870 - AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025
This Act sets rules for carbon capture, transport, import, use, and permanent storage, including permits, registrations, operating duties, and offences.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This Act sets rules for carbon capture, transport, import, use, and permanent storage, including permits, registrations, operating duties, and offences. The Minister may issue standards, guidelines, specifications, practices, measures, reporting requirements, and other matters for carbon capture, transport, use, and storage of carbon dioxide. Regulations under the Act may also make a contravention or omission an offence and set a fine of up to one million ringgit.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 870 - AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025
Showing 2 of 2
Part document.segment-1
870 - AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
870 - AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025 — segment 1
AI-assisted research summary: This Act sets rules for carbon capture, transport, import, use, and permanent storage, including permits, registrations, operating duties, and offences.
Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan 1 Karbon UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 870 AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025 2 Undang-Undang Malaysia AktA 870 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 22 Julai 2025 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 1 Ogos 2025 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan 3 Karbon UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 870 AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025 SUSUNAN SEKSYEN Bahagian I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Pemakaian 3. Akta hendaklah dibaca bersama dengan undang-undang bertulis yang berkaitan 4. Tafsiran 5. Amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat Bahagian II AGENSI PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON MALAYSIA 6. Penubuhan Agensi 7. Keanggotaan Agensi 8. Fungsi dan kuasa Agensi 9. Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan 10. Pengosongan jawatan 11. Mesyuarat Agensi 12. Agensi boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat 13. Penyediaan kemudahan oleh Kementerian 14. Pelantikan entiti teknikal kompeten 4 Undang-Undang Malaysia AktA 870 Bahagian III PEMERANGKAPAN KARBON Seksyen 15. Kehendak bagi pendaftaran pepasangan pemerangkapan karbon 16. Permohonan bagi pendaftaran pepasangan pemerangkapan karbon Bahagian IV PENGANGKUTAN DAN PENGIMPORTAN KARBON DIOKSIDA 17. Pengangkutan karbon dioksida 18. Permohonan pendaftaran untuk mengangkut karbon dioksida 19. Pengimportan karbon dioksida yang diperangkap di luar Malaysia 20. Permit import karbon dioksida yang diperangkap di luar Malaysia Bahagian V PENGGUNAAN KARBON DIOKSIDA 21. Kehendak bagi pendaftaran untuk menggunakan karbon dioksida 22. Permohonan bagi pendaftaran untuk menggunakan karbon dioksida 23. Larangan bagi penggunaan karbon dioksida yang diperangkap di luar Malaysia Bahagian VI PENILAIAN DAN PENYIMPANAN KEKAL DI KAWASAN LUAR PESISIR 24. Kehendak suatu permit penilaian luar pesisir 25. Pemberian permit penilaian luar pesisir 26. Kehendak suatu lesen penyimpanan luar pesisir 27. Pemberian lesen penyimpanan luar pesisir 28. Kriteria penerimaan arus karbon dioksida bagi maksud penyimpanan luar pesisir 29. Obligasi pengendalian berhubung dengan penyimpanan luar pesisir 30. Levi suntikan 31. Obligasi penutupan dan pasca-penutupan berhubung dengan penyimpanan luar pesisir 32. Pemindahan obligasi berhubung dengan penyimpanan luar pesisir Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan 5 Karbon Bahagian VII PENILAIAN DAN PENYIMPANAN KEKAL DI KAWASAN DARATAN Seksyen 33. Kehendak suatu permit penilaian daratan 34. Pemberian permit penilaian daratan 35. Kehendak suatu lesen penyimpanan daratan 36. Pemberian lesen penyimpanan daratan 37. Kriteria penerimaan arus karbon dioksida bagi maksud penyimpanan daratan 38. Obligasi pengendalian berhubung dengan penyimpanan daratan 39. Obligasi penutupan dan pasca-penutupan berhubung dengan penyimpanan di daratan 40. Pemindahan obligasi berhubung dengan penyimpanan daratan Bahagian VIII KUMPULAN WANG PENGAWASAN PASCA-PENUTUPAN 41. Kumpulan Wang Pengawasan Pasca-Penutupan 42. Perbelanjaan yang boleh dikenakan kepada Kumpulan Wang 43. Kuasa untuk melabur 44. Akaun dan laporan Bahagian IX PENGUATKUASAAN 45. Pemberikuasaan pegawai awam 46. Kuasa penguatkuasaan Bahagian X PERUNTUKAN AM 47. Rayuan 48. Pendakwaan 49. Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang 50. Tanggungan pengarah, dsb., bagi pertubuhan perbadanan 6 Undang-Undang Malaysia AktA 870 Seksyen 51. Kuasa untuk mengecualikan 52. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 53. Kuasa untuk mengeluarkan standard, garis panduan, dsb. Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan 7 Karbon UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 870 AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan kekal karbon dioksida, untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan mengurangkan kesan perubahan iklim, untuk memangkinkan pembangunan industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon sebagai suatu sumber baharu pertumbuhan ekonomi, dan untuk mengadakan peruntukan lain yang berkaitan dengannya. [ ] BAHAWASANYA Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah dibuat di New York pada 9 Mei 1992, yang Malaysia telah mendepositkan surat cara ratifikasi pada 13 Julai 1994 dan oleh yang demikian mengikut Perkara 23 Konvensyen itu, Konvensyen tersebut mula berkuat kuasa setakat yang berkenaan dengan Malaysia pada 11 Oktober 1994; DAN BAHAWASANYA Perjanjian Paris