306 - *AKTA JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) 1984
The Minister may authorize toll collection for certain federal roads, bridges, or ferries, and authorized persons must keep records and maintain the facility properly.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 306 - *AKTA JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) 1984
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
306 - *AKTA JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) 1984
AI-assisted research summary: The Minister may authorize toll collection for certain federal roads, bridges, or ferries, and authorized persons must keep records and maintain the facility properly.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA DIKEMAS KINI Akta 306 AKTA JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) 1984 Sebagaimana pada 1 November 2012 2 AKTA JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) 1984 Tarikh Perkenan Diraja… … … … 27 Jun 1984 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 28 Jun 1984 Kali terakhir dipinda melalui Akta A892 yang mula berkuat kuasa pada … ... … … 8 Julai 1994 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 306 AKTA JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) 1984 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Perintah bagi pemungutan tol 3. Pemasangan galang 4. Akaun, buku, rekod, dsb., berkenaan dengan tol 5. Tugas untuk menyenggara jalan, jambatan atau feri 6. Imuniti Kerajaan Malaysia 7. Penyerahhakan hak meminta, memungut dan menyimpan tol 8. Kesalahan 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 306 AKTA JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) 1984 Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi seseorang untuk meminta, memungut dan menyimpan tol berkenaan dengan jalan, jambatan atau feri Persekutuan, dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [29 Jun 1984] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut : Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984. Perintah bagi pemungutan tol 2. (1) Adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri yang bertanggungjawab mengenai kerja-kerja melalui perintah yang disiarkan dalam Warta untuk memberi kuasa kepada mana-mana orang yang telah bersetuju untuk membina, membina semula, meningkat, membaiki atau menyenggara mana-mana jalan, jambatan atau feri yang telah diisytiharkan atau akan diisytihar sebagai jalan, jambatan atau feri Persekutuan di bawah Akta Jalan Persekutuan 1959 [Akta 376] atau yang ada dalam mana-mana Wilayah 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 306 Persekutuan untuk meminta, memungut dan menyimpan tol bagi tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu bagi penggunaan jalan, jambatan atau feri tersebut oleh mana-mana orang atau kelas kenderaan. (2) Suatu perintah di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan― (a) jalan, jambatan atau feri yang berkenaan dengannya tol boleh diminta, dipungut dan disimpan; (b) orang yang diberi kuasa untuk meminta, memungut dan menyimpan tol; (c) jangka masa pemberian kuasa di bawah perenggan (b); (d) orang atau kelas kenderaan yang berkenaan dengannya tol boleh diminta, dipungut dan disimpan; (e) amaun tol; (f) tempat di mana tol boleh dipungut; dan (g) orang atau kelas kenderaan yang akan dikecualikan daripada pembayaran tol. Pemasangan galang 3. Mana-mana orang diberi kuasa untuk meminta, memungut dan menyimpan tol di bawah seksyen 2 boleh menyebabkan suatu galang dipasangkan di mana-mana tempat di mana tol akan dibayar, dan galang tersebut boleh diletakkan terhadap mana-mana orang atau kenderaan sehingga tol yang kena dibayar berkenaan dengan orang atau kenderaan tersebut telah dibayar. Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 7 Akaun, buku, rekod, dsb., berkenaan dengan tol 4. Mana-mana orang yang diberi kuasa untuk meminta, memungut dan menyimpan tol di bawah seksyen 2― (a) hendaklah menyenggara apa-apa akaun, buku dan rekod berkenaan dengan pembayaran dan pungutan tol sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri; (b) hendaklah memberi kepada Menteri apa-apa maklumat, penyata dan akaun berkenaan dengan pembayaran dan pungutan tol sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri; dan (c) hendaklah membenarkan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Menteri untuk mempunyai akses kepada, atau