877 - AKTA INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2026
This Act sets rules for cross-border insolvency: foreign representatives may seek recognition and relief in Malaysian courts, foreign creditors get access, and the Court may cooperate with foreign courts.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This Act sets rules for cross-border insolvency: foreign representatives may seek recognition and relief in Malaysian courts, foreign creditors get access, and the Court may cooperate with foreign courts. Foreign proceedings recognition, relief, cooperation, or coordination is not allowed in certain cases, unless prior written approval is obtained from the relevant authority.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 877 - AKTA INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2026
Showing 2 of 2
Part document.segment-1
877 - AKTA INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2026 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
877 - AKTA INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2026 — segment 1
AI-assisted research summary: This Act sets rules for cross-border insolvency: foreign representatives may seek recognition and relief in Malaysian courts, foreign creditors get access, and the Court may cooperate with foreign courts.
Insolvensi Rentas Sempadan 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 877 AKTA INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2026 2 Undang-Undang Malaysia AktA 877 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 20 Januari 2026 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 30 Januari 2026 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Insolvensi Rentas Sempadan 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 877 AKTA INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2026 SUSUNAN SEKSYEN Bahagian I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran 3. Pemakaian 4. Akta hendaklah dibaca bersama-sama undang-undang lain 5. Mahkamah kompeten 6. Pemegang jawatan insolvensi Malaysia diberi kuasa untuk bertindak di Negara asing 7. Kekecualian dasar awam 8. Bantuan tambahan di bawah undang-undang bertulis lain Bahagian II AKSES WAKIL ASING DAN PEMIUTANG ASING KEPADA MAHKAMAH DI MALAYSIA 9. Hak akses langsung 10. Bidang kuasa terhad 11. Permohonan oleh wakil asing untuk memulakan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia 12. Penyertaan wakil asing dalam prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia 13. Akses pemiutang asing kepada prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia 14. Pemberitahuan kepada pemiutang asing mengenai prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia 4 Undang-Undang Malaysia AktA 877 Bahagian III PENGIKTIRAFAN PROSIDING ASING DAN RELIEF Seksyen 15. Permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing 16. Anggapan pengiktirafan 17. Keputusan untuk mengiktiraf prosiding asing 18. Maklumat terkemudian 19. Relief yang boleh diberikan apabila permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing difailkan 20. Kesan pengiktirafan prosiding utama asing 21. Relief yang boleh diberikan apabila prosiding asing diiktiraf 22. Perlindungan pemiutang dan orang berkepentingan lain 23. Tindakan untuk mengelakkan perbuatan yang memudaratkan pemiutang 24. Pencelahan oleh wakil asing dalam prosiding di Malaysia Bahagian IV KERJASAMA DENGAN MAHKAMAH ASING DAN WAKIL ASING 25. Kerjasama dan komunikasi langsung antara Mahkamah dengan mahkamah asing atau wakil asing 26. Kerjasama dan komunikasi langsung antara pemegang jawatan insolvensi Malaysia dengan mahkamah asing atau wakil asing 27. Bentuk kerjasama Bahagian V PROSIDING SERENTAK 28. Permulaan atau penerusan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia selepas pengiktirafan prosiding utama asing 29. Penyelarasan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia dan prosiding asing 30. Penyelarasan berkenaan dengan lebih daripada satu prosiding asing 31. Anggapan insolvensi berdasarkan pengiktirafan prosiding utama asing 32. Kaedah bayaran dalam prosiding serentak Insolvensi Rentas Sempadan 5 Bahagian VI AM Seksyen 33. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 34. Kuasa untuk meminda Jadual 35. Kecualian Jadual 6 Undang-Undang Malaysia AktA 877 Insolvensi Rentas Sempadan 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 877 AKTA INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2026 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan insolvensi rentas sempadan termasuk akses kepada Mahkamah oleh wakil asing dan pemiutang asing, pengiktirafan prosiding asing, pemberian relief berhubung dengan pengiktirafan prosiding asing, kerjasama dengan mahkamah asing dan wakil asing, penyelarasan prosiding serentak dan perkara lain yang berkaitan. [ ] BAHAWASANYA adalah suai manfaat untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan insolvensi rentas sempadan mengikut prinsip Undang-Undang Model berkenaan Insolvensi Rentas Sempadan yang diterima pakai oleh Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL) bertarikh 30 Mei 1997 yang telah diluluskan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 15 Disember 1997; DAN BAHAWASANYA adalah juga suai manfaat untuk mengadakan peruntukan bagi mewujudkan suatu mekanisme berkesan untuk menguruskan kes-kes insolvensi rentas sempadan bagi menggalakkan tujuan yang berikut: (a) kerjasama antara mahkamah dan pihak berkuasa kompeten lain di Malaysia dengan Negara asing yang terlibat dalam kes-kes insolvensi rentas sempadan; 8 Undang-Undang Malaysia AktA 877 (b) kepastian undang-undang yang lebih baik bagi perdagangan dan pelaburan; (c) pentadbiran insolvensi rentas sempadan yang adil dan cekap yang melindungi kepentingan semua pemiutang dan orang berkepentingan lain, termasuk penghutang; (d) perlindungan dan pemaksimuman nilai harta penghutang; dan (e) memudahkan penyelamatan perniagaan yang mengalami masalah kewangan, dengan itu melindungi pelaburan dan memelihara pekerjaan; MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Insolvensi Rentas Sempadan 2026. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “establismen” ertinya mana-mana tempat yang penghutang mempunyai harta, atau mana-mana tempat operasi yang penghutang menjalankan suatu aktiviti ekonomi bukan sementara dengan cara manusia dan harta atau perkhidmatan; Insolvensi Rentas Sempadan 9 “Mahkamah” ertinya Mahkamah sebagaimana yang disebut dalam seksyen 5; “mahkamah asing” ertinya pihak kehakiman atau pihak berkuasa lain yang kompeten untuk mengawal atau mengawasi prosiding asing; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi undang-undang; “pemegang jawatan insolvensi Malaysia” ertinya— (a) Pegawai Penerima sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Syarikat 2016 [Akta 777]; (b) seseorang yang dilantik di bawah Akta Syarikat 2016 untuk bertindak dalam mana-mana kapasiti yang berikut: (i) penyelesai atau penyelesai interim, sama ada dalam penggulungan paksa atau sukarela; (ii) pengurus kehakiman atau pengurus kehakiman interim dalam pengurusan kehakiman; (iii) penama atau penyelia suatu perkiraan sukarela korporat; atau (iv) wakil suatu skim kompromi atau perkiraan; (c) seseorang yang diluluskan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441] sebagai pelikuidasi yang diluluskan; (d) mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah di bawah subseksyen 6(2) untuk bertindak di suatu Negara asing bagi pihak mana-mana prosiding; atau (e) mana-mana orang atau badan lain yang diiktiraf di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia dalam suatu prosiding kehakiman atau pentadbiran kolektif di Malaysia, termasuk prosiding interim, di bawah undang-undang yang berhubungan dengan insolvensi yang dalamnya prosiding mengenai harta dan hal ehwal penghutang adalah tertakluk kepada kawalan atau pengawasan oleh Mahkamah, bagi maksud penyusunan semula atau penyelesaian; 10 Undang-Undang Malaysia AktA 877 “penghutang” ertinya— (a) suatu perbadanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 3 Akta Syarikat 2016 tetapi tidak termasuk perkongsian liabiliti terhad dan perkongsian liabiliti terhad asing; atau (b) suatu perbadanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Syarikat Labuan 1990; “prosiding asing” ertinya prosiding kehakiman atau pentadbiran kolektif di suatu Negara asing, termasuk prosiding interim, di bawah undang-undang yang berhubungan dengan insolvensi yang dalamnya prosiding mengenai harta dan hal ehwal penghutang adalah tertakluk kepada kawalan atau pengawasan oleh suatu mahkamah asing, bagi maksud penyusunan semula atau penyelesaian; “prosiding bukan utama asing” ertinya prosiding asing selain prosiding utama asing yang berjalan di suatu Negara asing yang penghutang mempunyai suatu establismen; “prosiding utama asing” ertinya prosiding asing yang berjalan di suatu Negara asing yang penghutang mempunyai pusat kepentingan utamanya; “undang-undang insolvensi Malaysia” ertinya— (a) Akta ini; (b) subpenggal 2 dan 3 Penggal 7 Bahagian III, Penggal 8 Bahagian III, dan Bahagian IV dan V Akta Syarikat 2016; (c) seksyen 74, 127, 130zB, 131, 131a, 151c dan 151d Akta Syarikat Labuan 1990; (d) mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, Akta Syarikat 2016, Akta Syarikat Labuan 1990 dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91]; dan Insolvensi Rentas Sempadan 11 (e) common law Malaysia yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan mana-mana peruntukan Akta ini, Akta Syarikat 2016, Akta Syarikat Labuan 1990 dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964 atau mana-mana peruntukan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, Akta Syarikat 2016, Akta Syarikat Labuan 1990 dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964; “wakil asing” ertinya orang atau badan yang dilantik, termasuk orang atau badan yang dilantik secara interim, dan yang diberi kuasa dalam prosiding asing untuk mentadbir penyusunan semula atau penyelesaian harta atau hal ehwal penghutang atau untuk bertindak sebagai seorang wakil prosiding asing itu. (2) Dalam mentafsir Akta ini, hendaklah diambil kira asal usul antarabangsanya dan keperluan untuk menggalakkan keseragaman dalam pemakaiannya dan pematuhan niat baiknya. Pemakaian 3. (1) Akta ini hendaklah terpakai jika— (a) bantuan dimohon di Malaysia oleh suatu mahkamah asing atau seseorang wakil asing berkaitan dengan prosiding asing; (b) bantuan dimohon di suatu Negara asing berkaitan dengan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia; (c) prosiding asing dan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia berkenaan dengan penghutang yang sama berjalan secara serentak; atau (d) pemiutang atau orang berkepentingan lain di suatu Negara asing mempunyai kepentingan dalam memohon untuk memulakan, atau mengambil bahagian dalam, prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia. (2) Akta ini tidak terpakai bagi— (a) insolvensi dan kebankrapan individu di bawah Akta Insolvensi 1967 [Akta 360]; 12 Undang-Undang Malaysia AktA 877 (b) mana-mana orang yang menjalankan perniagaan berdaftar atau perniagaan berlesen di bawah— (i) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197]; (ii) Ordinan Pelesenan Perdagangan [Sabah Bab. 144]; (iii) Ordinan Pelesenan Perniagaan, Profesion dan Perdagangan [Sarawak Bab. 33]; dan (iv) Ordinan Nama-Nama Perniagaan [Sarawak Bab. 64]; (c) mana-mana perkongsian liabiliti terhad dan perkongsian liabiliti terhad asing di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743]; dan (d) mana-mana orang sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual. Akta hendaklah dibaca bersama-sama undang-undang lain 4. Akta ini hendaklah dibaca bersama-sama mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan insolvensi dan perkara yang berkaitan dan peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan undang-undang bertulis lain itu. Mahkamah kompeten 5. (1) Fungsi berhubung dengan pengiktirafan prosiding asing dan kerjasama dengan mahkamah asing di bawah Akta ini hendaklah dilaksanakan oleh Mahkamah Tinggi di Malaya atau Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan. Insolvensi Rentas Sempadan 13 (2) Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta ini, Mahkamah tidak boleh mengiktiraf mana-mana prosiding asing, memberikan apa-apa relief, atau mengubah suai apa-apa relief yang telah diberikan, atau memberikan apa-apa kerjasama atau penyelarasan di bawah Akta ini, jika dan setakat yang pengiktirafan, relief, relief yang diubah suai, kerjasama atau penyelarasan itu akan, dalam hal prosiding di bawah mana-mana undang-undang bertulis dilarang oleh atau mengganggu atau tidak selaras dengan peruntukan berhubung dengan sekatan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual. Pemegang jawatan insolvensi Malaysia diberi kuasa untuk bertindak di Negara asing 6. (1) Seseorang pemegang jawatan insolvensi Malaysia diberi kuasa untuk bertindak di suatu Negara asing bagi pihak prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai bagi Negara asing itu. (2) Mahkamah boleh, atas permohonan, melantik mana-mana orang lain untuk bertindak di suatu Negara asing bagi pihak prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai bagi Negara asing itu. Kekecualian dasar awam 7. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghalang Mahkamah daripada enggan untuk mengambil apa-apa tindakan atau memberikan apa-apa perintah atau relief di bawah Akta ini jika pengambilan tindakan itu atau pemberian perintah atau relief itu akan berlawanan dengan dasar awam Malaysia. Bantuan tambahan di bawah undang-undang bertulis lain 8. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini mengehadkan kuasa Mahkamah atau pemegang jawatan insolvensi Malaysia untuk memberikan bantuan tambahan kepada seseorang wakil asing di bawah undang-undang bertulis lain. 14 Undang-Undang Malaysia AktA 877 Bahagian II AKSES WAKIL ASING DAN PEMIUTANG ASING KEPADA MAHKAMAH DI MALAYSIA Hak akses langsung 9. (1) Seseorang wakil asing berhak untuk memohon secara langsung kepada Mahkamah di bawah Akta ini bagi pengiktirafan prosiding asing atau bagi apa-apa relief atau bantuan yang diperuntukkan di bawah Akta ini. (2) Seseorang wakil asing boleh hadir sendiri atau boleh diwakili oleh seorang peguam bela bagi maksud apa-apa permohonan yang dibuat di bawah Akta ini. (3) Dalam seksyen ini, “peguam bela” ertinya mana-mana orang yang berhak untuk menjalankan amalan sebagai peguam bela atau sebagai peguam cara atau sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah mana-mana undang-undang di mana-mana bahagian di Malaysia. Bidang kuasa terhad 10. Hakikat semata-mata bahawa suatu permohonan di bawah Akta ini dibuat kepada Mahkamah oleh seseorang wakil asing tidak menjadikan wakil asing itu atau harta asing dan hal ehwal seseorang penghutang itu tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah bagi apa-apa maksud selain permohonan itu. Permohonan oleh wakil asing untuk memulakan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia 11. Seseorang wakil asing yang dilantik dalam prosiding utama asing atau prosiding bukan utama asing berhak untuk memohon untuk memulakan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia jika syarat untuk memulakan prosiding itu dipenuhi selainnya. Insolvensi Rentas Sempadan 15 Penyertaan wakil asing dalam prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia 12. Apabila prosiding asing diiktiraf, seseorang wakil asing berhak untuk mengambil bahagian dalam prosiding mengenai penghutang di bawah undang-undang insolvensi Malaysia. Akses pemiutang asing kepada prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia 13. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang pemiutang asing hendaklah mempunyai hak yang sama mengenai permulaan, dan penyertaan dalam, prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia sebagaimana pemiutang di Malaysia. (2) Subseksyen (1) tidak menjejaskan susunan tuntutan dalam prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia, atau pengecualian tuntutan cukai asing, tuntutan keselamatan sosial atau tuntutan bagi persaraan atau kumpulan wang simpanan pekerja atau tuntutan di bawah mana-mana skim persaraan daripada prosiding itu. (3) Walau apa pun subseksyen (2), tuntutan seseorang pemiutang asing tidak boleh disusun lebih rendah daripada pemiutang tidak bercagar am semata-mata atas sebab bahawa pemiutang itu merupakan seorang pemiutang asing. Pemberitahuan kepada pemiutang asing mengenai prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia 14. (1) Jika di bawah undang-undang insolvensi Malaysia pemberitahuan dikehendaki untuk diberikan kepada pemiutang di Malaysia, pemberitahuan itu hendaklah juga diberikan kepada semua pemiutang asing yang diketahui yang tidak mempunyai alamat di Malaysia. (2) Mahkamah boleh membuat suatu perintah menghendaki supaya langkah-langkah munasabah diambil untuk memberitahu mana-mana pemiutang asing yang alamatnya masih tidak diketahui. 16 Undang-Undang Malaysia AktA 877 (3) Pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diberikan kepada pemiutang asing secara individu, melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa, di bawah hal keadaan— (a) bentuk pemberitahuan yang lain adalah lebih sesuai, termasuk pemberitahuan elektronik atau pemberitahuan dalam talian; atau (b) pemberitahuan kepada pemiutang di Malaysia diberikan melalui iklan dalam akhbar tempatan yang dalam hal itu pemberitahuan kepada pemiutang asing yang diketahui boleh diberikan melalui iklan dalam apa-apa akhbar asing sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah bagi memastikan bahawa kandungan pemberitahuan itu sampai kepada perhatian pemiutang asing yang diketahui itu. (4) Jika pemberitahuan mengenai hak untuk memfailkan tuntutan diberikan kepada pemiutang asing, pemberitahuan itu hendaklah— (a) menyatakan tempoh masa yang munasabah untuk pemfailan tuntutan dan menyatakan tempat pemfailan; (b) menunjukkan sama ada pemiutang asing bercagar dikehendaki untuk memfailkan tuntutan bercagarnya; dan (c) mengandungi apa-apa maklumat lain yang dikehendaki untuk dimasukkan dalam pemberitahuan itu kepada pemiutang di bawah undang-undang Malaysia dan perintah Mahkamah. Bahagian III PENGIKTIRAFAN PROSIDING ASING DAN RELIEF Permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing 15. (1) Seseorang wakil asing boleh memohon kepada Mahkamah bagi pengiktirafan prosiding asing yang dalamnya wakil asing itu telah dilantik. Insolvensi Rentas Sempadan 17 (2) Suatu permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing hendaklah disertakan dengan— (a) suatu salinan diperakui keputusan memulakan prosiding asing itu dan melantik wakil asing itu; (b) suatu perakuan daripada mahkamah asing yang mengesahkan kewujudan prosiding asing itu dan pelantikan wakil asing itu; atau (c) jika tiada keterangan yang disebut dalam perenggan (a) dan (b), apa-apa keterangan lain yang boleh diterima oleh Mahkamah mengenai kewujudan prosiding asing itu dan pelantikan wakil asing itu. (3) Suatu permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing hendaklah juga disertakan dengan suatu pernyataan yang mengenal pasti semua prosiding asing dan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia berkenaan dengan penghutang yang diketahui oleh wakil asing itu. (4) Wakil asing itu hendaklah mengemukakan kepada Mahkamah terjemahan dalam teks bahasa Inggeris bagi dokumen yang dikemukakan selain dalam bahasa Inggeris dalam menyokong permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing dan terjemahan itu hendaklah disertakan dengan suatu perakuan daripada orang yang menterjemahkan dokumen itu yang menyatakan bahawa terjemahan itu adalah tepat dan benar. Anggapan pengiktirafan 16. (1) Jika keputusan atau perakuan yang disebut dalam subseksyen 15(2) menunjukkan bahawa prosiding yang berkenaan dengannya suatu permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing itu dibuat merupakan prosiding asing mengikut pengertian subseksyen 2(1) dan bahawa orang atau badan yang membuat permohonan itu merupakan wakil asing mengikut pengertian subseksyen 2(1), Mahkamah berhak untuk menganggap sedemikian. (2) Mahkamah boleh menganggap bahawa dokumen yang dikemukakan dalam menyokong permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing adalah sah, sama ada dokumen itu telah disahkan secara undang-undang atau tidak. 