telah dibuat di Paris pada 12 Disember 2015, yang Malaysia telah mendepositkan surat cara ratifikasi pada 16 November 2016 dan oleh yang demikian mengikut Perkara 21 Perjanjian itu, Perjanjian tersebut mula berkuat kuasa setakat yang berkenaan dengan Malaysia pada 16 Disember 2016; 8 Undang-Undang Malaysia AktA 870 MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa Bahagian atau peruntukan yang berlainan dalam Akta ini. (3) Walau apa pun subseksyen (2), Bahagian VII Akta ini mula berkuat kuasa di sesuatu Negeri pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri, setelah berunding dengan Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, melalui pemberitahuan dalam Warta. Pemakaian 2. Akta ini hendaklah terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Akta hendaklah dibaca bersama dengan undang-undang bertulis yang berkaitan 3. Akta ini hendaklah dibaca bersama dengan undang-undang bertulis yang berkaitan dan peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan undang-undang bertulis yang berkaitan. Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan 9 Karbon Tafsiran 4. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Agensi” ertinya Agensi Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 6; “arus karbon dioksida” ertinya suatu aliran bahan yang disebabkan oleh pemerangkapan karbon dioksida di dalam atau di luar Malaysia; “bentukan geologi” ertinya suatu subbahagian litostratigrafi yang di dalamnya terdapat lapisan batu yang ketara yang boleh ditemui dan dipetakan; “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah peruntukan Akta ini; “entiti teknikal kompeten” ertinya mana-mana entiti teknikal kompeten yang dilantik di bawah seksyen 14; “kawasan daratan” ertinya semua tanah di dalam setiap negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, termasuk pesisir depan sehingga tiga batu nautika dari garis pangkal setiap Negeri; “kawasan luar pesisir” ertinya dasar laut dan tanih bawah bagi laut Malaysia yang melebihi tiga batu nautika dari garis pangkal setiap negeri, termasuk zon ekonomi eksklusif dan pelantar benua; “kebocoran” ertinya pelepasan atau penyebaran arus karbon dioksida secara tidak sengaja sama ada ke dalam lajur air, air di lautan antara permukaan dan dasar laut, atau atmosfera— (a) daripada mana-mana kompleks penyimpanan, tapak penyimpanan, pepasangan pemerangkapan karbon; atau (b) semasa pengangkutan mana-mana karbon dioksida yang didapati melalui pemerangkapan karbon; 10 Undang-Undang Malaysia AktA 870 “ketidakteraturan yang signifikan” ertinya apa-apa ketidakteraturan pengendalian suatu tapak penyimpanan atau keadaan kompleks penyimpanan itu, yang menunjukkan risiko kebocoran atau risiko terhadap alam sekeliling atau kesihatan manusia; “kompleks penyimpanan” ertinya suatu kawasan isi padu yang telah ditentukan di dalam suatu bentukan geologi yang digunakan bagi penyimpanan kekal dan domain geologi keliling yang boleh memberikan kesan terhadap penyimpanan keseluruhan; “kriteria penerimaan arus karbon dioksida” ertinya kriteria bagi penerimaan suatu arus karbon dioksida yang dinyatakan dalam seksyen 28; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pengawasan Pasca-Penutupan yang ditubuhkan di bawah seksyen 41; “langkah pembetulan” ertinya apa-apa langkah yang diambil untuk membetulkan apa-apa ketidakteraturan yang signifikan, atau untuk menutup atau menghentikan apa-apa kebocoran; “langkah pemulihan” ertinya apa-apa langkah yang diambil untuk membaiki apa-apa kerosakan akibat daripada apa-apa kebocoran, pemindahan yang tidak disengajakan atau ketidakteraturan lain dalam suatu tapak penyimpanan; “lesen penyimpanan daratan” ertinya suatu lesen yang dikeluarkan oleh Agensi di bawah seksyen 36; “lesen penyimpanan luar pesisir” ertinya suatu lesen yang dikeluarkan oleh Agensi di bawah seksyen 27; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab yang berhubungan dengan perkara pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon; “pemerangkapan karbon” ertinya proses pemerangkapan karbon dioksida dengan menggunakan teknologi pemerangkapan karbon bagi maksud penggunaan atau penyimpanan kekal; “pengendali daratan” ertinya pemegang lesen penyimpanan daratan yang menjalankan pengendalian suatu tapak penyimpanan, mengawal tapak penyimpanan atau yang mengawal pengendalian suatu tapak penyimpanan, di kawasan daratan; Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan 11 Karbon “pengendali luar pesisir” ertinya pemegang suatu lesen penyimpanan luar pesisir yang menjalankan pengendalian suatu tapak penyimpanan, mengawal tapak penyimpanan atau yang mengawal pengendalian suatu tapak penyimpanan, di kawasan luar pesisir; “pengendalian suatu tapak penyimpanan” ertinya apa-apa aktiviti, fungsi, tugas atau perkara yang dijalankan atau yang perlu dijalankan untuk membangunkan infrastruktur bagi penyuntikan dan penyimpanan kekal karbon dioksida termasuk semua aktiviti sampingan, dan untuk mengendalikan tapak penyimpanan itu mengikut lesen penyimpanan di luar pesisir atau lesen penyimpanan daratan, menurut amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat; “penilaian geologi daratan” ertinya apa-apa penilaian teknikal seperti ujian pencirian tapak, kajian seismik, penggerudian dan ujian penyuntikan mana-mana kompleks penyimpanan yang berpotensi di kawasan daratan bagi tujuan penyimpanan daratan; “penilaian geologi luar pesisir” ertinya apa-apa penilaian teknikal seperti ujian pencirian tapak, kajian seismik, penggerudian dan ujian penyuntikan mana-mana kompleks penyimpanan yang berpotensi di kawasan luar pesisir bagi tujuan penyimpanan luar pesisir; “permit penilaian daratan” ertinya suatu permit yang dikeluarkan oleh Agensi di bawah seksyen 34; “permit penilaian luar pesisir” ertinya apa-apa permit yang dikeluarkan oleh Agensi di bawah