A1464 - AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PINDAAN) 2014
This amendment Act adds rules on pricing, record-keeping, ministerial powers, and offences for suppliers of goods or services.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1464 - AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PINDAAN) 2014
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1464 - AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PINDAAN) 2014
AI-assisted research summary: This amendment Act adds rules on pricing, record-keeping, ministerial powers, and offences for suppliers of goods or services.
Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1464 AktA kAwALAN hArGA DAN ANtIpeNcAtUtAN (pINDAAN) 2014 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1464 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 17 Julai 2014 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 24 Julai 2014 hakcipta pencetak h percetAkAN NASIoNAL MALAYSIA berhAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada percetakan Nasional Malaysia berhad (pencetak kepada kerajaan Malaysia yang dilantik). Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1464 AktA kAwALAN hArGA DAN ANtIpeNcAtUtAN (pINDAAN) 2014 Suatu Akta untuk meminda Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. [ ] DIperbUAt oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2014. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. pindaan seksyen 2 2. Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2, dalam takrif “pegawai yang diberi kuasa” dengan memasukkan selepas perkataan “pegawai awam” perkataan “atau pegawai pihak berkuasa tempatan”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1464 pindaan seksyen 3 3. Seksyen 3 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (6) dengan subseksyen yang berikut: “(6) Menteri boleh memberi kuasa mana-mana pegawai awam atau pegawai pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan semua atau mana-mana kuasa di bawah Akta ini.”. Seksyen baru 10A 4. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 10 seksyen yang berikut: “harga atau caj yang dikenakan tidak boleh termasuk butiran tertentu 10A. (1) Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barangan atau perkhidmatan tidak boleh memasukkan butiran yang dinyatakan dalam Jadual sebagai sebahagian daripada harga bagi barangan atau caj bagi perkhidmatan itu. (2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan— (a) jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu juta ringgit; atau (b) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua- duanya.”. Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 5 pindaan seksyen 15 5. Seksyen 15 Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Mekanisme untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah yang disebut dalam subseksyen (1) adalah termasuk Menteri menentukan suatu tempoh tertentu yang tidak boleh ada kenaikan margin keuntungan bersih bagi apa-apa barangan atau perkhidmatan.”; dan (b) dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut: “ (ba) apa-apa kos yang ditanggung dalam penjalanan atau penerusan perniagaan;”. Seksyen baru 53A 6. Bahagian VIII Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 54 seksyen yang berikut: “kewajipan untuk menyimpan rekod 53A. (1) Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barangan atau perkhidmatan hendaklah menyimpan dan menyenggarakan rekod yang wajar yang berhubungan dengan kendalian perniagaan termasuk rekod yang berikut: (a) rekod jualan termasuk resit dan buku jualan; (b) rekod pembelian termasuk invois daripada pembekal; (c) rekod perbelanjaan termasuk rekod pembayaran, invois dan butiran mengenai perolehan; (d) dokumen yang berhubungan dengan penentuan harga bagi barangan atau perkhidmatan itu; (e) rekod saraan, elaun atau gaji; dan (f) rekod cukai dan apa-apa dokumen yang berkaitan, jika ada. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1464 (2) Rekod di bawah subseksyen (1) hendaklah— (a) dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berhubungan dengan rekod itu; (b) tersedia pada bila-bila masa bagi pemeriksaan oleh Penolong Pengawal; dan (c) dikemaskinikan dan dalam keadaan teratur dan baik. (3) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan.”. Seksyen baru 60A 7. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 60 seksyen yang berikut: “kuasa untuk meminda Jadual 60A. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.”. Jadual baru 8. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 63 Jadual yang berikut: “Jadual [Subseksyen 10a(1)] BUTIRAN YANG TIDAK BOLEH DIMASUKKAN DALAM HARGA DAN CAJ 1. Apa-apa kredit bagi cukai input terhadap cukai output di bawah seksyen 38 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762]. 2. Apa-apa pembayaran balik khas cukai jualan di bawah seksyen 190 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.”.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1464 - AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PINDAAN) 2014
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in