489 - AKTA MAJLIS AMANAH RAKYAT 1966
This Act sets up Majlis Amanah Rakyat (MARA), gives it powers to promote development and run projects, and requires it to keep accounts, be audited, and report annually.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This Act sets up Majlis Amanah Rakyat (MARA), gives it powers to promote development and run projects, and requires it to keep accounts, be audited, and report annually. Majlis may require repayment or reuse of misused loan money, and it has powers to enforce loan security and manage corporations it establishes.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 489 - AKTA MAJLIS AMANAH RAKYAT 1966
Showing 2 of 2
Part document.segment-1
489 - AKTA MAJLIS AMANAH RAKYAT 1966 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
489 - AKTA MAJLIS AMANAH RAKYAT 1966 — segment 1
AI-assisted research summary: This Act sets up Majlis Amanah Rakyat (MARA), gives it powers to promote development and run projects, and requires it to keep accounts, be audited, and report annually.
Majlis Amanah Rakyat 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA No. 20 tahun 1966 AKTA MAJLIS AMANAH RAKYAT 1966 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 2021 2 No. 20 Tahun 1966 AKTA MAJLIS AMANAH RAKYAT 1966 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 9 Februari 1966 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 17 Februari 1966 Kali terakhir dipinda melalui … … … … 21 Februari 1992 Akta 478 yang mula berkuat kuasa pada Majlis Amanah Rakyat 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA No. 20 tahun 1966 AKTA MAJLIS AMANAH RAKYAT 1966 SUSUNAN SEKSYEN Bahagian I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran Bahagian II PENUBUHAN MAJLIS 3. Penubuhan Majlis 4. Pelantikan dan gaji Pengerusi dan fi dan elaun anggota 5. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 6. Kewajipan dan kuasa Majlis 6a. (Dipotong) Bahagian III BAHAGIAN, JAWATANKUASA, PEGAWAI DAN PEKHIDMAT 7. Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah 8. Penyusunan Majlis kepada bahagian, pelantikan pengarah dan tanggungjawab mereka 9. Pelantikan jawatankuasa 10. Pelantikan pegawai lain 11. Kuasa Majlis untuk mewakilkan 4 No. 20 Tahun 1966 Seksyen 12. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah yang berhubungan dengan gaji, skim kumpulan wang simpanan, dsb. Bahagian IV KEWANGAN 13. Penubuhan Kumpulan Wang 14. Pengimbangan akaun hasil 15. Kumpulan wang rizab 16. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang 17. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran 18. Akaun dan audit 19. Laporan tahunan Bahagian V KUASA LAIN MAJLIS 20. Kuasa meminjam 21. Kuasa untuk melabur kumpulan wang amanah 22. Kuasa am untuk menjalankan urusan 23. Kuasa untuk mengambil khidmat ejen 24. Kuasa untuk memberikan pinjaman 25. Kuasa untuk menubuhkan perbadanan 26. Fungsi tambahan Majlis 27. Pengambilan tanah dengan paksa Bahagian VI PERUNTUKAN PELBAGAI 28. Perlindungan bagi Majlis 29. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 30. (Dipotong) 31. Pekhidmat awam 32. Obligasi kerahsiaan Majlis Amanah Rakyat 5 Seksyen 33. Kesalahan berkenaan dengan pinjaman dan beban pembuktian 34. Keizinan Pendakwa Raya 35. Prosiding sivil 36. Majlis dan perbadanan disifatkan sebagai seorang Melayu atau seorang anak negeri 37. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan Bahagian VII PERALIHAN 38. Pemansuhan Ordinan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan 1953 39. Penerusan undang-undang dsb. 40. Pemindahan kuasa, hak, liabiliti dan kewajipan 41. Pemindahan hakmilik harta 42. Kontrak yang sedia ada 43. Penerusan prosiding jenayah dan sivil 44. Pemindahan Kumpulan Wang 45. Penerusan pegawai dan pekhidmat 46. Pencegahan anomali Jadual Pertama Jadual Pertama A (Dipotong) Jadual Kedua Jadual Ketiga Jadual Keempat 6 No. 20 Tahun 1966 Majlis Amanah Rakyat 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA No. 20 tahun 1966 AKTA MAJLIS AMANAH RAKYAT 1966 Suatu Akta untuk menubuhkan suatu pertubuhan perbadanan yang bernama Majlis Amanah Rakyat dan bagi maksud yang berkaitan dengannya. [1 Mac 1966, P.U. 71/1966] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 dan hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan tarikh itu tidak boleh lebih awal daripada tarikh pemberitahuan itu disiarkan. (2) Akta ini hendaklah mempunyai kuat kuasa di seluruh Malaysia. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “hari yang ditetapkan” ertinya hari yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 1; 8 No. 20 Tahun 1966 “Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis yang dilantik di bawah seksyen 4 dan termasuklah Timbalan Pengerusi; “perbadanan” ertinya suatu perbadanan yang ditubuhkan oleh Majlis pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 25; “pengarah” ertinya seorang pegawai eksekutif dalam perkhidmatan Majlis yang dilantik di bawah seksyen 8; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Majlis dan termasuklah Timbalan Ketua Pengarah; “Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 13; “Majlis” ertinya Majlis Amanah Rakyat yang ditubuhkan dan diperbadankan di bawah seksyen 3. Bahagian II PENUBUHAN MAJLIS Penubuhan Majlis 3. (1) Suatu pertubuhan perbadanan yang bernama “Majlis Amanah Rakyat” dengan ini ditubuhkan (dalam Akta ini disebut “Majlis”) yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya sendiri dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau menjalankan urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada Majlis mengikut apa-apa terma yang difikirkannya patut. (2) Jadual Pertama hendaklah mempunyai kuat kuasa berkenaan dengan Majlis. Majlis Amanah Rakyat 9 (3) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri: (a) seorang Pengerusi; (b) seorang Timbalan Pengerusi; dan (c) tidak kurang daripada lima dan tidak lebih daripada sembilan orang anggota lain yang daripadanya tidak kurang daripada tiga orang hendaklah merupakan pegawai awam. (4) Menteri hendaklah, berkenaan dengan setiap anggota Majlis yang merupakan seorang pegawai awam, melantik seorang anggota silih ganti yang boleh menghadiri mana-mana mesyuarat Majlis yang tidak dapat dihadiri oleh anggota itu kerana apa-apa jua sebab pun dan anggota silih ganti itu, apabila menghadiri mesyuarat itu, hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang anggota Majlis. (5) Jika Pengerusi tidak dapat menjalankan fungsinya di bawah Akta ini kerana sakit, tidak berada di Malaysia atau kerana apa-apa jua sebab pun, Menteri boleh melantik mana-mana orang lain, sama ada atau tidak dia seorang anggota Majlis, sebagai Pengerusi sementara yang hendaklah melaksanakan fungsi dan menjalankan kuasa Pengerusi di bawah Akta ini. (6) Seseorang anggota Majlis, selain Pengerusi, hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, dan layak untuk dilantik semula: Dengan syarat bahawa seseorang anggota, selain Pengerusi, tidak boleh memegang jawatan selama tempoh yang melebihi dua tahun pada mana-mana satu masa. Pelantikan dan gaji Pengerusi dan fi dan elaun anggota 4. (1) Pengerusi hendaklah dilantik mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. 