seksyen 25; “penyimpanan daratan” ertinya mana-mana penyimpanan kekal karbon dioksida di mana-mana kawasan daratan; “penyimpanan kekal” ertinya pembendungan kekal suatu arus karbon dioksida dalam kompleks penyimpanan; “penyimpanan luar pesisir” ertinya mana-mana penyimpanan kekal karbon dioksida di mana-mana kawasan luar pesisir; 12 Undang-Undang Malaysia AktA 870 “tapak penyimpanan” ertinya suatu kompleks penyimpanan, suatu bentukan geologi di antara kompleks penyimpanan dengan unjuran permukaan kompleks penyimpanan itu, dan apa-apa kemudahan dan struktur yang berkaitan. (2) Bagi maksud Akta ini, apa-apa sebutan berhubung dengan Malaysia, hendaklah termasuk zon ekonomi eksklusif dan pelantar benua Malaysia, sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 [Akta 311] dan Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83], mengikut mana-mana yang berkenaan. Amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat 5. Bagi maksud Akta ini, apa-apa sebutan “amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat” hendaklah ditafsirkan sebagai apa-apa amalan, kaedah, langkah dan standard yang secara amnya diikuti oleh industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon global semasa tempoh yang terpakai berhubung dengan aktiviti pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon seperti, dan termasuklah— (a) apa-apa kehendak sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri setelah berunding dengan entiti teknikal kompeten yang berkaitan; (b) apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh entiti teknikal kompeten yang berkaitan; atau (c) apa-apa standard yang dikeluarkan oleh mana-mana badan yang diiktiraf di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Bahagian II AGENSI PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON MALAYSIA Penubuhan Agensi 6. Agensi Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon Malaysia ditubuhkan. Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan 13 Karbon Keanggotaan Agensi 7. (1) Agensi hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) seorang Pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Menteri daripada kalangan anggota Agensi; (b) Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon; (c) Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar; dan (d) tidak lebih daripada enam anggota lain yang hendaklah dilantik secara bertulis oleh Menteri, yang pada pandangan Menteri, mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam perkara yang berhubungan dengan pemerangkapan, penggunaan atau penyimpanan karbon atau apa-apa kepakaran lain yang berkaitan. (2) Anggota Agensi yang dilantik di bawah perenggan (1)(d)— (a) boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; dan (b) melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula selama tempoh tidak melebihi dua penggal berturut-turut. Fungsi dan kuasa Agensi 8. (1) Fungsi Agensi adalah— (a) untuk menasihati Kerajaan dan Menteri berkaitan perkara yang berhubungan dengan pelaksanaan Akta ini; (b) untuk mentadbir dan memastikan pelaksanaan yang berkesan Akta ini dan apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; 14 Undang-Undang Malaysia AktA 870 (c) untuk menyelia apa-apa aktiviti berhubung dengan pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan karbon; (d) untuk menyelia pengurusan apa-apa sumber penyimpanan bagi maksud penyimpanan kekal karbon dioksida di Malaysia; (e) untuk mentadbir dan mengawal Kumpulan Wang, dan semua perkara yang berhubungan dengan faedah dan pelaburan Kumpulan Wang itu; (f) untuk mengesyorkan kepada Kerajaan apa-apa dasar, tindakan dan langkah yang berhubungan dengan pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan karbon; (g) untuk menggalakkan, membangunkan atau melaksanakan apa-apa dasar dan inisiatif yang berhubungan dengan pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan karbon; (h) untuk mengumpul, menganalisis dan menyiarkan apa-apa maklumat, statistik dan faktor yang mempengaruhi atau yang berkaitan dengan pembangunan pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan karbon; (i) untuk mengawal aktiviti penilaian geologi luar pesisir dan penilaian geologi daratan melalui pengeluaran permit penilaian luar pesisir dan permit penilaian daratan; (j) untuk mengawal penyimpanan kekal di kawasan luar pesisir dan kawasan daratan melalui pengeluaran lesen penyimpanan luar pesisir dan lesen penyimpanan daratan; (k) untuk melaporkan kepada Menteri apa-apa perkara berkenaan dengan apa-apa kebocoran atau ketidakteraturan yang signifikan; (l) untuk mengawal aktiviti pengangkutan karbon dioksida yang diperangkap di dalam atau di luar Malaysia; (m) untuk mengawal aktiviti pengimportan karbon dioksida yang diperangkap di luar Malaysia; dan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan 15 Karbon (n) untuk melakukan apa-apa perkara lain yang timbul atau berbangkit daripada fungsi Agensi di bawah Akta ini selaras dengan maksud Akta ini. (2) Agensi hendaklah mempunyai semua kuasa yang mungkin perlu untuk, berkaitan dengan, atau secara munasabah bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini. Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan 9. (1) Pelantikan mana-mana anggota yang dilantik di bawah perenggan 7(1)(d), boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri. (2) Mana-mana anggota yang disebut dalam subseksyen (1) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan satu bulan notis kepada Menteri. Pengosongan jawatan 10. Jawatan anggota yang dilantik di bawah perenggan 7(1)(d) hendaklah dikosongkan jika— (a) dia mati; (b) kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Agensi atau selainnya, telah memburukkan nama Agensi; (c) telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan lebih daripada dua tahun; (d) dia menjadi bankrap; 16 Undang-Undang Malaysia AktA 870 (e) dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya; (f) dia tidak menghadiri mesyuarat Agensi tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi; (g) peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; (h) pelantikannya dibatalkan oleh Menteri; atau (i) tempoh pelantikannya telah tamat. Mesyuarat Agensi 11. (1) Agensi hendaklah mengadakan mesyuaratnya sekurang-kurangnya sekali setahun dan mesyuarat itu hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis bertulis oleh Pengerusi, dan Pengerusi boleh membenarkan penggunaan suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain bagi maksud apa-apa mesyuarat Agensi itu. (2) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Agensi. (3) Jika Pengerusi tidak hadir pada sesuatu mesyuarat Agensi, anggota yang hadir hendaklah memilih seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu. (4) Lima orang anggota, termasuk Pengerusi mesyuarat, hendaklah membentuk kuorum mesyuarat. (5) Jika terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus. (6) Agensi boleh menentukan tatacaranya sendiri. Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan 17 Karbon Agensi boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat 12. Agensi boleh mengundang mana-mana orang lain untuk menghadiri apa-apa mesyuarat Agensi bagi menasihati Agensi mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu. Penyediaan kemudahan oleh Kementerian 13. Kementerian yang bertanggungjawab bagi Agensi hendaklah menyediakan kakitangan, dana dan kemudahan lain yang perlu kepada Agensi untuk membolehkannya menjalankan fungsinya. Pelantikan entiti teknikal kompeten 14. (1) Bagi maksud Akta ini, Menteri boleh melantik suatu entiti teknikal kompeten yang berasingan bagi mana-mana komponen yang berikut: (a) pemerangkapan karbon; (b) pengangkutan karbon dioksida; (c) penggunaan karbon dioksida; (d) penyimpanan luar pesisir karbon dioksida; dan (e) penyimpanan daratan karbon dioksida. (2) Entiti teknikal kompeten yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah menasihati Agensi mengenai apa-apa perkara teknikal dan pengendalian yang berhubungan dengan komponen yang berkaitan entiti itu dilantik dan melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. (3) Seseorang hanya boleh dilantik sebagai entiti teknikal kompeten di bawah subseksyen (1) jika orang itu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang perlu berkenaan dengan komponen yang berkaitan bagi pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan karbon. 18 Undang-Undang Malaysia AktA 870 (4) Mana-mana entiti teknikal kompeten yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah menggunakan usaha yang munasabah dalam menunaikan kewajipannya. (5) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh ditafsirkan sebagai memberikan kuasa kepada Menteri untuk melantik suatu entiti teknikal kompeten bagi apa-apa maksud selain daripada maksud yang dinyatakan dalam subseksyen (1). Bahagian III PEMERANGKAPAN KARBON Kehendak bagi pendaftaran pepasangan pemerangkapan karbon 15. (1) Mana-mana orang yang memiliki atau mengendalikan apa-apa pepasangan pemerangkapan karbon hendaklah berdaftar dengan Agensi di bawah Akta ini. (2) Bagi maksud Bahagian ini, “pepasangan pemerangkapan karbon” ertinya suatu pepasangan yang menjalankan pemerangkapan karbon dan termasuklah apa-apa kemudahan teknikal yang berkaitan dengan pepasangan itu. Permohonan bagi pendaftaran pepasangan pemerangkapan karbon 16. Suatu permohonan bagi pendaftaran di bawah seksyen 15 hendaklah dibuat kepada Agensi dalam cara dan disertai dengan maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditetapkan. Bahagian IV PENGANGKUTAN DAN PENGIMPORTAN KARBON DIOKSIDA Pengangkutan karbon dioksida 17. Mana-mana orang yang, melalui jalan, kereta api, air, talian paip atau melalui apa-apa cara lain, mengangkut apa-apa karbon dioksida yang diperoleh melalui pemerangkapan karbon, hendaklah sebelum Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan 19 Karbon pengangkutan itu, berdaftar dengan Agensi di bawah Akta ini dan hendaklah mematuhi— (a) mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan pengangkutan; dan (b) amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat yang dinyatakan dalam seksyen 5. Permohonan pendaftaran untuk mengangkut karbon dioksida 18. Suatu permohonan bagi pendaftaran di bawah seksyen 17 hendaklah dibuat kepada Agensi dalam cara dan disertai dengan maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditetapkan. Pengimportan karbon dioksida yang diperangkap di luar Malaysia 19. (1) Tiada seorang pun boleh mengimport bagi penyimpanan kekal apa-apa karbon dioksida yang diperoleh melalui pemerangkapan karbon di luar Malaysia melainkan jika karbon dioksida itu mematuhi kriteria penerimaan arus karbon dioksida yang dinyatakan dalam seksyen 28. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Permit import karbon dioksida yang diperangkap di luar Malaysia 20. (1) Tiada apa-apa karbon dioksida yang diperangkap di luar Malaysia boleh diimport melalui jalan, kereta api, air, talian paip atau melalui apa-apa cara lain ke dalam Malaysia melainkan jika pengimportan itu mematuhi permit import yang diberikan oleh Agensi. 