AI-assisted research summary: This amendment changes several salary and allowance amounts for members of Parliament and certain parliamentary officeholders, and it is treated as starting on 1 January 2015.
Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1491 AKTA AhLI pArLIMeN (SArAAN) (pINDAAN) 2015 A1491 BM.indd 1 7/7/15 12:14:17 PM 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1491 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 1 Julai 2015 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 9 Julai 2015 hakcipta pencetak h perceTAKAN NASIoNAL MALAYSIA berhAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada percetakan Nasional Malaysia berhad (pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). A1491 BM.indd 2 7/7/15 12:14:17 PM Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1491 AKTA AhLI pArLIMeN (SArAAN) (pINDAAN) 2015 Suatu Akta untuk meminda Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980. [ ] DIperbUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2015. (2) Akta ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2015. pindaan seksyen 3 2. Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 3(1)— (a) dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “empat ribu satu ratus dua belas ringgit dan tujuh puluh sembilan sen” dengan perkataan “sebelas ribu ringgit”; dan A1491 BM.indd 3 7/7/15 12:14:17 PM 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1491 (b) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “enam ribu lima ratus lapan ringgit dan lima puluh sembilan sen” dengan perkataan “enam belas ribu ringgit”. pindaan seksyen 4 3. Seksyen 4 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (a) dan (b), dengan menggantikan perkataan “empat belas ribu sembilan ratus tujuh ringgit dan dua puluh sen” dengan perkataan “tiga puluh satu ribu ringgit”; dan (b) dalam perenggan (c) dan (d), dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu lapan ratus empat puluh tujuh ringgit dan enam puluh lima sen” dengan perkataan “dua puluh dua ribu ringgit”. pembayaran gaji dan elaun walau apa pun seksyen 7 4. Walau apa pun seksyen 7 Akta ibu, gaji dan elaun bulanan yang dinyatakan dalam pindaan kepada seksyen 3 dan 4 Akta ibu dalam seksyen 2 dan 3 Akta ini, dan yang kena dibayar, hendaklah bermula dari 1 Januari 2015 atau dari tarikh pelantikan atau pemilihan, mengikut mana-mana yang terkemudian, Ahli Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, mengikut mana-mana yang berkenaan. A1491 BM.indd 4 7/7/15 12:14:17 PM