523 - *AKTA LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA (SYARIKAT PENGGANTI) 1994
This Act transfers the Board’s property, rights, and liabilities to a successor company, lets the Minister set the vesting date, and protects eligible staff who choose to move to the successor company.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 523 - *AKTA LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA (SYARIKAT PENGGANTI) 1994
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
523 - *AKTA LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA (SYARIKAT PENGGANTI) 1994
AI-assisted research summary: This Act transfers the Board’s property, rights, and liabilities to a successor company, lets the Minister set the vesting date, and protects eligible staff who choose to move to the successor company.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 523 AKTA LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA (SYARIKAT PENGGANTI) 1994 Sebagaimana pada 1 Disember 2011 2 AKTA LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA (SYARIKAT PENGGANTI) 1994 Tarikh Perkenan Diraja … … … … … 24 Jun 1994 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 7 Julai 1994 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 523 AKTA LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA (SYARIKAT PENGGANTI) 1994 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran BAHAGIAN II PELETAKHAKAN HARTA, DSB. PADA SYARIKAT PENGGANTI 3. Peletakhakan 4. Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti BAHAGIAN III PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KAKITANGAN 5. Kakitangan 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 523 AKTA LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA (SYARIKAT PENGGANTI) 1994 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi perletakhakan harta, hak dan liabiliti Lembaga Padi dan Beras Negara pada suatu syarikat, untuk membuat pengaturan kewangan bagi syarikat itu, untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan kakitangan dan bagi perkaralain yang berkaitan dengannya. [7 Julai 1994, P.U. (B) 297/1994] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Padi dan Beras Negara (Syarikat Pengganti) 1994. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- 6 Undang-Undang Malaysia A KTA 523 “hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada sebenar, kontingen atau prospektif, kecuali — (a) hak Kerajaan untuk mengawal selia berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengan padi dan beras; (b) hak eksklusif dan berkekalan untuk mengimport dan mengeksport beras atau apa-apa hak eksklusif dan berkekalan lain yang berkaitan; dan (c) hak yang berhubungan dengan tanah; “harta” ertinya- (a) segala harta alih dan segala kepentingan, hak dan liabiliti, sama ada di sisi ekuiti atau undang-undang dalam, pada atau daripada apa-apa harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik; dan (b) segala hak dan liabiliti berkenaan kontrak berhubungan dengan pembinaan bangunan, dan “terletakhak”, berhubungan dengan harta, termasuk hak pada harta terhadap masa depan atau kontingen; “liabiliti” ertinya apa-apa jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi (sama ada pada masa sekarang atau pada masa depan, sebenar atau kontingen, dan sama ada kena dibayar atau yang kena dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain); “Lembaga” ertinya *Lembaga Padi dan Beras Negara di bawah Akta Padi dan Beras Negara 1971 [Akta 47]; “Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi padi dan beras; * CATATAN—Akta Lembaga Padi dan Beras Negara 1971 [Akta 47] telah dimansuhkan oleh Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] Lembaga Padi Dan Beras Negara 7 (Syarikat Pengganti) “Perbadanan” ertinya Menteri Kewangan yang diperbadankan melalui Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 357]; “syarikat pengganti” ertinya syarikat berhad menurut syer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dan dinamakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1), yang harta, hak dan liabiliti Lembaga Padi dan Beras Negara dipindahkan dan diletak hak padanya di bawah seksyen 3; “tanah” ertinya tanah sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965[Akta 56 tahun 1965]; “Tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa; "tarikh peletakhakan" ertinya tarikh bila segala harta, hak dan liabiliti Lembaga dipindahkan atau diletak hak pada syarikat pengganti sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1). BAHAGIAN II PERLETAKHAKAN HARTA, DSB, PADA SYARIKAT PENGGANTI Peletakhakan 3. (1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh peletakhakan dan pada tarikh itu, segala harta, hak atau liabiliti Lembaga hendaklah menurut Akta ini dipindahkan kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan hakmilik. (2) Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti hendaklah