20 Undang-Undang Malaysia AktA 870 (2) Suatu permohonan bagi suatu permit import di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Agensi dalam apa-apa cara dan disertai dengan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen dan pembayaran fi sebagaimana ditetapkan. (3) Suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permit import itu diberikan atau ditolak. (4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Bahagian V PENGGUNAAN KARBON DIOKSIDA Kehendak bagi pendaftaran untuk menggunakan karbon dioksida 21. Mana-mana orang yang menggunakan karbon dioksida yang diperoleh melalui pemerangkapan karbon di dalam Malaysia hendaklah berdaftar dengan Agensi. Permohonan bagi pendaftaran untuk menggunakan karbon dioksida 22. Suatu permohonan bagi pendaftaran di bawah seksyen 21 hendaklah dibuat kepada Agensi dalam apa-apa cara dan disertai dengan maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Agensi. Larangan bagi penggunaan karbon dioksida yang diperangkap di luar Malaysia 23. (1) Tiada seorang pun boleh menggunakan karbon dioksida yang diperoleh melalui pemerangkapan karbon di luar Malaysia yang telah diimport ke dalam Malaysia bagi maksud penyimpanan kekal. Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan 21 Karbon (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Bahagian VI PENILAIAN DAN PENYIMPANAN KEKAL DI KAWASAN LUAR PESISIR Kehendak suatu permit penilaian luar pesisir 24. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa penilaian geologi luar pesisir bagi apa-apa kompleks penyimpanan atau bentukan geologi yang berpotensi di kawasan luar pesisir tanpa suatu permit penilaian luar pesisir yang diberikan oleh Agensi. (2) Suatu permohonan bagi permit penilaian luar pesisir di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Agensi dalam cara dan disertai dengan fi sebagaimana yang ditetapkan. (3) Suatu permohonan bagi permit penilaian pesisir di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permit penilaian luar pesisir itu diberikan atau ditolak. (4) Agensi boleh pada bila-bila masa selepas permohonan di bawah subseksyen (2) dan sebelum permohonan itu ditentukan, melalui suatu notis bertulis, meminta pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh yang dinyatakan. (5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya. Pemberian permit penilaian luar pesisir 25. (1) Agensi boleh, selepas menimbangkan permohonan bagi permit penilailan luar pesisir di bawah seksyen 24 dan selepas berpuas hati bahawa semua kehendak telah dipenuhi, memberi atau menolak pengeluaran permit penilaian luar pesisir itu. 22 Undang-Undang Malaysia AktA 870 (2) Agensi boleh mengenakan syarat yang difikirkannya sesuai, dalam memberikan permit penilaian luar pesisir itu. Kehendak suatu lesen penyimpanan luar pesisir 26. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan pengendalian tapak penyimpanan di kawasan luar pesisir Malaysia bagi penyimpanan kekal karbon dioksida yang diperangkap di dalam atau di luar Malaysia tanpa suatu lesen penyimpanan luar pesisir yang diberikan oleh Agensi. (2) Suatu permohonan bagi lesen penyimpanan luar pesisir di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Agensi dalam cara dan disertai dengan fi sebagaimana yang ditetapkan. (3) Suatu permohonan bagi lesen penyimpanan luar pesisir di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum lesen penyimpanan luar pesisir itu diberikan atau ditolak. (4) Agensi boleh pada bila-bila masa selepas permohonan di bawah subseksyen (2) diterima dan sebelum permohonan itu ditentukan, melalui suatu notis bertulis, meminta pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh yang dinyatakan. (5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi dua juta ringgit atau kedua-duanya. Pemberian lesen penyimpanan luar pesisir 27. (1) Agensi boleh, selepas menimbangkan permohonan bagi lesen penyimpanan luar pesisir di bawah seksyen 26 dan selepas berpuas hati bahawa semua kehendak telah dipenuhi, memberi atau menolak pengeluaran lesen penyimpanan luar pesisir itu. (2) Agensi boleh mengenakan syarat yang difikirkannya sesuai, dalam memberikan lesen penyimpanan luar pesisir itu. Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan 23 Karbon Kriteria penerimaan arus karbon dioksida bagi maksud penyimpanan luar pesisir 28. (1) Tiada pengendali luar pesisir boleh menerima dan menyuntik arus karbon dioksida ke dalam suatu tapak penyimpanan di kawasan luar pesisir melainkan jika arus karbon dioksida itu mematuhi kriteria penerimaan arus karbon dioksida yang dinyatakan dalam subseksyen (2), (3) dan (4). (2) Suatu arus karbon dioksida hendaklah mematuhi amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat yang dinyatakan dalam seksyen 5, dan arus karbon dioksida itu hendaklah mengandungi karbon dioksida yang amat banyak, dan tiada sisa atau bahan lain yang boleh ditambah ke dalam arus karbon dioksida itu bagi maksud melupuskan sisa atau bahan lain itu. (3) Walau apa pun subseksyen (2), suatu arus karbon dioksida boleh mengandungi apa-apa bahan berkaitan yang bersampingan daripada sumber, proses pemerangkapan atau suntikan, dan bahan surih yang ditambah untuk membantu memantau dan menentusahkan pemindahan karbon dioksida itu. (4) Kepekatan semua bahan sampingan dan tambahan yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah berada di bawah paras yang— (a) boleh memberi kesan yang menjejaskan keutuhan tapak penyimpanan atau infrastruktur pengangkutan yang berkaitan; (b) boleh menimbulkan apa-apa risiko yang signifikan terhadap kesihatan manusia atau alam sekeliling mengikut amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat yang dinyatakan dalam seksyen 5; atau (c) melanggar mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai di Malaysia. (5) Pengendali luar pesisir hendaklah menyimpan suatu daftar kuantiti dan sifat arus karbon dioksida yang diterima dan disuntik, termasuk komposisi arus itu. 24 Undang-Undang Malaysia AktA 870 (6) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Obligasi pengendalian berhubung dengan penyimpanan luar pesisir 29. Apabila menjalankan pengendalian suatu tapak penyimpanan, pengendali luar pesisir hendaklah, mengikut amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat yang dinyatakan dalam seksyen 5— (a) menyediakan maklumat yang berkaitan bagi maksud menilai pematuhan syarat lesen penyimpanan di luar