510 - AKTA PERSATUAN INSTITUT WANITA KEBANGSAAN BAGI MALAYSIA PERBADANAN 1958
This Act incorporates the National Association of Women’s Institutes of Malaysia and sets out how the corporation is run.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 510 - AKTA PERSATUAN INSTITUT WANITA KEBANGSAAN BAGI MALAYSIA PERBADANAN 1958
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
510 - AKTA PERSATUAN INSTITUT WANITA KEBANGSAAN BAGI MALAYSIA PERBADANAN 1958
AI-assisted research summary: This Act incorporates the National Association of Women’s Institutes of Malaysia and sets out how the corporation is run.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 510 AKTA PERSATUAN INSTITUT WANITA KEBANGSAAN MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1958 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi National Association of Women’s Institutes of Malaysia Incorporation Act 1958 [Act 510]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA PERSATUAN INSTITUT WANITA KEBANGSAAN MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1958 Pertama kali diperbuat … … … 1958 (Ord. No. 37 tahun 1958) Disemak … … … 1993 (Akta 510 m.b.p. 8 Oktober 1993) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 510 AKTA PERSATUAN INSTITUT WANITA KEBANGSAAN MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1958 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. T ajuk ringkas dan pemakaian 2. T afsiran 3. P emerbadanan Persatuan Institut Wanita Kebangsaan Malaysia dan kuasa Perbadanan 4. M atlamat Perbadanan 5. P enubuhan Majlis Pusat 6. A nggota pertama Majlis Pusat 7. P enggunaan meterai perbadanan 8. D aftar anggota 9. K uasa Majlis Pusat 10. P eletakhakan harta 11. P embayaran hutang dan liabiliti 12. P enggunaan pendapatan 13. L iabiliti anggota 14. A kaun dan laporan tahunan 15. K ecualian hak 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 510 AKTA PERSATUAN INSTITUT WANITA KEBANGSAAN MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1958 Suatu Akta untuk memperbadankan Persatuan Institut Wanita Kebangsaan Malaysia. [28 Ogos 1958] Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persatuan Institut Wanita Kebangsaan Malaysia (Pemerbadanan) 1958. (2) Akta ini hendaklah terpakai bagi Negeri-Negeri *Semenanjung Malaysia sahaja. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Persatuan” ertinya Persatuan Institut Wanita Kebangsaan Malaysia yang didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335]; “Majlis Pusat” ertinya Majlis Pusat yang ditubuhkan mengikut seksyen 5; *CATATAN—Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Semenanjung Malaysia”— lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2). 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 510 “Perbadanan” ertinya badan yang diperbadankan di bawah nama “Persatuan Institut Wanita Kebangsaan Malaysia” oleh Akta ini. Pemerbadanan Persatuan Institut Wanita Kebangsaan Malaysia dan kuasa Perbadanan 3. Orang yang kini anggota persatuan sukarela yang dikenali sebagai Persatuan Institut Wanita Kebangsaan Malaysia dan semua orang sedemikian yang kemudian daripada ini menjadi anggota Perbadanan menurut Akta ini atau kaedah-kaedah dan undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama Persatuan Institut Wanita Kebangsaan Malaysia dan dengan nama yang sama adalah kekal turun-temurun dan boleh membuat kontrak, dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta tak alih daripada setiap perihalan, dan boleh memindahhakkan, memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada Perbadanan mengikut apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan, dan dengan nama yang sama boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya dalam semua mahkamah dan dengan segala cara tindakan dan dalam segala guaman dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkenaan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan. Matlamat Perbadanan 4. Matlamat Perbadanan adalah untuk mengadakan suatu organisasi yang hendaklah terbuka, tanpa apa-apa diskriminasi atas alasan agama, kaum atau politik, bagi semua wanita dan gadis yang tinggal di Malaysia untuk membolehkan wanita dan gadis, terutamanya yang di kawasan luar bandar, untuk mengambil bahagian yang berkesan dalam kehidupan dan membangunkan komuniti dan secara amnya untuk melakukan segala perkara sebagaimana yang disifatkan oleh Perbadanan atau Majlis Pusatnya sebagai bersampingan atau berfaedah bagi mencapai matlamat itu. Persatuan Institut Wanita Kebangsaan Malaysia (Pemerbadanan) 7 Penubuhan Majlis Pusat 5. Hal ehwal Perbadanan hendaklah ditadbir oleh suatu Majlis Pusat yang ditubuhkan mengikut kaedah-kaedah dan undang-undang kecil Perbadanan pada masa itu. Anggota pertama Majlis Pusat 6. Anggota pertama bagi Majlis Pusat hendaklah wanita yang pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini adalah anggota Jawatankuasa Eksekutif Persatuan. Penggunaan meterai perbadanan 7. (1) Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan. (2) Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai Perbadanan hendaklah dimeteraikan dengan meterai Perbadanan menurut suatu ketetapan