AI-assisted research summary: This Act lets certain offences committed outside Malaysia, at sea, or on registered aircraft be treated as offences in Malaysia, and lets the Yang di-Pertuan Agong amend the Schedule by order.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 163 AKTA KESALAHAN-KESALAHAN DI LUAR NEGERI 1976 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 163 AKTA KESALAHAN-KESALAHAN DI LUAR NEGERI 1976 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 6 Mac 1976 Tarikh penyiaran dalam Warta … … ... 11 Mac 1976 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1998 Cetakan Semula Yang Kedua … … … … 2001 Kesalahan-Kesalahan di Luar Negeri 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 163 AKTA KESALAHAN-KESALAHAN DI LUAR NEGERI 1976 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Kesan di luar negeri bagi kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia JADUAL 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 163 Kesalahan-Kesalahan di Luar Negeri 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 163 AKTA KESALAHAN-KESALAHAN DI LUAR NEGERI 1976 Suatu Akta untuk menguruskan kesalahan tertentu di bawah undang- undang bertulis yang dilakukan di mana-mana tempat di luar kawasan Malaysia dan di laut lepas dalam mana-mana kapal atau dalam mana-mana kapal udara yang didaftarkan di Malaysia atau selainnya seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di Malaysia. [1 Mei 1976, P.U. (B) 244/1976] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kesalahan-Kesalahan di Luar Negeri 1976. Kesan di luar negeri bagi kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia 2. (1) (a) Apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual, iaitu peruntukan yang berhubungan dengan mewujudkan, dan hukuman bagi, kesalahan; atau (b) apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang perlakuannya diperakui oleh Peguam Negara sebagai menyentuh keselamatan Persekutuan, 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 163 boleh, jika perbuatan atau kesalahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dilakukan— (i) di laut lepas dalam mana-mana kapal atau dalam mana- mana kapal udara yang didaftarkan di Malaysia; (ii) oleh seseorang warganegara atau seseorang pemastautin tetap di laut lepas dalam mana-mana kapal atau dalam mana-mana kapal udara; (iii) oleh seseorang warganegara atau seseorang pemastautin tetap di mana-mana tempat di luar kawasan Malaysia, dihukum sebagai suatu kesalahan di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan seolah-olah perbuatan atau kesalahan itu telah dilakukan di Malaysia. (2) Bagi maksud Akta ini, “pemastautin tetap” mempunyai erti yang diberikan oleh Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91]. (3) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah meminda atau menambah Jadual. JADUAL [Subseksyen 2(1)] No. Tajuk ringkas Akta 88 Akta Rahsia Rasmi 1972 Akta 15 Akta Hasutan 1948 Kesalahan-Kesalahan di Luar Negeri 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 163 AKTA KESALAHAN-KESALAHAN DI LUAR NEGERI 1976 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari — TIADA — 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 163 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 163 AKTA KESALAHAN-KESALAHAN DI LUAR NEGERI 1976 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari — TIADA —
Referenced legislation
- Akta ini (unresolved)
- Akta 163 AKTA KESALAHAN-KESALAHAN DI LUAR NEGERI 1976 (unresolved)
- Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (unresolved)