pesisir; (b) memantau kompleks penyimpanan dan alam sekeliling di sekitarnya, dan menyediakan suatu rancangan pemantauan; (c) menjalankan apa-apa langkah pembetulan dan langkah pemulihan berhubung dengan apa-apa kebocoran atau ketidakteraturan yang signifikan; dan (d) mengemukakan laporan berhubung dengan hasil pemantauan yang dibuat di bawah perenggan (b) dan apa-apa langkah yang diambil di bawah perenggan (c), kepada Agensi. Levi suntikan 30. (1) Menteri hendaklah, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menurut syor yang dibuat oleh Agensi, menentukan kadar levi suntikan yang perlu dibayar oleh pengendali luar pesisir bagi maksud pemantauan jangka masa panjang setiap tapak penyimpanan oleh Kerajaan, selepas Agensi berunding dengan entiti teknikal kompeten yang berkaitan. (2) Kadar suntikan levi itu— (a) hendaklah ditentukan berdasarkan risiko dan kebarangkalian risiko setiap tapak penyimpanan; dan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan 25 Karbon (b) tidak boleh dinaikkan disebabkan oleh pengeluaran daripada Kumpulan Wang atau risiko yang dikaitkan dengan projek penyimpanan luar pesisir yang lain. (3) Tertakluk pada subseksyen (2)— (a) Agensi boleh mengkaji semula kadar levi suntikan bagi setiap lima tahun, setelah berunding dengan entiti teknikal kompeten yang berkaitan; dan (b) pengendali luar pesisir sebagaimana yang difikirkan perlu boleh meminta Agensi supaya mengkaji semula kadar levi suntikan. Obligasi penutupan dan pasca-penutupan berhubung dengan penyimpanan luar pesisir 31. (1) Tiada tapak penyimpanan boleh ditutup dan tiada sijil penutupan boleh dikeluarkan oleh Agensi melainkan jika syarat bagi penutupan yang ditetapkan telah dipatuhi. (2) Selepas suatu tapak penyimpanan telah ditutup menurut subseksyen (1), pengendali luar pesisir hendaklah tetap bertanggungjawab bagi— (a) memantau tapak penyimpanan itu dan melaporkan hasil pemantauan kepada Agensi; (b) apa-apa langkah pembetulan; (c) apa-apa langkah pemulihan; dan (d) apa-apa aktiviti lain yang ditetapkan, sehingga obligasi berhubung dengan tapak penyimpanan itu dipindahkan kepada Kerajaan menurut seksyen 32. 26 Undang-Undang Malaysia AktA 870 Pemindahan obligasi berhubung dengan penyimpanan luar pesisir 32. (1) Jika suatu tapak penyimpanan telah ditutup menurut seksyen 31, obligasi yang berhubungan dengan pemantauan, langkah pembetulan dan langkah pemulihan hendaklah dipindahkan kepada Kerajaan dan Kerajaan hendaklah mengeluarkan suatu sijil kepada pengendali luar pesisir untuk mendokumenkan pemindahan obligasi itu. (2) Pemindahan semua obligasi kepada Kerajaan di bawah subseksyen (1) hanya akan berlaku jika— (a) suatu tempoh yang ditetapkan telah luput daripada pengeluaran sijil penutupan di bawah subseksyen 31(1); dan (b) syarat lain yang ditetapkan dalam sijil penutupan telah dipenuhi. (3) Bagi mengelakkan keraguan, pemindahan obligasi kepada Kerajaan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak termasuk pemindahan apa-apa liabiliti undang-undang jenayah, kontrak atau sivil yang berkaitan dengan tapak penyimpanan itu yang disebabkan oleh kesalahan, kecuaian atau penipuan pengendali luar pesisir, atau kegagalan pengendali luar pesisir itu untuk menjalankan apa-apa usaha wajar. Bahagian VII PENILAIAN DAN PENYIMPANAN KEKAL DI KAWASAN DARATAN Kehendak suatu permit penilaian daratan 33. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa penilaian geologi daratan bagi apa-apa kompleks penyimpanan atau bentukan geologi yang berpotensi di kawasan daratan tanpa suatu permit penilaian daratan yang diberikan oleh Agensi. (2) Sesuatu permohonan bagi permit penilaian daratan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Agensi dalam cara dan disertai dengan fi sebagaimana yang ditetapkan. Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan 27 Karbon (3) Suatu permohonan bagi permit penilaian daratan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permit penilaian daratan itu diberikan atau ditolak. (4) Agensi boleh pada bila-bila masa selepas permohonan di bawah subseksyen (2) dan sebelum permohonan itu ditentukan, melalui suatu notis bertulis, meminta pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh yang dinyatakan. (5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya. Pemberian permit penilaian daratan 34. (1) Agensi boleh, selepas menimbangkan permohonan bagi permit penilaian daratan di bawah seksyen 33 dan selepas berpuas hati bahawa semua kehendak telah dipenuhi, memberi atau menolak pengeluaran permit penilaian daratan itu. (2) Agensi boleh mengenakan syarat yang difikirkannya sesuai, dalam memberikan permit penilaian daratan itu. Kehendak suatu lesen penyimpanan daratan 35. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan pengendalian tapak penyimpanan di kawasan daratan Malaysia bagi penyimpanan kekal karbon dioksida yang diperangkap di dalam atau di luar Malaysia tanpa suatu lesen penyimpanan daratan yang dikeluarkan oleh Agensi. (2) Suatu permohonan bagi lesen penyimpanan daratan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Agensi dalam cara dan disertai dengan fi sebagaimana yang ditetapkan. (3) Suatu permohonan bagi lesen penyimpanan daratan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum lesen penyimpanan daratan itu diberikan atau ditolak. 