untuk memeriksa atau meneliti, mana-mana akaun, buku, rekod, dokumen, jentera atau alat yang disenggarakan atau digunakan bagi pembayaran atau pungutan tol. Tugas untuk menyenggara jalan, jambatan atau feri 5. Mana-mana orang yang diberi kuasa untuk meminta, memungut dan menyimpan tol di bawah suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 2 hendaklah menyenggara dalam keadaan baik dan menurut amalan kejuruteraan yang baik ke atas jalan, jambatan atau feri yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat. Imuniti Kerajaan Malaysia 6. Kerajaan Malaysia tidaklah bertanggungan ke atas mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa jua jenis kecederaan, kerosakan atau kehilangan yang timbul daripada kegagalan orang yang berhak meminta, memungut dan menyimpan tol di bawah suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 2 atau menurut kuasa subseksyen 7(3) untuk menjalankan mana-mana tugasnya di bawah seksyen 5. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 306 Penyerahhakan hak meminta, memungut dan menyimpan tol 7. (1) Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan, boleh dalam hal yang sesuai, setelah mengambil kira kepentingan orang yang diberi kuasa untuk meminta, memungut dan menyimpan tol di bawah seksyen 2, melalui pemberitahuan dalam Warta membenarkan, tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana Menteri fikirkan patut, penyerahhakan hak orang yang diberi kuasa itu untuk meminta, memungut dan menyimpan tol kepada mana- mana orang yang ada kepentingan dalam pembiayaan pembinaan, pembinaan semula, peningkatan, pembaikan atau penyenggaraan jalan, jambatan atau feri yang berkenaan (dalam seksyen ini disebut “pemegang serah hak”). (2) Pemberitahuan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan jangka masa kebenaran itu, yang mana tidak boleh lebih lama daripada jangka masa pemberian kuasa yang dinyatakan dalam perintah yang berkenaan di bawah seksyen 2. (3) Selama jangka masa kebenaran di bawah subseksyen (1) itu, pemegang serah hak hendaklah disifatkan sebagai orang diberi kuasa meminta, memungut dan menyimpan tol di bawah seksyen 2 bagi penggunaan jalan, jambatan dan feri yang berkenaan dan hendaklah mematuhi seksyen 3, 4 dan 5. Kesalahan 8. (1) Mana-mana orang yang menggunakan atau cuba menggunakan mana-mana jalan, jambatan atau feri yang berkenaan dengannya suatu perintah telah dibuat di bawah seksyen 2 tanpa membayar tol yang ditetapkan dalam perintah itu melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, hendaklah didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit. (2) Walau apa pun subseksyen (1) tol yang kena dibayar menurut kuasa suatu perintah yang dibuat menurut seksyen 2 bolehlah didapatkan melalui tindakan di sisi undang-undang oleh orang yang diberi kuasa sedemikian di bawah seksyen tersebut. Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 9 (3) Seksyen 173 Kanun Tatacara Jenayah tidaklah terpakai A berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1). (4) Dalam tiap-tiap kes apabila pesalah itu dihukum membayar denda di bawah seksyen ini mahkamah yang menjatuhkan hukuman hendaklah mengarahkan bahawa sekiranya dia ingkar membayar denda itu pesalah itu hendaklah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun, dan pemenjaraan itu adalah sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman pemenjaraan lain yang dijatuhkan ke atasnya atau yang boleh dikenakan ke atasnya menurut sesuatu peringanan hukuman. ______________________________ 10 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 306 AKTA JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) 1984 SENARAI PINDAAN Undan-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A677 Akta Jalan-Jalan Persekutuan 25-09-1987; (Pengurusan Persendirian) s.2: 01-01-1987 (Pindaan) 1987 Akta A892 Akta Jalan-Jalan Persekutuan 08-07-1994 (Pengurusan Persendirian) (Pindaan) 1994 _________________ 11 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 306 AKTA JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) 1984 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 2 Akta A677 01-01-1987 6 Akta A677 25-09-1987 7 Akta A677 25-09-1987 8 Akta A892 08-07-1994 _____________
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
306 - *AKTA JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) 1984
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in