548 - *AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (SYARIKAT PENGGANTI) 1996
This Act transfers the Urban Development Corporation’s property, rights, and liabilities to a successor company, and sets rules for securities, reserves, and staff transfer.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 548 - *AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (SYARIKAT PENGGANTI) 1996
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
548 - *AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (SYARIKAT PENGGANTI) 1996
AI-assisted research summary: This Act transfers the Urban Development Corporation’s property, rights, and liabilities to a successor company, and sets rules for securities, reserves, and staff transfer.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 548 AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (SYARIKAT PENGGANTI) 1996 Sebagaimana pada 15 November 2025 Teks ini HANYALAH TEKS KEMAS KINI bagi Akta Perbadanan Pembangunan Bandar (Syarikat Pengganti) 1996 oleh Jabatan Peguam Negara. Melainkan jika dan sehingga dicetak semula menurut kuasa Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang di bawah subseksyen 14(1) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1], teks ini BUKAN TEKS YANG SAH. 2 AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (SYARIKAT PENGGANTI) 1996 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 15 Julai 1996 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 25 Julai1996 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 548 AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (SYARIKAT PENGGANTI) 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Ta fsiran BAHAGIAN II PELETAKHAKAN HARTA, DSB., PADA SYARIKAT PENGGANTI 3. Pe runtukan Peletakhakan 4. Pe megangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti 5. Pe laburan Kerajaan dalam sekuriti syarikat pengganti 6. Pe njalanan fungsi Menteri Kewangan melalui penama 7. St ruktur kewangan syarikat pengganti BAHAGIAN III PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KAKITANGAN 8. K akitangan 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 548 AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (SYARIKAT PENGGANTI) 1996 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi peletakhakan harta, hak dan liabiliti Perbadanan Pembangunan Bandar pada suatu syarikat, untuk membuat pengiraan kewangan bagi syarikat itu, untuk memperuntukkan perkara yang berhubungan dengan kakitangan dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. [1 September 1996; P.U. (B) 344/1996] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbadanan Pembangunan Bandar (Syarikat Pengganti) 1996 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 548 “hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada sebenar, kontingen atau prospektif, kecuali hak Perbadanan Pembangunan Bandar di bawah seksyen 18 *Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971 [Akta 46]; “harta” termasuklah segala harta, sama ada alih atau tak alih, dan segala estet, kepentingan, isemen dan hak, sama ada di sisi ekuiti atau undang-undang dalam, pada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik; “liabiliti” ertinya segala jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi (sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, sebenar atau kontingen, dan sama ada kena dibayar atau hendaklah dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain); “Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan bandar; “Perbadanan” ertinya Menteri Kewangan yang diperbadankan melalui Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 375]; “Perbadanan Pembangunan Bandar” ertinya Perbadanan Pembangunan Bandar yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971; “syarikat pengganti” ertinya syarikat berhad menurut syer yang diperbadankan di bawah **Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dan yang dinamakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1), yang kepadanya harta, hak dan liabiliti Perbadanan Pembangunan Bandar dipindahkan dan diletakhakkan di bawah seksyen 3; “tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa; “tarikh peletakhakan” ertinya tarikh segala harta, hak dan liabiliti Perbadanan Pembangunan Bandar dipindahkan kepada dan terletakhak *CATATAN—Akta Pembangunan Bandar 1971 [Akta 46] telah dimansuhkan oleh Akta Perbadanan Pembangunan Bandar (Pembubaran) 1996 [Akta 547]–lihat seksyen 3 Akta 547. **CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777. Perbadanan Pembangunan Bandar 7 (Syarikat Pengganti) pada syarikat pengganti sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1); “terletakhak” yang berhubungan dengan harta, termasuk hak kepada harta masa hadapan atau kontingen dan hak perkembalian dan lebihan. BAHAGIAN II PELETAKHAKAN HARTA, DSB., PADA SYARIKAT PENGGANTI Peruntukan peletakhakan 3. (1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan tarikh peletakhakan dan pada tarikh itu, segala harta, hak atau liabiliti Perbadanan Pembangunan Bandar hendaklah menurut kuasa Akta ini dipindahkan kepada dan terletakhak pada syarikat pengganti tanpa apa jua pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahmilikan. (2) Tiap-tiap harta yang