10 No. 20 Tahun 1966 (2) Anggota Majlis hendaklah dibayar apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis dengan kelulusan Menteri. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 5. Menteri boleh memberikan arahan kepada Majlis, yang selaras dengan Akta ini, mengenai penjalanan fungsi Majlis, dan Majlis hendaklah melaksanakan segala arahan itu. Kewajipan dan kuasa Majlis 6. (1) Menjadi kewajipan Majlis untuk memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia dan khususnya di kawasan luar bandar di Malaysia. (2) Tertakluk kepada kelulusan Menteri terlebih dahulu, Majlis hendaklah mempunyai kuasa bagi maksud menunaikan kewajipannya di bawah subseksyen (1)— (a) untuk menjalankan segala aktiviti khususnya pembangunan perusahaan komersial dan perindustrian, yang penjalanan aktiviti itu didapati oleh Majlis adalah perlu, berfaedah, atau sesuai bagi atau berkaitan dengan penunaian kewajipannya itu, termasuklah pembuatan, pemasangan, pemprosesan, pembungkusan, penggredan dan pemasaran produk, penyelidikan dan latihan; (b) untuk menggalakkan penjalanan apa-apa aktiviti sedemikian oleh badan atau orang lain, dan bagi maksud itu untuk menubuhkan atau mengembangkan, atau menggalakkan penubuhan atau pengembangan, badan lain untuk menjalankan apa-apa aktiviti sedemikian sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa Majlis atau secara bebas, dan untuk memberikan bantuan kepada badan itu atau kepada badan atau orang lain yang didapati oleh Majlis mempunyai kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu, termasuk bantuan kewangan melalui pengambilan syer atau pemberian modal pinjaman, atau melalui pinjaman atau selainnya; Majlis Amanah Rakyat 11 (c) untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu secara bersama dengan badan atau orang lain (termasuk jabatan atau pihak berkuasa bagi Kerajaan Persekutuan atau bagi mana-mana Kerajaan Negeri) atau sebagai ejen pengurusan atau selainnya bagi pihaknya; (cc) untuk melupuskan aset modal dan menggunakan hasil daripada pelupusan itu; (d) untuk membeli, menaja jamin atau selainnya memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian, dan melupuskan saham dan syer itu mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis; (e) untuk menubuhkan dan menyenggarakan institusi latihan; dan (f) untuk melakukan segala perbuatan yang dianggap wajar atau suai manfaat oleh Majlis. 6a. (Dipotong oleh Akta A302). Bahagian III BAHAGIAN, JAWATANKUASA, PEGAWAI DAN PEKHIDMAT Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah 7. Ketua Pengarah, yang hendaklah dilantik oleh Menteri, hendaklah bertanggungjawab bagi penyediaan program, skim atau projek untuk pertimbangan Majlis, bagi pengeluaran panduan dasar atau penerangan mengenai keputusan Majlis kepada pegawai dan pekhidmat Majlis dan bagi penyeliaan dan pengawalan ke atas pelaksanaan keputusan itu dan dia hendaklah dibantu oleh seorang Timbalan Ketua Pengarah atau lebih yang hendaklah dilantik oleh Majlis dengan kelulusan Menteri. 12 No. 20 Tahun 1966 Penyusunan Majlis kepada bahagian, pelantikan pengarah dan tanggungjawab mereka 8. (1) Majlis boleh menubuhkan apa-apa bahagian sebagaimana yang difikirkannya wajar, dan setiap bahagian hendaklah berada di bawah kawalan dan jagaan seorang pegawai eksekutif yang dinamakan sebagai “pengarah”. (2) Pengarah bagi setiap bahagian hendaklah dilantik oleh Majlis dengan kelulusan Menteri dan hendaklah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah. (3) Hendaklah menjadi tanggungjawab pengarah bagi bahagian yang berkenaan, tertakluk kepada arahan Ketua Pengarah, untuk melaksanakan dan menyempurnakan keputusan Majlis mengenai perkara yang berkaitan dengan bahagiannya, untuk mengemukakan syor mengenai dasar bagi pertimbangan oleh Majlis, untuk mengambil bahagian, tanpa hak mengundi, dalam mana-mana mesyuarat Majlis apabila perkara yang berkaitan dengan bahagiannya sedang dipertimbangkan dalam mesyuarat itu dan juga untuk menjalankan segala kuasa yang diwakilkan kepadanya oleh Majlis. Pelantikan jawatankuasa 9. (1) Majlis boleh melantik apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkannya wajar untuk menjalankan apa-apa fungsi sebagaimana yang diwakilkan kepadanya oleh Majlis dan untuk memeriksa dan melaporkan kepada Majlis apa-apa perkara jua pun yang berbangkit daripada atau yang berkaitan dengan mana-mana kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini. (2) Mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah subseksyen (1) boleh memasukkan sebagai anggotanya dan mengundang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya, orang selain anggota, pegawai atau pekhidmat Majlis; dan jika orang itu dimasukkan atau diundang sedemikian Majlis boleh, melalui ketetapan, mengisytiharkan saraan atau elaun bagi orang itu; dan saraan atau elaun itu hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang. (3) Mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen ini boleh melantik satu jawatankuasa kecil atau lebih. Majlis Amanah Rakyat 13 Pelantikan pegawai lain 10. (1) Tertakluk kepada apa-apa kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 12, Majlis boleh melantik mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya wajar mana-mana pegawai dan pekhidmat lain yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini. (2) Seseorang pegawai atau pekhidmat Majlis yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah, tertakluk kepada arahan Ketua Pengarah, berada di bawah kawalan pentadbiran pengarah yang kepada bahagiannya pegawai atau pekhidmat itu dilantik, ditukarkan atau ditugaskan. Kuasa Majlis untuk mewakilkan 11. (1) Majlis boleh mewakilkan kepada mana-mana anggota Majlis atau kepada mana-mana pengarah atau mana-mana jawatankuasa kuasa dan autoriti untuk menjalankan bagi pihaknya apa-apa kewajipan, kuasa atau fungsi sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis, dan boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang atau jawatankuasa