A1625 - AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (PINDAAN) 2020
This Act amends the National Security Council Act 2016, including changing certain references, adding a Deputy Chairperson appointment requirement, expanding information-request powers, and creating offences and penalties for non-compliance.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1625 - AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (PINDAAN) 2020
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1625 - AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (PINDAAN) 2020
AI-assisted research summary: This Act amends the National Security Council Act 2016, including changing certain references, adding a Deputy Chairperson appointment requirement, expanding information-request powers, and creating offences and penalties for non-compliance.
Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1625 AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (PINDAAN) 2020 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1625 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 22 Oktober 2020 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 31 Oktober 2020 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1625 AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (PINDAAN) 2020 Suatu Akta untuk meminda Akta Majlis Keselamatan Negara 2016. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020. Pindaan seksyen 2 2. Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 [Akta 776], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2, dalam takrif “kawasan keselamatan”, dengan menggantikan perkataan “Perdana Menteri” dengan perkataan “Yang di-Pertuan Agong”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1625 Pindaan seksyen 6 3. Seksyen 6 Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1); (b) dalam subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula, dengan memotong perenggan (b); dan (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Pengerusi hendaklah melantik dalam kalangan anggota Majlis seorang Timbalan Pengerusi.”. Pindaan seksyen 8 4. Seksyen 8 Akta ibu dipinda dalam subseksyen (2) dengan menggantikan perkataan “seorang anggota Majlis” dengan perkataan “mana-mana anggota Majlis yang lain”. Pindaan seksyen 18 5. Seksyen 18 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “Perdana Menteri” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Yang di-Pertuan Agong”; (b) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “Perdana Menteri” dengan perkataan “Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis,”; (c) dalam subseksyen (6), dengan menggantikan perkataan “di Parlimen” dengan perkataan “di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen”; dan (d) dalam subseksyen (7), dengan menggantikan perkataan “Perdana Menteri boleh” dengan perkataan “Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis”. Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 5 Pindaan seksyen 21 6. Seksyen 21 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (3)— (i) dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan itu; (ii) dalam perenggan (b), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan (iii) dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut: “(c) meminta daripada mana-mana individu atau entiti selain Entiti Kerajaan, apa-apa maklumat atau risikan dalam milikannya.”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut: “(6) Mana-mana individu yang tidak mematuhi permintaan di bawah perenggan (3)(c) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya. (7) Mana-mana entiti selain Entiti Kerajaan yang tidak mematuhi permintaan di bawah perenggan (3)(c) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.”. Pindaan seksyen 37 7. Seksyen 37 Akta ibu dipinda dalam subseksyen (2) dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “lima tahun”. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1625 Pindaan seksyen 42 8. Seksyen 42 Akta ibu dipinda dalam subseksyen (1) dan (2), dengan menggantikan perkataan “Perdana Menteri” dengan perkataan “Majlis”. Seksyen baharu 42a dan 42b 9. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 42 seksyen yang berikut: “Tanggungan pengarah, dsb., bagi syarikat, dsb. 42a. Jika mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang membantu dalam pengurusannya— (a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu; dan (b) jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan— (i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; dan Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 7 (ii) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu. Tanggungan seseorang bagi perbuatan, dsb., pekerja, dsb. 42b. Jika mana-mana orang boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan— (a) oleh pekerja orang itu dalam penjalanan pekerjaannya; (b) oleh ejen orang itu apabila bertindak bagi pihak orang itu; atau (c) oleh pekerja ejen orang itu semasa bertindak dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen orang itu atau selainnya bagi pihak ejen orang itu yang bertindak bagi pihak orang itu, orang itu boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran oleh pekerja atau ejen orang itu, atau oleh pekerja ejen orang itu.”.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1625 - AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (PINDAAN) 2020
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in