terletak hak sedemikian pada syarikat dengan hakmilik atau kepentingan yang serupa sebagaimana ia terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu. 8 Undang-Undang Malaysia A KTA 523 (3) Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, selepas tarikh letak hak itu, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh syarikat itu atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi syarikat itu atau Lembaga memberikan notis kepada orang yang terikat hak dalam tindakan itu tentang peletakhakan yang dilaksanakan melalui subseksyen (1). (4) Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletakhak melalui subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu diadakan bagi syarikat itu atau Lembaga memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1). (5) Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Lembaga yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada atau selepas tarikh letak hak itu, diteruskan oleh atau terhadap syarikat pengganti itu. (6) Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletakhak pada syarikat pengganti pada tarikh letak hak, syarikat itu boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti sedemikian dengan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak ketiga. (7) Pada dan selepas tarikh peletakhakan, apa-apa perjanjian yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti di bawah subseksyen (1) yang Lembaga adalah pihak kepadanya sebaik sebelum tarikh letak hak itu, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada daripada sesuatu jenis yang hak dan liabiliti di bawahnya boleh diserahhakkan oleh Lembaga atau tidak, hendaklah berkuat kuasa seolah-olah syarikat itu telah menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu. Lembaga Padi Dan Beras Negara 9 (Syarikat Pengganti) (8) Bagi mengelakkan keraguan, pemindahan atau peletakhakan hak pada syarikat pengganti di bawah subseksyen 3(1) tidak termasuk pemindahan dan peletakhakan hak Kerajaan untuk mengawal selia perkara yang berhubungan dengan padi dan beras, dan tidak memberi apa-apa hak eksklusif dan berkekalan pada syarikat pengganti untuk mengimport dan mengeksport beras, dan ia tidak memberi apa-apa hak eksklusif dan berkekalan yang lain berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengan padi dan beras. Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti 4. (1) Berbangkit daripada perletakhakan pada syarikat pengganti akan harta, hak dan liabiliti di bawah seksyen 3, syarikat pengganti itu hendaklah menerbitkan apa-apa sekuriti syarikat sebagaimana Menteri Kewangan boleh arahkan, selepas berunding dengan Menteri, dari semasa ke semasa, kepada Perbadanan. (2) Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah diterbitkan atau diumpukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma, tentang pengumpukan, sebagaimana Menteri Kewangan boleh arahkan selepas berunding dengan Menteri. (3) Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurut seksyen ini— (a) hendaklah daripada apa-apa nilai nominal sebagaimana Menteri Kewangan arahkan; dan (b) hendaklah diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud Akta Syarikat 1965 seolah-olah ia telah dibayarkan melalui pembayaran nilai nominal kepada syarikat pengganti. (4) Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melupuskan apa-apa sekuriti yang diterbitkan atau apa-apa hak pada sekuriti yang diumpukkan pada mulanya kepada Perbadanan menurut seksyen ini. 10 Undang-Undang Malaysia A KTA 523 (5) Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh Perbadanan sebagai hak pada, atas pelupusan atau selainnya berkaitan dengan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. BAHAGIAN III PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KAKITANGAN Kakitangan 5. (1) Syarikat pengganti hendaklah menerima ke dalam penggajiannya, pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh itu adalah anggota kakitangan Lembaga dan yang telah diberi suatu pilihan oleh Lembaga dan telah memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat itu. (2) Tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat pengganti hendaklah diambil kerja oleh syarikat itu atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang dia berhak kepadanya sebaik sebelum tarikh ditetapkan. 11 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 523 AKTA LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA (SYARIKAT PENGGANTI) 1994 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari - TIADA - 12 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 523 AKTA LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA (SYARIKAT PENGGANTI) 1994 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari - TIADA -
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
523 - *AKTA LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA (SYARIKAT PENGGANTI) 1994
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in