AI-assisted research summary: This Act applies certain borrowing-guarantee provisions to a named Malaysian company, requires the Minister to report payments to the Dewan Rakyat, and lets the Minister extend the arrangement to other companies by Gazette order after a Dewan Rakyat resolution.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 412 AKTA JAMINAN PINJAMAN 1963 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Loan Guarantee Act 1963 [Act 412]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA JAMINAN PINJAMAN 1963 Pertama kali diperbuat … … … 1963 (Akta No.14 tahun 1963) Disemak … … … 1989 (Akta 412 m.b.p 28 Disember 1989) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 412 AKTA JAMINAN PINJAMAN 1963 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. T ajuk ringkas dan pemakaian 2. P emakaian Akta Pinjaman (Bank Antarabangsa) 1958 3. R atifikasi Perjanjian Jaminan 4. P eluasan kepada syarikat lain 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 412 AKTA JAMINAN PINJAMAN 1963 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemakaian peruntukan tertentu Akta Pinjaman (Bank Antarabangsa) 1958, bagi suatu jaminan oleh Malaysia terhadap suatu pinjaman oleh Bank Antarabangsa bagi Pembinaan Semula dan Pembangunan kepada Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [Semenanjung Malaysia—11 April 1963; Sabah dan Sarawak—8 Oktober1964] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Jaminan Pinjaman 1963. (2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. Pemakaian Akta Pinjaman (Bank Antarabangsaa) 1958 2. (1) Peruntukan yang berikut dalam Akta Pinjaman (Bank Antarabangsa) 1958 [Akta 411], iaitu— (a) seksyen 7 (yang memberi kuasa kepada Kerajaan untuk memberikan jaminan dan aku janji yang berkenaan dengan peminjaman oleh pihak berkuasa berkanun 6 Undang-Undang Malaysia Akta 412 daripada Bank Antarabangsa bagi Pembinaan Semula dan Pembangunan); dan (b) setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan jaminan dan aku janji oleh Kerajaan, seksyen 11 dan 12 (yang mengandungi peruntukan tambahan bagi pelaksanaan, antara perkara lain, mana-mana jaminan atau aku janji itu), kecuali bagi perkataan “1950” dalam subseksyen 12(5), hendaklah digantikan dengan perkataan “1960”, hendaklah terpakai berhubung dengan apa-apa peminjaman daripada Bank itu oleh syarikat bernama Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad seolah-olah syarikat itu ialah suatu pihak berkuasa berkanun mengikut pengertian Akta itu, dan peminjaman itu telah dibuat di bawah subseksyen 5(1) Akta itu. (2) Jika apa-apa jumlah wang dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan berkenaan dengan apa-apa liabiliti yang ditanggung oleh Kerajaan menurut kuasa subseksyen (1), Menteri hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas berakhirnya setiap tahun kewangan yang bermula pada tahun jumlah wang itu dibayar dan yang berakhir pada tahun semua liabiliti berkenaan dengannya dan apa-apa bunga yang kena dibayar atasnya dijelaskan dengan muktamad oleh syarikat itu, membentangkan dalam Dewan Rakyat suatu penyata yang berhubungan dengannya. (3) Perenggan 12(2)(a) dan (b) itu (yang memperuntukkan pengecualian daripada pencukaian dan kawalan pertukaran) hendaklah juga terpakai berhubung dengan apa-apa perjanjian yang dibuat, sama ada sebelum atau selepas Akta ini diluluskan, dengan Bank itu oleh syarikat itu, dengan kelulusan Kerajaan, berkenaan dengan apa-apa peminjaman oleh syarikat itu daripada Bank, dan bagi apa-apa bon, nota janji hutang atau surat cara yang dikeluarkan oleh syarikat itu menurut mana-mana perjanjian itu, sebagaimana ia terpakai bagi perjanjian dan surat cara yang disebut dalamnya itu. Ratifikasi Perjanjian Jaminan 3. Perjanjian jaminan yang hingga kini dibuat antara Kerajaan atas nama Persekutuan Malaysia dengan Bank itu dengan ini diratifikasi Jaminan Pinjaman 7 dan disahkan dalam segala perkara dan hendaklah berkuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah Akta ini telah berkuat kuasa pada tarikh itu dan perjanjian itu telah dibuat dan disempurnakan dengan sewajarnya pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah Akta ini. Peluasan kepada syarikat lain 4. Jika suatu ketetapan diluluskan oleh Dewan Rakyat bahawa seksyen 2 Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana syarikat, sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad, maka Menteri boleh, melalui Perintah yang hendaklah disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan bahawa peruntukan itu hendaklah terpakai bagi syarikat itu. 8 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 412 AKTA JAMINAN PINJAMAN 1963 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari –TIADA– 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 412 AKTA JAMINAN PINJAMAN 1963 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari -TIADA-