itu untuk mewakilkan kepada mana-mana orang atau jawatankuasa kecilnya apa-apa kewajipan, kuasa atau fungsi yang diwakilkan kepada orang atau jawatankuasa itu. (2) Majlis boleh pada masa mewakilkan mana-mana kuasa atau autoriti di bawah subseksyen (1) kepada mana-mana anggota Majlis, pengarah atau jawatankuasa atau pada bila-bila masa selepas itu memberikan arahan mengenai cara yang mengikutnya kuasa atau autoriti yang diwakilkan itu hendaklah dijalankan dan boleh pada bila-bila masa membatalkan, mengubah atau menambah pewakilan itu. (3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) dan tertakluk kepada subseksyen (2), Majlis boleh mewakilkan kepada mana-mana anggota Majlis, pengarah, jawatankuasa atau mana-mana orang, sama ada atau tidak pegawai atau pekhidmat Majlis itu, autoriti untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain di bawah kawalan Majlis setakat apa-apa had yang hendaklah ditetapkan oleh Majlis dalam setiap hal. 14 No. 20 Tahun 1966 Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah yang berhubungan dengan gaji, skim kumpulan wang simpanan, dsb. 12. (1) Majlis boleh dengan kelulusan Menteri membuat kaedah-kaedah bagi atau berkenaan dengan gaji, elaun dan syarat-syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya secara am. (2) Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini. Bahagian IV KEWANGAN Penubuhan Kumpulan Wang 13. (1) Bagi maksud Akta ini dengan ini ditubuhkan suatu kumpulan wang (dalam Akta ini disebut “Kumpulan Wang”) yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Majlis. (2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada— (a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen; (b) apa-apa jumlah wang yang diuntukkan dari semasa ke semasa kepada Majlis daripada kumpulan wang pinjaman; (c) segala jumlah wang yang dari semasa ke semasa diterima oleh atau kena dibayar kepada Majlis berkenaan dengan pembayaran balik mana-mana pinjaman yang diberikan oleh Majlis dan bunga yang kena dibayar berkenaan dengan mana-mana pinjaman itu; (d) wang yang diperoleh daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang; (e) wang yang diperoleh atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Majlis; Majlis Amanah Rakyat 15 (f) apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Majlis; (g) jumlah wang yang dipinjam oleh Majlis bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan (h) segala jumlah wang atau harta lain yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Majlis berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya. (3) Dalam seksyen ini, ungkapan “kumpulan wang pinjaman” ertinya apa-apa jumlah wang yang dijadikan tersedia dari semasa ke semasa oleh Kerajaan dengan cara pinjaman. Pengimbangan akaun hasil 14. Hendaklah menjadi kewajipan Majlis untuk memelihara Kumpulan Wang dengan menjalankan dan melaksanakan fungsi dan kewajipannya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Majlis mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuk, tanpa menjejaskan keluasan ungkapan itu, peruntukan berkenaan dengan obligasinya di bawah seksyen 13 dan 15 dan susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun. Kumpulan wang rizab 15. (1) Majlis hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang rizab. (2) Pembayaran ke dalam dan keluar daripada kumpulan wang rizab hendaklah ditentukan oleh Majlis: Dengan syarat bahawa tiada bahagian daripada kumpulan wang rizab boleh digunakan selain bagi maksud Majlis. 16 No. 20 Tahun 1966 Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang 16. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud— (a) membayar segala belanja yang dilakukan di bawah seksyen 22 dan 23; (b) memberikan pinjaman di bawah seksyen 24; (c) membayar apa-apa belanja yang dilakukan dengan sah oleh Majlis, termasuk fi dan kos ukur, fi dan kos guaman dan fi dan kos lain, dan saraan pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil bekerja oleh Majlis termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran; (d) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetujui terima dengan sepatutnya oleh Majlis dalam melaksanakan kewajipannya atau dalam menjalankan fungsinya di bawah seksyen 6; (e) membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera, stor dan apa-apa bahan lain dan memperoleh tanah dan mendirikan bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan kewajipannya atau dalam menjalankan fungsinya di bawah seksyen 6, pada menjangkakan pinjaman akan diberikan bagi maksud itu di bawah seksyen 24, supaya, walau bagaimanapun, apa-apa jumlah wang yang dibelanjakan oleh Majlis di bawah perenggan ini hendaklah ditolak daripada pinjaman yang pada menjangkakannya jumlah wang itu telah dibelanjakan apabila pinjaman itu sebenarnya diberikan. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran 17. (1) Perbelanjaan Majlis setakat apa-apa amaun sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang. (2) Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Majlis hendaklah mengemukakan suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya kepada Menteri mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi Majlis Amanah Rakyat 17 apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri; dan Menteri hendaklah sebelum permulaan tahun yang berikutnya itu memberitahu Majlis amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan. (3) Majlis boleh pada bila-bila masa mengemukakan suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun kepada Menteri dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu. Akaun dan audit 18. (1) Majlis hendaklah menyimpan dengan sepatutnya akaun dan rekod lain berkenaan dengan perjalanannya dan hendaklah menyediakan penyata akaun berkenaan dengan setiap tahun kewangan. (2) Akaun Majlis hendaklah diaudit setiap tahun oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik oleh Majlis dengan kelulusan Menteri. (3) Selepas berakhir setiap tahun kewangan, dan sebaik sahaja akaun Majlis diaudit, Majlis hendaklah menyebabkan supaya dihantar suatu salinan penyata akaun itu kepada Menteri, bersama-sama dengan suatu salinan apa-apa pemerhatian yang dibuat oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik di bawah subseksyen (2) mengenai mana-mana penyata atau mengenai akaun Majlis itu. (4) Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan tiap-tiap penyata dan pemerhatian itu dibentangkan di hadapan setiap Majlis Parlimen. Laporan tahunan 19. (1) Majlis hendaklah, tidak lewat daripada 30 Jun setiap tahun, menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepada Menteri suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Majlis sepanjang tahun 18 No. 20 Tahun 1966 sebelumnya dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan urusan dan dasar Majlis sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa. (2) Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan tiap-tiap laporan itu dibentangkan di hadapan setiap Majlis Parlimen. Bahagian V KUASA LAIN MAJLIS Kuasa meminjam 20. Majlis boleh dari semasa ke semasa meminjam, atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Majlis bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya. Kuasa untuk melabur kumpulan wang amanah 21. Majlis boleh melaburkan kumpulan wang amanahnya dalam mana-mana pelaburan yang dibenarkan oleh Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208] atau mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Kuasa am untuk menjalankan urusan 22. Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan apa-apa jua dan untuk membuat apa-apa transaksi (sama ada atau tidak yang melibatkan perbelanjaan, pinjaman, pemberian pinjaman atau pelaburan wang mengikut Akta ini bagi maksud itu, pemerolehan, penggunaan dan pelupusan apa-apa harta alih atau harta tak alih, termasuk kenderaan dan vesel, atau hak) yang, pada pendapatnya, dikira untuk memudahkan penunaian kewajipannya dengan sepatutnya atau bersampingan dengan atau berfaedah bagi penunaian kewajipannya itu. Majlis Amanah Rakyat 19 Kuasa untuk mengambil khidmat ejen 23. Majlis boleh mengambil khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknikal termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur atau penilai atau orang lain untuk menjalankan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik. Kuasa untuk memberikan pinjaman 24. (1) Dalam melaksanakan kewajipannya atau dalam menjalankan fungsinya di bawah seksyen 6, Majlis boleh memberikan pinjaman, dan pinjaman itu boleh diberikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Majlis untuk dikenakan dalam hal tertentu. (2) Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi pinjaman yang diberikan oleh Majlis di bawah seksyen ini. Kuasa untuk menubuhkan perbadanan 25. (1) Majlis boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menubuhkan, dengan kelulusan Menteri, suatu perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Majlis untuk melaksanakan dan menjaga, menjalankan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan (dalam Akta ini disebut “projek pembangunan berdaftar”) yang telah dirancangkan atau dijalankan oleh Majlis dalam melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya di bawah seksyen 6. (2) Jadual Keempat hendaklah terpakai bagi perbadanan yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1). Fungsi tambahan Majlis 26. Sebagai tambahan kepada kewajipan yang dikenakan ke atas Majlis oleh Akta ini, Majlis boleh menjalankan apa-apa fungsi lain dan mentadbirkan dan membelanjakan apa-apa wang lain bagi apa-apa maksud sebagaimana yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri kepada Majlis dan dalam berbuat 20 No. 20 Tahun 1966 demikian Majlis hendaklah disifatkan sebagai memenuhi maksud Akta ini dan Akta ini hendaklah terpakai bagi Majlis berkenaan dengan fungsi itu dan pentadbiran dan pembelanjaan wang itu: Dengan syarat bahawa akaun wang itu hendaklah disimpan berasingan dan berlainan daripada akaun Kumpulan Wang dan akaun tiap-tiap perbadanan. Pengambilan tanah secara paksa 27. (1) Apabila mana-mana harta tak alih, yang bukan tanah Negeri, dikehendaki supaya diambil oleh Majlis atau suatu perbadanan bagi maksud Akta ini, harta itu boleh diambil mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatu maksud awam sedang berkuat kuasa di Negeri yang di dalamnya harta itu terletak, dan apa-apa akuan yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis itu bahawa tanah itu diperlukan sedemikian boleh dibuat walaupun pampasan akan dibayar oleh Majlis atau perbadanan itu; dan akuan itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah ia suatu akuan bahawa tanah itu diperlukan bagi sesuatu maksud awam mengikut undang-undang bertulis itu. (2) Perbelanjaan dan pampasan berkenaan dengan mana-mana harta tak alih yang diambil di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Majlis atau oleh perbadanan itu. (3) Apabila apa-apa harta tak alih telah diambil di bawah seksyen ini, Majlis atau perbadanan hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan harta itu dan hendaklah membayar apa-apa cukai yang harta itu mungkin tertakluk kepadanya. Bahagian VI PERUNTUKAN PELBAGAI Perlindungan bagi Majlis 28. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang dijalankan di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan— (a) terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Majlis; Majlis Amanah Rakyat 21 (b) terdapat pelanggaran perenggan 4 Jadual Pertama oleh seseorang anggota Majlis yang berhubungan dengan penzahiran kepentingan oleh seseorang anggota; atau (c) terdapat apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 29. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Majlis atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen bagi Majlis atau bagi mana-mana perbadanan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat sedemikian. 30. (Dipotong oleh Akta 478). Pekhidmat awam 31. Semua anggota, pegawai dan pekhidmat bagi Majlis atau bagi mana-mana perbadanan hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Obligasi kerahsiaan 32. Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding jenayah di bawah Akta ini, tiada anggota, pegawai atau pekhidmat bagi Majlis atau bagi mana-mana perbadanan boleh menzahirkan apa-apa maklumat berkenaan dengan mana-mana satu urusan, yang telah diperolehnya semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini; dan seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya. 22 No. 20 Tahun 1966 Kesalahan berkenaan dengan pinjaman dan beban pembuktian 33. (1) Mana-mana orang yang— (a) memperoleh pinjaman daripada Majlis di bawah Akta ini dengan cara apa-apa pernyataan palsu; (b) dengan sengaja menggunakan apa-apa pinjaman yang diberikan kepadanya oleh Majlis di bawah Akta ini bagi apa-apa maksud selain maksud yang baginya pinjaman itu diberikan; (c) setelah memperoleh pinjaman daripada Majlis di bawah Akta ini, dengan sengaja memusnahkan apa-apa cagaran yang telah diberikan berhubung dengan mana-mana pinjaman itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda sebanyak lima ribu ringgit atau kedua-duanya. (2) Mana-mana orang yang melanggar subsubperenggan 6(1)(b) atau subperenggan 6(2) Jadual Ketiga melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit. (3) Dalam mana-mana prosiding jenayah berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah perenggan (1)(b), beban bagi membuktikan bahawa orang itu telah bertindak dengan suci hati dan tanpa pengetahuan bahawa dia tidak berhak untuk menggunakan pinjaman itu atau mana-mana bahagiannya sedemikian hendaklah terletak pada orang yang dipertuduh itu. Keizinan Pendakwa Raya 34. Tiada pendakwaan bagi kesalahan yang berbangkit daripada Akta ini atau berkaitan dengan apa-apa pinjaman yang diberikan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya. Majlis Amanah Rakyat 23 Prosiding sivil 35. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap Majlis atau mana-mana perbadanan— (a) mana-mana orang yang memegang jawatan Peguam Persekutuan dan diberi kuasa oleh Peguam Negara bagi maksud itu; atau (b) mana-mana pegawai Majlis yang diberi kuasa bagi maksud itu melalui arahan khas atau am Pengerusi, boleh, bagi pihak Majlis atau perbadanan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, memulakan, menghadiri dan menjalankan prosiding itu dan boleh membuat dan melakukan segala kehadiran, perbuatan dan permohonan berkenaan dengan prosiding itu. Majlis dan perbadanan disifatkan sebagai seorang Melayu atau seorang anak negeri 36. Bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang dirizabkan bagi pemberian hakmilik kepada orang Melayu atau kepada anak negeri dalam Negeri yang tanah itu terletak, Majlis dan tiap-tiap perbadanan hendaklah disifatkan sebagai seorang Melayu atau seorang anak negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 37. Majlis boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan- peraturan yang selaras dengan Akta ini— (a) berkenaan dengan apa-apa perkara mengenai penubuhan sesuatu perbadanan yang disebut dalam seksyen 25; (b) menetapkan cara bagaimana apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara hendaklah ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Majlis atau mana-mana perbadanan; 24 No. 20 Tahun 1966 (c) menetapkan tanggungjawab dan kawalan bagi pegawai dan pekhidmat Majlis; (d) mengenakan fi dalam apa-apa hal sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis; (e) bagi membuka, menyimpan, menutup dan mengaudit akaun perbadanan; dan (f) pada amnya bagi menjalankan kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini. Bahagian VII PERALIHAN Pemansuhan Ordinan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan 1953 38. (1) Pada hari yang ditetapkan— (a) Ordinan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan 1953 [Ord. 48 tahun 1953] (dalam Akta ini disebut “Ordinan itu”) hendaklah terhenti berkuat kuasa dan keberhentian itu hendaklah disifatkan sebagai pemansuhan Ordinan itu bagi maksud Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388]; (b) Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (dalam Akta ini disebut “Lembaga”) yang merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Ordinan itu hendaklah juga tidak lagi wujud. Penerusan undang-undang, dsb. 39. (1) Tertakluk kepada Akta ini, segala undang-undang bertulis, perintah, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan mengenai atau bagi perlindungan Lembaga dan yang berkuat kuasa sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuat kuasa pada dan selepas hari yang ditetapkan dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak diluluskan: Majlis Amanah Rakyat 25 Dengan syarat bahawa apa-apa sebutan dalamnya mengenai Lembaga, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Majlis, dan ungkapan yang membawa maksud sebutan itu hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya. (2) Segala perintah, arahan, pelantikan, pemberitahuan, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Ordinan itu dan yang berkuat kuasa sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah, setakat yang selaras dengan Akta ini, disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga peruntukan lain dibuat di bawah Akta ini atau sehingga tarikh yang padanya ia habis tempoh. Pemindahan kuasa, hak, liabiliti dan kewajipan 40. Tertakluk kepada Akta ini, segala kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti atau obligasi yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan ada pada Lembaga hendaklah mulai hari itu diturunkan kepada Majlis. Pemindahan hakmilik harta 41. (1) Tertakluk kepada Akta ini, segala tanah yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan terletak hak pada atau dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud Lembaga hendaklah, pada hari itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, terletak hak pada atau disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Majlis. (2) Tertakluk kepada Akta ini dan apa-apa arahan Menteri, segala harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan terletak hak pada Lembaga atau mana-mana orang bagi pihak Lembaga hendaklah pada hari itu terletak hak pada Majlis. (3) Maka dengan ini diisytiharkan bahawa mana-mana harta, sama ada alih atau tak alih, yang sebaik sebelum hari pertama Januari 1954 telah digunakan bagi maksud yang sebaik selepas tarikh itu menjadi maksud Lembaga hendaklah pada hari yang ditetapkan terletak hak pada Majlis. 26 No. 20 Tahun 1966 Kontrak yang sedia ada 42. Tertakluk kepada Akta ini, segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum hari yang ditetapkan dan yang menyentuh apa-apa harta yang dipindahkan hakmilik di bawah seksyen 40 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada Majlis dan bolehlah dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah, sebagai ganti Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga, Majlis yang telah dinamakan dalamnya atau menjadi pihak kepadanya. Penerusan prosiding jenayah dan sivil 43. (1) Tertakluk kepada Akta ini, pemansuhan Ordinan itu atau apa-apa yang terkandung dalam Akta ini tidak boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Ordinan itu sebelum hari yang ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan itu. (2) Tertakluk kepada Akta ini, apa-apa prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum hari yang ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Majlis sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau orang sedemikian jika Akta ini tidak diluluskan. (3) Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas hari yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum hari itu boleh dibawa oleh atau terhadap Majlis. Pemindahan Kumpulan Wang 44. Tertakluk kepada Akta ini, segala wang dalam, dan yang kena dibayar kepada, kumpulan wang Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 17 Ordinan itu hendaklah pada hari yang ditetapkan dipindahkan kepada Kumpulan Wang. Majlis Amanah Rakyat 27 Penerusan pegawai dan pekhidmat 45. Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan telah diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga hendaklah pada hari itu diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Majlis, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas terma dan syarat perkhidmatan yang sama sebagaimana yang diperoleh sebaik sebelum hari yang ditetapkan. Pencegahan anomali 46. Jika apa-apa kesulitan timbul berkenaan dengan peruntukan peralihan yang terdahulu dalam Akta ini, Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian dalam peruntukan itu sebagaimana yang didapatinya perlu bagi mencegah anomali: Dengan syarat bahawa Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari hari yang ditetapkan. Jadual Pertama [Subseksyen 3(2)] Hilang kelayakan 1. (1) Orang yang berikut hendaklah hilang kelayakan untuk dilantik atau untuk menjadi anggota Majlis: (a) seorang bankrap; (b) seorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun; (c) seorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya melaksanakan kewajipannya. (2) Seseorang anggota Majlis hendaklah mengosongkan jawatannya jika dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada Menteri atau jika dia hilang kelayakan di bawah subperenggan (1). 28 No. 20 Tahun 1966 Mesyuarat Majlis 2. (1) Majlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali tiap-tiap dua bulan. (2) Pengerusi dan tiga orang anggota hendaklah membentuk kuorum dalam mana-mana mesyuarat Majlis. (3) Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh Majlis terdapat undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus. (4) Tertakluk kepada subperenggan (1), (2) dan (3), Majlis hendaklah menentukan tatacaranya sendiri. Meterai perbadanan 3. (1) Meterai perbadanan bagi Majlis hendaklah mengandungi apa-apa tanda sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu oleh Majlis sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis. (2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Majlis suatu cap yang mengandungi perihalan “MARA” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan. (3) Meterai perbadanan atau cap di bawah subperenggan (2) hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi dan hendaklah disahkan olehnya atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya secara bertulis; dan segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, yang disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah: Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh Majlis; dan apa-apa dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Majlis oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Majlis yang diberi kuasa secara am atau khusus oleh Majlis bagi maksud itu. (4) Meterai Majlis hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman. Penzahiran kepentingan 4. Seseorang anggota Majlis yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau pengusahaan yang dengannya Majlis bercadang untuk membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Majlis hendaklah menzahirkan kepada Majlis hakikat kepentingan dan Majlis Amanah Rakyat 29 jenis kepentingannya itu, dan penzahiran sedemikian hendaklah direkodkan dalam minit Majlis, dan melainkan jika dibenarkan secara khusus kepadanya oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Majlis yang berhubungan dengan kontrak itu. Minit mesyuarat boleh diterima sebagai keterangan 5. Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Majlis boleh, jika ditandatangani dengan sewajarnya, diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat Majlis berkenaan dengan prosiding yang minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota yang hadir pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. Jadual Pertama A (Dipotong oleh Akta A302). Jadual Kedua [Subseksyen 12(2)] Kuasa Majlis untuk menubuhkan kumpulan wang simpanan, mengadakan faedah persaraan dan memberikan pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat 1. Kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 12 boleh mengadakan peruntukan— (a) bagi penubuhan dan pengurusan, mulai dari tarikh (sama ada sebelum atau selepas penubuhan Majlis) sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah itu, suatu kumpulan wang simpanan bercarum, dan bagi pemindahan ke dalam kumpulan wang itu caruman atau bahagian caruman yang dibayar ke dalam mana-mana kumpulan wang simpanan lain pada menjangkakan penubuhan kumpulan wang yang mula-mula disebut itu; (b) bagi faedah persaraan kepada pegawai dan pekhidmat yang bersara atau selainnya terhenti memegang jawatan sebagai pegawai atau pekhidmat itu; atau 30 No. 20 Tahun 1966 (c) bagi pemberian pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat bagi membeli basikal, motosikal dan kereta dan bagi apa-apa maksud lain yang diluluskan oleh Menteri. Sekatan ke atas kaedah-kaedah yang dibuat di bawah perenggan 1 2. Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat menurut kuasa di bawah subsubperenggan (1)(a) dan (b): (a) tiada derma, caruman, ganjaran, elaun atau bayaran lain yang kena dibayar di bawah kaedah-kaedah itu, dan tiada apa-apa hak atau kepentingan yang diperoleh oleh mana-mana orang atas apa-apa ganjaran, elaun atau bayaran lain di bawahnya, boleh diserahhakkan atau dipindahkan atau boleh ditahan, diasingkan atau dilevikan bagi atau berkenaan dengan apa-apa jua pun hutang atau tuntutan, selain hutang yang kena dibayar kepada Majlis; (b) apa-apa wang yang dibayar di bawah mana-mana kaedah-kaedah itu apabila mana-mana orang mati hendaklah disifatkan sebagai suatu amanah yang memihak kepada orang yang berhak menerimanya di bawah wasiat si mati atau kematian tidak berwasiat si mati, tetapi tidak boleh disifatkan menjadi sebahagian daripada harta pusaka si mati atau dijadikan tertakluk kepada hutangnya; (c) mana-mana orang boleh melalui wasiatnya atau melalui memorandum yang ditandatangani sendiri olehnya melantik seorang pemegang amanah bagi wang yang kena dibayar apabila dia mati di bawah mana-mana kaedah-kaedah itu, dan boleh mengadakan peruntukan bagi pelantikan seorang pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah yang baharu bagi wang itu dan bagi pelaburannya; (d) jika pada masa kematian mana-mana orang atau pada bila-bila masa selepas itu tiada pemegang amanah bagi wang itu atau adalah suai manfaat