18 Undang-Undang Malaysia AktA 877 (3) Jika tiada bukti yang berlawanan, tempat pejabat berdaftar penghutang adalah disifatkan sebagai pusat kepentingan utama penghutang. Keputusan untuk mengiktiraf prosiding asing 17. (1) Suatu permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing hendaklah diputuskan oleh Mahkamah seawal mungkin. (2) Tertakluk kepada seksyen 7, Mahkamah hendaklah mengiktiraf prosiding asing dengan membuat suatu perintah pengiktirafan jika— (a) prosiding itu merupakan prosiding asing mengikut pengertian subseksyen 2(1); (b) orang atau badan yang memohon bagi pengiktirafan itu merupakan seorang wakil asing mengikut pengertian subseksyen 2(1); (c) permohonan itu mematuhi kehendak subseksyen 15(2) dan (3); dan (d) permohonan itu telah dikemukakan kepada Mahkamah yang disebut dalam seksyen 5. (3) Prosiding asing itu hendaklah diiktiraf sebagai— (a) prosiding utama asing, jika prosiding asing itu dijalankan di Negara asing yang penghutang mempunyai pusat kepentingan utamanya; atau (b) prosiding bukan utama asing, jika penghutang itu mempunyai suatu establismen mengikut pengertian subseksyen 2(1) di Negara asing. (4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini, seksyen 15, 16 atau 18 boleh menghalang pengubahsuaian atau penamatan suatu perintah pengiktirafan, jika ditunjukkan bahawa alasan untuk memberikan perintah pengiktirafan itu secara keseluruhannya atau sebahagiannya tidak mencukupi pada masa pengiktirafan itu diberikan atau secara keseluruhannya atau sebahagiannya tidak lagi wujud. Insolvensi Rentas Sempadan 19 (5) Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang wakil asing, seseorang yang terjejas oleh pengiktirafan itu, atau atas usulnya sendiri, mengubah suai atau menamatkan suatu perintah pengiktirafan, sama ada secara keseluruhannya atau bagi suatu tempoh terhad, atas apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah. Maklumat terkemudian 18. Dari masa suatu permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing difailkan dan berterusan selepas itu, wakil asing hendaklah dengan segera memberitahu Mahkamah— (a) mengenai apa-apa perubahan substansial dalam status prosiding asing yang diiktiraf atau status pelantikan wakil asing itu; dan (b) mengenai apa-apa prosiding asing lain atau prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia mengenai penghutang yang sama yang sampai kepada pengetahuan wakil asing itu. Relief yang boleh diberikan apabila permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing difailkan 19. (1) Dari masa suatu permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing difailkan sehingga permohonan itu diputuskan, Mahkamah boleh, atas permohonan wakil asing, jika relief diperlukan dengan segera untuk melindungi harta penghutang atau kepentingan pemiutang, memberikan apa-apa relief bersifat sementara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah, termasuk— (a) menangguhkan apa-apa pelaksanaan terhadap harta penghutang; (b) mengamanahkan pentadbiran atau penghasilan keseluruhan atau mana-mana bahagian harta penghutang yang terletak di Malaysia kepada wakil asing atau pemegang jawatan insolvensi Malaysia, bagi maksud melindungi dan memelihara nilai harta yang, oleh sebab sifatnya atau disebabkan oleh hal keadaan lain, mudah musnah, mudah untuk turun nilai atau selainnya dalam bahaya; dan 20 Undang-Undang Malaysia AktA 877 (c) memberikan apa-apa relief yang disebut dalam perenggan 21(1)(c), (d) atau (g). (2) Apa-apa relief yang diberikan di bawah subseksyen (1) oleh Mahkamah hendaklah selaras dengan apa-apa perintah yang telah dibuat atau boleh dibuat di bawah Akta ini, Akta Syarikat 2016, Akta Syarikat Labuan 1990 atau mana-mana undang-undang bertulis lain. (3) Melainkan jika dilanjutkan di bawah perenggan 21(1)(f), relief yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah tamat apabila permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing itu diputuskan. (4) Mahkamah boleh menolak untuk memberikan apa-apa relief di bawah seksyen ini jika relief itu akan mengganggu pentadbiran prosiding utama asing. Kesan pengiktirafan prosiding utama asing 20. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), apabila prosiding asing diiktiraf sebagai prosiding utama asing— (a) permulaan atau penerusan apa-apa tindakan atau prosiding individu berhubung dengan harta, hak, kewajipan atau liabiliti penghutang hendaklah ditangguhkan; (b) apa-apa pelaksanaan terhadap harta penghutang hendaklah ditangguhkan; dan (c) apa-apa hak untuk memindahkan, membebankan atau selainnya melupuskan apa-apa harta penghutang hendaklah digantung. (2) Penangguhan dan penggantungan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah— (a) mempunyai skop dan kesan yang sama seolah-olah penghutang telah dijadikan subjek suatu perintah penggulungan di bawah Akta Syarikat 2016 atau Akta Syarikat Labuan 1990; dan Insolvensi Rentas Sempadan 21 (b) tertakluk kepada kuasa Mahkamah yang sama dan larangan, had, kekecualian dan syarat yang sama sebagaimana yang akan terpakai di bawah undang-undang Malaysia dalam hal itu, dan peruntukan subseksyen (1) hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya. (3) Tanpa menjejaskan subseksyen (2), penangguhan dan penggantungan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak menjejaskan hak— (a) mana-mana orang untuk mengambil apa-apa langkah untuk menguatkuasakan mana-mana cagaran terhadap harta penghutang; (b) mana-mana orang untuk mengambil apa-apa langkah untuk mengambil semula milikan barang dalam milikan penghutang di bawah suatu perjanjian sewa beli sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212]; (c) mana-mana orang yang boleh dijalankan di bawah, menurut kuasa, atau berkaitan dengan mana-mana peruntukan undang-undang bertulis sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual; atau (d) seseorang pemiutang untuk menolak tuntutannya terhadap tuntutan penghutang, yang merupakan hak yang boleh dijalankan jika penghutang telah dijadikan subjek suatu perintah penggulungan di bawah Akta Syarikat 2016 atau Akta Syarikat Labuan 1990. (4) Perenggan (1)(a) tidak menjejaskan hak— (a) untuk memulakan tindakan atau prosiding individu setakat yang perlu untuk memelihara suatu tuntutan terhadap penghutang; atau (b) untuk memulakan atau meneruskan apa-apa prosiding jenayah, atau apa-apa tindakan atau prosiding oleh mana-mana orang atau badan yang mempunyai fungsi pengawalseliaan, penyeliaan, penyiasatan atau penguatkuasaan jenis awam jika tindakan atau prosiding itu dibawa dalam menjalankan fungsi itu. 22 Undang-Undang Malaysia AktA 877 (5) Subseksyen (1) tidak menjejaskan hak mana-mana orang untuk memohon bagi permulaan, atau selainnya memulakan, prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia, atau hak untuk memfailkan suatu tuntutan dalam prosiding itu. (6) Sebagai tambahan kepada dan tanpa menjejaskan kuasa Mahkamah di bawah subseksyen (2), Mahkamah boleh, atas permohonan wakil asing atau mana-mana orang yang terjejas oleh penangguhan dan penggantungan yang disebut dalam subseksyen (1), atau atas usulnya sendiri, mengubah suai atau menamatkan penangguhan dan penggantungan itu atau mana-mana bahagian daripadanya, sama ada secara keseluruhannya atau bagi suatu tempoh terhad, atas apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah. (7) Dalam seksyen ini, “cagaran” ertinya apa-apa