terletakhak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti hendaklah terletakhak sedemikian pada syarikat itu dengan hakmilik atau kepentingan yang serupa sebagaimana harta itu telah terletakhak atau dipegang sebelum sahaja tarikh peletakhakan. (3) Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletakhak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh syarikat pengganti itu atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi syarikat pengganti itu atau bagi Perbadanan Pembangunan Bandar untuk memberi notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai peletakhakan yang dilaksanakan melalui subseksyen (1). (4) Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletakhak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 548 dikuatkuasakan oleh atau terhadap syarikat pengganti itu atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi syarikat pengganti itu atau Perbadanan Pembangunan Bandar untuk memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1). (5) Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Perbadanan Pembangunan Bandar yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak atau liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletakhak pada syarikat pengganti menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, diteruskan oleh atau terhadap syarikat pengganti. (6) Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana pinjaman yang terletakhak pada syarikat pengganti pada tarikh peletakhakan, syarikat pengganti itu boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti sedemikian dengan Kerajaan atau mana-mana pihak ketiga. (7) Pada dan selepas tarikh peletakhakan, apa-apa perjanjian yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletakhak pada syarikat pengganti di bawah subseksyen (1) yang kepadanya Perbadanan Pembangunan Bandar menjadi suatu pihak sebelum sahaja tarikh peletakhakan, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian sifatnya sehingga hak dan liabiliti di bawahnya boleh diserahhakkan oleh Perbadanan Pembangunan Bandar hendaklah mempunyai kesan seolah-olah syarikat itu telah menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu. (8) Bagi mengelakkan keraguan, pemindahan kepada dan peletakhakan hak pada syarikat pengganti di bawah subseksyen (1) tidaklah boleh termasuk pemindahan dan peletakhakan hak Perbadanan Pembangunan Bandar di bawah seksyen 18 *Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971. *CATATAN—Akta Pembangunan Bandar 1971 [Akta 46] telah dimansuhkan oleh Akta Perbadanan Pembangunan Bandar (Pembubaran) 1996 [Akta 547]–lihat seksyen 3 Akta 547. Perbadanan Pembangunan Bandar 9 (Syarikat Pengganti) Pemegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti 4. (1) Sebagai akibat peletakhakan harta, hak dan liabiliti pada syarikat pengganti di bawah seksyen 3, syarikat pengganti itu hendaklah menerbitkan apa-apa sekuriti syarikat itu sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan, selepas berunding dengan Menteri, dari semasa ke semasa, kepada Perbadanan. (2) Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah— (a) diterbitkan atau diuntukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma, tentang penguntukan, sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan, selepas berunding dengan Menteri; (b) mempunyai nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan; dan (c) diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud *Akta Syarikat 1965 seolah-olah ia telah dibayar oleh sebab pembayaran nilai nominalnya kepada syarikat pengganti. (3) Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melupuskan mana-mana sekuriti yang diterbitkan atau mana-mana hak mengenai sekuriti yang diuntukkan pada mulanya kepada Perbadanan menurut seksyen ini. (4) Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh Perbadanan sebagai hak pada, atas pelupusan atau selainnya berkaitan dengan, mana-mana sekuriti atau hak yang diperolehi menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. *CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777. 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 548 Pelaburan Kerajaan dalam sekuriti syarikat pengganti 5. (1) Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, pada bila-bila masa, memperoleh⎯ (a) sekuriti syarikat pengganti atau mana-mana subsidiari syarikat pengganti; atau (b) hak untuk memohon beli mana-mana sekuriti sedemikian. (2) Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melupuskan mana-mana sekuriti atau hak yang diperolehi di bawah seksyen ini. (3) Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Perbadanan berikutan dengan peruntukan seksyen ini hendaklah dikira sebagai pelaburan dan dibenarkan di bawah subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Prosedur Kewangan 1957 [Akta 61]. (4) Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh Perbadanan sebagai hak pada, atas pelupusan atau selainnya berkaitan dengan, mana-mana sekuriti atau hak yang diperolehi di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. (5) Duti setem tidak boleh dikenakan berkenaan dengan apa-apa pertambahan modal syarikat pengganti yang⎯ (a) dilaksanakan dengan penerbitan syer yang diuntukkan pada masa syarikat pengganti dipunyai pada keseluruhannya