untuk melantik seorang pemegang amanah atau pemegang- pemegang amanah yang baharu maka dan dalam mana-mana hal yang sedemikian, seorang pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah atau seorang pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah yang baharu boleh dilantik oleh Mahkamah Tinggi atau seorang Hakim Mahkamah Tinggi; (e) penerimaan oleh seorang pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah yang dilantik dengan sewajarnya, atau jika mana-mana pelantikan sedemikian tidak dibuat, penerimaan oleh wakil diri di sisi undang-undang bagi seseorang si mati, hendaklah menjadi penyelesaian bagi apa-apa wang yang kena dibayar apabila dia mati di bawah mana-mana kaedah-kaedah itu; (f) tiada derma, caruman atau bunga yang dibayar di bawah mana-mana kaedah-kaedah itu boleh dijadikan tertakluk kepada hutang pencarum, dan tiada derma, caruman atau bunga sedemikian boleh dibayar kepada Ketua Pengarah Insolvensi atas kebankrapan pencarum itu di bawah mana-mana Majlis Amanah Rakyat 31 kaedah-kaedah itu, tetapi jika pencarum itu dihukum bankrap atau diisytiharkan sebagai tidak solven melalui penghakiman oleh Mahkamah, derma atau caruman atau bunga itu hendaklah, tertakluk kepada kaedah-kaedah itu, disifatkan sebagai suatu amanah yang memihak kepada orang yang berhak menerimanya apabila pencarum itu mati; (g) kebankrapan seseorang pencarum tidak menjejaskan potongan yang dibuat daripada gaji pencarum itu mengikut mana-mana kaedah-kaedah itu, tetapi potongan itu hendaklah terus dibuat walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, dan bahagian gajinya yang dipotong sedemikian hendaklah disifatkan tidak menjadi sebahagian daripada harta yang diperolehnya kemudian; (h) mana-mana pegawai atau pekhidmat yang menjadi pencarum di bawah kaedah-kaedah itu hendaklah, jika dia dibuang kerja daripada perkhidmatan sebagai pegawai atau pekhidmat itu kerana fraud atau kecurangan atau salah laku yang melibatkan kerugian wang kepada Majlis, atau bersara atau meletakkan jawatannya dengan niat hendak melepaskan diri daripada diberhentikan atau dibuang kerja akibat daripada fraud, kecurangan atau salah laku itu, terlucut hak, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah itu, atas kesemua atau mana-mana bahagian daripada caruman yang dibayar oleh Majlis dan atas bunga yang terakru ke atasnya, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis mengikut budi bicaranya; dan suatu rayuan terhadap apa-apa pelucuthakan itu bolehlah dibuat kepada Menteri. Jadual Ketiga [Subseksyen 24(2)] Gadaian ke atas harta dan keutamaan pinjaman 1. Jika suatu pinjaman diberikan oleh Majlis atas cagaran sesuatu gadaian atau gadai janji mana-mana harta, sama ada dengan atau tanpa apa-apa cagaran lain, harta itu, dari dan selepas tarikh gadaian atau gadai janji itu, hendaklah dipertanggungkan dengan pembayaran bagi pinjaman dan bunga itu sebagaimana yang disebut dalam gadaian atau gadai janji itu, sebagai keutamaan, kecuali setakat yang dinyatakan selainnya dalam gadaian atau gadai janji itu, kepada tiap-tiap hutang, gadaian atau gadai janji lain apa jua pun yang menyentuh harta itu, kecuali apa-apa pinjaman yang kena dibayar kepada mana-mana pemiutang yang tidak bersetuju dengan keutamaan itu yang telah dibuat dengan suci hati sebelum pinjaman yang diberikan oleh Majlis dan yang telah dicagarkan dengan gadaian atau gadai janji yang telah didaftarkan dengan sewajarnya bagi harta itu yang disempurnakan kepada seseorang yang berhak sebagai pemiutang suci hati kepada pembayaran balik pinjaman itu berserta bunga. 32 No. 20 Tahun 1966 Bunga atas pinjaman yang diberikan oleh Majlis 2. Dalam memberikan apa-apa pinjaman di bawah Akta ini Majlis boleh mengenakan apa-apa kadar bunga yang difikirkannya patut dalam mana-mana hal tertentu. Pembayaran balik pinjaman yang diberikan oleh Majlis 3. Tertakluk kepada perenggan 4 dan 5, tiap-tiap pinjaman hendaklah dibayar balik kepada Majlis mengikut terma dan syarat yang pinjaman itu diberikan dan wang yang dibayar sedemikian hendaklah dimasukkan ke dalam akaun Majlis. Penggantungan pembayaran pokok dan bunga dan kuasa untuk melanjutkan masa, mengkompaun atau melepaskan 4. Majlis boleh— (a) menangguhkan, bagi apa-apa masa yang tidak melebihi lima tahun, pembayaran apa-apa jumlah wang yang kena dibayar bagi pokok dan bunga atau bagi salah satu pokok atau bunga berkenaan dengan suatu pinjaman yang telah diberikan olehnya atas apa-apa terma dan syarat bagi menjalankan maksud yang baginya pinjaman itu diberikan dan untuk pembayaran balik terakhir apa-apa pokok atau pembayaran apa-apa bunga sebagaimana yang difikirkannya perlu; (b) dari semasa ke semasa melanjutkan tempoh pembayaran balik apa-apa pinjaman, atau pengkompaunan atau pelepasan apa-apa pinjaman atau mana-mana bahagian daripada pinjaman itu tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut. Pembayaran pinjaman sebelum tarikh kena dibayar 5. Majlis boleh pada bila-bila masa menerima pembayaran keseluruhan atau mana-mana bahagian amaun yang merupakan pokok bagi sesuatu pinjaman dan bunga atasnya, sebelum masa pembayaran itu kena dibuat, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut. Siasatan mengenai penggunaan wang yang dipinjamkan 6. (1) Jika Majlis telah memberikan suatu pinjaman wang di bawah Akta ini, ia boleh— (a) dari semasa ke semasa, membuat atau menyebabkan supaya dibuat apa-apa siasatan sebagaimana yang perlu untuk memastikan bahawa pinjaman itu digunakan bagi maksud yang ia telah diberikan; Majlis Amanah Rakyat 33 (b) menghendaki supaya laporan, termasuk penyata kewangan yang terperinci sebagaimana yang ditentukan olehnya, dihantar oleh orang, badan atau pihak berkuasa yang menerima pinjaman itu dua kali setahun atau pada lat tempoh yang lebih singkat menurut budi bicara Majlis dan orang, badan atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi permintaan itu. (2) Majlis boleh memberi kuasa secara bertulis kepada mana-mana pegawainya atau mana-mana orang lain untuk membuat apa-apa siasatan, dan orang, badan atau pihak berkuasa yang menerima pinjaman itu hendaklah mengemukakan kepada pegawai atau orang itu segala buku, dokumen dan perkara dan benda lain yang berkaitan yang perlu bagi maksud siasatan itu.
Part document.segment-2
489 - AKTA MAJLIS AMANAH RAKYAT 1966 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
489 - AKTA MAJLIS AMANAH RAKYAT 1966 — segment 2
AI-assisted research summary: Majlis may require repayment or reuse of misused loan money, and it has powers to enforce loan security and manage corporations it establishes.
