AI-assisted research summary: Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sah di bawah undang-undang negeri diberi bidang kuasa jenayah untuk kesalahan terhadap rukun agama Islam, tetapi kuasa itu tidak boleh digunakan jika hukuman melebihi 3 tahun penjara, RM5,000 denda, atau 6 sebatan.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 355 AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) 1965 Sebagaimana pada 1 September 2014 2 AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) 1965 Pertama kali diperbuat ... ... ... … 1965 (Akta 23 tahun 1965) Disemak … … … … … … … … 1988 (Akta 355 m.b.p 1 Disember 1988) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 355 AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) 1965 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah 3. Pengesahan 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 355 AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) 1965 Suatu Akta untuk memberi bidang kuasa kepada Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan di bawah hukum Syarak. [1 April 1965] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. (2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah 2. Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang 6 Undang-Undang Malaysia A KTA 687 kuasa berkenaan dengan kesalahan terhadap rukun agama Islam oleh orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis: Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman tersebut. Pengesahan 3. Segala kesalahan di bawah hukum Syarak yang sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, yang berhubungan dengan Negeri-Negeri di Semenanjung Malaysia dan yang sebelum mula berkuatkuasanya Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan dan Perluasan) 1989 [Akta A730] yang berhubungan dengan Negeri-Negeri Sabah dan Sarawak telah dibicarakan oleh mana-mana Mahkamah yang disebut terdahulu hendaklah disifatkan telah dibicarakan dengan sah seolah-olah bidang kuasa yang berkenaan dengannya telah diberi kepada Mahkamah tersebut oleh undang-undang Persekutuan. 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 355 AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) 1965 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A612 Akta Mahkamah Syariah 01-01-1984 (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1984 Akta A730 Akta Mahkamah Syariah 05-05-1989 (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan dan Perluasan) 1989 Akta A996 Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 24-07-1997 8 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 355 AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) 1965 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 1 Akta A730 05-05-1989 2 Akta A627 01-01-1986 3 Akta A730 05-05-1989 Akta A996 24-07-1997