dengan syarat orang lain hendaklah dilantik dengan serta-merta sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan 6(1)(da) sebagai pengganti anggota yang telah dibatalkan pelantikannya itu; atau (c) seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(db) selepas berunding dengan Premier Sarawak dengan syarat orang lain hendaklah dilantik dengan serta-merta sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan 6(1)(db) sebagai pengganti anggota yang telah dibatalkan pelantikannya itu.”; dan (b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “perenggan 6(1)(d)” dengan perkataan “perenggan 6(1)(d), (da), (db)”. Pindaan seksyen 28 5. Perenggan 28(a) Akta ibu dipinda— (a) dalam subperenggan (ii), dengan memotong perkataan “atau” di hujung subperenggan itu; dan (b) dengan memasukkan selepas subperenggan (iii) subperenggan yang berikut: “(iv) bank Islam yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; (v) mana-mana institusi kewangan lain yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013; (vi) institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia dengan sewajarnya di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618]; atau (vii) koperasi yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502];”.