A1639 - AKTA PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2021
This Act amends the Trade Descriptions Act 2011 and gives enforcement powers to Assistant Controllers and the Controller, including arrest without warrant, sample-taking, and compliance orders.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1639 - AKTA PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2021
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1639 - AKTA PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2021
AI-assisted research summary: This Act amends the Trade Descriptions Act 2011 and gives enforcement powers to Assistant Controllers and the Controller, including arrest without warrant, sample-taking, and compliance orders.
Perihal Dagangan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1639 AKTA PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2021 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1639 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 28 Disember 2021 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 31 Disember 2021 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perihal Dagangan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1639 AKTA PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2021 Suatu Akta untuk meminda Akta Perihal Dagangan 2011. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2021. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Penggantian tajuk panjang 2. Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan tajuk panjang dengan tajuk panjang yang berikut: “Suatu Akta bagi maksud untuk menggalakkan amalan perdagangan yang baik dengan melarang perihal dagangan palsu dan pernyataan, pengendalian dan amalan palsu atau mengelirukan berhubung dengan pembekalan barang-barang 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1639 dan perkhidmatan, dan dengan melarang, menyekat atau selainnya mengawal selia atau mengawal penggunaan apa-apa pernyataan, ungkapan atau petunjuk yang mungkin mendiskriminasi atau memboikot apa-apa keluaran atau barang-barang atau untuk tidak menggalakkan, melarang, menghalang atau mempengaruhi mana-mana orang daripada menggunakan atau mengambil apa-apa keluaran atau barang-barang dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya.”. Seksyen baharu 39a 3. Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 40 seksyen yang berikut: “Kuasa menangkap 39a. (1) Seseorang Penolong Pengawal boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dipercayainya dengan munasabah telah melakukan atau cuba untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah seksyen 5, 16, 17, 20 atau 51 Akta ini. (2) Seseorang Penolong Pengawal yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu membawa orang itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang itu hendaklah diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] seolah-olah dia ditangkap oleh seorang pegawai polis.”. Seksyen baharu 52a 4. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 52 seksyen yang berikut: “Kuasa untuk mengambil sampel 52a. (1) Seseorang Penolong Pengawal boleh, tanpa bayaran, meminta, memilih, mengambil atau mendapatkan sampel apa-apa barang bagi maksud analisis daripada mana-mana Perihal Dagangan (Pindaan) 5 orang yang mengilang, mengeluarkan, menjual atau mengimport barang-barang itu atau daripada ejen atau pekhidmatnya. (2) Mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa permintaan yang dibuat oleh seseorang Penolong Pengawal di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.”. Pindaan seksyen 54 5. Seksyen 54 Akta ibu dipinda dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut: “Anggapan dan pemeriksaan berkenaan dengan sampel”. Penggantian seksyen 56 6. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 56 dengan seksyen yang berikut: “Pengecualian 56. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam perintah itu, mengecualikan pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini— (a) kepada mana-mana orang atau kumpulan orang; atau (b) kepada apa-apa perihalan barang-barang yang dimaksudkan untuk— (i) dihantar ke suatu tempat di luar Malaysia; atau (ii) apa-apa kegunaan atau maksud tertentu sebagaimana yang disebut dalam perintah itu.”. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1639 Seksyen baharu 56a 7. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 56 seksyen yang berikut: “Kuasa untuk memerintahkan pematuhan 56a. (1) Jika Pengawal mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang sedang melanggar, telah melanggar atau akan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, Pengawal boleh membuat perintah menghendaki orang itu untuk menghentikan pelanggaran itu, menahan diri daripada pelanggaran itu atau menahan diri daripada apa-apa pelanggaran lanjut. (2) Sesalinan perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap orang yang dinamakan dalam perintah itu dan perintah itu hendaklah berkuat kuasa sebaik selepas perintah itu disampaikan. (3) Bagi maksud seksyen ini, penyampaian boleh dibuat melalui penyampaian ke diri atau melalui pos berdaftar Akuan Terima, pengiriman faksimili atau apa-apa cara penghantaran lain yang menyebabkan perintah itu dihantar secara bertulis kepada orang yang dinamakan dalamnya. (4) Kuasa untuk membuat perintah di bawah subseksyen (1) boleh dijalankan oleh Pengawal sendiri atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal. (5) Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa perintah yang dikeluarkan di bawah seksyen ini oleh Pengawal atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal melakukan suatu kesalahan.”. Pindaan seksyen 69 8. Perenggan 69(2)(b) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “penggunaan apa-apa” perkataan “pernyataan,”. Perihal Dagangan (Pindaan) 7 Pengesahan dan tanggung rugi 9. (1) Fi yang telah dikenakan dan dipungut oleh mana-mana pihak berkuasa berwibawa yang dinamakan oleh Menteri di bawah seksyen 29 Akta ibu berkenaan dengan perakuan dan penandaan halal bagi tempoh mulai 1 Januari 2012 hingga 22 Oktober 2018, iaitu hari sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Fi Perakuan dan Penandaan Halal) (Pindaan) 2018 [P.U. (A) 268/2018], hendaklah disifatkan telah dikenakan dan dipungut dengan sah. (2) Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan terhadap Kerajaan Malaysia, mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia, mana-mana pihak berkuasa berwibawa yang dinamakan oleh Menteri di bawah seksyen 29 Akta ibu atau mana-mana orang yang bertindak di bawahnya berkenaan dengan apa-apa fi yang telah dikenakan dan dipungut berkenaan dengan perakuan dan penandaan halal semasa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang telah dibawa, dimulakan atau dikekalkan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah dan tiada pembayaran balik boleh dibuat berkenaan dengan fi yang telah dikenakan dan dipungut itu.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1639 - AKTA PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2021
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in