28 Undang-Undang Malaysia AktA 870 (4) Agensi boleh pada bila-bila masa selepas permohonan di bawah subseksyen (2) diterima dan sebelum permohonan itu ditentukan, melalui suatu notis bertulis, meminta pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh yang dinyatakan. (5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi dua juta ringgit atau kedua-duanya. Pemberian lesen penyimpanan daratan 36. (1) Agensi boleh, selepas menimbangkan permohonan bagi lesen penyimpanan daratan di bawah seksyen 35 dan selepas berpuas hati bahawa semua kehendak telah dipenuhi, memberi atau menolak pengeluaran lesen penyimpanan daratan itu. (2) Agensi boleh mengenakan syarat yang difikirkannya sesuai, dalam memberikan lesen penyimpanan daratan itu. Kriteria penerimaan arus karbon dioksida bagi maksud penyimpanan daratan 37. (1) Tiada pengendali daratan boleh menerima dan menyuntik arus karbon dioksida ke dalam suatu tapak penyimpanan di kawasan daratan melainkan jika arus karbon dioksida itu mematuhi kriteria penerimaan arus karbon dioksida yang dinyatakan dalam seksyen 28. (2) Pengendali daratan hendaklah menyimpan suatu daftar kuantiti dan sifat arus karbon dioksida yang diterima dan disuntik, termasuk komposisi arus itu. (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan 29 Karbon Obligasi pengendalian berhubung dengan penyimpanan daratan 38. Obligasi pengendalian berhubung dengan penyimpanan di luar pesisir yang dinyatakan dalam seksyen 29 hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi obligasi pengendalian yang perlu dikenakan atas seorang pengendali daratan dalam hal penyimpanan daratan. Obligasi penutupan dan pasca-penutupan berhubung dengan penyimpanan di daratan 39. Obligasi penutupan dan pasca-penutupan berhubung dengan penyimpanan di luar pesisir yang dinyatakan dalam seksyen 31 hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi obligasi penutupan dan pasca-penutupan yang perlu dikenakan atas suatu pengendali daratan dalam hal penyimpanan daratan. Pemindahan obligasi berhubung dengan penyimpanan daratan 40. Sebelum penutupan suatu tapak penyimpanan di kawasan daratan menurut seksyen 39, apa-apa pemindahan obligasi yang berhubungan dengan pemantauan, langkah pembetulan dan langkah pemulihan tapak penyimpanan di kawasan daratan hendaklah ditentukan oleh Menteri, selepas berunding dengan Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan. Bahagian VIII KUMPULAN WANG PENGAWASAN PASCA-PENUTUPAN Kumpulan Wang Pengawasan Pasca-Penutupan 41. (1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Pengawasan Pasca-Penutupan” ditubuhkan dan hendaklah ditadbir dan dikawal oleh Agensi. (2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada— (a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Kerajaan bagi maksud Akta ini; 30 Undang-Undang Malaysia AktA 870 (b) apa-apa levi suntikan yang dibuat oleh pengendali luar pesisir kepada Agensi bagi maksud mengadakan sokongan kewangan kepada Kerajaan untuk menampung apa-apa kos yang terlibat dalam pemantauan jangka panjang, langkah pembetulan dan langkah pemulihan bagi tapak penyimpanan selepas pemindahan tanggungjawab menurut seksyen 32 atau 40, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah berlaku; dan (c) semua wang yang diperoleh daripada pelaburan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang termasuk pendapatan faedah. Perbelanjaan yang boleh dikenakan kepada Kumpulan Wang 42. (1) Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan hanya bagi maksud menampung kos yang perlu ditanggung oleh Kerajaan bagi pengawasan jangka panjang tapak penyimpanan selepas pemindahan tanggungjawab menurut seksyen 32 atau 40, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah berlaku, termasuk— (a) memenuhi apa-apa obligasi yang diambil alih oleh Kerajaan menurut pemindahan tanggungjawab di bawah seksyen 32 atau 40; (b) pemantauan jangka panjang bagi karbon dioksida yang disimpan di dalam suatu tapak penyimpanan untuk memastikan bahawa karbon dioksida itu disimpan dengan selamat dan kekal; dan (c) menjalankan apa-apa langkah pembetulan atau langkah pemulihan. (2) Walau apa pun subseksyen (1), semua wang yang diperoleh daripada pelaburan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang yang disebut dalam perenggan 41(2)(c) juga boleh dibelanjakan bagi maksud menggalakkan pembangunan industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon di Malaysia secara amnya. Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan 31 Karbon Kuasa untuk melabur 43. (1) Wang dalam Kumpulan Wang boleh, setakat yang tidak dikehendaki atau tidak dengan serta-merta dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Agensi bagi maksud subseksyen 42(1), dilaburkan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri setelah berunding dengan dan mendapat kelulusan Menteri Kewangan. (2) Agensi hendaklah membuka dan menyenggara suatu akaun atau akaun-akaun untuk memegang wang dalam Kumpulan Wang dengan mana-mana bank atau bank-bank di Malaysia sebagaimana yang difikirkan patut oleh Agensi, selepas berunding dengan Menteri dan Menteri Kewangan, dan tiap-tiap akaun itu hendaklah dikendalikan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dibenarkan oleh Agensi bagi maksud itu. Akaun dan laporan 44. (1) Agensi hendaklah menyebabkan supaya akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang dan laporan aktivitinya disimpan dan hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu— (a) suatu penyata akaun yang hendaklah termasuk kunci kira-kira dan akaun sumbangan dan perbelanjaan; dan (b) suatu pernyataan mengenai aktivitinya berkenaan dengan Kumpulan Wang itu. (2) Agensi hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri, dan Menteri hendaklah menyebabkan penyata akaun dan laporan juruaudit itu dibentangkan di hadapan setiap Majlis Parlimen. 