Majlis Pusat bagi maksud itu, di hadapan Pengerusi atau seorang Timbalan Pengerusi Majlis Pusat, dan Setiausaha Majlis Pusat, atau seorang lain yang diberi kuasa oleh Majlis Pusat untuk bertindak bagi maksud itu, yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang padanya meterai itu dicapkan, dan tandatangan itu hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai Persatuan yang sah di sisi undang-undang. Daftar anggota 8. Majlis Pusat hendaklah menyebabkan supaya suatu daftar disimpan yang dalamnya tiap-tiap orang yang pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini adalah seorang anggota Persatuan atau kemudian 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 510 daripada itu menjadi seorang anggota Perbadanan yang diterima masuk dengan sewajarnya hendaklah namanya ditulis dan dalamnya hendaklah direkodkan apa-apa perkara lain yang dari semasa ke semasa ditentukan oleh Majlis Pusat. Daftar itu boleh disimpan mengikut apa-apa bilangan bahagian sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Pusat dari semasa ke semasa dan kewajipan menyimpan bahagian daftar itu boleh diwakilkan kepada mana-mana anggota atau pegawai Perbadanan. Kuasa Majlis Pusat 9. Sah bagi Majlis Pusat dari semasa ke semasa untuk membuat, mengubah atau membatalkan mana-mana kaedah-kaedah dan undang-undang kecil sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat bagi pengurusan hal ehwal Perbadanan dan bagi mencapai matlamatnya dan semua kaedah-kaedah dan undang-undang kecil itu hendaklah mengikat pada setiap masa anggota pada masa itu bagi Perbadanan. Peletakhakan harta 10. Pada mula berkuat kuasanya Akta ini segala dan tiap-tiap harta kepunyaan Persatuan, sama ada yang dipegang atas nama Persatuan atau atas nama mana-mana orang sebagai pemegang amanah bagi Persatuan, hendaklah terletak hak dan segala dan tiap-tiap harta kepunyaan Persatuan itu adalah dengan ini terletak hak pada Perbadanan, dan segala dan tiap-tiap harta itu, bersama dengan segala harta alih atau harta tak alih yang diperoleh kemudiannya, dan segala yuran, caruman, derma, denda, jumlah pinjaman dan pendahuluan yang diterima atau yang akan diterima hendaklah dipegang oleh Perbadanan bagi maksud Akta ini dan tertakluk pada kaedah-kaedah Perbadanan pada masa itu. Pembayaran hutang dan liabiliti 11. Semua hutang dan liabiliti Persatuan yang ada pada masa permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah dibayar oleh Perbadanan, Persatuan Institut Wanita Kebangsaan Malaysia (Pemerbadanan) 9 dan semua hutang yang kena dibayar dan yuran dan caruman yang kena dibayar kepada Persatuan hendaklah dibayar kepada Perbadanan bagi maksud Akta ini. Penggunaan pendapatan 12. Pendapatan dan harta Perbadanan, walau dari mana jua pun didapati, hendaklah digunakan semata-mata untuk memajukan matlamat Perbadanan yang disebut terdahulu dan tiada bahagian pendapatan dan harta Perbadanan boleh dibayar atau dipindahkan hakmilik secara langsung atau tidak langsung melalui dividen, bonus atau selainnya tidak kira bagaimana jua sekali pun melalui keuntungan kepada anggota Perbadanan: Dengan syarat bahawa tiada apa jua yang terkandung dalam ini boleh menghalang pembayaran saraan yang dibuat secara suci hati kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan atau kepada mana-mana anggota Perbadanan sebagai balasan bagi apa-apa perkhidmatan yang sebenarnya diberikan kepada Perbadanan. Liabiliti anggota 13. Liabiliti setiap anggota Perbadanan berkenaan dengan transaksi Perbadanan hendaklah dalam apa-apa hal tidak melebihi jumlah apa-apa yuran tahunan sebagaimana yang kena dibayar oleh anggota itu kepada Perbadanan. Akaun dan laporan tahunan 14. Akaun yang benar hendaklah disimpan mengenai jumlah wang yang diterima dan dibelanjakan oleh Perbadanan. Sekali dalam tiap-tiap tahun akaun Majlis Pusat itu hendaklah diperiksa dan ketepatannya ditentukan oleh seorang atau lebih juruaudit yang berkelayakan dengan sepatutnya. Salinan akaun itu hendaklah diberikan oleh Majlis Pusat kepada persatuan utama Institut Wanita di setiap Negeri. Suatu laporan tahunan hendaklah disediakan oleh 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 510 Majlis Pusat berkenaan dengannya pada tiap-tiap tahun dan diterbitkan olehnya. Kecualian hak 15. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri atau mana-mana pertubuhan politik atau perbadanan atau mana-mana orang lain kecuali sebagaimana yang disebut dalam Akta ini dan orang yang menuntut melalui, daripada atau di bawah mereka. 11 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 510 AKTA PERSATUAN INSTITUT WANITA KEBANGSAAN MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1958 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari – TIADA – 12 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 510 AKTA PERSATUAN INSTITUT WANITA KEBANGSAAN MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1958 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari -TIADA-
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
510 - AKTA PERSATUAN INSTITUT WANITA KEBANGSAAN BAGI MALAYSIA PERBADANAN 1958
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in