817 - AKTA THE LADY SUPERIOR OF THE SOCIETY OF SAINT MAUR (PEMERBADANAN) 1955 (DISEMAK - 2019)
This Act incorporates The Lady Superior of the Society of Saint Maur as a corporation and gives it corporate powers over suing, contracts, property, and seal use.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 817 - AKTA THE LADY SUPERIOR OF THE SOCIETY OF SAINT MAUR (PEMERBADANAN) 1955 (DISEMAK - 2019)
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
817 - AKTA THE LADY SUPERIOR OF THE SOCIETY OF SAINT MAUR (PEMERBADANAN) 1955 (DISEMAK - 2019)
AI-assisted research summary: This Act incorporates The Lady Superior of the Society of Saint Maur as a corporation and gives it corporate powers over suing, contracts, property, and seal use.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 817 AKTA THE LADY SUPERIOR OF THE SOCIETY OF SAINT MAUR (PEMERBADANAN) 1955 (Disemak – 2019) Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi The Lady Superior of the Society of Saint Maur (Incorporation) Act 1955 [Act 817]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA THE LADY SUPERIOR OF THE SOCIETY OF SAINT MAUR (PEMERBADANAN) 1955 Disemak hingga … … … … 1 Disember 2019 Tarikh penyiaran dalam Warta bagi edisi semakan ini … … … 27 Disember 2019 Tarikh yang ditetapkan untuk mula berkuatkuasanya edisi semakan ini menurut perenggan 6(1)(xxiii) Akta Penyemakan Undang- Undang 1968 [Akta 1] … … … 27 Disember 2019 _________________ Pertama kali diperbuat dalam tahun 1955 sebagai Ordinan Persekutuan Tanah Melayu No. 7 tahun 1955 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 817 AKTA THE LADY SUPERIOR OF THE SOCIETY OF SAINT MAUR (PEMERBADANAN) 1955 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Pemerbadanan The Lady Superior of the Society of Saint Maur 4. Meterai perbadanan 5. Pelantikan pemegang jawatan 6. Peletakhakan harta 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 817 AKTA THE LADY SUPERIOR OF THE SOCIETY OF SAINT MAUR (PEMERBADANAN) 1955 Suatu Akta untuk memperbadankan The Lady Superior of the Society of Saint Maur. [3 Mac 1955] Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta The Lady Superior of the Society of Saint Maur (Pemerbadanan) 1955. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Perbadanan” ertinya The Lady Superior of the Society of Saint Maur sebagaimana yang diperbadankan di bawah seksyen 3; “pemegang jawatan” ertinya Madame Delebarre yang secara amnya dikenali sebagai Mother St. Charles yang telah dilantik oleh Society of Saint Maur untuk jawatan “The Lady Superior in Penang of the Society of Saint Maur” dan termasuklah pengganti dalam jawatannya. Pemerbadanan The Lady Superior of the Society of Saint Maur 3. (1) Pemegang jawatan The Lady Superior of the Society of Saint Maur hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “The Lady Superior of the Society of Saint Maur” dan adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan. 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 817 (2) Perbadanan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya. (3) Perbadanan boleh— (a) membuat kontrak; (b) memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap perihalan harta alih dan harta tak alih; dan (c) menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada Perbadanan atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan. Meterai perbadanan 4. (1) Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang boleh dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan. (2) Sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini, suatu cap yang mengandungi perkataan “Lady Superior of the Society of Saint Maur” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan bagi Perbadanan. (3) Tiada surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang dimeteraikan dengan meterai Perbadanan boleh disifatkan dimeteraikan