oleh Kerajaan; dan (b) diperakui oleh Perbendaharaan sebagai telah dilaksanakan dengan penerbitan syer yang dimohon beli oleh Menteri Kewangan di bawah perenggan (1)(a). Penjalanan fungsi Menteri Kewangan melalui penama 6. (1) Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melantik mana-mana orang yang difikirkannya layak untuk bertindak Perbadanan Pembangunan Bandar 11 (Syarikat Pengganti) sebagai penamanya bagi maksud seksyen 4 atau 5 dan⎯ (a) sekuriti syarikat pengganti boleh diserahhakkan di bawah seksyen 4 kepada mana-mana penama Menteri Kewangan yang dilantik bagi maksud seksyen itu atau kepada mana-mana orang yang berhak menghendaki penerbitan sekuriti itu berikutan dengan penguntukan permulaannya kepada mana-mana penama itu; dan (b) mana-mana penama itu yang dilantik bagi maksud seksyen 5 boleh memperoleh sekuriti atau hak mengikut seksyen itu. (2) Mana-mana orang yang memegang mana-mana sekuriti atau hak sebagai penama Menteri Kewangan menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah memegang dan menguruskannya atas apa-apa terma dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan. Struktur kewangan syarikat pengganti 7. (1) Jika Menteri Kewangan, selepas berunding dengan Menteri, mengarahkan sedemikian, pada bila-bila masa sebelum syarikat pengganti terhenti daripada dipunyai pada keseluruhannya oleh Kerajaan, apa-apa jumlah wang sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu tetapi tidak melebihi hasil keuntungan terkumpul Perbadanan Pembangunan Bandar, hendaklah dibawa oleh syarikat itu kepada suatu rizab, yang dalam seksyen ini disebut “ rizab statutori”. (2) Rizab statutori itu hanya boleh digunakan oleh syarikat pengganti untuk membayar syer tak terbit syarikat itu yang hendak diuntukkan kepada anggota syarikat itu sebagai syer bonus berbayar penuh. (3) Bagi maksud mana-mana akaun statutori syarikat pengganti, nilai mana-mana aset atau hak atau amaun mana-mana liabiliti Perbadanan Pembangunan Bandar, yang dikira sebagai telah terletakhak pada syarikat pengganti itu menurut kuasa seksyen 3, 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 548 hendaklah dikira sebagai nilai atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, amaun yang diberikan kepada aset, hak atau liabiliti itu dalam penyata akaun yang disediakan oleh Perbadanan Pembangunan Bandar, berkenaan dengan tahun perakaunan genap terakhir Perbadanan Pembangunan Bandar, yang berakhir sebelum tarikh peletakhakan. (4) Bagi maksud mana-mana akaun statutori syarikat pengganti, amaun yang hendak dimasukkan berkenaan dengan mana-mana butiran hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa jua yang dilakukan oleh Perbadanan Pembangunan Bandar, sama ada secara memperoleh, menilai semula atau melupuskan mana-mana aset atau menanggung, menilai semula atau melepaskan mana-mana liabiliti, atau dengan membawa apa-apa amaun kepada mana-mana peruntukan rizab, atau selainnya, telah dilakukan oleh syarikat pengganti. (5) Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan subseksyen (4), amaun yang hendak dimasukkan dari semasa ke semasa dalam mana-mana rizab syarikat pengganti sebagai merupakan keuntungan terhasil terkumpul hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa keuntungan yang dihasilkan dan disimpan oleh Perbadanan Pembangunan Bandar, telah dihasilkan dan disimpan oleh syarikat pengganti. (6) Sebutan dalam seksyen ini mengenai akaun statutori syarikat pengganti adalah sebutan mengenai apa-apa akaun yang disediakan oleh syarikat pengganti bagi maksud mana-mana peruntukan *Akta Syarikat 1965. (7) Bagi maksud seksyen ini “tahun perakaunan genap” ertinya sesuatu tahun perakaunan yang berakhir pada 31 Disember atau suatu tempoh yang ditentukan oleh Menteri Kewangan. *CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777. Perbadanan Pembangunan Bandar 13 (Syarikat Pengganti) BAHAGIAN III PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KAKITANGAN Kakitangan 8. (1) Syarikat pengganti hendaklah menyetujuterima sebagai pekerjanya pada suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta tiap-tiap orang yang sebelum sahaja tarikh itu ialah anggota kakitangan Perbadanan Pembangunan Bandar dan yang telah diberi pilihan oleh Perbadanan Pembangunan Bandar dan telah membuat pilihan untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat pengganti itu. (2) Tiap-tiap orang sedemikian yang telah membuat pilihan di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat pengganti hendaklah diambil bekerja oleh syarikat pengganti itu atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan. 14 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 548 AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (SYARIKAT PENGGANTI) 1996 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari -TIADA- 15 UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 548 AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (SYARIKAT PENGGANTI) 1996 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa yang meminda Berkuat kuasa Dari - NIL -
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
548 - *AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (SYARIKAT PENGGANTI) 1996
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in