AI-assisted research summary: This Act validates museum fees charged and collected by the Jabatan Muzium Malaysia for specified museum entries and exhibitions during the stated period, and bars related legal actions and refunds.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 760 AktA fI (jAbAtAN MUzIUM MALAYSIA) (PeNGeSAhAN) 2014 2 Undang-Undang Malaysia AktA 760 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 31 Disember 2013 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 10 Januari 2014 hakcipta Pencetak h PercetAkAN NASIoNAL MALAYSIA berhAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia berhad (Pencetak kepada kerajaan Malaysia yang dilantik). Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 760 AktA fI (jAbAtAN MUzIUM MALAYSIA) (PeNGeSAhAN) 2014 Suatu Akta untuk mengesahkan pemungutan fi berkenaan dengan kemasukan ke mana-mana muzium yang ditadbir atau pameran yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia semasa tempoh dari 1 Januari 1991 hingga 11 Jun 2012. [ ] DIPerbUAt oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2014. Pengesahan dan tanggung rugi 2. (1) Walau apa pun peruntukan Akta Fi 1951 [Akta 209], fi yang telah dikenakan dan dipungut oleh Jabatan Muzium Malaysia berkenaan dengan kemasukan ke mana-mana muzium yang ditadbir atau pameran yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia semasa tempoh dari 1 Januari 1991 hingga 11 Jun 2012 hendaklah disifatkan telah dikenakan dan dipungut dengan sah. 4 Undang-Undang Malaysia AktA 760 (2) Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan terhadap Kerajaan Malaysia atau mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawahnya berkenaan dengan apa-apa fi yang dikenakan dan dipungut semasa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang sedemikian telah dibawa, dimulakan atau disenggarakan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah dan tiada pembayaran balik berkenaan dengan fi yang telah dikenakan dan dipungut seperti yang dinyatakan dalam Akta ini boleh dibuat.