gadaian, lien, gadai janji, sandaran, hipotekasi atau apa-apa cagaran lain yang diiktiraf oleh undang-undang termasuk apa-apa cagaran yang diterima berhubung dengan perkara admiralti di Malaysia. Relief yang boleh diberikan apabila prosiding asing diiktiraf 21. (1) Apabila prosiding asing diiktiraf, sama ada sebagai prosiding utama asing atau prosiding bukan utama asing, jika perlu untuk melindungi harta penghutang atau kepentingan pemiutang, Mahkamah boleh, atas permohonan wakil asing, memberikan apa-apa relief yang sesuai sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah, termasuk suatu perintah— (a) menangguhkan permulaan atau penerusan apa-apa tindakan atau prosiding individu berkenaan dengan harta, hak, kewajipan atau liabiliti penghutang, setakat yang tindakan atau prosiding itu tidak ditangguhkan di bawah perenggan 20(1)(a); (b) menangguhkan apa-apa pelaksanaan terhadap harta penghutang, setakat yang pelaksanaan itu tidak ditangguhkan di bawah perenggan 20(1)(b); (c) menggantung hak untuk memindahkan, membebankan atau selainnya melupuskan apa-apa harta penghutang, setakat yang hak itu tidak digantung di bawah perenggan 20(1)(c); Insolvensi Rentas Sempadan 23 (d) untuk pemeriksaan saksi, pengambilan keterangan atau penyampaian atau pengemukaan maklumat berkenaan dengan harta, hal ehwal, hak, kewajipan atau liabiliti penghutang; (e) mengamanahkan pentadbiran atau penghasilan keseluruhan atau mana-mana bahagian harta penghutang yang terletak di Malaysia kepada wakil asing atau mana-mana orang lain sebagaimana yang dilantik oleh Mahkamah, bagi maksud melindungi dan memelihara nilai harta itu; (f) melanjutkan apa-apa relief yang diberikan di bawah subseksyen 19(1); dan (g) yang boleh diadakan kepada pemegang jawatan insolvensi Malaysia di bawah undang-undang Malaysia. (2) Jika relief diberikan di bawah perenggan (1)(e) kepada seseorang wakil asing atau mana-mana orang lain sebagaimana yang dilantik oleh Mahkamah, Mahkamah boleh, atas permohonan wakil asing atau mana-mana orang lain sebagaimana yang dilantik oleh Mahkamah itu, jika pengagihan yang dimohon itu melibatkan pemindahan mana-mana harta penghutang kepada mana-mana orang di luar Malaysia, wakil asing atau mana-mana orang lain sebagaimana yang dilantik oleh Mahkamah itu hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Mahkamah, dan kebenaran itu hanya boleh diberikan jika Mahkamah berpuas hati bahawa kepentingan pemiutang di Malaysia dilindungi dengan secukupnya. (3) Bagi maksud subseksyen (2), sebelum membuat apa-apa perintah untuk memindahkan mana-mana harta penghutang kepada mana-mana orang di luar Malaysia, Mahkamah hendaklah memastikan bahawa wakil asing atau mana-mana orang lain sebagaimana yang dilantik oleh Mahkamah telah memperakui atau memberikan suatu jaminan kepada Mahkamah bahawa tuntutan pemiutang di Malaysia, yang hutangnya tidak melebihi nilai ambang sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, telah dipenuhi dan diselesaikan daripada harta yang dimohon untuk dipindahkan itu. (4) Dalam memberikan relief di bawah subseksyen (1) kepada wakil asing bagi prosiding bukan utama asing, Mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa relief itu berkaitan dengan— (a) harta yang, di bawah undang-undang Malaysia, patut ditadbir dalam prosiding bukan utama asing itu; atau 24 Undang-Undang Malaysia AktA 877 (b) maklumat yang dikehendaki dalam prosiding bukan utama asing itu. (5) Tiada apa-apa jua dalam perenggan (1)(a), (b), (c), (e) dan (g), dan subseksyen (2) boleh menjejaskan hak untuk memulakan atau meneruskan apa-apa prosiding jenayah atau apa-apa tindakan atau prosiding oleh mana-mana orang atau badan yang mempunyai fungsi pengawalseliaan, penyeliaan, penyiasatan atau penguatkuasaan jenis awam, jika tindakan atau prosiding itu dibawa dalam menjalankan fungsi itu. (6) Bagi maksud seksyen ini, Menteri, selepas berunding dengan Menteri Kewangan dan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi syarikat, boleh meminda nilai ambang yang disebut dalam subseksyen (3), melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. Perlindungan pemiutang dan orang berkepentingan lain 22. (1) Dalam memberikan atau menolak apa-apa relief di bawah seksyen 19 atau 21, atau dalam mengubah suai atau menamatkan apa-apa relief di bawah subseksyen (3) atau subseksyen 20(6), Mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa kepentingan pemiutang, termasuk pemiutang di Malaysia, mana-mana pemiutang bercagar atau pihak kepada perjanjian sewa beli, dan mana-mana orang berkepentingan lain, termasuk penghutang jika bersesuaian, dilindungi dengan secukupnya. (2) Mahkamah boleh mengenakan apa-apa syarat terhadap pemberian relief di bawah seksyen 19 atau 21 sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah, termasuk menghendaki wakil asing untuk memberikan jaminan bagi pelaksanaan wajar fungsinya. (3) Mahkamah boleh, atas permohonan wakil asing atau mana-mana orang yang terjejas dengan relief yang diberikan di bawah seksyen 19 atau 21, atau atas usulnya sendiri, mengubah suai atau menamatkan relief itu. Tindakan untuk mengelakkan perbuatan yang memudaratkan pemiutang 23. (1) Tertakluk kepada subseksyen (6) dan (9), apabila prosiding asing diiktiraf, seseorang wakil asing hendaklah mempunyai locus standi untuk memohon kepada Mahkamah untuk suatu perintah Insolvensi Rentas Sempadan 25 di bawah, atau berkaitan dengan seksyen 352, 366, 426, 472, 528, 529, 530, 531, 540 dan 541 Akta Syarikat 2016 dan seksyen 20 Akta Syarikat Labuan 1990. (2) Jika seseorang wakil asing membuat apa-apa permohonan di bawah subseksyen (1), peruntukan Akta Syarikat 2016 dan Akta Syarikat Labuan 1990 sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah terpakai— (a) tidak kira sama ada penghutang sedang digulungkan, diletakkan di bawah pengurusan kehakiman, atau sedang menjalani suatu skim kompromi atau perkiraan di bawah Akta Syarikat 2016 atau Akta Syarikat Labuan 1990, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan (b) tertakluk kepada pengubahsuaian yang dinyatakan dalam subseksyen (3). (3) Bagi maksud seksyen ini, pengubahsuaian yang terpakai adalah seperti yang berikut: (a) bagi maksud seksyen 366 Akta Syarikat 2016, tarikh yang bersamaan dengan permulaan suatu skim kompromi atau perkiraan hendaklah menjadi tarikh pembukaan prosiding asing yang berkaitan; (b) bagi maksud seksyen 426 Akta Syarikat 2016, tarikh yang bersamaan dengan penyerahan suatu permohonan bagi pengurusan kehakiman hendaklah menjadi tarikh pembukaan prosiding asing yang berkaitan; (c) bagi maksud seksyen 472 Akta Syarikat 2016, tarikh yang bersamaan dengan penyerahan suatu petisyen penggulungan hendaklah menjadi tarikh pembukaan prosiding asing yang berkaitan; (d) bagi maksud seksyen 528, 529, 530, 531, 540 dan 541 Akta Syarikat 2016, tarikh yang bersamaan dengan penyerahan suatu petisyen penggulungan dalam hal penggulungan oleh Mahkamah atau kelulusan ketetapan dalam hal penggulungan sukarela, hendaklah menjadi tarikh pembukaan prosiding asing yang berkaitan; dan (e) bagi maksud seksyen 20 Akta Syarikat Labuan 1990, tarikh yang bersamaan dengan tarikh transaksi ultra vires dimohon untuk ditahan hendaklah menjadi tarikh pembukaan prosiding asing yang berkaitan. 