A1663 - AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO.3) 2022
This Act amends the Federal Constitution, including anti-party-switching rules for MPs and state assembly members, and sets related notice and vacancy-filling timelines.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1663 - AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO.3) 2022
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1663 - AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO.3) 2022
AI-assisted research summary: This Act amends the Federal Constitution, including anti-party-switching rules for MPs and state assembly members, and sets related notice and vacancy-filling timelines.
Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1663 AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO. 3) 2022 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1663 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 31 Ogos 2022 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 6 September 2022 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1663 AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO. 3) 2022 Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta. (3) Walau apa pun subseksyen (2), seksyen 6 Akta ini mula berkuat kuasa di sesuatu Negeri pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong, dengan persetujuan Raja atau Yang di-Pertua Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan Perkara 10 2. Perlembagaan Persekutuan dipinda dalam Perkara 10— (a) dalam Fasal (1), dengan memasukkan selepas perkataan “(3)” perkataan “, (3a)”; dan 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1663 (b) dengan memasukkan selepas Fasal (3) Fasal yang berikut: “(3a) Walau apa pun perenggan (c) Fasal (2) dan Fasal (3), hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) berhubung dengan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan bagi mana-mana Negeri hendaklah tertakluk kepada sekatan yang dikenakan masing-masing oleh Perkara 49a dan seksyen 7a Jadual Kelapan.”. Pindaan Perkara 48 3. Perlembagaan Persekutuan dipinda dalam Perkara 48 dengan memotong Fasal (6). Perkara baharu 49a 4. Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan selepas Perkara 49 Perkara yang berikut: “Pertukaran parti politik anggota, dsb. 49a. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang ahli Dewan Rakyat hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong sebaik sahaja suatu tarikh kekosongan luar jangka dipastikan oleh Yang di-Pertua di bawah Fasal (3) jika— (a) setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik— (i) dia melepaskan keanggotaan parti politik itu; atau (ii) dia tidak lagi menjadi anggota parti politik itu; atau (b) setelah dipilih ke Dewan Rakyat bukan sebagai anggota suatu parti politik, dia menyertai suatu parti politik sebagai anggota. Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 5 (2) Seseorang ahli Dewan Rakyat tidak terhenti menjadi ahli Dewan itu menurut Perkara ini hanya disebabkan oleh— (a) pembubaran atau pembatalan pendaftaran parti politiknya; (b) pelepasan keanggotaannya daripada parti politiknya apabila dipilih sebagai Yang di-Pertua; atau (c) pemecatannya daripada keanggotaan dalam parti politiknya. (3) Apabila Yang di-Pertua menerima suatu notis bertulis daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat mengenai berlakunya kekosongan luar jangka dalam kalangan ahli Dewan Rakyat di bawah Perkara ini, Yang di-Pertua hendaklah memastikan bahawa berlakunya kekosongan luar jangka itu dan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya sewajarnya dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh dia menerima notis bertulis itu. (4) Bagi maksud mengadakan pilihan raya di bawah Perkara 54, kekosongan luar jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya menerima pemberitahuan itu daripada Yang di-Pertua.”. Pindaan Perkara 160 5. Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dipinda dalam Fasal (2) dengan memasukkan selepas takrif “Orang Melayu” takrif yang berikut: ‘ “parti politik” ertinya— (a) mana-mana pertubuhan yang menurut mana-mana tujuan atau kaedahnya, tidak kira sama ada tujuan atau kaedah itu merupakan tujuan atau kaedah utamanya, atau semata-mata merupakan tujuan atau kaedah yang menjadi tambahan kepada tujuan atau tujuan-tujuan utamanya atau kepada kaedah atau kaedah-kaedah utamanya, mengadakan peruntukan bagi pertubuhan itu menyertai, melalui calon-calonnya, dalam pemilihan ke Dewan Rakyat, atau ke Dewan Undangan Negeri; atau 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1663 (b) mana-mana pertubuhan yang, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam tujuan-tujuan atau kaedah-kaedahnya, menjalankan apa-apa aktiviti atau meneruskan apa-apa tujuan yang melibatkan penyertaannya, melalui calon-calonnya, dalam pemilihan ke Dewan Rakyat, atau ke Dewan Undangan Negeri, dan termasuklah gabungan pertubuhan sedemikian yang telah didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang persekutuan;’. Pindaan Jadual Kelapan 6. Jadual Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan dipinda— (a) dengan memotong subseksyen (5) seksyen 6; dan (b) dengan memasukkan selepas seksyen 7 seksyen yang berikut: “Pertukaran parti politik anggota, dsb. 7a. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, seseorang ahli Dewan Undangan hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan Undangan itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong sebaik sahaja suatu tarikh kekosongan luar jangka dipastikan oleh Yang di-Pertua di bawah subseksyen (3) jika— (a) setelah dipilih ke Dewan Undangan sebagai anggota suatu parti politik— (i) dia melepaskan keanggotaan parti politik itu; atau (ii) dia tidak lagi menjadi anggota parti politik itu; atau (b) setelah dipilih ke Dewan Undangan bukan sebagai anggota suatu parti politik, dia menyertai suatu parti politik sebagai anggota. Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 7 (2) Seseorang ahli Dewan Undangan tidak terhenti menjadi ahli Dewan Undangan itu menurut seksyen ini hanya disebabkan oleh— (a) pembubaran atau pembatalan pendaftaran parti politiknya; (b) pelepasan keanggotaannya daripada parti politiknya apabila dipilih sebagai Yang di-Pertua; atau (c) pemecatannya daripada keanggotaan dalam parti politiknya. (3) Apabila Yang di-Pertua menerima suatu notis bertulis daripada mana-mana ahli Dewan Undangan mengenai berlakunya kekosongan luar jangka dalam kalangan ahli Dewan Undangan di bawah seksyen ini, Yang di-Pertua hendaklah memastikan bahawa berlakunya kekosongan luar jangka itu dan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya sewajarnya dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh dia menerima notis bertulis itu. (4) Bagi maksud mengadakan pilihan raya di bawah subseksyen (5) seksyen 9, kekosongan luar jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya menerima pemberitahuan itu daripada Yang di-Pertua.”.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1663 - AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO.3) 2022
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in