A1613 - AKTA PENGANGKUTAN BARANG MELALUI LAUT (PINDAAN) 2020
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act starts on a date set by the Minister in the Gazette, and the Minister may amend the Schedule by Gazette order.
Pengangkutan Barang Melalui Laut (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1613 AKTA PENGANGKUTAN BARANG MELALUI LAUT (PINDAAN) 2020 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1613 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 22 Januari 2020 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 4 Februari 2020 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Pengangkutan Barang Melalui Laut (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1613 AKTA PENGANGKUTAN BARANG MELALUI LAUT (PINDAAN) 2020 Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Barang Melalui Laut 1950. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengangkutan Barang Melalui Laut (Pindaan) 2020. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 4 2. Akta Pengangkutan Barang Melalui Laut 1950 [Akta 527], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 4— (a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “bills of lading” dengan perkataan “sea carriage documents”; dan 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1613 (b) dengan menggantikan perkataan “bill of lading, or similar document of title,” dengan perkataan “sea carriage document”. Pindaan seksyen 6 3. Seksyen 6 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “bill of lading” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “sea carriage document”. Seksyen baharu 6a 4. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 6 seksyen yang berikut: “Power to amend Schedule 6a. The Minister may, by order published in the Gazette, amend the Schedule to the Act.”.