32 Undang-Undang Malaysia AktA 870 Bahagian IX PENGUATKUASAAN Pemberikuasaan pegawai awam 45. Menteri, boleh, secara bertulis, memberi kuasa kepada mana-mana pegawai awam untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini. Kuasa penguatkuasaan 46. (1) Seorang pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor atau seorang pegawai kanan kastam boleh menjalankan semua kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini. (2) Seorang pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 45 hendaklah mempunyai kuasa seorang pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] berhubung dengan penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, dan kuasa itu hendaklah sebagai tambahan dan bukan pengurangan bagi, kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini. Bahagian X PERUNTUKAN AM Rayuan 47. (1) Mana-mana pemohon yang terkilan dengan— (a) suatu keengganan untuk memberikan suatu permit penilaian luar pesisir di bawah seksyen 25 dan lesen penyimpanan luar pesisir di bawah seksyen 27; (b) suatu keengganan untuk memberikan suatu permit penilaian daratan di bawah seksyen 34 dan lesen penyimpanan daratan di bawah seksyen 36; (c) pengenaan apa-apa syarat, batasan atau sekatan pada permit atau lesennya; atau Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan 33 Karbon (d) pembatalan, penggantungan atau pengubahan permit atau lesennya, boleh, dalam tempoh tiga puluh hari selepas dimaklumkan secara bertulis apa-apa keengganan, pengenaan, pembatalan atau penggantungan, merayu kepada Menteri. (2) Menteri boleh, selepas menimbangkan rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (1), mengesahkan atau mengetepikan keputusan yang dirayukan itu. Pendakwaan 48. Tiada pendakwaan bagi atau berhubung dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya. Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang 49. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Menteri, mana-mana anggota Agensi, Pengerusi atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya semasa menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini melainkan jika boleh dibuktikan bahawa apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkarannya telah dilakukan atau ditinggalkan dengan niat jahat dan tanpa sebab yang munasabah. Tanggungan pengarah, dsb., bagi pertubuhan perbadanan 50. (1) Jika mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan di bawah Akta ini ialah suatu pertubuhan perbadanan, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa 34 Undang-Undang Malaysia AktA 870 sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusannya— (a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan (b) jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan— (i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; atau (ii) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu. (2) Bagi maksud seksyen ini, “pertubuhan perbadanan” ertinya suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain. Kuasa untuk mengecualikan 51. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk dikenakan, mengecualikan mana-mana kawasan geografi, orang atau golongan orang, kenderaan atau kelas kenderaan, atau premis atau kelas premis, daripada mana-mana atau semua peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan 35 Karbon Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 52. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut: (a) untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemerangkapan karbon; (b) untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengangkutan karbon dioksida yang diperoleh melalui pemerangkapan karbon; (c) untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan penggunaan karbon dioksida yang diperoleh melalui pemerangkapan karbon; (d) untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan permohonan bagi permit penilaian luar pesisir dan lesen penyimpanan luar pesisir; (e) untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan permohonan bagi permit penilaian daratan dan lesen penyimpanan daratan; (f) untuk menetapkan apa-apa fungsi entiti teknikal kompeten; (g) untuk menetapkan amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat selepas berunding dengan Agensi; (h) untuk menetapkan obligasi yang berhubungan dengan pengendalian suatu tapak penyimpanan; (i) untuk menetapkan syarat bagi penutupan suatu tapak penyimpanan dan pengeluaran suatu sijil penutupan;
Part document.segment-2
870 - AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
870 - AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025 — segment 2
AI-assisted research summary: The Minister may issue standards, guidelines, specifications, practices, measures, reporting requirements, and other matters for carbon capture, transport, use, and storage of carbon dioxide. Regulations under the Act may also make a contravention or omission an offence and set a fine of up to one million ringgit.
36 Undang-Undang Malaysia AktA 870 (j) untuk menetapkan syarat bagi pemindahan obligasi kepada Kerajaan selepas suatu tapak penyimpanan ditutup dan pengeluaran suatu sijil yang mendokumenkan pemindahan obligasi itu; (k) untuk menetapkan syarat bagi pemindahan obligasi kepada Kerajaan Negeri, selepas rundingan dengan Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, dilaksanakan; (l) untuk menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini; (m) untuk menetapkan cara rayuan di bawah Akta ini; (n) untuk menetapkan tatacara bagi pentadbiran Kumpulan Wang; (o) untuk menetapkan perkara yang berhubungan dengan bayaran levi suntikan ke dalam Kumpulan Wang; dan (p) apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Akta ini untuk ditetapkan. (3) Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu juta ringgit. Kuasa untuk mengeluarkan standard, garis panduan, dsb. 53. Menteri boleh mengeluarkan apa-apa standard, garis panduan, spesifikasi, amalan, langkah dan kehendak pelaporan dan apa-apa perkara lain berkenaan dengan pemerangkapan karbon, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan karbon dioksida, dan standard, garis panduan, spesifikasi, amalan, langkah, kehendak pelaporan dan apa-apa perkara lain yang dikeluarkan hendaklah mengikut seksyen 5.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
870 - AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in