26 Undang-Undang Malaysia AktA 877 (4) Bagi maksud subseksyen (3), tarikh pembukaan prosiding asing yang berkaitan hendaklah ditentukan mengikut undang-undang Negara asing yang prosiding asing itu berjalan, termasuk apa-apa rukun undang-undang yang di bawahnya prosiding asing itu disifatkan telah dibuka pada suatu tarikh yang lebih awal. (5) Jika prosiding asing itu merupakan prosiding bukan utama asing, Mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa permohonan di bawah seksyen ini berkaitan dengan harta yang, di bawah undang-undang Malaysia, patut ditadbir dalam prosiding bukan utama asing itu. (6) Jika, pada masa permohonan difailkan, prosiding berkenaan dengan penghutang masih belum selesai di bawah undang-undang insolvensi Malaysia, wakil asing tidak boleh membuat suatu permohonan di bawah seksyen ini tanpa kebenaran Mahkamah. (7) Apabila memberikan suatu perintah berhubung dengan permohonan di bawah seksyen ini, Mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan mengenai pengagihan apa-apa hasil daripada tuntutan oleh wakil asing, sebagaimana yang difikirkannya patut, bagi memastikan bahawa kepentingan pemiutang di Malaysia dilindungi dengan secukupnya. (8) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan hak pemegang jawatan insolvensi Malaysia untuk membuat apa-apa permohonan di bawah, atau berkaitan dengan, mana-mana peruntukan yang dinyatakan dalam subseksyen (1). (9) Subseksyen (1) tidak terpakai berkenaan dengan apa-apa keutamaan yang diberikan, gadaian terapung yang diwujudkan, pemberimilikan, penyerahhakan yang dibuat, atau transaksi lain yang dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini. Pencelahan oleh wakil asing dalam prosiding di Malaysia 24. Apabila prosiding asing diiktiraf, seseorang wakil asing boleh, tertakluk kepada pematuhan kehendak di bawah Akta Syarikat 2016, Akta Syarikat Labuan 1990 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang terpakai, mencelah dalam mana-mana prosiding yang dalamnya penghutang merupakan suatu pihak. Insolvensi Rentas Sempadan 27 Bahagian IV KERJASAMA DENGAN MAHKAMAH ASING DAN WAKIL ASING Kerjasama dan komunikasi langsung antara Mahkamah dengan mahkamah asing atau wakil asing 25. (1) Bagi maksud Akta ini, Mahkamah boleh bekerjasama ke takat semaksimum yang boleh dengan mahkamah asing atau wakil asing, sama ada secara langsung atau melalui pemegang jawatan insolvensi Malaysia. (2) Mahkamah berhak untuk berkomunikasi secara langsung dengan, atau meminta maklumat atau bantuan secara langsung daripada, mahkamah asing atau wakil asing. Kerjasama dan komunikasi langsung antara pemegang jawatan insolvensi Malaysia dengan mahkamah asing atau wakil asing 26. (1) Bagi maksud Akta ini, seseorang pemegang jawatan insolvensi Malaysia hendaklah, dalam menjalankan fungsinya di bawah undang-undang Malaysia, dan tertakluk kepada pengawasan oleh Mahkamah, bekerjasama ke takat semaksimum yang boleh dengan mahkamah asing atau wakil asing. (2) Pemegang jawatan insolvensi Malaysia berhak, dalam menjalankan fungsinya di bawah undang-undang Malaysia, dan tertakluk kepada pengawasan oleh Mahkamah, untuk berkomunikasi secara langsung dengan mahkamah asing atau wakil asing. Bentuk kerjasama 27. Kerjasama yang disebut dalam seksyen 25 dan 26 boleh dilaksanakan dengan apa-apa cara yang sesuai, termasuk— (a) pelantikan seseorang untuk bertindak di bawah arahan Mahkamah; (b) komunikasi maklumat dengan apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah; (c) penyelarasan pentadbiran dan pengawasan harta dan hal ehwal penghutang; 28 Undang-Undang Malaysia AktA 877 (d) kelulusan atau pelaksanaan mana-mana perjanjian yang berhubungan dengan penyelarasan prosiding oleh Mahkamah; dan (e) penyelarasan prosiding serentak mengenai penghutang yang sama. Bahagian V PROSIDING SERENTAK Permulaan atau penerusan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia selepas pengiktirafan prosiding utama asing 28. Selepas prosiding utama asing diiktiraf, kesan mana-mana prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia berhubung dengan penghutang yang sama hendaklah, setakat yang prosiding itu berkaitan dengan harta penghutang, dihadkan— (a) kepada harta yang terletak di Malaysia; dan (b) setakat yang perlu untuk memberikan kesan kepada kerjasama dan penyelarasan di bawah seksyen 25, 26 dan 27, kepada harta lain penghutang yang di bawah undang-undang Malaysia, patut ditadbir dalam prosiding itu. Penyelarasan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia dan prosiding asing 29. Jika prosiding asing dan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia sedang berjalan secara serentak mengenai penghutang yang sama, Mahkamah boleh memohon kerjasama dan penyelarasan di bawah seksyen 25, 26 dan 27, dan perkara yang berikut hendaklah terpakai: (a) apabila prosiding di Malaysia sedang berjalan pada masa permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing itu difailkan— (i) apa-apa relief yang diberikan di bawah seksyen 19 atau 21 hendaklah selaras dengan prosiding di Malaysia; dan Insolvensi Rentas Sempadan 29 (ii) jika prosiding asing itu diiktiraf di Malaysia sebagai prosiding utama asing, seksyen 20 tidak terpakai; (b) apabila prosiding di Malaysia dimulakan selepas pemfailan suatu permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing atau selepas pengiktirafan diberikan— (i) apa-apa relief yang diberikan yang berkuat kuasa di bawah seksyen 19 atau 21 hendaklah dikaji semula oleh Mahkamah dan, jika tidak selaras dengan prosiding di Malaysia, hendaklah diubah suai atau diketepikan; (ii) jika prosiding asing itu merupakan prosiding utama asing, penangguhan dan penggantungan di bawah subseksyen 20(1) hendaklah diubah suai atau diketepikan di bawah subseksyen 20(6), jika tidak selaras dengan prosiding di Malaysia; dan (iii) apa-apa prosiding yang dibawa oleh wakil asing di bawah subseksyen 23(1) sebelum prosiding di Malaysia dimulakan hendaklah tertakluk kepada kajian semula oleh Mahkamah dan Mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut mengenai penerusan prosiding itu; dan (c) dalam memberikan, melanjutkan atau mengubah suai apa-apa relief yang diberikan kepada seseorang wakil asing bagi prosiding bukan utama asing, Mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa relief itu berkaitan dengan— (i) harta yang, di bawah undang-undang Malaysia, patut ditadbir dalam prosiding bukan utama asing itu; atau (ii) maklumat yang dikehendaki dalam prosiding bukan utama asing itu. 30 Undang-Undang Malaysia AktA 877 Penyelarasan berkenaan dengan lebih daripada satu prosiding asing 30. Bagi maksud Akta ini, berkenaan dengan lebih daripada satu