A1775 - AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2025
This Act creates a licensing regime for electricity import and export, gives the Minister and Commission powers over licences and guidelines, and sets offences and penalties for unlicensed activity or breach of licence conditions.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Citation provenance: source:global:stored-legal-sources · schema StatuteEnrichmentPublicV1.
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1775 - AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2025
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1775 - AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2025
AI-assisted research summary: This Act creates a licensing regime for electricity import and export, gives the Minister and Commission powers over licences and guidelines, and sets offences and penalties for unlicensed activity or breach of licence conditions.
Bekalan Elektrik (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1775 AktA BekALAN eLektrIk (PINDAAN) 2025 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1775 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 31 Oktober 2025 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 18 November 2025 Bekalan Elektrik (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1775 AktA BekALAN eLektrIk (PINDAAN) 2025 Suatu Akta untuk meminda Akta Bekalan Elektrik 1990. [ ] DIPerBUAt oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini. Pindaan tajuk panjang 2. Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam tajuk panjang dengan memasukkan selepas perkataan “harga yang munasabah,” perkataan “pelesenan pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik, pengawalan semua perkara yang berhubungan dengan pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik,”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1775 Pindaan seksyen 2 3. Seksyen 2 Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan sebelum takrif “bahaya” takrif yang berikut: ‘ “atribut hijau” ertinya set lengkap dengan ciri-ciri alam sekitar, sumber kuasa dan pelepasan, sama ada dalam bentuk kredit, faedah, penurunan pelepasan, ofset, elaun atau melalui apa-apa penentuan lain, yang boleh dikaitkan dengan tenaga dapat dibaharui dari mana-mana pepasangan;’; (b) dengan memasukkan selepas takrif “lesen” takrif yang berikut: ‘ “lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik” ertinya suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 22d;’; (c) dengan memasukkan selepas takrif “pemegang lesen” takrif yang berikut: ‘ “pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik” ertinya orang yang dilesenkan di bawah seksyen 22d;’; (d) dengan memasukkan selepas takrif “penebat” takrif yang berikut: ‘ “pengeksportan elektrik” ertinya pembekalan dan penjualan elektrik melalui mana-mana pepasangan di Malaysia kepada mana-mana orang atau tempat di luar Malaysia;’; (e) dengan memasukkan selepas takrif baharu “pengeksportan elektrik” takrif yang berikut: ‘ “Pengendali Pasaran” ertinya mana-mana orang atau sesuatu unit, jabatan atau bahagian yang diberi kuasa di bawah seksyen 22c bertanggungjawab bagi pengurusan pengadaan dan transaksi elektrik dan perkhidmatan yang berkaitan, termasuklah perancangan, penjadualan, pengadaan dan penyelesaian, dan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan;’; Bekalan Elektrik (Pindaan) 5 (f) dengan memasukkan selepas takrif “pengguna” takrif yang berikut: ‘ “pengimportan elektrik” ertinya pembekalan dan pembelian elektrik ke dalam mana-mana pepasangan di Malaysia daripada mana-mana orang atau tempat di luar Malaysia;’; dan (g) dengan memasukkan selepas takrif “tanah rizab” takrif yang berikut: ‘ “tenaga dapat dibaharui” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610];’. Pindaan seksyen 4 4. Seksyen 4 Akta ibu dipinda— (a) dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (lc); dan (b) dengan memasukkan selepas perenggan (lc) perenggan yang berikut: “(ld) untuk mengeluarkan lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik di bawah seksyen 22d Akta ini; (le) untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik; dan”. Pindaan seksyen 9e 5. Seksyen 9e Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas perkataan “pemegang lesen” perkataan “, pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik, Pengendali Pasaran”; dan (b) dengan memasukkan selepas perkataan “perolehan” perkataan “atau pengadaan elektrik atau apa-apa urus niaga”. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1775 Seksyen baharu 22c 6. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 22b seksyen yang berikut: “Pengendali Pasaran 22c. (1) Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, memberi kuasa atau membatalkan pemberian kuasa mana-mana orang atau sesuatu unit, jabatan atau bahagian untuk menjadi Pengendali Pasaran melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. (2) Pengendali Pasaran hendaklah mematuhi apa-apa peraturan, kod, garis panduan atau arahan berkaitan dengan fungsinya sebagaimana yang dibuat atau dikeluarkan oleh Menteri atau Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini. (3) Pengendali Pasaran, semasa menunaikan fungsinya di bawah Akta ini, hendaklah memastikan kelakuan tidak berdiskriminasi dan pengendalian optimum sistem kuasa itu setakat yang ia tidak menjejaskan kebolehpercayaan, keterjaminan dan keselamatan sistem kuasa itu.”. Bahagian baharu IVa 7. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen baharu 22c bahagian yang berikut: “bahagian iVa PENGIMPORTAN ELEKTRIK DAN PENGEKSPORTAN ELEKTRIK Lesen dikehendaki bagi pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik 22d. (1) Tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang diberikan di bawah Akta ini, tiada seorang pun boleh— (a) mengimport apa-apa elektrik dari mana-mana orang atau tempat di luar Malaysia; atau Bekalan Elektrik (Pindaan) 7 (b) mengeksport apa-apa elektrik kepada mana-mana orang atau tempat di luar Malaysia, sama ada dijana dalam, atau diimport dari luar, Malaysia, kecuali di bawah dan mengikut terma dan syarat lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik sebagaimana yang ditetapkan yang membenarkan pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik boleh diberikan oleh Suruhanjaya dengan kelulusan Menteri apabila dibayar apa-apa fi dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ternyata dikehendaki atau suai manfaat mengambil kira tugas yang dikenakan oleh seksyen 4. (3) Suruhanjaya boleh, sama ada notis telah diserahkan atau tidak, mengenakan suatu surcaj bagi pembayaran lewat fi yang kena dibayar oleh seseorang pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik kepada Suruhanjaya, pada kadar satu peratus sebulan atau sebahagian daripada satu bulan atas fi sedemikian atau pada apa-apa kadar lain sebagaimana yang ditetapkan. (4) Walau apa pun subseksyen (2), Suruhanjaya boleh memberikan suatu lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik apabila fi dibayar dan atas apa-apa syarat sebagaimana yang ternyata dikehendaki atau suai manfaat mengambil kira tugas yang dikenakan oleh seksyen 4 berkenaan dengan apa-apa pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik sebagaimana yang ditetapkan. (5) Tiada lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik boleh dipindah milik melainkan jika keizinan bertulis Menteri telah diberikan. (6) Tempoh lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik adalah selama apa-apa tempoh yang diluluskan oleh Suruhanjaya dengan syarat bahawa tanpa kelulusan nyata daripada Menteri, tiada lesen boleh mempunyai tempoh melebihi dua puluh satu tahun. (7) Tempoh lamanya lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik hendaklah dinyatakan di dalamnya. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1775 (8) Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, pada bila-bila masa— (a) mengenakan apa-apa terma atau syarat tambahan ke atas lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik; atau (b) meminda apa-apa terma atau syarat yang dikenakan ke atas lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik itu, mengikut tatacara sebagaimana yang ditetapkan. (9) Semua peruntukan Akta yang terpakai bagi seseorang pemegang lesen di bawah seksyen 9 hendaklah juga terpakai bagi seseorang pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik di bawah seksyen ini.”. Pindaan seksyen 26 8. Seksyen 26 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “pemegang lesen” di mana-mana jua terdapat perkataan “atau Pengendali Pasaran”. Bahagian baharu VIa 9. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 32 bahagian yang berikut: “bahagian Via ATRIBUT HIJAU Atribut hijau 32a. Menteri boleh, dengan syor Suruhanjaya, menentukan standard, spesifikasi, amalan dan langkah yang hendak diterima pakai dan apa-apa perkara lain berhubung dengan atribut hijau.”. Bekalan Elektrik (Pindaan) 9 Pindaan seksyen 37 10. Seksyen 37 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (15) subseksyen yang berikut: “(15a) Mana-mana orang yang, berlanggaran dengan seksyen 22d, mengimport atau mengeksport elektrik tanpa lesen melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun atau kedua-duanya. (15b) Mana-mana pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik, yang tanpa sebab yang sah, tidak mematuhi mana-mana terma atau syarat yang dikenakan ke atas lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik di bawah seksyen 22d, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 44b 11. Seksyen 44b Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “pemegang lesen” perkataan “, dsb.”; dan (b) dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “Seseorang pemegang lesen” perkataan “, pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik, Pengendali Pasaran atau Pembeli Tunggal”. Pindaan seksyen 44c 12. Perenggan 44c(2)(a) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “pemegang lesen” perkataan “, pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik, Pengendali Pasaran atau Pembeli Tunggal”. 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1775 Pindaan seksyen 50c 13. Seksyen 50c Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan apa-apa garis panduan secara bertulis mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik. (1b) Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan apa-apa garis panduan secara bertulis mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan atribut hijau termasuk— (a) penentuan pemunyaan atribut hijau; (b) pengesahan amaun atribut hijau; dan (c) pensijilan atribut hijau daripada elektrik yang dijana atau dibekalkan daripada mana-mana sumber tenaga dapat dibaharui.”. Pindaan seksyen 50e 14. Seksyen 50e Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana garis panduan Suruhanjaya yang berhubungan dengan pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik yang dikeluarkan di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”. Bekalan Elektrik (Pindaan) 11 Pindaan seksyen 53 15. Perenggan 53(1)(xh) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Pengendali Sistem” perkataan “, Pengendali Pasaran”. Peralihan 16. Mana-mana orang yang, sama ada bersendirian atau bersesama atau bersama dengan orang lain, menjalankan aktiviti pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah memohon lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik di bawah Akta ibu dalam tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.Referenced legislation
- Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447], (unresolved)
- Akta Bekalan Elektrik 1990 (unresolved)
- Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025 (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1775 - AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2025
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in