Perintah Majlis selepas siasatan 7. Jika selepas suatu siasatan dibuat di bawah perenggan 6 Majlis mendapati bahawa apa-apa jumlah wang yang merupakan kesemua atau mana-mana bahagian daripada pinjaman itu telah tidak digunakan bagi maksud yang pinjaman itu dibuat, Majlis boleh memerintahkan supaya jumlah wang itu, dalam masa yang disebut dalam perintah itu, digunakan bagi apa-apa maksud atau supaya jumlah wang itu berserta dengan apa-apa bunga yang kena dibayar atasnya pada tarikh perintah itu dibayar balik kepada Majlis dalam masa yang disebut dalam perintah itu, dan apa-apa jumlah wang berserta bunga atasnya yang diperintahkan dibayar balik kepada Majlis sedemikian hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Majlis. Penyalahgunaan pinjaman yang dicagarkan dengan gadai janji atau selainnya 8. (1) Jika mana-mana pinjaman yang diberikan di bawah Akta ini atau mana-mana bahagian daripada pinjaman itu telah disalahgunakan, Majlis boleh— (a) jika pinjaman itu telah dicagarkan dengan gadaian atau gadai janji, melalui notis secara bertulis yang dialamatkan kepada penggadai atau penggadai janji itu, meminta balik pinjaman tersebut atau mana-mana bahagian daripadanya dan boleh menghendaki supaya pinjaman itu atau bahagian itu berserta apa-apa bunga yang kena dibayar atas pinjaman itu atau bahagian itu pada tarikh notis itu dibayar balik pada suatu tarikh yang dinyatakan dalam notis itu dan jika pembayaran tidak dibuat pada tarikh yang dinyatakan itu apa-apa cagaran yang diberikan bagi maksud pinjaman itu boleh selepas itu dihasilkan; dan (b) jika pinjaman itu telah dicagarkan selain melalui cara gadaian atau gadai janji, melalui notis yang dialamatkan kepada peminjam itu, meminta supaya pinjaman itu atau mana-mana bahagian daripadanya berserta dengan apa-apa bunga yang kena dibayar atas pinjaman itu atau mana-mana bahagian itu pada tarikh notis itu dibayar balik pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu dan jika tiada bayaran pada tarikh yang dinyatakan itu apa-apa cagaran yang diberikan bagi maksud pinjaman itu boleh selepas itu dihasilkan. 34 No. 20 Tahun 1966 (2) Subperenggan (1) hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa prosiding lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain. Penguatkuasaan cagaran 9. Jika mana-mana harta yang digadaikan atau yang digadaijanjikan sebagai cagaran bagi suatu pinjaman di bawah Akta ini dijual bagi maksud penguatkuasaan cagaran itu, Majlis boleh membeli harta itu dan boleh sama ada menguruskan dan memegang harta itu atau menjual atau selainnya melupuskannya sebagaimana yang difikirkannya patut. Jadual KeemPat [Subseksyen 25(2)] Kuasa Majlis untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan 1. Majlis hendaklah, pada atau sebelum tarikh mana-mana perbadanan ditubuhkan di bawah seksyen 25, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu yang menetapkan— (a) maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan; (b) hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu; (c) sistem pengurusannya; dan (d) hubungan antara perbadanan itu dengan Majlis dan hak pengawalan Majlis ke atas perbadanan itu. Kecualian 2. Tiada apa-apa jua dalam perenggan 1 boleh disifatkan memberi kuasa kepada Majlis untuk membuat peraturan-peraturan untuk menubuhkan mana-mana perbadanan bagi apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas ruang lingkupnya daripada maksud atau tujuan yang baginya Majlis ditubuhkan atau untuk memberikan kepada mana-mana perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsi yang tidak termasuk hak, kewajipan, kuasa atau fungsi Majlis di bawah Akta ini. Majlis Amanah Rakyat 35 Peraturan-peraturan tertakluk kepada Akta 3. Tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 37, mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini. Pindaan bagi peraturan-peraturan 4. Majlis boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau menambah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat berkenaan dengan mana-mana perbadanan di bawah perenggan 1, dan seksyen 90 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 hendaklah terpakai bagi mana-mana peraturan-peraturan yang dipinda atau dibatalkan itu seolah-olah peraturan-peraturan itu ialah undang-undang bertulis. Daftar perbadanan 5. Majlis hendaklah menyimpan suatu daftar mengikut bentuk yang ditetapkan mengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 25 dan daftar itu berserta dengan salinan semua peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah dibuka untuk pemeriksaan awam di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sebagaimana yang ditetapkan olehnya. Penggulungan 6. (1) Majlis boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan. (2) Apabila mana-mana perbadanan di bawah perenggan ini dibubarkan, aset perbadanan itu, selepas pembayaran segala liabilitinya, hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada Majlis. (3) Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan 7. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 25 hendaklah merupakan suatu pertubuhan perbadanan mengikut apa-apa nama yang diberikan kepadanya oleh Majlis dan kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama itu dan bagi maksud melaksanakan projek pembangunan berdaftar yang baginya ia telah ditubuhkan, boleh membuat kontrak dan boleh memegang dan berurusan dalam atau dengan apa-apa harta tak alih atau harta alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang selaras dengan Akta ini dan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis dalam setiap hal. 36 No. 20 Tahun 1966 Meterai perbadanan bagi perbadanan 8. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan, yang hendaklah mengandungi apa-apa tanda sebagaimana yang diluluskan oleh perbadanan dengan kelulusan Majlis dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu oleh perbadanan itu, dengan kelulusan Majlis, sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan itu. (2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan di bawah perenggan ini, suatu cap yang mengandungi nama perbadanan itu yang melingkungi huruf “MARA” boleh digunakan sebagai suatu meterai perbadanan. (3) Meterai perbadanan itu atau cap yang disebut dalam subperenggan (2), hendaklah berada dalam jagaan mana-mana orang sebagaimana yang diarahkan oleh perbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu yang disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan disempurnakan dengan sah: Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang serupa oleh perbadanan itu; dan apa-apa dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan itu oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan itu yang diberi kuasa secara am atau khusus oleh perbadanan itu bagi maksud itu. (4) Meterai bagi tiap-tiap perbadanan hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman. Majlis Amanah Rakyat 37 UNDANG-UNDANG MALAYSIA No. 20 tahun 1966 AKTA MAJLIS AMANAH RAKYAT 1966 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A19 Akta Majlis Amanah Rakyat 28-03-1969 (Pindaan) 1969 Akta A119 Akta Majlis Amanah Rakyat 01-09-1971 (Pindaan) 1972 Akta A210 Akta Majlis Amanah Rakyat 22-04-1973 (Pindaan) 1973 Akta A302 Akta Majlis Amanah Rakyat 30-05-1975 (Pindaan) 1975 Akta A348 Akta Badan-Badan Berkanun 01-06-1976 1976 Akta 478 Akta Pembatalan Pengecualian 21-02-1992 daripada Bayaran Duti-Duti Setem 1992 38 No. 20 Tahun 1966 UNDANG-UNDANG MALAYSIA No. 20 tahun 1966 AKTA MAJLIS AMANAH RAKYAT 1966 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 2 Akta A119 01-09-1971 Akta A210 22-04-1973 Akta A302 30-05-1975 3 Akta A19 29-03-1969 Akta A119 01-09-1971 Akta A210 22-04-1973 Akta A302 30-05-1975 4 Akta A119 01-09-1971 Akta A348 01-06-1976 5 Akta A348 01-06-1976 6 Akta A348 01-06-1976 6a Akta A210 22-04-1973 Akta A302 30-05-1975 7 Akta A119 01-09-1971 Akta A210 22-04-1973 Akta A302 30-05-1975 8 Akta A119 01-09-1971 10 Akta A119 01-09-1971 Majlis Amanah Rakyat 39 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 11 Akta A119 01-09-1971 18 Akta A348 01-06-1976 25 Akta A302 30-05-1975 29 Akta A119 01-09-1971 30 Akta 478 21-02-1992 31 Akta A119 01-09-1971 35 Akta A119 01-09-1971 Jadual Pertama Akta A210 22-04-1973 Jadual Pertama A Akta A210 22-04-1973 Akta A302 30-05-1975 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/ atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, KUALA LUMPUR BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA WJW21/0263 24-06-2021
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
489 - AKTA MAJLIS AMANAH RAKYAT 1966
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in