dengan sewajarnya melainkan jika– (a) meterai itu telah dicapkan di hadapan pemegang jawatan atau wakilnya yang diberi kuasa dengan sewajarnya melalui suatu surat kuasa wakil yang didaftarkan di bawah Akta Surat Kuasa Wakil 1949 [Akta 424]; dan (b) surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu ditandatangani oleh pemegang jawatan atau wakilnya. The Lady Superior of the Society of Saint Maur (Pemerbadanan) 7 (4) Penandatanganan surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi mengenai pemeteraian yang sewajarnya surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu. Pelantikan pemegang jawatan 5. Suatu pemberitahuan dalam Warta mengenai pelantikan mana-mana orang untuk memegang atau bertindak sebagai pemegang jawatan hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa orang itu telah dilantik dengan sewajarnya. Peletakhakan harta 6. Semua harta alih dan harta tak alih yang terletak di Semenanjung Malaysia yang dipegang, dipindahhakkan, diserahhakkan, diberikan, dipajakkan, dipindahmilikkan, dipindahkan kepada atau selainnya terletak hak pada Society of Saint Maur atau Lady Superior of the Convent of the Holy Infant Jesus atau Lady Superior in Penang of the Society of Saint Maur terletak hak pada Perbadanan bagi harta dan kepentingan masing-masing yang baginya harta itu dipegang. 8 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 817 AKTA THE LADY SUPERIOR OF THE SOCIETY OF SAINT MAUR (PEMERBADANAN) 1955 (Disemak – 2019) Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1] SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari yang meminda - TIADA- SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI No. Tajuk Ord. P.T.M No. 7 Ordinan The Lady Superior of the Society of Saint tahun 1955 Maur (Pemerbadanan), 1955 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 817 AKTA THE LADY SUPERIOR OF THE SOCIETY OF SAINT MAUR (PEMERBADANAN) 1955 (Disemak – 2019) SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari -TIADA- 10 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 817 AKTA THE LADY SUPERIOR OF THE SOCIETY OF SAINT MAUR (PEMERBADANAN) 1955 (Disemak – 2019) SENARAI PINDAAN YANG DIBUAT OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG- UNDANG DI BAWAH SEKSYEN 6 AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 [AKTA 1] Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa untuk meminda Susunan Susunan kandungan di bawah tajuk perenggan 6(1)(vii) kandungan “ARRANGEMENT OF SECTIONS” dimasukkan Keseluruhan 1. Perkataan “Act” menggantikan perenggan 6(1)(v) Akta “Ordinance” 2. Perkataan “Corporation” menggantikan perenggan 6(1)(xv) “corporation” 3. Nota bahu menggantikan nota birai perenggan 6(1)(xxiv) 4. Noktah pada akhir nota bahu perenggan 6(1)(xvi) ditinggalkan Tarikh kuat Perkataan “3 March 1955” menggantikan p e r e nggan 6(1)(iii) kuasa “3rd March, 1955.” Mukadimah Ditinggalkan subperenggan 6(1)(i)(b) Ayat Ditinggalkan subperenggan 6(1)(i)(f) mengundang- undangkan seksyen 1 1. Perkataan “The Lady” menggantikan perenggan 6(1)(xv) “the Lady” 2. Koma sebelum perkataan “1955” perenggan 6(1)(xvi) ditinggalkan The Lady Superior of the Society of Saint Maur (Pemerbadanan) 11 Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa untuk meminda Seksyen Seksyen tafsiran dimasukkan sebagai subperenggan 6(1)(iv)(a) tafsiran seksyen 2 baharu seksyen 2 1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 3 perenggan 6(1)(xii) 2. Dalam nota bahu, perkataan “and perenggan 6(1)(xxi) powers of the corporation” ditinggalkan subseksyen 2(1) 1. Perkataan “The holder of the office” perenggan 6(1)(iii) menggantikan “The said Madame Delebarre and her successors for the time being in the office” 2. Perkataan “The” dimasukkan sebelum perenggan 6(1)(xv) perkataan “Lady Superior” 3. Perkataan “, in this Ordinance referred perenggan 6(1)(xxi) to as “the corporation”” pada akhir seksyen ditinggalkan subseksyen 2(2) 1. Perkataan “and shall have perpetual perenggan 6(1)(xii), (xiii) succession and a corporate seal” ditukar dan (xxiv) tempat daripada subseksyen 2(2) dengan pengubahan berbangkit dibuat 2. Perkataan “in its name” menggantikan perenggan 6(1)(xxi) “in its said name” 3. Perkataan “common seal” perenggan 6(1)(iii) menggantikan “corporate seal” 4. Dibahagikan dan dinomborkan semula perenggan 6(1)(xii), (xiii) kepada subseksyen 3(1) dan (2), dan (xxiv) perenggan 3(a), dan subseksyen 4(1) dan (2) dengan pengubahan berbangkit dibuat subseksyen 2(3) 1. Perkataan “reassign” menggantikan perenggan 6(1)(xv) “re-assign” 2. Perkataan “vested in the Corporation” perenggan 6(1)(xxi) menggantikan “vested in the said corporation” 3. Perkataan “as the Corporation thinks perenggan 6(1)(iii) dan fit” menggantikan “as to the (xxi) corporation seems fit” 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 817aysia Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa untuk meminda 4. Dinomborkan semula dan dibahagikan perenggan 6(1)(xii), (xiii) kepada perenggan 3(3)(b) dan (c) dan (xxiv) dengan pengubahan berbangkit dibuat seksyen 3 1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 4 perenggan 6(1)(xii) 2. Dalam nota bahu, perkataan “Common perenggan 6(1)(iii) dan seal” menggantikan “Use of corporate (xxi) seal” subseksyen 3(1) 1. Perkataan “in the presence of the holder perenggan 6(1)(iii) of the office” menggantikan “in the presence of the said Madame Delebarre” 2. Perkataan “authorized” menggantikan perenggan 6(1)(iii) “authorised” 3. Perkataan “Powers of Attorney Act perenggan 6(1)(xix) 1949 [Act 424]” menggantikan “Powers of Attorney Ordinance, 1949 [No. 64 of 1949]” 4. Perkataan “or in the presence of her perenggan 6(1)(xxi) dan successor for the time being in her said (xxiv) office of Lady Superior and duly qualified as aforesaid, and unless such deed, document or other instrument is signed by the said Madame Delebarre or her attorney or by her successor or her said attorney.” ditinggalkan 5. Dinomborkan semula dan dibahagikan perenggan 6(1)(xii), (xiii) kepada perenggan 4(3)(a) dan (b) dan (xxiv) dengan pengubahan berbangkit dibuat subseksyen 3(2) 1. Dinomborkan semula sebagai perenggan 6(1)(xii) subseksyen 4(4) 2. Perkataan “The signing of the deed, perenggan 6(1)(xxi) document or other instrument shall be sufficient evidence” menggantikan “Such signing shall be taken as sufficient evidence” seksyen 4 1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 5 perenggan 6(1)(xii) The Lady Superior of the Society of Saint Maur (Pemerbadanan) 13 Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa untuk meminda 2. Dalam nota bahu, perkataan “of holder perenggan 6(1)(xxiv) of the office” dimasukkan selepas perkataan “Appointment” 3. Perkataan “of any person to hold, or act perenggan 6(1)(iii) dan as the holder of the office” (xxiv) menggantikan “of any person to hold, or act in, the office of Lady Superior of Society of Saint Maur” 4. Perkataan “so” sebelum perkataan perenggan 6(1)(xxi) “appointed” ditinggalkan seksyen 5 1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 6 perenggan 6(1)(xii) 2. Perkataan “Peninsular Malaysia” perenggan 6(1)(xvii) menggantikan “the Federation” 3. Perkataan “heretofore” sebelum perkataan perenggan 6(1)(xxi) “held, conveyed” ditinggalkan 4. Perkataan “hereby” sebelum perkataan perenggan 6(1)(xxi) “vested in the Corporation” ditinggalkan 5. Perkataan “is held” menggantikan “is perenggan 6(1)(xv) holden” seksyen 6 Ditinggalkan subperenggan 6(1)(i)(aa) seksyen 7 Ditinggalkan subperenggan 6(1)(i)(a)
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
817 - AKTA THE LADY SUPERIOR OF THE SOCIETY OF SAINT MAUR (PEMERBADANAN) 1955 (DISEMAK - 2019)
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in