prosiding asing mengenai penghutang yang sama, Mahkamah boleh memohon kerjasama dan penyelarasan di bawah seksyen 25, 26 dan 27, dan perkara yang berikut hendaklah terpakai: (a) apa-apa relief yang diberikan di bawah seksyen 19 atau 21 kepada seseorang wakil bagi prosiding bukan utama asing selepas pengiktirafan prosiding utama asing hendaklah selaras dengan prosiding utama asing itu; (b) jika prosiding utama asing diiktiraf selepas pemfailan suatu permohonan bagi pengiktirafan prosiding bukan utama asing, apa-apa relief yang diberikan di bawah seksyen 19 atau 21 hendaklah dikaji semula oleh Mahkamah dan hendaklah diubah suai atau diketepikan jika tidak selaras dengan prosiding utama asing itu; dan (c) jika, selepas pengiktirafan prosiding bukan utama asing, prosiding bukan utama asing lain telah diiktiraf, Mahkamah boleh memberikan, mengubah suai atau mengetepikan apa-apa relief bagi maksud memudahkan penyelarasan prosiding-prosiding itu. Anggapan insolvensi berdasarkan pengiktirafan prosiding utama asing 31. Jika tiada keterangan yang berlawanan, pengiktirafan prosiding utama asing, bagi maksud memulakan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia, merupakan bukti bahawa penghutang tidak berkeupayaan untuk membayar hutangnya mengikut pengertian yang diberikan di bawah undang-undang insolvensi Malaysia. Insolvensi Rentas Sempadan 31 Kaedah bayaran dalam prosiding serentak 32. Tanpa menjejaskan tuntutan jaminan atau hak in rem, seseorang pemiutang yang telah menerima sebahagian bayaran berkenaan dengan tuntutannya dalam mana-mana prosiding di bawah undang-undang yang berhubungan dengan insolvensi di suatu Negara asing tidak boleh menerima bayaran bagi tuntutan yang sama dalam prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia mengenai penghutang yang sama, selagi bayaran kepada pemiutang lain bagi kelas yang sama adalah secara berkadar lebih rendah daripada bayaran yang pemiutang itu telah terima. Bahagian VI AM Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 33. Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya atau bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik. Kuasa untuk meminda Jadual 34. (1) Menteri boleh, atas syor Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa lain yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual kepada Akta ini. (2) Apabila perintah yang disebut dalam subseksyen (1) disiarkan, Jadual sebagaimana yang dipinda itu hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya dan hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada Akta ini dari tarikh penyiaran itu atau dari tarikh terkemudian sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu. 32 Undang-Undang Malaysia AktA 877 Kecualian 35. (1) Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi prosiding insolvensi rentas sempadan yang dimulakan pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini. (2) Mana-mana prosiding insolvensi rentas sempadan atau permohonan yang berhubungan dengan insolvensi rentas sempadan yang dimulakan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus diuruskan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini. (3) Apa-apa perintah, arahan, keputusan, perbuatan atau prosiding yang dibuat, diberikan, diambil atau dilakukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan insolvensi rentas sempadan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dan apa-apa hak, kewajipan atau liabiliti yang terakru di bawahnya, hendaklah, setakat yang ia tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini, terus kekal sah dan boleh dikuatkuasakan. (4) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan hak dan remedi mana-mana pemiutang yang berbangkit atau terakru di bawah undang-undang yang terpakai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak yang berkaitan atau diarahkan oleh Mahkamah di bawah Akta ini. Jadual [Perenggan 3(2)(d), subseksyen 5(2) dan perenggan 20(3)(c)] Bahagian I KETIDAKPAKAIAN Akta ini tidak terpakai bagi— 1. mana-mana orang berlesen, syarikat pemegangan kewangan, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, pengendali suatu sistem pembayaran yang diluluskan atau pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]; Insolvensi Rentas Sempadan 33 2. mana-mana orang berlesen, syarikat pemegangan kewangan, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, pengendali sistem pembayaran yang diluluskan atau pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; 3. mana-mana institusi yang ditetapkan sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 3(1) Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618]; 4. mana-mana orang yang ditetapkan sebagai institusi kewangan yang ditetapkan di bawah seksyen 212 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau sebagai institusi kewangan Islam yang ditetapkan di bawah seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013; 5. mana-mana institusi anggota atau institusi perantaraan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1) Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 [Akta 720]; 6. mana-mana syarikat pemegangan bursa dan subsidiarinya termasuk bursa saham, bursa derivatif, pengendali pasaran diiktiraf atau pusat penjelasan, sebagaimana yang diluluskan atau didaftarkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671]; 7. mana-mana depositori pusat yang diluluskan di bawah seksyen 5 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 [Akta 453]; 8. mana-mana bank Labuan dan bank pelaburan Labuan yang masing-masing dilesenkan di bawah seksyen 88 dan 89 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704] dan bank Islam Labuan dan bank pelaburan Islam Labuan yang masing-masing dilesenkan di bawah seksyen 63 dan 64 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705]; 9. mana-mana entiti berlesen Labuan yang menjalankan perniagaan kewangan Labuan di bawah seksyen 90 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 atau perniagaan kewangan Islam Labuan yang dilesenkan di bawah seksyen 65 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010; 10. mana-mana penanggung insurans Labuan dan penanggung insurans semula Labuan yang dilesenkan di bawah seksyen 103 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010, termasuk orang yang menjalankan perniagaan insurans kaptif Labuan; 11. mana-mana pengendali takaful Labuan dan pengendali takaful semula Labuan yang dilesenkan di bawah seksyen 78 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010, termasuk orang yang menjalankan perniagaan takaful kaptif Labuan; 12. mana-mana syarikat sel terlindung Labuan yang diperbadankan di bawah seksyen 130o Akta Syarikat Labuan 1990; 34 Undang-Undang Malaysia AktA 877 13. mana-mana syarikat amanah Labuan, syarikat amanah diurus Labuan dan syarikat amanah persendirian Labuan yang masing-masing dilesenkan atau didaftarkan di bawah seksyen 61, 71 atau 74 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010; 14.
