AI-assisted research summary: This Act authorises spending up to RM4,133,360,760 from the Consolidated Fund for supplementary expenditure in 2018.
Perbekalan Tambahan (2018) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1590 AKTA PERBEKALAN TAMBAHAN (2018) 2019 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1590 Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... 29 Mei 2019 Tarikh penyiaran dalam Warta ... ... ... 31 Mei 2019 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perbekalan Tambahan (2018) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1590 AKTA PERBEKALAN TAMBAHAN (2018) 2019 Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2018 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbekalan Tambahan (2018) 2019. Perbelanjaan tambahan bagi tahun 2018 2. Maka dengan ini dibenarkan pengeluaran sejumlah wang yang tidak melebihi empat bilion satu ratus tiga puluh tiga juta tiga ratus enam puluh ribu tujuh ratus enam puluh ringgit (RM4,133,360,760) daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan dan maksud yang dinyatakan dalam Jadual bagi tahun 2018 yang tidak diperuntukkan atau yang tidak diperuntukkan dengan sepenuhnya oleh Akta Perbekalan 2018 [Akta A1557]. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1590 Jadual Maksud Tajuk Amaun (RM) B. 4 Suruhanjaya Pilihan Raya 98,463,000 B. 6 Jabatan Perdana Menteri 215,425,000 B. 9 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 5,000,000 B. 10 Perbendaharaan 76,300,000 B. 12 Peruntukan kepada Kumpulan Wang 1,922,069,620 Terkanun B. 13 Kementerian Luar Negeri 70,430,000 B. 42 Kementerian Kesihatan 705,591,430 B. 60 Kementerian Pertahanan 226,172,000 B. 62 Kementerian Dalam Negeri 513,903,800 B. 63 Kementerian Pendidikan 300,005,910 Jumlah 4,133,360,760