Part document.segment-2
877 - AKTA INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2026 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
877 - AKTA INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2026 — segment 2
AI-assisted research summary: Foreign proceedings recognition, relief, cooperation, or coordination is not allowed in certain cases, unless prior written approval is obtained from the relevant authority.
mana-mana amanah Labuan yang diwujudkan di bawah seksyen 8 Akta Amanah Labuan 1996 [Akta 554] dan mana-mana amanah Islam Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 105 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010; 15. mana-mana orang yang mengendalikan sistem pembayaran Labuan yang diluluskan di bawah seksyen 171 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 atau seksyen 136 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010; 16. mana-mana bursa yang diluluskan di bawah seksyen 134 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010; dan 17. mana-mana yayasan Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Akta Yayasan Labuan 2010 [Akta 706] atau mana-mana yayasan Islam Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 107 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010. Bahagian II PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN SEKATAN TERHADAP PEMBERIAN PENGIKTIRAFAN, RELIEF, DSB., DALAM HAL KEADAAN TERTENTU 1. Pengiktirafan mana-mana prosiding asing, pemberian apa-apa relief atau pengubahsuaian apa-apa relief yang telah diberikan, atau pemberian apa-apa kerjasama atau penyelarasan di bawah Akta ini tidak boleh dibenarkan, jika dan setakat yang pengiktirafan, relief, relief yang diubah suai, kerjasama atau penyelarasan itu akan, dalam hal prosiding di bawah mana-mana undang-undang bertulis— (a) adalah dilarang menurut kuasa— (i) seksyen 42, 44, 194 atau 195 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013; (ii) seksyen 52, 54, 206 atau 207 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013; (iii) seksyen 25, 26, 65, 91 atau 204, dan Bahagian VII atau IX Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011; (iv) Penggal 2 Bahagian II Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; atau (v) Akta Kepentingan Antarabangsa mengenai Kelengkapan Bergerak (Pesawat Udara) 2006 [Akta 659]; Insolvensi Rentas Sempadan 35 (b) mengganggu atau tidak selaras dengan kemuktamadan pembayaran atau perkiraan penghasilan bersih di bawah Penggal 3 Bahagian IV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Penggal 3 Bahagian V Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013; atau (c) mengganggu atau tidak selaras dengan kebolehkuatkuasaan peruntukan penghasilan bersih dalam perjanjian kewangan yang layak berkenaan dengan transaksi kewangan yang layak sebagaimana yang ditakrifkan dalam atau ditetapkan di bawah Akta Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 2015 [Akta 766]. 2. Pengiktirafan mana-mana prosiding asing, pemberian apa-apa relief atau pengubahsuaian apa-apa relief yang telah diberikan, atau pemberian apa-apa kerjasama atau penyelarasan di bawah Akta ini tidak boleh dibenarkan atas permohonan oleh mana-mana wakil asing atau mana-mana pemohon lain dalam mana-mana prosiding berkenaan dengan mana-mana orang yang kepadanya atau yang berkenaan dengannya Bank Negara Malaysia— (a) menentukan langkah-langkah di bawah perenggan 31(1)(a) Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701], yang pada pendapat Bank Negara Malaysia akan menyumbang kepada daya tahan sistem kewangan atau mengehadkan penumpuan mana-mana risiko kepada kestabilan kewangan; (b) mengeluarkan suatu perintah secara bertulis di bawah perenggan 31(1)(b) Akta Bank Negara Malaysia 2009, untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang Bank Negara Malaysia berpendapat perlu atau wajar untuk mengelakkan atau mengurangkan apa-apa risiko kepada kestabilan kewangan; atau (c) menjalankan kuasanya di bawah seksyen 32 Akta Bank Negara Malaysia 2009 bagi maksud mengelakkan atau mengurangkan apa-apa risiko kepada kestabilan kewangan, melainkan jika wakil asing atau pemohon lain itu telah mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Bank Negara Malaysia. 3. Pengiktirafan mana-mana prosiding asing, pemberian apa-apa relief atau pengubahsuaian apa-apa relief yang telah diberikan, atau pemberian apa-apa kerjasama atau penyelarasan di bawah Akta ini tidak boleh dibenarkan atas permohonan oleh mana-mana wakil asing atau mana-mana pemohon lain dalam mana-mana prosiding berkenaan dengan mana-mana orang yang kepadanya atau yang berkenaan dengannya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengeluarkan suatu arahan secara bertulis di bawah seksyen 31zg Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 [Akta 498] untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang didapati perlu oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi kepentingan mengawasi, mengurangkan atau menguruskan risiko sistemik dalam pasaran modal, melainkan jika wakil asing atau pemohon lain itu telah mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. 36 Undang-Undang Malaysia AktA 877 4. Pengiktirafan mana-mana prosiding asing, pemberian apa-apa relief atau pengubahsuaian apa-apa relief yang telah diberikan, atau pemberian apa-apa kerjasama atau penyelarasan di bawah Akta ini tidak boleh dibenarkan atas permohonan oleh mana-mana wakil asing atau mana-mana pemohon lain dalam mana-mana prosiding berkenaan dengan mana-mana orang yang kepadanya atau yang berkenaan dengannya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan telah mengeluarkan suatu arahan di bawah seksyen 4B Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 [Akta 545], untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang didapati perlu oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan untuk melaksanakan objektifnya di bawah subseksyen 3(2) Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996, termasuk langkah-langkah yang perlu bagi pembangunan dan pentadbiran yang teratur akan perniagaan antarabangsa dan perkhidmatan kewangan di Labuan, melainkan jika wakil asing atau pemohon lain itu telah mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
877 - AKTA INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2026
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in